Oleh ZAMZURINA AHMAD
KUANTAN, SELASA, 01 Oktober, 2013: Empat Bahagian MCA di negeri ini mengutuk tindakan sebanyak 20 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang mengemukakan petisyen mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk mencela Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Ketua Bahagian MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkata, beliau terkejut selepas mengetahui 20 anggota CC menghantar petisyen itu kerana tindakan tersebut hanya akan mewujudkan provokasi dan perbalahan dalam parti selepas MCA gagal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Tindakan mengecam Tiong Lai hanya akan mencalarkan imej MCA. Saya amat bimbang perkara ini akan merosakkan parti sedangkan sekarang adalah masa terbaik menstabilkan kembali parti.
"Tindakan tersebut adalah sia-sia yang pada akhirnya akan mewujudkan pertelingkahan. Saya menyeru mereka (20 anggota CC) untuk menimbang kembali keputusan tersebut. Hentikan segala bentuk serangan peribadi dan penganiayaan terhadap pemimpin kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Ketua Bahagian MCA Paya Besar, Datuk Ng Fook Heng; Ketua Bahagian MCA Pekan, Yeo Boon Geok dan ahli-ahli MCA Indera Mahkota.
Sementara itu, menurut Fook Heng, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek seharusnya lebih bertanggungjawab dengan tsunami politik yang melanda MCA dalam pilihan raya umum lalu, bukan menyalahkan Tiong Lai.
"Apabila Parti Gerakan kalah teruk, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon segera mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan (Presiden), namun Soi Lek pula enggan mengambil tanggungjawab tersebut dan bermain dengan permainannya pula.
"Sekarang mereka menyalahkan Tiong Lai kerana beliau bertindak selaku Pengarah Pilihan Raya MCA sedangkan pada hakikatnya, Tiong Lai tidak pula diberi kuasa penuh memilih calon di Pahang walaupun beliau merupakan Pengerusi MCA negeri. Ini tidak adil bagi Tiong Lai," katanya.
Tambah Fook Heng, selama ini Bahagiannya sentiasa memberi sokongan padu kepada Soi Lek kerana beliau merupakan Presiden parti yang dipilih tetapi dengan senario yang berlaku kepada MCA sekarang, mereka terpaksa bersuara. - UTUSAN
Liow Tiong Lai |

No comments:
Post a Comment