Lelaki ditahan buat 15 ugutan guna peluru
GEORGE TOWN, RABU, 30 Oktober, 2013: Polis menahan seorang lelaki di sebuah kelab di Batu Ferringhi di sini awal hari ini kerana dipercayai terbabit dalam 15 kes ugutan menggunakan peluru.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek yang berumur 43 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi.
"Dia disyaki menjadikan ahli perniagaan sebagai sasarannya dengan menghantar nota ugutan yang turut disertakan peluru untuk meminta wang.
"Dalam nota itu, suspek akan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Thaiveegan berkata, polis menerima laporan dari 25 Okt hingga 28 Okt lalu di sekitar daerah Timur Laut mengenai kegiatan suspek dan polis turut menyiasat dari mana suspek memperoleh peluru-peluru itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment