Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
*MUHYIDDIN Yassin menyampaikan replika cek pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada penerima Gil Tupuri (kanan) dalam Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah, semalam. Turut kelihatan Musa Aman (tengah). - UTUSAN/AZRUL IDHAM MOHD AMINUDDIN |
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, dasar itu akan memberi manfaat menyeluruh kepada semua kaum, malah tidak akan sesekali membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Waktu Dasar Ekonomi Baru (DEB), penyertaan bumiputera meningkat dalam ekonomi dan sehingga hari ini hampir 23 peratus manakala masyarakat bukan bumiputera pun maju dan pendapatan mereka meningkat, malah terlibat dalam semua aktiviti ekonomi," katanya dalam ucapan sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bersama Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.
Dalam majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan cek berjumlah RM12.1 juta kepada 1,800 usahawan di Sabah, selain menyaksikan perjanjian mudah cara melibatkan lapan buah syarikat bumiputera.
Tambah Muhyiddin, kerajaan amat menyedari bumiputera masih tidak mencapai sasaran yang diharapkan dan perlu melakukan sesuatu bagi membela nasib golongan majoriti itu,
"Sehingga kini, pencapaian bumiputera dalam ekonomi dilihat tidak sepadan dengan jumlahnya yang ada di seluruh negara, dasar (pemerkasaan bumiputera) ini dilihat mampu memajukan ekonomi golongan ini dan meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhannya.
"Jadi, kesimpulannya dasar ini akan membolehkan semuanya mendapat faedah sama ada bumiputera atau bukan bumiputera," ujarnya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyatakan, sepanjang pemerintahan parti itu, golongan bumiputera di Sabah menikmati pelbagai kemajuan seiring yang dikecapi negeri-negeri lain.
Oleh itu, katanya, semua pihak terutama pembangkang tidak dapat menafikan sumbangan besar BN di Sabah itu yang dapat dilihat daripada perubahan dan peningkatan taraf hidup penduduknya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment