Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata, dari segi penguasaan pasaran, insurans kenderaan menjadi menjadi penyumbang terbesar dengan 44.4 peratus manakala insurans kebakaran (17.6 peratus) dan Marin, Udara dan Transit (10.8 peratus).
Sementara itu, kemalangan diri (PA) mencatatkan 7.4 peratus, Insuran Perubatan dan Kesihatan (6.7 peratus), Semua Risiko Kontraktor dan Kejuruteraan (3.3 peratus), Liabiliti (3.5 peratus) dan diikuti oleh Pampasan Pekerja dan Liabiliti Majikan (1.5 peratus).
Dalam pada itu, kelas lain bagi insurans am menyumbang sebanyak 4.8 peratus.
Pengerusi PIAM, Chua Seck Guan berkata, industri insurans am terus kekal kukuh pada separuh pertama tahun 2013 dan pihaknya menjangkakan industri itu akan terus berkembang.
"Ini berdasarkan peningkatan kekayaan dalam kalangan golongan berpendapatan sederhana, penggunaan domestik yang agak kuat, produk inovatif dan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh syarikat insurans dan kaedah baharu yang melibatkan pengguna dengan memanfaatkan kemajuan teknologi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pemain industri membangunkan produk baharu untuk menembusi pasaran pengguna yang semakin meningkat.
"Industri insurans memainkan peranan yang mantap dalam sistem kewangan di Malaysia dengan menawarkan spektrum yang luas untuk produk insurans am dan hidup.
"PIAM terus komited untuk membantu negara ini melindungi diri daripada kesan kewangan akibat bencana alam dan risiko buatan manusia melalui ahli-ahlinya," ujar beliau.
Jelasnya lagi, pengguna kini lebih menyedari kelebihan insurans, terutama apabila ia menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kepada harta benda mereka.
Jumlah aset industri insurans am bagi separuh tahun pertama 2013 adalah RM26.83 bilion berbanding RM23.45 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment