Oleh ASLIZA MUSA
IPOH, JUMAAT, 27 September, 2013: Seorang peniaga pasar malam dan teman wanitanya cedera dipukul tiga lelaki sehingga masing-masing terpaksa menerima 10 dan lima jahitan di kepala gara-gara persaingan perniagaan di kawasan pasar malam di Medan Ipoh di sini, Selasa lalu.
Desmond Foo Khai Yik, 29, mendakwa kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mereka sedang berniaga aksesori telefon bimbit di situ sebelum muncul ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 50 tahun lalu memukulnya dengan kayu, besi dan kerusi lipat.
Menurutnya, ketiga-tiga mereka yang merupakan satu keluarga dikenalinya dan turut berniaga aksesori telefon bimbit di pasar malam berkenaan.
"Teman wanita saya, Liew Wai Sim, 26, cuba meleraikan serangan itu tetapi dia turut dipukul. Berikutan itu, kami cedera di kepala dan terpaksa dijahit selain bengkak di bahagian badan.
"Kami tidak pernah bergaduh cuma sebelum ini ada berlaku sedikit pertengkaran kecil berkaitan peniagaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Khai Yik memberitahu, kesemua mereka hanya berhenti memukulnya dan Wai Sim selepas beberapa orang awam datang meleraikannya.
Dia yang hampir pitam dan Wai Sim kemudian dibawa orang awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan.
"Pada masa sama, kami turut diugut ketiga-tiga mereka jika cuba membuat laporan polis. Sejak pergaduhan tersebut, saya belum lagi membuka perniagaan kerana bimbang tentang keselamatan kami.
"Saya berharap pihak berkuasa dapat segera menjalankan siasatan kerana kami berasa amat takut jika berlaku sesuatu yang buruk," katanya. - UTUSAN
*DESMOND Foo Khai Yik (kiri) yang memegang laporan polis dan teman wanitanya, Liew Wai Sim menunjukkan sebahagian kecederaan yang dialami akibat dibelasah tiga lelaki Selasa lalu di Medan Ipoh, Perak. |
Desmond Foo Khai Yik, 29, mendakwa kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mereka sedang berniaga aksesori telefon bimbit di situ sebelum muncul ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 50 tahun lalu memukulnya dengan kayu, besi dan kerusi lipat.
Menurutnya, ketiga-tiga mereka yang merupakan satu keluarga dikenalinya dan turut berniaga aksesori telefon bimbit di pasar malam berkenaan.
"Teman wanita saya, Liew Wai Sim, 26, cuba meleraikan serangan itu tetapi dia turut dipukul. Berikutan itu, kami cedera di kepala dan terpaksa dijahit selain bengkak di bahagian badan.
"Kami tidak pernah bergaduh cuma sebelum ini ada berlaku sedikit pertengkaran kecil berkaitan peniagaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Khai Yik memberitahu, kesemua mereka hanya berhenti memukulnya dan Wai Sim selepas beberapa orang awam datang meleraikannya.
Dia yang hampir pitam dan Wai Sim kemudian dibawa orang awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan.
"Pada masa sama, kami turut diugut ketiga-tiga mereka jika cuba membuat laporan polis. Sejak pergaduhan tersebut, saya belum lagi membuka perniagaan kerana bimbang tentang keselamatan kami.
"Saya berharap pihak berkuasa dapat segera menjalankan siasatan kerana kami berasa amat takut jika berlaku sesuatu yang buruk," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment