My Add

Thursday, 31 October 2013

3 hakim kendali kes Ikhwanul Muslimin tarik diri

KAHERAH, RABU, 30 Oktober, 2013: Tiga hakim yang mengendalikan perbicaraan Mursyidul Am Pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 34 lagi anggota pertubuhan itu menarik diri daripada meneruskan prosiding itu yang berlangsung, semalam.

"Hakim berundur daripada kes ini atas sebab 'tindakan itu akan menyalahi moral mereka', justeru tertuduh perlu kekal berada dalam tahanan," kata ketua hakim Mohammed Fahmy al-Qarmuty kepada mahkamah pada permulaan sesi perbicaraan.

Badue dan dua timbalannya, Khairat al-Shater dan Rashad al-Bayoumi, menghadapi tuduhan berkaitan kematian penunjuk perasaan yang menyerbu ibu pejabat Ikhwanul Muslimin di Kaherah pada 30 Jun lalu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment