*BEBERAPA anggota tentera Kenya berkawal di luar pasar raya Westgate di Nairobi, Kenya kelmarin. - AFP |
Akhbar The Star yang memetik kenyataan sumber perubatan melaporkan, pemeriksaan ke atas mayat-mayat tebusan di pasar raya Westgate, lokasi serangan itu dilancarkan, mendapati banyak mangsa diseksa sebelum mereka dibunuh atau meninggal dunia.
Seorang doktor berkata, antara kekejaman yang dilakukan oleh al-Shabaab adalah mengorek mata tebusan, memotong telinga, hidung dan jari mangsa serta hidung mangsa dikepit menggunakan playar.
"Ini bukanlah satu dakwaan, sebalik apa yang benar-benar berlaku dalam krisis tebusan selama empat hari itu," kata doktor itu.
Bagaimanapun, laporan doktor yang berkhidmat dalam pasukan polis itu masih belum dapat disahkan.
Doktor terbabit yang enggan dikenali itu dikerah ke lokasi kejadian pada awal pagi kelmarin bagi merawat dan menilai situasi krisis tersebut.
Polis Kenya meminta orang ramai bersabar ketika mereka bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dari lokasi kejadian dan menyiasat keadaan.
Menteri Dalam Negeri Kenya, Joseph Ole Lenku, sebelum ini turut memaklumkan bahawa kerja-kerja mencari dan mengeluarkan mayat mungkin mengambil masa sehingga seminggu. - AGENSI
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas orang ramai melahirkan kemarahan terhadap tindakan pihak berkuasa Kenya merahsiakan situasi sebenar krisis berkenaan.
Dalam kejadian yang bermula pada Sabtu lalu, sekumpulan militan al-Shabaab menyerbu pasar raya Westgate dan melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai serta menahan sejumlah tebusan.
Seramai 61 orang awam, enam anggota keselamatan dan lima militan disahkan terbunuh sepanjang krisis empat hari itu, manakala sebanyak 71 orang lagi dilaporkan masih hilang. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment