*SYED Hamid Albar (dua kanan) bersama pemenang tempat pertama kategori orang awam dalam program Mengo Green Hunt 2013 sempena Minggu Alam Sekitar di Ibu Pejabat SPAD, Jalan Sentral 2, Kuala Lumpur semalam. |
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, peruntukan sebanyak RM2.9 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dapat melancarkan proses penambahbaikan dan pengukuhan jaringan pengangkutan awam di samping memberi keselesaan kepada rakyat.
Menurutnya, bajet yang dibentangkan Perdana Menteri itu dilihat begitu seimbang kerana memberi pulangan yang baik kepada semua golongan masyarakat di setiap peringkat umur dan pendapatan.
"Peruntukan besar diberikan kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam juga merupakan berita gembira yang pastinya akan disambut dengan usaha berterusan memantapkan perkhidmatan kepada para pengguna," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar majlis penutup Mengo Green Hunt 2013 anjuran bersama Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar Malaysia (MeNGO) dan SPAD di sini hari ini.
Mengo Green Hunt 2013 adalah acara tahunan melibatkan badan-badan korporat serta orang awam untuk mengumpul dana menerusi penyertaan acara pencarian harta karun di bandar dengan menggunakan pengangkutan awam.
Menurut Syed Hamid, program tersebut merupakan platform pintar untuk menguruskan isu-isu alam sekitar di samping mempromosikan perkhidmatan pengangkutan awam negara. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment