My Add

Monday 31 December 2012

8 sekolah di Kelantan, Terengganu ditutup esok kerana banjir

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 201: Lapan sekolah di Terengganu dan Kelantan tidak akan memulakan sesi persekolahan esok, berikutan persekitaran sekolah masih digenangi air dan dibimbangi membahayakan keselamatan pelajar.

Meskipun dilaporkan keadaan banjir di dua negeri itu hampir pulih sepenuhnya, namun keadaan cuaca yang mendung serta hujan berterusan dan kadang-kala lebat menyebabkan paras air sungai utama di dua negeri tersebut kembali meningkat dan mungkin menyebabkan berlaku gelombang kedua banjir.

Di TUMPAT, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, lima buah sekolah di dua jajahan tidak akan memulakan sesi persekolahan esok.

Katanya, sesi persekolahan bagi empat sekolah di Tumpat dan sebuah lagi di Pasir Mas ditangguh selama sehari.

"Hari ini kita memutuskan semua sekolah itu akan ditangguhkan sesi persekolahan selama sehari. Kita tengok esok untuk menentukan sama ada ia boleh dibuka untuk hari berikut atau sebaliknya," katanya ketika melawat Sekolah Kebangsaan Tok Jering yang terjejas banjir.

Sekolah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Simpangan, Sekolah Kebangsaan Bandang Pak Yong, Sekolah Kebangsaan Tok Jering dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurrul Huda di Tumpat, manakala di Pasir Mas adalah SABK Diniah.

Beliau juga meminta ibu bapa agar menghubungi pihak sekolah dan mendengar hebahan melalui media massa mengenai keadaan di sekolah-sekolah berkenaan.
Hujan lebat malam tadi menyebabkan beberapa batang sungai utama di Kelantan mula meningkat dan berada pada paras berjaga-jaga.

Di KUALA TERENGGANU, tiga buah sekolah masing-masing dua di Daerah Hulu Terengganu dan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kemaman masih ditutup kerana dinaiki air berikutan kejadian banjir gelombang kedua, hari ini.

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (PPNT), Zakaria Hussin berkata, dua Sekolah Kebangsaan (SK) di Hulu Terengganu ialah SK Lubuk Periok yang mempunyai seramai 42 orang murid dan SK Menerong dengan 168 murid.

Sementara itu, di Kemaman membabitkan SMK Bukit Mentok yang dikatakan mempunyai lebih 1,000 pelajar.

"Sebelum ini dua sekolah (di Hulu Terengganu) yang terletak di pinggir sungai itu sudah surut. Namun hari ini, air naik semula kira-kira empat kaki menyebabkan kedua-dua sekolah itu akan ditutup esok. Ia ada kaitan dengan banjir gelombang kedua bermula," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zakaria berkata, SK Lubuk Periok merupakan sekolah luar bandar yang mempunyai pelajar kurang daripada 100 orang.

Dijangkakan lebih banyak sekolah di kawasan rendah di negeri Terengganu mungkin akan akan ditutup sekiranya cuaca terus mendung dan hujan tanpa henti, katanya. - BERNAMA
Tanah runtuh: Banglo ahli perniagaan Arab diroboh


*KERJA pembersihan tebing runtuh dan merobohkan banglo mula dijalankan oleh kontraktor yang dilantik pemaju utama Puncak Setiawangsa bermula jam 10 pagi tadi di Setiawangsa, hari ini. - Foto Yong Chee Choong

KUALA LUMPUR, ISNIN,  31 Disember, 2012: Sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan Arab yang terjejas ekoran kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini Jumaat lalu, mula dirobohkan pihak pemaju hari ini.

Turut berkemungkinan dirobohkan ialah banglo milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis bagi mengelak kejadian tanah runtuh itu berulang dan membahayakan penduduk di Bukit Setiawangsa.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd. Taufik Harun berkata, dua lagi banglo itu mungkin dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah yang terletak di puncak bukit tersebut.

Katanya, perkara itu bagaimanapun hanya akan dilakukan jika satu kajian menyeluruh selesai dijalankan.

“Setakat ini, pihak pemaju telah mula merobohkan banglo bernombor 39 milik Al-Sheikh Al Syed Afeefiddin Al-Jailani yang terjejas teruk dan kerja-kerja itu memakan masa kerana perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan tekanan tinggi pada bahagian bawah tanah," katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di sini hari ini. - UTUSAN
Bayaran BR1M 2.0 mulai Februari - Ahmad Husni

KUALA LUMPUR ISNIN, 31 Disember, 2012: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima.  UTUSAN
Kuantan kembali dilanda banjir, 152 orang dipindahkan

KUANTAN ISNIN, 31 Disember, 2012: Seramai 152 orang mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Kuantan hari ini ekoran daerah itu dilanda gelombang kedua banjir berikutan hujan berterusan sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), seramai 98 mangsa dari kawasan Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing.

"Manakala sembilan orang mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular dan 45 orang mangsa dari Kampung Seberang Balok dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Balok," katanya.

Menurut portal itu, banjir itu menyebabkan dua laluan ditutup kepada kenderaan ringan mulai hari ini iaitu di Km24, Bukit Penggorak-Cherating dan Km18, Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng). - UTUSAN
Jakim tegaskan kalimah Allah hanya untuk umat Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN 31 Disember, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah "Allah" dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat subjudis", katanya. - BERNAMA
Sambutan perayaan utama pupuk persefahaman rakyat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Sambutan perayaan-perayaan utama di negara ini perlu dijadikan wadah dalam memupuk persefahaman lebih jitu antara rakyat pelbagai kaum agar keharmonian yang dinikmati dapat dipupuk dan disuburkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbezaan kepercayaan dan agama adalah lumrah dalam masyarakat majmuk, namun ia bukan penghalang kepada usaha mewujudkan kehidupan aman, makmur dan harmoni.

Kata beliau, agama Islam misalnya mengiktiraf hakikat kepelbagaian bangsa apabila menganjurkan umatnya supaya saling mengenali serta hormat-menghormati antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Sememangnya rakyat Malaysia amat dikenali dengan sifat kemesraannya dan ini terserlah pada setiap kali sambutan perayaan. Inilah tradisi unik yang kita miliki dan kongsi tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Keunikan inilah yang menjadi asas perpaduan kita di Malaysia.

"Justeru atas semangat perkongsian nilai murni antara agama ini, marilah kita berusaha mencari titik persamaan di sebalik kepelbagaian anutan agama," katanya ketika berucap merasmikan majlis Rumah Terbuka Krismas, di Dataran Merdeka, di sini hari ini. - UTUSAN
Jambatan Kedua Pulau Pinang 90.02 peratus siap - JKSB

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012:Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) hari ini mengumumkan pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara, Jambatan Kedua Pulau Pinang telah 90.02 peratus siap.

Pengarah Urusan JKSB Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dijangka dibuka kepada orang ramai pada 8 September depan, manakala pembukaan rasmi akan diadakan pada 16 September, iaitu bersamaan dengan 50 tahun penubuhan Malaysia.

"Walau pun berjaya menepati sasaran untuk mencapai tahap 90.02 peratus siap, kami membuat pemantauan projek setiap hari bagi memastikan jambatan ini dapat dibuka kepada orang ramai pada bulan September nanti," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Pembinaan lebuh raya dan plaza tol dijangka disiapkan sepenuhnya pada 30 Ogos. - BERNAMA
Lima sekolah di Kelantan tangguh sesi persekolahan 2013

KOTA BHARU, ISNIN, 31 Disember, 201: Sebanyak lima buah sekolah di Kelantan terpaksa menangguhkan sesi persekolahan 2013 yang dijadual bermula esok disebabkan bencana banjir.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sekolah-sekolah terlibat ialah empat buah di daerah Tumpat iaitu Sekolah Rendah (SK) Simpangan membabitkan sebanyak 287 murid, SK Bendang Pak Yong (470 murid), SK Telok Jering (415 murid) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda (205 murid).

Katanya, sebuah lagi sekolah ialah di Pasir Mas iaitu SABK Diniah Kampung Bongor membabitkan 50 murid.

“Sesi persekolahan di lima sekolah terbabit terpaksa ditangguhkan disebabkan jalan masuk ke sekolah berkenaan masih dinaiki air dan ini berbahaya kepada keselamatan pelajar," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN
Operasi roboh banglo terjejas di Puncak Setiawangsa hari ini

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Kerja merobohkan sebuah banglo yang terjejas di Puncak Setiawangsa ekoran kejadian tanah runtuh Jumaat lalu, dilakukan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt. Othman Abu Bakar berkata, operasi tersebut akan mengambil masa beberapa hari bagi mengelak berlaku lagi runtuhan tanah.

"Operasi itu dijalankan secara berhati-hati bermula dari bahagian bumbung banglo berkenaan dan ke bahagian bawah secara perlahan-lahan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 283 penghuni di kawasan itu telah berpindah manakala tujuh lagi banglo masih berada dalam zon tidak selamat diduduki.

Rumah yang dikosongkan dipantau 24 jam oleh pihak polis dan Rela bagi memastikan keselamatan harta benda. - BERNAMA
Tokoh agama dijemput bersama Hadi dalam rancangan TV

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Dis Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama

“kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini. - BERNAMA
Kerajaan negeri belanja RM4 juta naik taraf lampu stadium

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 31 Disember, 2012: Kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan belanja RM4 juta menaik taraf lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dalam masa terdekat ini bagi membolehkan aksi perlawanan bola sepak Liga Malaysia ditonton pada sebelah malam.

Bagaimanapun dalam tempoh tiga bulan yang akan datang perlawanan masih lagi perlu dijalankan pada sebelah petang semasa kerja membaiki lampu di stadium itu dibuat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peruntukan berkenaan digunakan bagi menaik taraf lampu limpah termasuk menggantikan keempat-empat tiang lampu penjuru padang supaya pencahayaan lampu dapat memenuhi piawaian yang digariskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Kontraktor memerlukan masa tiga bulan untuk menyiapkan kerja membaik pulih lampu di stadium itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan pramusim Liga Malaysia di antara pasukan Terengganu dengan T-Team di SSINS malam tadi. - BERNAMA
Hujan di Terengganu, Pahang berterusan sehingga Rabu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Hujan sekejap-sekejap yang kadangkala lebat di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata daerah-daerah yang terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Jabatan itu memberi amaran bahawa keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor juga dijangka berterusan hingga Rabu.

Daerah-daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu di Terengganu; Padang Besar, Kangar dan Arau di Perlis; Baling, Sik, Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah serta Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Keadaan itu juga boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, tambah jabatan itu. - BERNAMA
Banjir di Kelantan, Terengganu hampir pulih sepenuhnya

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 201: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan hampir pulih sepenuhnya dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 144 orang setakat pagi ini berbanding 149 malam tadi.

Bilangan mangsa banjir tertinggi yang dicatatkan sejak bencana alam itu melanda Pantai Timur untuk tempoh seminggu adalah 23,235 orang, iaitu pada Khamis lalu.

Di TERENGGANU, hanya satu pusat penempatan banjir iaitu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu masih dibuka yang menempatkan 119 mangsa.

Mereka terdiri daripada 24 keluarga dan dijangka pulang pada hari ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Menurut portal banjir negeri jumlah mangsa korban banjir di Terengganu setakat ini masih enam orang.

Di KELANTAN, keadaan banjir di Tumpat hampir pulih apabila hanya tinggal 25 orang sahaja yang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2. - BERNAMA
10,000 orang sertai Larian Tahun Baharu 1Malaysia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Kira-kira 10,000 peserta menyertai Larian Tahun Baharu 1Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka di sini pagi ini.

Bertemakan 1Malaysia - Janji Ditepati, Kasih Sayang untuk Rakyat, larian tersebut disertai ahli-ahli Komuniti 1Malaysia (K1M), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor awam serta swasta.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut menyertai larian sejauh lima kilometer itu. - UTUSAN
1,056 tentera Afghanistan terkorban sepanjang 2012

KABUL, ISNIN, 31 Disember, 2012: Seramai 1,056 tentera Afghanistan terbunuh dalam pelbagai serangan sepanjang tahun ini, lapor Kementerian Pertahanan.

Menurut jurucakap Kementerian, Zahir Azimi, berdasarkan laporan, lebih 75 peratus Tentera Kebangsaan Afghan terbunuh dalam serangan termasuk dalam serangan letupan darat dan juga serangan bom jalanan.

"Tentera kami mudah terdedah dengan serangan darat berbanding tentera luar yang memiliki peralatan yang lebih canggih," katanya. - DPA
10 maut, 19 cedera dalam nahas Lebuh Raya Dhaka-Sylhet

DHAKA, ISNIN, 31 Disember, 2012: Seramai 10 orang terbunuh manakala 19 orang lagi cedera apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah bas mini di bandar ini, semalam.

Menurut jurucakap polis, Khandaker Mohid Uddin, sembilan daripada penumpang bas mini itu terbunuh di tempat kejadian di kawasan Shibpur kira-kira 50 kilometer timur laut Dhaka, manakala seorang lagi dilaporkan meninggal dunia di hospital semasa menerima rawatan.

Polis mengesyaki kemalangan maut itu berpunca daripada kecuaian pemandu di Lebuh Raya Dhaka-Sylhet.

Kemalangan maut kerap berlaku di lebuh raya di negara ini ekoran tahap pemantauan yang lemah, cara pemanduan yang salah serta faktor fizikal jalan raya yang teruk, dianggarkan 5,000 penduduk terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di negara ini. - DPA
Pembunuhan Sandy Hook hari paling buruk bagi Obama

WASHINGTON, ISNIN, 31 Disember, 2012: Presiden Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kejadian pembunuhan 20 kanak-kanak Sekolah Tadika Sandy Hook baru-baru sebagai ‘Hari Terburuk’ sepanjang bergelar Presiden, katanya dalam satu temu bual semalam.

Beliau juga menyuarakan keraguan tentang cadangan daripada Persatuan Pemilik Senapang Kebangsaan untuk memperkenalkan pengawal bersenjata di setiap sekolah di negara ini dan mengakui akan ada rintangan terhadap cadangan tersebut.

Dalam pada itu, Obama juga berjanji untuk mengumumkan cadangan menyeluruh bagi mengekang keganasan senjata di Amerika Syarikat menjelang Tahun Baru. - AFP
Jangan buat spekulasi - TPM

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

 *MUHYIDDIN Yassin meninjau kawasan rumah Al-Sheikh Al Syed Afeefiddin Al-Jailani (dua kiri) yang musnah akibat runtuhan benteng konkrit di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Disember, 2012: Semua pihak digesa tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian tertentu berhubung kejadian runtuhan tembok penahan konkrit di Puncak Setiawangsa, dekat sini kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persoalan mengenai kedudukan sebenar kejadian itu perlu diserahkan kepada pihak-pihak tertentu termasuk pakar untuk menjalankan penilaian serta penyelidikan.

"Dalam laporan atau kajian penyelidikan, kita akan tahu kedudukan sebenar. Biar pakar-pakar yang lebih tahu membuat laporan. Saya sendiri tak mahu buat andaian.

"Apa yang penting ketika ini semua pihak bertanggungjawab telah mengambil langkah-langkah awal termasuk menjalankan pemantauan 24 jam bagi memastikan malapetaka lebih besar dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di tapak kejadian tanah runtuh di kawasan itu hari ini.

Dalam kejadian malam kelmarin, tembok penahan konkrit setinggi 100 meter runtuh dan meranapkan tembok pagar serta sebahagian dapur sebuah banglo mewah di puncak bukit perumahan eksklusif itu.

Sehubungan itu, arahan supaya meninggalkan kawasan berisiko tersebut dikeluarkan kepada 88 penghuni kediaman dan 18 penghuni rumah kedai di kawasan berkenaan yang terdedah dengan bahaya setelah polis mendapat pengesahan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) tentang pergerakan tanah yang masih berlaku.

Langkah berpindah juga melibatkan 30 pemilik banglo mewah di sekitar Jalan Puncak Setiawangsa termasuk dua buah kediaman milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique serta bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa khas di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) telah ditubuhkan bagi memantau kejadian tanah runtuh di kawasan terlibat.

Jelasnya, jawatankuasa itu turut dianggotai pelbagai agensi termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ikram.

"Selepas ini kita akan dapatkan laporan lengkap daripada jawatankuasa khas itu untuk dikaji dan diteliti. Saya harap langkah-langkah pemantauan 24 jam diteruskan dan saya minta laporan berhubung situasi semasa diserahkan kepada saya setiap hari.

"Kepada penduduk sekitar, jangan rasa bimbang kerana harta mereka akan sentiasa diawasi pihak berkuasa. Apa yang penting keselamatan diri dan keluarga. Saya juga bersyukur kerana tiada kes kemalangan nyawa berlaku dalam kejadian terbaharu ini," katanya.

Ditanya mengenai sebuah banglo yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu, katanya, banglo milik seorang pensyarah dan pakar motivasi itu akan diruntuhkan secara berperingkat mulai hari ini.

"Kita bimbang kalau tak dilakukan dan kalau hujan mungkin seluruh bangunan banglo itu runtuh dan memberi kesan kepada rumah-rumah di bawah bukit," katanya.

Kepada soalan sama ada bukit yang menempatkan beberapa buah rumah mewah itu akan ditutup, beliau berkata: "Saya tak fikir begitu kerana ada laluan alternatif untuk penghuni-penghuni lain dibuka. Tak semua kawasan dianggap bahaya. UTUSAN
Lagi hutan di Kedah diteroka

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

*AZIZAN Abdul Razak (tiga dari kanan) menyiram pokok anggur yang ditanam sempena lawatan ke projek ladang buah-buahan Charok Genting Bunga berhampiran Tasik Pedu di Padang Terap, semalam. - BERNAMA

PADANG TERAP, AHAD, 30 Disember, 2012: Di sebalik kebimbangan banyak pihak terhadap kerakusan aktiviti pembalakan di negeri ini, Kerajaan Pas Kedah merancang meneroka sekurang-kurangnya lebih 1,000 hektar lagi hutan bagi tujuan pembangunan tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Kedah telah memaklumkan kepadanya bahawa mereka sedang mengenal pasti kawasan yang terlibat di sekitar negeri ini.

Dalam mewajarkan tindakan berkenaan, beliau mendakwa, langkah itu selaras dengan keputusan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang mahu menjadikan Kedah sebagai jelapang makanan negara. - UTUSAN 
Lawatan Azizan disambut dengan demonstrasi bantah pembalakan 

PADANG TERAP, AHAD, 30 Disember, 2012: Lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ke tapak pembalakan berhampiran Tasik Pedu yang digondolkan bagi melaksanakan projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga di sini hari ini, 'disambut' dengan demonstrasi aman oleh penduduk tempatan.

Demonstrasi aman oleh kira-kira 50 penduduk, ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Padang Terap dan Majlis Belia daerah itu bertujuan membantah tindakan kerajaan Pas Kedah membenarkan kegiatan pembalakan di situ kerana bimbang kesan buruk dalam jangka masa panjang.

Mereka berhimpun kira-kira dua kilometer dari tapak majlis selepas program penerangan projek ladang buah-buahan yang disempurnakan Azizan itu berakhir pada pukul 12 tengah hari dan turut melaungkan kata-kata bantahan. - UTUSAN
Shamsidar boleh jelaskan banyak perkara

   Ruslan Kassim, Shamsidar Taharin

ALOR GAJAH, AHAD, 30 Disember, 2012: Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin perlu memberi keterangan di mahkamah kerana beliau boleh memberi penjelasan terhadap banyak persoalan yang ditimbulkan selama ini.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Shamsidar layak memberi keterangan di mahkamah mengenai perkara yang berlaku antaranya dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, Anwar dan Mohamed Azmin tidak perlu menghasut rakyat bagi membantah kehadiran Shamsidar di mahkamah jika tiada apa yang mahu disembunyikan.

“Saya percaya seluruh rakyat juga mahu Shamsidar memberi keterangan berhubung kes tersebut agar dia dapat menjelaskan perkara sebenar. - UTUSAN
Kerjasama semua pulih penggunaan bahasa

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Disember, 012: Satu bentuk kerjasama antara pelbagai pihak perlu diwujudkan bagi membantu memulihkan penggunaan bahasa yang tidak mengikut kaedah betul berikutan perkembangan dalam teknologi maklumat.

Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, generasi muda tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana kekangan teknologi yang memaksa mereka menulis ejaan secara ringkas.

Sehubungan itu, jelasnya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing termasuk syarikat telekomunikasi bagi menetapkan kadar lebih rendah jika pengguna menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) melebihi satu halaman.

''Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana penggunaan bahasa ringkas boleh mencacatkan bahasa rasmi negara dan menjadi tugas kita untuk memartabatkannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin bahawa kerajaan memandang serius penggunaan bahasa serta ejaan ringkas yang tidak mengikut kaedah betul hasil perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini kerana bahasa serta ejaan ringkas yang banyak digunakan dalam SMS kini mula dipakai secara meluas termasuk dalam aktiviti pembelajaran serta peperiksaan di institusi pendidikan.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, kerajaan perlu bertegas menghalang penggunaan bahasa secara salah dengan memulakan usaha itu di semua institusi pendidikan.

Katanya, langkah itu penting supaya semua pihak akan berasa bangga dengan bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa ketiga terbanyak digunakan di seluruh dunia.   UTUSAN
Ketegasan Tunku tolak PKM dikagumi

Oleh AZMAN MD NOOR

BALING, AHAD, 30 Disember, 2012: Peristiwa Rundingan Baling pada 1955 yang melibatkan pertemuan antara pemimpin kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) bagi menghentikan keganasan ketika itu pasti tidak dilupakan oleh Datuk Gurdial Singh.

Walaupun tidak terlibat secara langsung, pesara polis yang kini berusia 80 tahun itu bertanggungjawab menjaga keselamatan di lokasi rundingan tersebut iaitu di Sekolah Inggeris Baling yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Putera.

Beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota polis yang diamanahkan untuk mengawal keselamatan di pekarangan sekolah berkenaan pada 28 Disember 1955.

"Saya masih ingat apa yang berlaku semasa rundingan itu termasuk semasa Rashid Maidin menumbuk meja rundingan," katanya ketika ditemui semasa program Mengimbau Kenangan Peristiwa Baling di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera di sini semalam.

Menurutnya, hanya dia dan seorang lagi rakannya yang berada di Sungai Petani yang masih hidup dan boleh menceritakan detik rundingan itu.

Katanya, beliau amat mengagumi bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman yang tegas memberikan keputusan walaupun diasak oleh PKM untuk mengiktiraf pergerakan tersebut.

"Walaupun suasana tegang apabila Rasyid Maidin menumbuk meja, Tunku masih senyum dan tetap dengan pendirian tidak mengiktiraf PKM," katanya.

Ketika itu katanya, dia bersama rakan yang lain sentiasa bersedia bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku terutama ketika tuntutan PKM tidak diendahkan.

Gurdial Singh yang juga merupakan Naib Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Kedah berkata, selepas rundingan itu tamat, pemimpin PKM iaitu Chin Peng bersama rombongannya telah diberikan kebenaran untuk beredar dalam tempoh enam jam.

"Sekiranya Chin Peng dan kumpulannya masih berada di sini, pihak keselamatan telah diarahkan untuk mengambil tindakan terhadap Chin Peng dan rombongannya," katanya.

Sementara itu, program Mengimbau Kenangan Peristiwa Baling di sekolah tersebut melibatkan beberapa aktiviti antaranya lakonan semula Rundingan Baling dan pameran agensi kerajaan.

Program itu ditamatkan pada pukul tepat 12.48 tengah hari, sama seperti keadaan berlaku semasa rundingan sebenar.

Gurdial Singh turut memberikan ceramah mengenai kemerdekaan terutama sejarah Rundingan Baling.

Menurutnya, dia bangga dengan tindakan Tunku Abdul Rahman bersama ahli rundingan yang tegas dan berani membuat keputusan.

Program itu dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. - UTUSAN
Wakil luar termasuk Rusia berminat kukuh hubungan dua hala pada 2013

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Disember, 2012: Wakil-wakil negara asing berminat untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Malaysia pada 2013 berikutan kejayaan yang terjalin pada 2012.

Duta Besar Rusia ke Malaysia, Lyudmila G.Vorobyeva optimis bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia akan bertambah kukuh tahun depan.

Beliau berkata, tahun 2012 adalah tahun kejayaan terutama dengan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada September yang telah mencapai kejayaan.

Pertemuan itu berlangsung semasa sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Vladivostok.

"Adalah diharapkan, hubungan dua hala yang kukuh akan terus terjalin pada 2013. Kami menaruh harapan kepada lebih banyak pertukaran lawatan terutama di peringkat tertinggi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pada tahun 2012, lebih daripada 3,000 penuntut Malaysia telah pergi ke Rusia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Sebagai tambahan, jumlah pelancong Rusia yang berkunjung ke Malaysia juga meningkat.

"Berhubung perdagangan dua hala, sejumlah misi perniagaan dari pelbagai bahagian di Rusia melawat Malaysia tahun ini. Mereka berminat melaksanakan pelbagai projek pelaburan usahasama," katanya. - UTUSAN

Duta dan ketua delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Luc Vandebon pula berkata, tahun 2013 adalah tahun penting bagi Malaysia yang akan mengadakan pilihan raya umum.

"Tanpa mengira keputusannya, pilihan raya itu sudah tentu merupakan detik penentuan bagi Malaysia," katanya.

Katanya, 2013 akan menjadi tahun yang penting bagi hubungan dua hala antara EU dan Malaysia.

"Tiga perjanjian utama akan ditandatangani: Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama (PCA), dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Perkongsian Sukarela (VTA).

"Saya amat yakin bahawa kita akan menandatangani perjanjian utama yang dapat kita banggakan," katanya.

Menurut Vandebon, majlis penyampaian Hadiah Nobel Keamanan 2012 adalah satu daripada detik yang tidak dapat dilupakan apabila EU menerima anugerah itu tahun ini. - BERNAMA
3,796 pertubuhan belia akan dibatal

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

 *MADZRIB Ibrahim (tiga kiri) menunjukkan sijil yang diterima oleh peserta dalam Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Pengurusan Pertubuhan Belia Kebangsaan 2012 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Disember, 2012: Kira-kira 3,796 daripada 4,305 pertubuhan belia di seluruh negara berpotensi dibatalkan pendaftaran di bawah Seksyen 23 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Pendaftar Pertubuhan Belia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Madzrib Ibrahim berkata, jumlah itu berdasarkan status penghantaran maklumat yang kena diberi (MYKD) yang tidak dikemukakan pertubuhan belia tersebut sehingga kini.

Menurut beliau, daripada jumlah itu sebanyak 78 adalah majlis belia daerah, majlis belia negeri (7) dan kelab rakan muda (289). - UTUSAN
Ahli perniagaan ditahan SPRM

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

KUALA LUMPUR , AHAD,30 Disember, 2012: Seorang ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta dan menerima suapan RM1.2 juta bagi menjalankan projek membina Jalan Abu Bakar Interchange di Wilayah Iskandar bernilai RM124 juta.

Suspek berusia 50 tahun itu ditahan selepas keterangannya direkodkan di pejabat SPRM Johor Bharu kira-kira pukul 4 petang ini.

Menurut sumber, suspek dipercayai bertindak sebagai orang tengah untuk menerima wang tunai sebanyak RM1.2 juta secara berperingkat daripada seorang kontraktor pada 2008.

Katanya, suspek dikatakan menerima suapan bagi pihak Syarikat Iskandar Investment Berhad (IIB) daripada wakil syarikat kontraktor sebagai upah kononnya boleh membantu membuat surat anugerah (LoA).  UTUSAN
Beli perangkap minyak tepati piawaian

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

IPOH , AHAD, 30 Disember, 2012: Semua pengusaha restoran atau kedai makan di bandar raya ini yang diwajibkan untuk memasang perangkap minyak di premis masing-masing, bebas untuk membeli alatan tersebut daripada mana-mana syarikat selagi ia menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim menegaskan, tiada arahan dikeluarkan oleh pihaknya supaya alatan tersebut yang bertujuan mengasingkan sisa-sisa makanan hanya boleh dibeli daripada lima syarikat terpilih.

"Setakat ini sebanyak 492 premis atau 28 peratus telah memasangnya termasuk di kawasan MBI Terrace. Kita bukan memaksa mereka untuk membeli daripada syarikat tertentu.

"Kita hanya mahu pastikan longkang-longkang di premis ini tidak tersumbat dan kita tiada kepentingan ke atas syarikat-syarikat tersebut. Cuma, kita mencadangkan syarikat-syarikat berkenaan kerana mereka mempunyai paten mengikut kesesuaian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya. - UTUSAN
Koo Ham dibidas cuba alih isu

IPOH, AHAD, 30 Disember, 2012: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa termasuk membeli tanah bernilai puluhan jutaan ringgit bagi projek pembalakan di Kelantan semakin terdesak apabila cuba mengalih perhatian umum berhubung isu itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berkata, pemimpin DAP itu dilihat berdolak-dalik ketika semakin banyak pihak mendesaknya menjelaskan sumber kewangan yang dimiliki sehingga mampu terlibat dalam projek berkenaan.

"Kita kecewa apabila orang bertanya daripada mana dia (Koo Ham) dapat wang begitu banyak, dia tidak jawab sebaliknya suruh pula kita tanya ahli perniagaan lain.

"Ini bukan caranya. Langkah terbaik adalah memberitahu kebenaran, tetapi nampaknya dia enggan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Pesta Buku Perak 2012, di sini hari ini.  UTUSAN
Tak setuju Hadi muncul di TV, bimbang lebih ramai keliru

KOTA BHARU, AHAD, 30 DisAEMBER, 2012: Tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah tidak bersetuju Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi peluang muncul di televisyen bagi memperjelaskan amanat yang dibuatnya pada 1981 yang menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah.

Menurut Abdullah, beliau bimbang sekiranya diberi peluang, Presiden Pas itu akan menggunakan kesempatan tersebut untuk berkempen selain menarik simpati masyarakat terhadap Pas menjelang pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, beliau bimbang kebenaran yang diberikan kepada Abdul Hadi itu akan memberi mesej seolah-olah kerajaan menyokong fatwa atau amanat yang dikeluarkan Presiden Pas tersebut.

“Saya tidak sokong RTM atau TV3 bagi peluang kepada Abdul Hadi muncul, jangan kata selama sejam, 30 minit atau 20 minit pun saya tidak setuju, sebab dia akan pusing kenyataan sehingga orang ramai yang kebanyakannya jahil menjadi semakin keliru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.  UTUSAN
Amanat: Tampil buat penjelasan

Oleh KAMIL MASLIH

 Ismail Mina, Hadi Awang
KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Disember, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menjadi individu berjiwa besar dengan tampil membuat penjelasan berhubung amanatnya yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, amanat yang dicetuskan pada 1981 itu perlu dijelaskan bukan hanya mengikut kandungannya tetapi kesengsaraan yang menimpa kehidupan banyak pihak.

“Semua orang tertunggu-tunggu penjelasan Abdul Hadi terutamanya mereka yang menerima kesan secara langsung daripada amanatnya dan orang yang bimbang perpecahan umat Islam akan berterusan.

“Abdul Hadi perlu memberi penjelasan merangkumi apa yang telah berlaku sepanjang lebih 30 tahun ini, beliau mesti menjawab dari kaca mata ilmu dan syariat Islam, bukannya dari kaca  UTUSAN mata politik kepartian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
Bersatu tentang Guan Eng

PULAU PINANG, AHAD, 30 Disember, 2012: Orang Melayu di negeri ini perlu bersatu hari menentang tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menimbulkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, meskipun perkara itu sudah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja, Guan Eng masih cuba mengingkarinya.

Justeru tegasnya, tidak salah memerangi perbuatan Guan Eng itu seperti mana orang Islam menentang musuh-musuh yang cuba mencemarkan kesucian agama.

“Memerangi DAP merupakan satu kemestian sebab mereka mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jihad

adalah tindakan paling sesuai untuk (membantah perbuatan) mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
DAP 'takut' kepada Pas

PULAU PINANG, AHAD, 30 Disember, 2012: Tindakan ahli-ahli Pas menyertai perhimpunan membantah cadangan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu menunjukkan mereka sudah tidak sehaluan dengan DAP.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong berkata, sekiranya kedua-dua parti itu sepakat, sudah tentu perkara itu tidak berlaku kerana perhimpunan tersebut telah mencalar imej Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri.

Menurutnya, DAP ternyata 'takut' kepada Pas sehingga tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang protes berkenaan.

"Ini menunjukkan DAP sebenarnya amat memerlukan sokongan Pas walaupun dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas hanya mempunyai satu kerusi.

"Sebelum ini ketika Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri, DAP seringkali menimbulkan isu bahawa Tsu Koon takut kepada UMNO, tetapi lihat sekarang, siapa takut kepada siapa," katanya di sini, semalam. - UTUSAN
PPPMM bantah tuntutan Guan Eng

 *AHLI Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia melihat ‘patung’ Lim Guan Eng dibakar sebagai membantah sikap biadab Ketua Menteri Pulau Pinang itu di pekarangan Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU, AHAD, 30 Dis, 22012: Kira-kira 100 ahli Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) hari ini mengadakan bantahan dan membakar ‘patung’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai tanda protes berhubung tuntutannya yang mahu kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, bantahan secara aman itu merupakan simbolik luahan rasa marah, kesal, dukacita dan rasa tercabar orang Melayu terhadap kebiadapan Setiausaha Agung DAP berkenaan yang dilihat cuba menggugat kedaulatan agama Islam.

‘‘Kami ingin mengingatkan Guan Eng agar jangan celupar dan cakap ikut suka hati sahaja tanpa memikirkan kesannya kerana tindakannya itu boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. - UTUSAN
Koo Ham semakin melampau - Ilmu

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 Disember, 2012: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam berikutan tindakannya menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan Koo Ham itu juga sengaja mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini di samping menyokong prinsip pluralisme.

“Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam laman sosial Twitter kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan) - UTUSAN
Pemberian tanah habuan politik kepada pemimpin DAP

TUMPAT, AHAD, 30 Disember, 2012: Pemberian tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak merupakan habuan politik yang membolehkan Pas mendapat kompromi DAP bagi meletakkan pemimpin mereka sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian tanah itu merupakan perkara yang amat luar biasa berlaku di Kelantan tetapi berjaya dilakukan memandangkan ia membabitkan pemimpin pakatan pembangkang.

"Apa yang berlaku antara dua sepupu ini adalah sangat luar biasa daripada kelaziman dalam kepemimpinan DAP dan kita tahu kepemimpinan atasan DAP juga tidak boleh mempertahankan mereka.

"Ini merupakan habuan politik untuk mereka. Disebabkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin (Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak) yang merupakan salah seorang pemimpin Pas, atas kompromi DAP, maka telah dilantik menjadi Menteri Besar," katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (2), di sini hari ini. - UTUSAN
Guan Eng ikut 'laluan lain' elak bertemu 50 ahli pelbagai NGO

*AHLI pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari Hong Kong untuk memintanya memohon maaf dan menarik balik cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, AHAD, 30 Disember, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng sanggup tidak menggunakan lorong khas bagi orang kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini malam ini semata-mata tidak mahu bertembung dengan sekumpulan ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangannya.

Setiausaha Agung DAP itu yang tiba daripada bercuti di Hong Kong dikatakan mengikut laluan lain seterusnya keluar dari bangunan tanpa dapat dikesan kumpulan terbabit.

Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, beliau kecewa dengan tindakan Guan Eng tersebut yang dilihat memang sengaja tidak mahu bertemu mereka. - UTUSAN

Saturday 29 December 2012

Hadiah Sastera Perdana Malaysia iktiraf 35 karya sastera

KUALA LUMPUR, JU,AAT, 28 Disember, 2012:- Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011 mengiktiraf 35 karya sastera yang diterbitkan dalam bentuk buku dan karya eceran yang tersiar dalam akhbar, majalah, jurnal dan buku atau karya yang dipentaskan untuk skrip drama.

Bagi kategori A iaitu melibatkan penerbitan buku atau kumpulan karya perseorangan, setiap pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Pemenang-pemenang kategori itu ialah Kamaludin Endol atau nama penanya, Pelita di dalam Kaca dengan novel berjudul Baldatun Thoiyyibatun, terbitan Pustaka Kanzun Mahfiyyan pada tahun lalu.

Pemenang lain ialah S.M. Zakir dengan kumpulan cerpen berjudul Serigala dan Sekuntum Tulip terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP);

Marzuki Ali yang menghasilkan kumpulan puisi Khazanah Segala Rimbun dan Dr. Noriah Taslim yang menulis tentang kajian sastera Lisan dan Tulisan Teks dan Budaya.

Sementara itu, bagi kategori B iaitu karya eceran, sebanyak 28 buah karya cerpen, puisi, esei atau kritikan sastera serta drama diiktiraf dengan setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Bagi karya cerpen, antara pemenangnya ialah Dr. Mawar Safei dengan karya berjudul Benarlah Kata Angin Itu dan Saya Meneruskan Perjalanan, Mohd. Lutfi Ishak (Orang Budiman dan Negeri Seribu Gunung) serta Aidil Khalid (Taaruf).

Bagi karya puisi pula, 10 karya dipilih sebagai pemenang. Antara pemenangnya ialah Arbak Othman dengan karya berjudul Seluas-luasnya dan Setenang-tenangnya, Zaen Kasturi (Ingatan Kepada Kawan XXIV) dan Fahd Razy (Nota Kecil Saat Menyeberangi Usia ll).

Bagi Kategori C iaitu karya dalam bentuk buku atau kumpulan karya perseorangan untuk bacaan kanak-kanak dan remaja menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

Mereka yang memenangi kategori itu ialah Sri Rahayu Mohd. Yusop dengan novel remaja berjudul Bimasakti Menari.

Pemenang lain ialah Allahyarham Azizi Abdullah yang menghasil novel berjudul Beruk dan kumpulan puisi kanak-kanak berjudul - UTUSAN Pantun dan Syair oleh Muda @ Daud Yusof.

Majlis penyampaian hadi - UTUSAN
Lebih 100 NGO dijangka sokong BN

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menyatakan pendirian menyokong penuh Barisan Nasional (BN) bagi memastikan parti itu terus diberi mandat melaksanakan agenda transformasi rakyat dan negara.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sokongan NGO-NGO tersebut akan diumumkan pada 31 Disember ini sempena malam kemuncak Karnival Sayangi Selangor 2012 di i-City di sini.

Kata beliau, selain menyatakan sokongan terhadap aspirasi BN, kesemua NGO terbabit dan 5,000 individu lain akan menyerahkan borang menjadi Rakan BN kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadual hadir pada malam kemuncak karnival tersebut.

"Kita (BN Selangor) dapat banyak sokongan kuat daripada lebih 100 NGO yang memberi jaminan mahu bersama-sama dengan kita. NGO- NGO tersebut melahirkan keyakinan terhadap BN sebagai sebuah parti yang mampu membela rakyat dan membangunkan negara ke arah masa depan lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir Karnival Sayangi Selangor 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember 2012 hingga 1 Januari 2013 di i-City.

Antara NGO terbabit ialah Kelab Bell Tamil Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Kuasa Keramat Malaysia, Pertubuhan Bersekutu Rakyat Prihatin Malaysia, Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia serta pelbagai NGO termasuk persatuan-persatuan penduduk di seluruh negeri ini.

Mengenai persiapan terakhir penganjuran karnival tersebut, Mohd. Zin berkata, penyediaan sebanyak 103 gerai jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta 29 gerai pameran agensi kerajaan berjalan lancar.

Beliau berkata, karnival itu juga akan menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan menerusi program Job Fair@i-Walk.

Katanya, pengunjung berpeluang memasuki i-City dan Trick Air Museum@i-City secara percuma sepanjang karnival empat hari itu selain berpeluang melawat Taman Tema Air i-City tanpa sebarang bayaran pada Isnin ini selepas pukul 7 malam.

"Bagi sambutan Hari Keluarga Sayangi Selangor yang diadakan bermula esok, para pengunjung boleh mendapat diskaun sebanyak 50 peratus bermula pukul 2 hingga 6 petang," katanya yang turut menyediakan kira-kira 1,000 sukarelawan belia untuk melancarkan perjalanan karnival tersebut.

Selain itu, katanya, pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada karnival itu antaranya Larian Belia Sayangi Selangor, sukan ekstrem, pertandingan gendang Cina serta India dan persembahan parkour.

Menurut Mohd. Zin, kemuncak karnival itu ialah Konsert Ambang Tahun Baru 2013 yang menampilkan persembahan daripada artis tempatan seperti Alyah, Fiq, Suki dan Jinbara serta artis daripada luar negara selain pertunjukan bunga api pada malam 31 Disember ini.

Acara kemuncak juga bakal menyaksikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merasmikan karnival tersebut dan bersama-sama rakyat untuk menantikan detik sambutan ambang tahun 2013. - UTUSAN
PRU-13: PM akan putuskan tarikh sesuai

PUTRAJAYA, jumaat, 28 DisEMBER, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tarikh sesuai untuk diadakan pilihan raya umum akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan meminta semua pihak bersabar menunggu.

"Kita tahu PM akan putuskan dan bila masa yang paling sesuai, saya fikir tunggu sahajalah," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda, di sini hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan Najib akan menunggu sehingga mandat kerajaan berakhir pada April depan, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi menegaskan, beliau tidak tahu berhubung perkara tersebut.

"Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, kalau Perdana Menteri tidak jawab, takkan saya nak lebih pandai daripada Perdana Menteri. Tunggu sahajalah," katanya.

Muhyiddin secara berseloroh berkata, umpama satu keseronokan apabila banyak pihak yang begitu teruja membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"PM kata ia akan diadakan pada tahun depan dan beliau pun kata semua orang boleh buat teka-teki mengenai tarikhnya.

"Itu seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki orang ramai dan kalau tidak, tidak adalah keseronokan pula," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin menasihatkan orang ramai dan juga ahli politik agar bersabar menunggu pengumuman rasmi Najib sendiri mengenai tarikh PRU-13. - UTUSAM
Kerajaan pandang serius bahasa, ejaan ringkas

*MUHYIDDIN Yassin berkata sesuatu kepada penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Syed Mohd Zakir Syed Othman (kanan), Kamaludin Endol (dua dari kanan) dan Marzuki Ali (dua dari kiri) selepas menyampaikan hadiah sastera berkenaan di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar (empat dari kanan) dan Ketua Pengarah DBP, Dr. Awang Sariyan (tiga dari kanan). - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Disember, 201: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius penggunaan bahasa serta ejaan ringkas yang tidak mengikut kaedah betul hasil perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini kerana bahasa serta ejaan ringkas yang banyak digunakan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kini mula dipakai secara meluas termasuk dalam aktiviti pembelajaran serta peperiksaan di institusi pendidikan.

Jelasnya, perkara itu merupakan satu fenomena yang perlu dipantau dan dibendung segera supaya tidak berleluasa dan merosakkan keindahan bahasa terutama bahasa Melayu.

''Saya berharap agar perkara ini dapat diatasi melalui pelaksanaan program pemantauan dan Audit Bahasa Melayu yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

''Saya juga berharap agar rakyat dapat memupuk sikap cinta kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa, baik dalam urusan rasmi atau tidak rasmi,'' katanya.

Beliau berucap dalam majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011 anjuran DBP, di sini hari ini.

HSPM merupakan hasil penilaian terhadap karya sastera yang diterbitkan dalam bentuk buku dan karya eceran yang tersiar dalam akhbar termasuk di Mingguan Malaysia, majalah, jurnal dan buku atau karya yang dipentaskan untuk skrip drama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain penggunaan bahasa serta ejaan ringkas, keseimbangan dalam penerbitan karya sastera dan pemilihan bahan bacaan juga perlu diberi penekanan sewajarnya.

Ujar beliau, dalam kerancakan penerbitan novel popular dan mudah, perkara itu harus diseimbangkan dengan penerbitan karya sastera yang lebih serius.

''Ini bermakna khalayak masyarakat harus menyeimbangkan pembacaan mereka dengan memilih karya sastera yang serius untuk menggarap pemikiran yang lebih kritis dan membina nilai estetika.

''Karya sastera yang mengandungi nilai dan budaya murni memainkan peranan penting dalam memberikan pengisian nilai kemanusiaan dan rohani kepada kemajuan material,'' katanya.

Dengan itu, tegasnya, tamadun bangsa tidak hanya dibangunkan oleh kejayaan ekonomi dan teknologi semata-mata tetapi berkembang seiring dengan kemajuan budaya serta nilai kemanusiaan.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin mengajak semua pihak untuk memberi perhatian kepada penerbitan dalam talian dan digital yang sedang berkembang pesat.

''Hari ini maklumat berada di hujung jari. Generasi muda adalah generasi yang lebih bergantung kepada alat mudah alih untuk mendapatkan maklumat. Mereka memperoleh maklumat dan berkomunikasi secara lebih pantas dengan menggunakan pelbagai saluran teknologi baharu.

''Perkembangan ini telah memberi kesan yang besar terhadap bidang penerbitan dan percetakan. Hujung tahun ini sebuah penerbitan yang berpengaruh iaitu majalah Newsweek akan dihentikan cetakannya untuk terbitan dalam talian,'' jelasnya.

Selaras dengan perkembangan terbaharu itu, katanya, para penulis dan penerbit wajar mempelbagaikan wahana penerbitan hasil karya termasuk menggunakan kaedah digital bagi menyebar luas kandungan sastera masing-masing. - UTUSAN
Kalimah Allah khas untuk Islam

Oleh RADHUAN HUSSAIN

KUALA TERENGGANU, JUMAAT,  28 Disember, 2012: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

Beliau berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Harun menjelaskan, dalam agama Kristian menyebut Tuhan bagi seluruh penganutnya adalah Nabi Isa dan bukannya Allah.

"Apa yang saya tahu, kalimah Allah hanya untuk Tuhan kita (umat Islam) dan dalam Kristian ada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan roh kudus. Isa (nabi) adalah disebut di kalangan penganutnya (Kristian) sebagai anak Tuhan.

"Jadi, kita kena faham bahawa nama Tuhan iaitu Allah hanya untuk orang Islam, kita seluruh umat Islam wajib menyembah Allah Yang Maha Esa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- UTUSAN
Guan Eng dibantah

*MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (memegang pembesar suara) menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli pelbagai NGO dan anggota Pas yang menyertai perhimpunan aman membantah kenyataan Lim Guan Eng menuntut kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu di hadapan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

PULAU PINANG, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Marah dan rasa terhina dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakannya.

Diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), perhimpunan itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister di sini sebelum berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, kira-kira 500 meter dari situ. - UTUSAN

Pemimpin Cina kecam Guan Eng mahu kalimah Allah dibenar dalam Bible

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu bukan sahaja menimbulkan kemarahan umat Islam tetapi turut dikecam pemimpin berketurunan Tionghua.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong tanpa berselindung menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana memperalatkan isu agama demi meraih kepentingan politik tanpa memikirkan kesan kepada negara.

Katanya, sebagai pemimpin tertinggi DAP apatah lagi Ketua Menteri, Guan Eng perlu lebih sensitif dan jangan sesekali menyentuh perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan kerana Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama serta budaya.- UTUSAN
Himpunan Shamsidar 12 Januari?

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan akti-

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

“Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya. - UTUSAN 
Mesti ada muslihat, agenda politik

Oleh YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negeri dan anak-anak Kelantan.

Presiden Persatuan Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan Darul Naim), Datuk Noordin Razak berkata, dakwaan itu juga amat memalukan dan mengaibkan anak-anak Kelantan.

Beliau berkata, dakwaan itu sekiranya benar menunjukkan kerajaan Pas terdesak untuk mendapatkan sokongan sekutunya DAP bagi memperkuatkan pakatan mereka dalam usaha merampas kuasa pemerintahan negara pada pilihan raya akan datang.

"Saya percaya jika tidak ada pakatan pembangkang, perkara ini tidak berlaku, mesti ada muslihat dan agenda politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
Tanya mereka lebih berjaya, bilionair - Koo Ham

IPOH, JUMAAT, 28 Disember, 201: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meminta mereka yang mempersoalkan kekayaannya agar bertanyakan soalan itu kepada ahli perniagaan yang lebih berjaya terutama yang bertaraf bilionair.

Koo Ham berkata, rakyat memang berhak untuk bertanya tentang kekayaan seorang penjawat awam serta bagaimana wang rakyat dan tanah kerajaan ditadbir, tetapi bukan terhadap harta kekayaan individu.

“Saya bukan penjawat awam. Kalau mereka hendak tanya tentang harta atau duit kepunyaan orang perseorangan, kita ini bukan kaya sangat, tetapi sebelum menceburi politik, saya sudah ada sedikit sebanyak duit.

“Kalau hendak tanya dan belajar bagaimana dapat duit banyak, tanyalah mereka yang lebih berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan bilionair lain. Saya bukan bilionair," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
Isu beri tanah: SPRM perlu siasat Nik Aziz

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Disember, 2012:- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pemberian tanah bernilai puluhan juta ringgit di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, transaksi yang berlaku menimbulkan keraguan dan memerlukan siasatan segera bagi mengetahui perkara sebenar di sebalik pemberian tersebut.

Dua pemimpin DAP yang didakwa terlibat ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming.

Kata Mohd. Hilmi, selain Koo Ham dan Kor Ming, SPRM wajar menyiasat Nik Aziz yang merupakan individu bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah di Kelantan.

"Saya tidak mahu tuduh secara melulu, tetapi sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dari Perak, saya juga mahu tahu perkara sebenar. Bagaimana transaksi itu boleh berlaku? Ini bukan isu kecil tetapi membabitkan tanah pembalakan yang bernilai puluhan juta ringgit. - UTUSAN
Kekayaan: Sikap bisu Karpal dipersoal

IPOH, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Pelbagai pihak mempersoalkan sikap membisu Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu melibatkan dua pemimpin kanan DAP Perak yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa termasuk terlibat dalam projek pembalakan bernilai jutaan ringgit di Kelantan.

Ini kerana Karpal sebelum ini dilihat bertegas mahukan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming dihadapkan ke Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), tetapi sehingga kini tidak dilakukan.

Presiden Pertubuhan Wawasan Rakyat Perak, Fauzi Muda berkata, sikap berdiam diri Karpal itu seolah-olah beliau sebagai pemimpin tertinggi DAP tidak mampu melawan kumpulan yang tidak menyukainya di dalam parti.

“Karpal tidak bersetuju, tetapi beliau seolah-olah terpaksa mengalah kerana isu ini mungkin melibatkan kumpulan yang menentangnya. Saya yakin beliau sendiri faham di mana kedudukannya. - UTUSAN...
Tidak jejak rumah mentua 10 tahun

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

 BESUT, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Kerana yakin dengan Amanat Haji Hadi semasa dikeluarkan 31 tahun lalu, bekas penyokong tegar Pas, Raja Ayub Raja Kechil, 60, memutuskan untuk tidak lagi menjejak kaki ke rumah mentuanya yang cuma tinggal bersebelahan rumahnya di kampung Air Terjun Padang Luas di sini.

Sebelum itu, hubungan mereka rapat sehinggalah Raja Ayub mendengar Amanat Haji Hadi melalui siri ceramah pemimpin dan perjumpaan dengan pemimpin Pas yang memberi kefahaman bahawa mereka yang tidak bersama Pas bukan kalangan Islam.

“Selama 10 tahun saya tidak menjejak kaki ke rumah mentua walaupun ada majlis dan kenduri-kendara. Keluarga mentua yang menyokong UMNO terpaksa terima keadaan itu," katanya.

Dengan keyakinan tindakannya benar mengikut Islam, beliau mula berselisih faham dan tidak lagi bertegur sapa dengan kalangan yang tidak bersama dengan perjuangan Pas, malah berkelahi dengan anggota keluarga sendiri. - UTUSAN
Bekas askar sokong Pas kerana dijanji syurga

PASIR PUTEH, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Ketaksuban terhadap Amanat Haji Hadi turut menular dalam kalangan kakitangan kerajaan termasuk anggota pasukan keselamatan apabila ada yang terpengaruh dengan agenda Pas yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

Seorang pesara tentera, Md. Hassan Latif, 54, membuat pengakuan sedemikian selepas menyesali tindakannya mempercayai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas meretakkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pada ketika itu, kata beliau, Pas dilihat memperjuangkan Islam dan wajib disokong secara mutlak sehingga khuatir menjadi murtad atau kafir jika memberi sokongan atau mengundi UMNO.

"Apa lagi kalau undi Pas ketika itu dijanjikan ganjaran syurga. Semua orang akan teruja dengan tawaran sedemikian termasuk lunaknya kempen politik yang menggunakan ayat al-Quran dan hadis. - UTUSAN
Amanat: Hadi dicabar jadi gentleman

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar segera tampil secara gentleman memberi penjelasan, sekali gus meleraikan kekalutan kesan daripada Amanat Haji Hadi yang beliau cetuskan pada 1981.

Yang Dipertuanya, Ismail Saamah menegaskan, Presiden Pas itu tidak perlu gentar untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu itu sekiranya amanat berkenaan yang menjadi pegangan ahli Pas tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, Abdul Hadi perlu bertanggungjawab menyelesaikan kekeliruan serta perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan fahaman politik Pas dan UMNO sehingga umat Islam di negara ini berpecah-belah.

“Perkasa Terengganu cabar Haji Hadi supaya tampil dengan segera, kenapa perlu takut. Keluarlah dan jika beliau rasa betul (Amanat Haji Hadi), buktikan saja. = UTUSAN
Rebat RM200 beli telefon mula Selasa

Permohonan boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian

KUALA LUMPUR, 28 Disember, 2012: Belia berusia di antara 21 dan 30 tahun boleh memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
“Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rebat RM200 sekali saja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Bajet 2013.

Dengan rebat itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baru, katanya sambil menolak dakwaan had RM500 adalah rendah kerana ada lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang di kedai itu atau boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pasca bayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata, pemilik perniagaan kecil berumur 18 hingga 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Januari), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. - BERNAMA
Perkasa Pahang edar risalah desak Hadi tarik balik amanat

KUANTAN, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang hari ini mengedarkan risalah di seluruh masjid di negeri ini bagi menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertaubat dan menarik balik amanat yang dibuat beliau 31 tahun lalu.

Ketua Penerangan Perkasa negeri, Muhammad Faiz Hashim berkata, Presiden Pas itu perlu bertaubat dan menarik balik amanatnya demi kebaikan Islam, akidah dan ukhuwah sesama ummah di negara ini.

"Sepatutnya Abdul Hadi seorang pemimpin tertinggi Pas yang kononnya memperjuangkan Islam menentang segala bentuk ancaman kepada kepentingan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

"Contoh dalam isu desakan penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang dicetak dalam bahasa Melayu, tuntutan hak kebebasan beragama oleh orang Islam, larangan azan, mempermainkan hadis oleh pemimpin bukan Islam dan isu mencemar kesucian masjid. - UTUSAN
Koo Ham dikecam samak al-Quran-Bible dalam penggunaan kalimah Allah

IPOH, JUMAAT, 28 Disember,, 2012: Pelbagai pihak hari ini mengecam Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam laman sosial Twitternya termasuk menyamakan kitab al-Quran dengan Bible berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Dalam nada sama, mereka yang terdiri daripada pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengingatkan pemimpin DAP itu berpada-pada dalam berpolitik supaya tidak menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Bagi saya, cara berpolitik pemimpin ini (Koo Ham) sudah keterlaluan. Sedarkah beliau kesan yang boleh berlaku akibat daripada kenyataan seumpama itu?," kata Pengerusi Barisan NGO Perak, Muhammad Salleh Khan Muhammad Jaafar kepada Utusan Malaysia.

Dalam laman sosial Twitter hari ini, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi: - UTUSAN
Transformasi badan kehakiman bermula

PUTRAJAYA, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Badan kehakiman di bawah kepemimpinan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sudah memulakan langkah bagi memperkukuh serta memelihara integriti, kecekapan dan kebebasan badan itu.


Ia juga meneruskan pembaharuan sedia ada selain memperkenal beberapa langkah serta pendekatan baharu bagi menaik taraf sistem penyampaian dan pelaksanaan keadilan nasional ke peringkat lebih tinggi.

Transformasi itu membabitkan perubahan struktur, operasi, pentadbiran dan sumber mahkamah.

Arifin berkata, satu tahap keyakinan yang tinggi serta kepastian terhadap integriti sistem kehakiman adalah perlu bagi menyediakan persekitaran lebih stabil kepada pelabur asing dalam pasaran tempatan.

 Sebahagian perubahan di mahkamah tahun ini ialah penambahan bilangan hakim yang bersidang dalam panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan kes jenayah dan sivil serta permohonan untuk kebenaran merayu.

Bilangan hakim ditambah kepada lima dalam sesuatu panel berbanding tiga sebelum ini bertujuan mempertingkat kualiti penghakiman dan keputusan.
Bilangan panel dan persidangan Mahkamah Persekutuan turut ditambah bagi mempercepat pendengaran kes rayuan. Beberapa inisiatif baharu turut dilaksana di peringkat Mahkamah Rayuan bagi mempercepat pelupusan kes.

Ini termasuk menambah bilangan panel dan persidangan, penubuhan panel khas mendengar rayuan interlokutari dan rayuan dari mahkamah rendah, memberi keutamaan kepada rayuan membabitkan hukuman mati serta penjawat awam selain mempercepat rayuan dari Mahkamah Komersial Baharu (NCC) dan Mahkamah Sivil Baharu (NCVC). - BERNAMA
Pelajar IKIP derma wang kemenangan


KUANTAN, 28 Disember, 201: Kisah penderitaan rakyat Palestin mendorong lapan pelajar Kelab Inovasi Kolej Antarabangsa IKIP mendermakan semua wang kemenangan pertandingan My Inovasi kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad.

Mereka menyerahkan semua wang tunai RM1,400 yang dimenangi sempena pertandingan peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, di Putrajaya, bulan lalu.

Dalam pertandingan itu, mereka menduduki tempat kesembilan dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,312.1 selepas menewaskan 51 kumpulan dari seluruh negara.

Ketua Kumpulan Kelab Inovasi Ikip, Muhammad Azim Syahid Mohd Yusof, berkata keputusan mendermakan semua wang berkenaan diambil setelah berbincang bersama ahli kumpulannya kerana bersimpati dengan nasib malang menimpa penduduk Palestin.

“Walaupun jumlahnya tidak besar, kami berharap ia dapat bantu menambah derma yang sudah dikumpulkan rakyat Malaysia bagi meringankan beban rakyat yang ditindas rejim Zionis,” katanya. - BH
Mangsa banjir terima RM500

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad dan Irwan Shafrizan



*MUHYIDDIN memegang tangan kanak-kanak ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Bukit Mentok. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - Foto Aswadi AliasKerajaan Pusat bantu tak kira latar belakang, fahaman politik

RANTAU PANJANG, 28 Disember, 2012: Setiap keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi akibat banjir akan diberikan bantuan RM500 oleh Kerajaan Pusat tanpa mengira latar belakang mereka termasuk fahaman politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata ia adalah komitmen kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat selain menepati janji mendahulukan rakyat.

“Seperti sebelum ini, bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap keluarga mangsa banjir dan ia akan diteruskan tanpa mengira bangsa serta fahaman politik. Untuk menikmati bantuan ini, mangsa banjir hendaklah yang berpindah ke pusat pemindahan disediakan selain mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 “Saya sudah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera menyediakan bantuan ini sebaik mangsa kembali ke rumah masing-masing apabila keadaan pulih sepenuhnya nanti. Bantuan jangan lama (lambat) sangat, seminggu dua harus sampai kepada mangsa terbabit,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, di sini semalam. Turut serta isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang turut menyampaikan bantuan serta bertanya khabar mangsa banjir di sekolah berkenaan yang setakat semalam menempatkan 915 penduduk dari 317 keluarga, berkata mangsa banjir di Kelantan juga akan diberikan bantuan wang ehsan sebaik Jawatankuasa Wang Ehsan negeri melakukan penilaian dan mengumpul maklumat diperlukan.

Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan penduduk yang kehilangan hasil pertanian serta ternakan akibat bencana itu supaya menghubungi Jabatan Pertanian untuk bancian dan taksiran ganti rugi.

Ketika melawat lebih 2,000 mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu, Muhyiddin meminta ahli Barisan Nasional (BN) serta pertubuhan sukarela turun padang memberi bantuan kepada mangsa bencana berkenaan.

 “Bila mangsa balik ke rumah, bukan saja badan sukarela, pemimpin politik BN, ahli parti perlu turun bantu bersihkan rumah mereka, tolong baiki kerosakan. Kita bantu mereka yang perlukan bantuan, ini komitmen kerajaan untuk bantu, tiada pilih bulu, tiada pilih kasih, bantuan untuk pastikan semua mangsa selamat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut meminta penduduk di kawasan bencana mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini selain menasihatkan mereka berhati-hati dan menjaga keluarga terutama kanak-kanak ketika musim banjir.  BH
MB Selangor dikecam

Jadikan isu air 'perang politik' dengan kerajaan Pusat, ketepikan suara rakyat


SHAH ALAM, JUMAAT, 2 Disember, 2012:: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam kerana memperlekehkan isu air di negeri itu dengan kenyataannya sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikannya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata kenyataan Khalid seolah-olah mahu melancarkan ‘perang politik’ dengan kerajaan pusat berhubung isu air. - BH
Tiga anggota geng samun bersenjata api di Pulau Pinang ditahan

KEPALA BATAS, JUMAAT, 28 Disember, 2012:: Tiga anggota geng samun bersenjata api yang aktif di Pulau Pinang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Sungai Petani, Kedah.

Mereka yang berusia antara 30 hingga 45 tahun itu ditahan malam tadi dan awal pagi ini.

"Bertindak hasil maklumat awam dan risikan polis, kita menyerbu sebuah rumah di Taman Kenari, Sungai Petani pada jam 8.30 malam tadi dan menahan dua lelaki.

"Susulan itu pada jam 5 pagi, kita menyerbu sebuah lagi rumah di kawasan perumahan yang sama dan berjaya menahan seorang lagi lelaki," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, berikutan serbuan itu, polis turut merampas antara lain sepucuk pistol, 40 butir peluru pelbagai jenis, gari, empat telefon bimbit serta buku akaun Tabung Haji milik seorang wanita.

Siasatan awal mendapati mereka terbabit dalam tiga kejadian samun dan pecah rumah di sekitar Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah bulan lalu dan awal bulan ini, katanya.

Mereka beserta beberapa lagi anggota yang masih bebas dipercayai turut melakukan beberapa lagi kejadian samun dan rompak di sekitar negeri ini.
Abdul Rahim berkata, kumpulan ini sangat berbahaya kerana memiliki senjata api dan akan bertindak di luar jangkaan seperti mencederakan mangsa jika mereka terdesak.

Beliau berkata, salah seorang daripada yang ditahan yang bekerja sebagai pengimpal manakala dua lagi tidak bekerja kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Mengenai kes judi, beliau berkata, 361 premis perjudian di sekitar negeri ini diserbu dari bulan lalu hingga Selasa lepas dan seramai 81 orang termasuk penjaga dan pemilik premis ditahan serta 389 mesin judi dirampas. - BERNAMA
Bekas ahli MPAJ dipenjara 8 tahun, denda RM977,560

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Dissember, 2012: Bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas 10 pertuduhan rasuah melibatkan sejumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini setelah mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara notis rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.

Jika gagal membayar denda, tempoh pemenjaraan Abd. Ghani, 46, boleh ditambah sembilan tahun dua bulan lagi.

Abd. Ghani yang merupakan ahli Jawatankuasa Tender MPAJ ketika kejadian, didakwa bagi pertuduhan pertama menerima suapan daripada seorang kontraktor, Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.

Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan membantu Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. - UTUSAN © Utusan Melayu (M) Bhd
Bekas ahli MPAJ dipenjara 8 tahun, denda RM977,560

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Dissember, 2012: Bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas 10 pertuduhan rasuah melibatkan sejumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini setelah mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara notis rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.

Jika gagal membayar denda, tempoh pemenjaraan Abd. Ghani, 46, boleh ditambah sembilan tahun dua bulan lagi.

Abd. Ghani yang merupakan ahli Jawatankuasa Tender MPAJ ketika kejadian, didakwa bagi pertuduhan pertama menerima suapan daripada seorang kontraktor, Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.

Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan membantu Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. - UTUSAN
Lelaki cedera diserang jerung di timur Australia

SYDNEY, JUMAAT, 28 Disember, 2012:: Seorang lelaki terselamat daripada serangan jerung di pantai timur Australia hari ini tetapi hilang satu jari dan cedera parah di bahagian paha, kata pegawai ambulans.

Lelaki berusia 29 tahun itu berenang dekat Port Macquarie kira-kira 390 kilometer utara Sydney ketika dia diserang jerung terbabit.

"Sebuah helikopter dipanggil. Ahli paramedik yang tiba mendapati lelaki berusia 29 tahun itu sudah diserang jerung banteng di tangan dan paha kanan.

"Lelaki itu hilang jari telunjuk dan daging betis akibat serangan jerung berkenaan," kata jurucakap ambulans itu. - AFP

Friday 28 December 2012

Biar tarikh PRU Ke-13 jadi teka-teki: Muhyiddin

PUTRAJAYA: , JUMAAT, 2 Disember, 012:Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) masih menjadi teka-teki umum.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU Ke-13.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU Ke-13 akan diadakan pada tahun hadapan.

"Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila... Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum tarikh sebenar), kita tak ada 'fun' lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata orang ramai, termasuk ahli politik harus bersabar menunggu pengumuman rasmi perdana menteri mengenai tarikh PRU Ke-13.

"Kita tahu perdana menteri akan putuskan, cuma tinggal bulan dan minggu sahaja (belum umum). Bila masa yang paling sesuai, saya fikir tunggu sahajalah," katanya.

Apabila ditanya sama ada perdana menteri akan menunggu sehingga Parlimen terbubar secara automatik pada April tahun depan, Muhyiddin berkata: "saya tidak tahu".
"Apa yang saya tahu, kalau Perdana Menteri tidak jawab, takkan saya nak lebih pandai daripada Perdana Menteri. Tunggu sahajalah," katanya.

Mandat kerajaan akan berakhir pada 28 April tahun depan dan secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 29 April. - BERNAMA
Tiga lelaki bebas daripada tuduhan membunuh

SHAH ALAM, JUMAAT,, 2012 28 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan tiga lelaki daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di Pangsapuri Aman, Taman Puchong Prima dekat sini, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya berkata kesemua tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri kerana tiada bukti yang menunjukkan kehadiran ketiga-tiga mereka di tempat kejadian.

Illayaraaja Haridas, 29, Gobi Nath Shanmugam, 21, dan Tiranesvaran Sathievelu, 23, dituduh membunuh Syed Kumar Yahya@Bobby Umar Ungkilat, 37, di Pangsapuri Aman, Taman Puchong Prima lebih kurang pukul 1 pagi pada 18 Jun 2010.

Syed Kumar meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di Hospital Serdang kerana mengalami kecederaan parah akibat dipukul dengan objek tajam hingga menyebabkan kerosakan pada otaknya.

Ghazali berkata tiada bukti menunjukkan kehadiran tiga tertuduh di tempat kejadian dan tiada saksi yang dapat mengecam bahawa tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa.

Hakim mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Yasser Mohd Nasri gagal membuktikan kes dengan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.

Illayaraaja diwakili peguam S.Prakash, peguam Gobind Singh Deo di pihak Gobi Nath Shanmugam manakala Tiranesvaran dibela oleh Badrul Munir Bukhari. - BERNAMA
Warga India cuba seludup dadah hampir RM1 juta

KUANTAN, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah seberat 4.9kg bernilai hampir RM1 juta ke negara ini berikutan penahanan seorang warganegara India di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di sini.

Dalam kejadian Rabu lepas itu, lelaki berusia 37 tahun ditahan di balai ketibaan LTSAS, pada 8.10 pagi.

Menurut Pengarah Kastam Pahang Datuk Sarip Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek menyembunyikan dadah di bahagian bawah bagasinya dan cuba membawa keluar melepasi kawalan kastam.

"Dadah jenis methamphetamine seberat 4.9kg itu bernilai RM931,000 itu berjaya dirampas setelah pihak kastam memeriksa bagasi suspek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek berjaya melepasi lapangan terbang antarabangsa iaitu dari Calcutta, India ke Singapura seterusnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke LTSAS.

Katanya, siasatan juga mendapati suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket dadah itu memasuki negara ini sebagai pelancong. - BERNAMA

Mati selepas bertengkar dengan suami, kenalan lelaki


ALOR SETAR, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Seorang isteri ditemui mati di rumah keluarga mertuanya selepas terlibat dalam satu pertengkaran dengan suami dan seorang kenalan lelaki mereka di Kampung Alor Gelegah di sini hari ini.

Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, ditemui mati oleh salah seorang ahli keluarga suaminya yang tinggal bersebelahan rumah itu kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

Beberapa jam sebelum itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya serta seorang kenalan mereka di hadapan rumah tersebut, dipercayai kerana faktor cemburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, mangsa maut dipercayai akibat terkena hentakan objek keras dan polis menahan tiga lelaki iaitu suami mangsa dan dua kenalan mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN
Khairul Fahmi dan Leuniey selamat diijabkabulkan

TUMPAT, JUMAAT, 28 Disember, 2012: Selepas 10 bulan menjalin hubungan, penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akhirnya sah bergelar suami isteri pagi ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib kira-kira pukul 10.25 pagi ini dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua mempelai di rumah keluarga Leuniey di sini.

Pada majlis tersebut, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan Apek telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan Nur Eilunie atau Leuniey membalas dengan tujuh dulang.

Apek yang mengenakan baju berwarna kuning muda sah menjadi suami kepada Leuniey dengan sekali lafaz dan lebih 2,000 tetamu termasuk peminat setia mereka hadir pada majlis pernikahan tersebut. - UTUSAN
Dua maut rempuh tiang, pokok dan pondok bas

MARANG,, JUMAAT,  28 Disember, 2012:Dua sahabat maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik, pokok dan pondok menunggu bas di Kilometer 52 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Bongkok, di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada 7.50 pagi itu, mangsa Jamiluddin Zaiton, 28, dan Shahrul Nazim Mohd Azmi, 19, maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan berkata dua sahabat yang berasal dari Johor itu sedang dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu dan dipercayai baru pulang dari kampung halaman mereka.

Katanya kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua batang tiang elektrik, sebuah pondok bas dan pokok di tepi jalan.

"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa terpelanting sejauh 30 meter sebelum terbalik," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA