Pindaan Undang-Undang Dadah Berbahaya dibentang
KUALA LUMPUR, RABU, 02 Oktober, 2013: Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 hari ini dibentangkan bagi tujuan mengadakan peruntukan bagi membenarkan pegawai sains menganalisis apa-apa sampel biologi yang diambil bagi maksud pemeriksaan.
Rang undang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Pindaan itu juga bagi menyatakan suatu dokumen yang dikatakan laporan yang dibuat oleh pegawai sains itu boleh diberikan sebagai keterangan dalam perbicaraan suatu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment