Polis buru 2 suspek kes kematian warga India
Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
JEMPOL, AHAD, 27 Oktober, 2013: Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga India yang ditemui mati akibat pergaduhan berhampiran tiang lampu milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ladang Gaddes kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Tukiman Seriman memberitahu, kedua-dua lelaki itu berusia antara 18 hingga 20 tahun merupakan penduduk di kawasan tersebut.
"Mereka dicari kerana boleh membantu siasatan kes pergaduhan membabitkan mangsa, Rajendran Kumar Yadev, 40, yang ditemui mati Jumaat lalu.
"Difahamkan sebelum kejadian penduduk kawasan berkenaan terdengar bunyi bising iaitu pergaduhan antara mangsa dan beberapa lelaki," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, mayat mangsa ditemui mati berdekatan tiang lampu TNB di Ladang Gaddes dalam keadaan terbaring oleh penduduk kampung. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment