My Add

Tuesday, 1 October 2013

Jangan sebelahi penjenayah, pindaan PCA tetap dibentang

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA, SELASA, SELASA, 01 Oktobe, 2013: Mana-mana pihak digesa tidak memberi sokongan kepada penjenayah dengan menentang pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang akan dibentangkan dalam Parlimen hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan penjenayah kerana soal kesejahteraan dan keselamatan orang ramai lebih menjadi agenda utama.

"Dari sudut perundangan PCA ini tidak pernah ditujukan selain kepada penjenayah dan saya harap tidak ada mana-mana peguam, individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik yang cuba membela kegiatan penjenayah.

"Tindakan kita ialah tindakan buta warna dan tidak mengenal masa misalnya, dalam Op Cantas yang kita jalankan orang Melayu lebih ramai ditahan iaitu seramai 3,800 orang berbanding kaum Cina dan India yang masing-masing seramai 1,900 dan 2,400 orang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Melancarkan Hari Pendaftaran Negara di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai hak asasi manusia dengan mengadakan bantahan di perkarangan Parlimen semalam bagi membantah pindaan PCA kerana mendakwa peruntukkan itu membenarkan penahanan individu tanpa bicara. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment