My Add

Tuesday, 1 October 2013

Agensi kerajaan AS diarah tutup akibat tiada peruntukan

WASHINGTON, SELASA, 01 Oktober, 2013: Pengarah Pengutusan dan Bajet White House, Sylvia Mathews Burwell semalam mengarahkan agensi-agensi kerajaan ditutup selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet khas bagi mengelak kegagalan fungsi kerajaan.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan kini perlu melaksanakan rancangan untuk ditutup ekoran ketiadaan peruntukan.

Arahan tersebut dikeluarkan kira-kira 10 minit sebelum kewangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) habis dibelanjakan selepas sehari perdebatan di Dewan Perwakilan yang didominasi Parti Republikan dan Dewan Senat yang menyaksikan kerusi majoriti dipegang oleh Parti Demokrat. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment