Pemangku Presidennya, Datuk Chang Ko Youn (gambar) berkata, sokongan ahli yang komited serta masih setia terhadap perjuangan parti itu dijadikan pembakar semangat untuk mereka bangkit memperkuatkan parti.
Kita mengaku memang ada kelemahan dalam parti, siapa pun akan ada kelemahan. Yang penting kita mengaku dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya, ahli juga kena tanya diri mereka sendiri.
Kalau semua kata tiada masalah, buat kerja macam biasa dan masih dengan cara sama, susahlah begitu," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan PGRM Negeri Johor Tahun 2013, di sini hari ini.
Gerakan akan mengadakan pemilihan parti peringkat Pusat pada 26 Oktober ini selepas semua pemilihan peringkat negeri berakhir 6 Oktober ini dengan PGRM Perak yang terakhir mengadakannya.
Ko Youn berkata, ahli akar umbi juga masih kuat memberi sokongan kepada parti biarpun prestasi Gerakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak memuaskan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment