My Add

Sunday 29 September 2013

Tahaluf siyasi perlu dipercepat

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 September, 2013: Cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib supaya mengkaji semula tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang perlu diperhalusi dan dipercepatkan oleh pemimpin tertinggi demi kepentingan parti tersebut.

Ahli Pas Cawangan Repuh, Arau, Hussin Hassan berkata, cadangan itu perlu dikaji semula untuk melihat apabila Pas berganding dengan DAP, adakah akan memberi jaminan bahawa mereka juga mementingkan Islam.

''Ini kerana kita sentiasa mementingkan perhubungan dalam Islam dan bagi memastikan parti DAP membantu dalam isu yang baik, maka tahaful siyasi ini wajar diadakan segera.

''Saya menyokong sepenuhnya cadangan tersebut dan berharap perkara ini akan diusulkan pada Muktamar Pas demi kebaikan parti," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya mencadangkan agar Pas segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi parti itu serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment