My Add

Wednesday, 2 October 2013

Yang di-Pertuan Agong kurnia watikah lantikan Zahrain sebagai duta ke Indonesia

 *YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan pengurnian watikah pelantikan sebagai Duta Malaysia ke Indonesia kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed di Istiadat perlantikan Duta Malaysia ke Negara Asing di Istana Negara di sini hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, RABU, 02 Oktober, 2013: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun dan mengurniakan watikah pelantikan Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Zahrain Mohamed Hashim, di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Sepuluh ketua perwakilan asing itu ialah Cho Byungjae dari Korea Utara, Yazkuli O. Mammedov (Turkmenistan), Holger Wilfried Michael (Jerman), Harry Molenaar (Belanda), Basim Hatab Habash Al-Tumma (Iraq), Saad Abdullah Saleh Al-Sousi (Kuwait), Joseph Y.Yun (Amerika Syarikat), Daniyar Sarekenov (Kazakhstan), Dr Alpha Diallo (Guinea) dan Christophe Ceska (Austria).

Selepas itu, Seri Paduka juga berkenan mengurniakan watikah perlantikan dan menerima menghadap dua bakal ketua perwakilan Malaysia ke luar negara iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Naimun Ashakli Mohammad.

Zahrain, yang juga bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia manakala Naimun Ashakli yang sebelum ini merupakan Ketua Protokol Kementerian Luar dilantik sebagai Duta Malaysia ke India. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment