Oleh SITI NOORALINA AHMAD
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 September, 2013: Tiga pesalah muda yang mengaku melakukan rompakan berkumpulan menerima pengajaran paling bermakna apabila disebat menggunakan rotan halus di hadapan ahli keluarga dan orang awam di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini.
Mereka masing-masing disebat dua kali oleh pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd. Nor sambil disaksikan ahli keluarga termasuk ibu bapa ketiga-tiga remaja itu, wartawan dan orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.
Ketiga-tiga remaja terbabit ialah Firman Shah Marzuki, 21, yang bekerja sebagai jurulatih peribadi di gimnasium, Mohammad Talip Abd. Kadir, 19, dan Hazmirul Zulkafli, 19, kedua-duanya mekanik.
Mereka masing-masing kelihatan bersahaja semasa diperintahkan membongkok di bahagian meja hadapan galeri mahkamah untuk disebat menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter.
Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan ketiga-tiga pesalah muda berkenaan sebelum sebatan dijalankan.
Selepas ketiga-tiga mereka disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadap Hazmirul dan disusuli oleh Firman serta Mohammad Talip sambil disaksikan ibu bapa dan ahli keluarga mereka yang diminta berdiri di belakang mereka.
Manira kemudian menasihati ketiga-tiga pesalah muda itu supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan dan bijak memilih rakan.
Mahkamah berharap agar pihak keluarga sentiasa memantau aktiviti anak masing-masing supaya tidak terlibat dengan jenayah. Hari ini mahkamah beri peluang kerana mereka pesalah muda.
Ini hanya sebatan ringan, cuba kamu bayangkan sebatan sebenar yang dijalankan di penjara," ujar beliau.
Mereka sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang wanita, tahun lalu.
Ketiga-tiga mereka didakwa bersama Mohd. Ramdan Mohd. Ali, 24, dan seorang lagi yang masih bebas merompak Yeo Chai Nee, 32, dan mengambil kamera digital Sony, kunci kereta Toyota Vios, telefon bimbit Nokia, wang tabung RM600 milik mangsa yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,200.
Kejadian didakwa berlaku di Jalan AG 1/4 Astana, Gombak dekat sini pada pukul 4.30 pagi, 17 Mei 2012.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pada 12 September lalu, Manira menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan sebatan empat kali terhadap Mohd. Ramdan yang turut mengaku bersalah atas tuduhan itu.
Namun bagi Firman, Manira memberikan bon jaminan berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM5,000 berserta seorang penjamin mengikut Seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah dan sebatan ringan dua kali mengikut Seksyen 2(1)(c) kanun sama.
Sementara itu, pada 2 September lalu, Mohammad Talip dan Hazmirul diberikan bon jaminan berkelakuan baik selama 12 bulan dengan cagaran RM5,000 berserta seorang penjamin dan sebatan ringan dua kali mengikut seksyen-seksyen yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie manakala Firman diwakili peguam bela Vasu Dev.
Peguam Mohd. Riza Zakaria mewakili Hazmirul dan Muhammad Talip. - UTUSAN
*FIMAN Shah Marzuki, 21, (kiri), Hazmirul Zulkefli (kanan) dan Mohammad Talip Abd. Kadir, kedua-duanya berumur 19 tahun, di Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor, semalam. |

No comments:
Post a Comment