My Add

Wednesday, 2 October 2013

Perbankan wajib salur maklumat

Oleh FADZIL ZAINOL
*PARA pemohon pinjaman bank wajar dibantu sekiranya permohonan mereka ditolak. - GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Oktober, 2013: Institusi perbankan tempatan wajib memberikan maklumat dengan lebih telus mengapa sesuatu permohonan pinjaman itu gagal disalurkan kepada pihak berkuasa, kerana maklumat yang diperoleh itu membolehkan golongan yang sukar mendapat pinjaman, dibantu.

Presiden Gabungan Pelaburan Semula Komuniti Kebangsaan Amerika Syarikat (NCRC), John Taylor berkata, kaedah itu diguna pakai di negaranya melalui penguatkuasaan Akta Pelaburan Semula Komuniti (CRA).

Malah, katanya, akta tersebut membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas perbankan jika dikesan didapati cuba bersikap tidak adil dalam menentukan kelulusan pinjaman.

"Maklumat terkumpul boleh dinilai sama ada kelulusan permohonan pinjaman ditentukan oleh perkauman, jantina dan latar belakang peminjam.

"Kaedah ini juga boleh mengesan jika perbankan cuba menghalang akses pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan pelaksanaan CRA yang dipraktikkan di negaranya, di sini hari ini.

Tujuan asal pengenalan CRA adalah bagi menggalakkan perbankan memberikan akses pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah.

Tambahnya, kaedah itu berjaya menangani kesukaran golongan berpendapatan rendah atau sederhana khususnya bagi mendapatkan pembiayaan perumahan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment