My Add

Wednesday, 2 October 2013

Matrade promosi Malaysia di Tatarstan

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Oktober, 2013: Dalam usaha untuk mempromosikan perkhidmatan Malaysia, 30 syarikat dengan 56 wakil di bawah lima kluster akan mengambil bahagian pada Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE) 2013 yang julung kali diadakan di Kazan, Tatarstan, bulan ini.

Acara tiga hari bermula 3 Oktober itu dianjurkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), sempena Ekspo Euro-Asia 2013, pameran perdagangan antarabangsa terbesar di Rusia.

Menurut Matrade dalam satu kenyataan hari ini, peserta di bawah kluster francais, pembinaan dan perkhidmatan berkaitan, logistik dan penghantaran pengangkutan, pendidikan dan perkhidmatan perniagaan akan mempamerkan kepakaran dan keupayaan syarikat-syarikat perkhidmatan Malaysia.

"Sebagai contoh, peserta akan mempromosikan perniagaan kafe, salon rambut, pajak gadai Islam, dan pendidikan kanak-kanak di bawah kluster francais, manakala bagi kluster pembinaan, terdapat perancangan bandar dan kejuruteraan, serta perkhidmatan sistem kalis air," jelasnya.

Menurut Matrade, sebanyak 150 mesyuarat perniagaan telah diatur lebih awal untuk penyertaan syarikat-syarikat Malaysia.

Penyertaan syarikat-syarikat Malaysia akan meningkatkan lagi perkongsian perniagaan dan usaha sama dengan perniagaan tempatan serta menambah pengetahuan tentang penyedia perkhidmatan Malaysia.

Tatarstan, republik perindustrian di Rusia, menawarkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang baik melalui ibu negaranya, Kazan, yang pesat membangun sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan moden di republik itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment