Bahasa Melayu kini diangkat bahasa kelima terbesar
BEIJING, JUMAAT 30 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur.
``(Ia) bermula seawal kurun ke-15, apabila Dinasti Ming di China menubuhkan jabatan bahasa asing yang turut merangkumi bahasa Melayu.
``Bahasa Melayu tersebar luas sehingga dipelajari oleh penutur dan orang asing, dan usaha ini telah menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa,'' katanya semasa merasmikan persidangan antarabangsa `Pengajian Melayu 2014 Hubungan Malaysia-China` di Beijing Foreign Studies University (BFSU), pada Jumaat.
Persidangan itu dijadual berlangsung empat hari hingga 2 Jun.
Najib berkata Profesor Wu Zungyu, tokoh bahasa terkemuka dari BFSU China turut mengakui bahawa bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar di serata dunia.
``Oleh yang demikian, tidak hairanlah Pengajian Melayu merupakan satu bidang yang semakin menarik minat orang ramai dan tersebar luas ke seluruh dunia.
``Minat terhadap pengajian Melayu bukan sahaja berada dalam lingkungan dunia Melayu, bahkan telah menjadi satu agenda pendidikan hampir di serata dunia,'' katanya.
Pada majlis itu Najib turut melancarkan tiga buah buku - Kamus China-Melayu Dewan, Kajian Bandingan Pantun Melayu dengan Nyanyian Rakyat Tiongkok dan Eksplorasi Pengajian Melayu-China - terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta United Publishing House Sdn. Bhd.
Kamus China-Melayu Dewan mempunyai 20,540 entri dan subentri yang terdiri daripada kosa kata bahasa Cina kontemporari dan lazim dalam urusan seharian.
Buku Kajian Bandingan Pantun Melayu Dengan Nyanyian Rakyat Tiongkok pula adalah kajian perbandingan dari segi rima, pembayang dan maksud pantun, penggunaan perkataan, dan pemikiran yang terkandung dalam pantun serta nyanyian Melayu-Rakyat Tiongkok,
Buku Eksplorasi Pengajian Melayu-China merupakan himpunan pantun mengenai Pengajian Melayu di China. - BERNAMA
My Add
Friday, 30 May 2014
Tidak ada bahagian Masjidil Haram runtuh - Abdul Azeez
TELUK INTAN, JUMAAT 30 Mei, 2014: Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian malam tadi.
Sebaliknya, kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.
``Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Semalam hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.
``Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial,'' katanya yang ditemui selepas menghadiri taklimat akhir persiapan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Mekah malam tadi, termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh.
Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.
Sementara itu, mengulas taklimat tertutup bersama Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Abdul Azeez berkata taklimat merangkumi tugas jentera parti bagi beberapa jam terakhir sebelum tempoh kempen tamat tengah malam ini.
``Seluruh jentera juga diminta keluar mengundi awal dan kemudian teruskan tugas membantu pengundi,'' katanya dan menambah taklimat yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri wakil parti-parti komponen BN - BERNAMA

Hanya 5,082 kaunselor berdaftar
KUALA LUMPUR, JUMAAT 30 Mei, 2014: Hanya 5,082 kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia berbanding sebanyak 50,000 jumlah khidmat profesional itu diperlukan di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, daripada jumlah itu, seramai 50,569 orang telah mendapatkan perkhidmatan itu sejak diwujudkan pada 2006 melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bicara Sakinah bersempena Program Dakwah Negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to:
Posts (Atom)