Obama tangguh lawatan ke Malaysia
SEPANG, RABU, 02 Okt Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama hari ini memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau terpaksa menangguhkan lawatan ke Malaysia pada 11 Disember depan.
Menurut Najib, Obama menangguhkan lawatan beliau kerana terpaksa menangani krisis dalaman AS yang menyebabkan penutupan separuh operasi pentadbiran kerajaan negara itu.
Krisis tersebut berpunca daripada kegagalan Kongres untuk mendapat sokongan wakil-wakil Republikan dalam pengundian untuk meluluskan Bajet Kesihatan Belanjawan AS.
"Obama memaklumkan kepada saya melalui telefon pagi tadi mengenai perkara ini.
"Beliau turut memaklumkan bahawa Setiausaha Negara AS, John Kerry akan mewakili beliau dalam lawatan tersebut," jelas beliau dalam sidang media yang diadkan selepas perasmian Perluasan Hangar MRO Sepang Aircraft Engineering di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
8
19
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_27/Obama-tangguh-lawatan-ke-Malaysia#ixzz2gZLicsi9
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment