My Add

Wednesday, 30 October 2013

Semua pelajar tajaan Mara di UK selamat

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Oktober, 2013: Semua pelajar tajaan Mara di United Kingdom (UK) berada dalam keadaan selamat meskipun kejadian ribut melanda beberapa buah negara Eropah baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana institusi-institusi pengajian yang melibatkan pelajar tersebut berada di luar kawasan bencana dan setakat ini tiada berita buruk dilaporkan.

"Ribut berkenaan hanya melanda di sekitar London Selatan dan semakin reda semalam.

"Bagaimanapun, pihak kementerian dan Mara akan sentiasa memantau keadaan terkini dan sedaya upaya untuk memastikan kesemua 1,684 pelajar tajaan Mara yang berada di UK selamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain UK, katanya, pelajar Mara turut berada di Jerman (127 orang) dan Perancis (151).

Katanya, para pelajar dinasihatkan menghubungi Pejabat Mara di London sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kejadian tidak diingini.

"Selain itu, para ibu bapa atau waris pelajar yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Penganjuran Mara di talian 03-26132005/2006/2009/2104/2045 atau Pejabat Mara London 00442079850856,'' ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment