*DR. Ahmad Sohaimi Lazim meluangkan masa menziarah seorang warga emas wanita yang lumpuh di Kampung Sungai Limau Dalam Jalan Kuala, Jerai, Kedah, semalam. - UTUSAN/Safrizal Azmi |
MOHD. SUHAIMI: Beliau adalah calon yang terbaik dan kita mesti menerima hakikat pemilihan calon ini agak susah kerana ramai yang ingin bertanding. Pengorbanan yang dibuat oleh Dr. Ahmad Sohaimi ialah satu hakikat yang perlu kita terima. Kalau saya di tempat beliau, takkan saya hendak letak jawatan pensyarah kanan apatah lagi sebagai pendidik ada ketenangan berbanding dalam politik pemikiran kita tidak aman. Kita sentiasa diganggu oleh rakyat dan musuh politik kita. Mengenali Dr. Ahmad Sohaimi, beliau seorang yang warak, mempunyai budi pekerti yang tinggi.
Ia terbukti apabila semasa saya bertanding dengan beliau jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai dan saya menang beliau terus bersalaman dan kami berdamai demi parti dan agak sukar kita nak cari politikus seumpama itu. Selain itu beliau terus berjuang dalam UMNO biarpun tewas, beliau ada semangat dan displin yang tinggi.
Benarkan Datuk sepatutnya menjadi calon dan bukannya Dr. Ahmad Sohaimi?
MOHD. SUHAIMI: Apabila saya ditanya oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah sama ada berminat untuk menjadi calon, jawapan saya ringkas. Kalau ditafsirkan saya ini winnable candidates maka saya rela menanggung risiko dan amanah tapi saya kata kalau kita lihat dari segi dalaman parti ada orang lain yang berminat nak jadi calon bila ada individu yang berminat nak jadi calon mereka akan cuba melobi dan segala kurap panau rakan-rakan akan keluar dalam masa lobi tersebut. Jadi parti perlu mencari calon yang tidak perlu hadapi semua ini dan nama Dr. Ahmad Sohaimi telah diumumkan, beliau adalah calon terbaik dan rugi kalau orang Sungai Limau tolak beliau.
Bagaimana Datuk mahu memimpin penyokong Datuk memenangkan BN?
MOHD. SUHAIMI: Saya telah diumumkan oleh Menteri Besar dan dimaklumkan oleh Perdana Menteri akan diberi tanggungjawab sebagai Senator. Pelantikan ini sudah pasti melegakan penyokong-penyokong saya kerana saya akan pikul tanggungjawab Senator itu demi rakyat. Maknanya pengikut saya kena terima baik pelantikan saya dan perlu membantu saya untuk memenangkan calon BN.
Langkah itu penting kerana ia memberi keyakinan kepada Perdana Menteri bahawa pelantikan saya dibalas dengan menghadirkan kemenangan di Sungai Limau kepada beliau. Saya telah mengarahkan kepada mereka supaya gerakkan Pusat Daerah Mengundi di Sungai Limau ini.
Adakah Datuk yakin BN mampu rampas kembali kerusi DUN Sungai Limau?
MOHD. SUHAIMI: Dulu BN pernah menang di sini maknanya kekalahan calon BN di sini adalah akibat orang UMNO sendiri, tapi sekarang ini saya dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dah tak ada masalah langsung, kami berdua dah kembali normal. Jadi bila kedua pemimpin yang kalah dan yang baru bersatu yang bawah itu akan bertaut semula.
Faktor lain ialah PRK Sungai Limau ini jadi tumpuan, rakan dari luar akan bantu. Saya tengok ada pula perbalahan pakatan pembangkang berhubung dengan calon mereka sudah ada sebut kata calon Pas kata ada pertalian keluarga dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarga Azizan menafikan perkara ini, calon ini nak gunakan sentimen Azizan dalam berkempen dan ini salah satu hipokrit Pas. Faktor-faktor ini yang akan bawa kemenangan kepada BN.
Pesanan Datuk kepada pengundi yang nak keluar mengundi nanti?
MOHD. SUHAIMI: Pengundi perlu keluar awal pagi kerana cuaca tak menentu di kawasan kita ini dan tekad di hati kemenangan di pihak kita supaya semangat hendak mengundi itu ada, pastikan jiran kita yang seperjuangan dengan kita semua keluar mengundi. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment