My Add

Sunday, 27 October 2013

RISDA sasar pendapatan pekebun kecil RM2,500 sebulan

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD. NOR

KOTA BHARU, AHAD, 27 Oktober, 2013: Pihak Berkuasa Perusahaan Pekebun Kecil (RISDA), mensasarkan pendapatan bulanan pekebun kecil sebanyak RM2,500 menjelang 2015.

Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran dan Korporat) RISDA, Mohd. Alang Abd. Hamid memberitahu, anggaran purata pendapatan golongan terbabit sekarang ini adalah kira-kira RM1,600 sebulan.

Katanya, matlamat tersebut dapat dicapai melalui beberapa kaedah yang akan diperkenalkan termasuk penambahan bilangan hari penorehan setiap bulan.

"Kita akan tingkatkan bilangan hari kerja-kerja menoreh kepada 14 sehingga 15 hari sebulan berbanding sekarang ini aktiviti tersebut hanya dalam sekitar 12 hari.

"RISDA akan melancarkan Program Hari Penorehan ini di peringkat kebangsaan tidak berapa lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Kualiti dan Meraikan Pesara RISDA Negeri Kelantan 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment