My Add

Tuesday, 1 October 2013

Mardi peruntuk RM15 juta tingkat pendapatan miskin tegar

PASIR PUTEH, SELASA, 01 Oktober, 2013: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) membelanjakan peruntukan berjumlah RM15 juta di bawah projek Azam Tani bagi membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan tegar.

Timbalan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, seramai 1,500 peserta terutama petani di seluruh negara dipilih menyertai program itu.

"Pendapatan tujuh puluh peratus daripada mereka telah berjaya dilipatgandakan daripada RM600 kepada RM1,500 sebulan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan projek Azam Tani kepada 19 peserta di Padang Pak Amat di sini, semalam.

Mereka menerima pelbagai bantuan peralatan seperti mesin jahit, mesin pemerah tebu, motosikal beroda tiga dan alat penyembur racun.

Masri berkata, di Kelantan, seramai 150 peserta memperoleh bantuan peralatan hampir RM10,000 seorang.

"Ada di kalangan mereka terutama yang menjual santan kelapa segar mampu mencapai pendapatan antara RM7,000 hingga RM10,000 sebulan," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment