My Add

Wednesday, 2 October 2013


PDRM hilang aset bukan kerana seleweng - Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, RABU, 02 Oktober, 2013: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan tiada sebarang penyelewengan berlaku berhubung kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah RM1.33 juta seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Ahmad Zahid berkata, laporan maklum balas berhubung kehilangan aset itu sudah pun diserahkan kepada Ketua Audit Negara, namun tidak sempat dimasukkan ke dalam laporan audit berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes kehilangan berkenaan sudah pun disiasat melalui 212 jawatankuasa inkuiri dan 94 kes lagi sedang menungggu keputusan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment