Thailand lulus 5 dokumen dimeterai Sidang Kemuncak ASEAN
BANGKOK, RABU, 02 Oktober, 2013: Kabinet Thailand semalam meluluskan lima draf dokumen yang akan ditandatangani di Sidang Kemuncak ASEAN selama dua hari di Brunei, dari 9 Oktober.
Timbalan jurucakap kerajaan, Sunisa Lertpakawat berkata, dokumen itu termasuk Draf Deklarasi Politik bagi Visi Asean Selepas 2015, dan Draf Kenyataan Bersama bagi Memperingati Ulang Tahun Ke-10 Perkongsian Strategik ASEAN-China.
Tiga lagi ialah Draf Deklarasi Sidang Kemuncak Asia Timur mengenai Jaminan Makanan kali ke-8, Draf Memorandum Persefahaman mengenai Penubuhan Universiti Nalanda dan Draf Bidang Kuasa Pusat Tindakan Periuk Api Rantau Asean (ARMAC). - BERNAMA
No comments:
Post a Comment