Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID
KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Oktober, 2013: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilihat sebagai satu sistem yang lebih adil kepada rakyat selain mampu menjanjikan keuntungan kepada negara dalam jangka masa panjang.
Ketua Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd., Manokaran Mottain berkata, sistem tersebut merupakan pengganti kepada cukai jualan (lima hingga enam peratus) dan perkhidmatan (10 peratus) yang dikenakan kepada rakyat pada masa ini.
Jelasnya, usaha kerajaan memansuhkan dua cukai tersebut dan digantikan dengan satu cukai pada kadar enam peratus bagi barangan tertentu hakikatnya dapat meringankan bebanan rakyat.
"Melalui sistem tersebut, pengguna mempunyai pilihan sama ada membeli sesuatu barangan atau tidak.
"Lagi banyak mereka membeli, lagi tinggilah cukai yang dikenakan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu pelaksanaan GST yang diumumkan kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat lalu, mula menjadi modal kempen pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Pembangkang mendakwa pelaksanaan GST bakal membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Menurut Manokaran, pelaksanaan GST tidak menjejaskan golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana cukai tersebut tidak melibatkan barangan keperluan asas.
"Cukai hanya dikenakan kepada mereka yang berkemampuan berikutan perbelanjaan terhadap barangan dan perkhidmatan," jelasnya.
Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan menyifatkan, sikap pembangkang yang masih berpendirian menolak pelaksanaan GST hanya membawa kerugian kepada rakyat dan juga negara.
Tambahnya, cubaan memanipulasi fikiran rakyat untuk menolak sistem cukai tersebut dengan statistik dilakukan demi kepentingan politik.
"Mereka sepatutnya menghormati langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha meringankan bebanan rakyat.
"Pembangkang ini cuma cakap kosong, tanpa bukti. Jadi, lebih baik mereka mendiamkan diri daripada terus menghasut rakyat menolak kerajaan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment