My Add

Wednesday 31 August 2011

Perkembangan semasa yang membosankan

KITA masih dibelenggu perasaan kurang selesa dan bosan dengan perkembangan semasa dalam negara sekarang.

Kita mahu keharmonian, perpaduan serta keamanan sosial dan tidak akan mengikut rentak segelintir kecil pihak yang memainkan isu sensitif demi agenda politik.

Kebelakangan ini dari isu poltik melarat kepada isu perkauman, mencabar Perlembagaan dan Raja-raja Melayu, perundangan, bahasa kebangsaan dan agama.

Orang Melayu dan bumiputera semakin banyak diasak bukan sahaja oleh sebilangan bukan Melayu malahan kelompok orang Melayu sendiri yang menjadi petualang.

Sejak kejutan politik kepada kerajaan dan pembangkang, kuasa politik bumiputera dilihat goyah dan membuka peluang kepada segelintir kecil bukan Melayu membangkitkan isu sensitif.

Tuntutan hak asasi manusia pula dijadikan alasan segelintir lagi rakyat untuk menghalalkan segala bentuk amalan sosial yang bertentangan dengan norma dan budaya.

Perundangan sivil dan syariah pula dicabar melalui pelbagai kes. termasuk kes murtad, tukar jantina, seks luar tabii, perkahwinan sejenis, azan dan bacaan al-Quran.

Hukuman terhadap kes membabitkan arak, judi, zina dan khalwat umat Islam dipersoalkan oleh pihak tidak berkenaan.

Kini timbul pula segelinir puak yang cuba memesongkan fakta sejarah dan kecenderungan memburuk-burukkan pemimpin silam yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja bimbang, malah terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.

Bekas Perdana Meneri khuatir trend tersebut berjalan begitu lancar dan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada usaha memburukkan pemimpin lama mungkin kerana kaitan mereka dengan UMNO.



Tuesday 30 August 2011

Pas: Lagi dkecohkan lagi terdedah tembelang UMNO

Untuk tatapan umum, berikut dsiarkan komentar mengenai isu ceramah Mat Sabtu yang tersiar dalam Harakah Daily,Selasa 30hb Ogos 2011.


PEJUANG negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.

Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG

KOMENTAR TUKAR TIUB

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dongeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlakon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongok. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin.

Apa yang Mat Sabu sampaikan?

Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!

Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net

Ulasan GB

Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.

Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!


Polis akan panggil Mat Sabu - Khalid

PETALING JAYA 29 Ogos - Polis sudah membuka kertas siasatan untuk menyiasat Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, Mat Sabu akan disiasat di bawah Seksyen 505 B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Beliau berkata, polis akan memanggil Timbalan Presiden Pas itu untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat.

"Kenyataan Mat Sabu itu dilihat menyakitkan hati anggota pasukan keselamatan selain mengguris perasaan keluarga 16 orang yang terkorban dalam tragedi itu," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi penugasan Ops Sikap Ke-24 di Kilometer 32, Merbau Sempak di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor.

Khalid dalam pada itu turut menempelak Mat Sabu sebagai orang yang kurang membaca buku sejarah.

Sehubungan itu, ujarnya secara sinis, Mat Sabu perlu membaca semula buku sejarah dan bertanya kepada orang yang arif mengenai sejarah itu, selain melawat sendiri Bukit Kepong.

"Saya rasa Mat Sabu perlu melawat sendiri Bukit Kepong, tengok dengan mata kepala sendiri bagaimana keadaannya di sana, bertanya dengan orang-orang kampung yang masih segar dalam ingatan mereka tragedi tahun 1950 itu," katanya.

Khalid berkata, sehingga semalam, sebanyak 49 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara.-Utusan.


Mereka pejuang kemerdekaan sebenar - Karpal singh

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka.

“Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden Pas) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar,” kata Karpal.

"Kenyataan yang didakwa itu, sekiranya benar, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan,” kata Karpal dalam kenyataan.

Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa Onn dan Tuanku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan. – Bernama


Mat Sabu pemimpn 'tak boleh pakai'

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau seorang pemimpin yang 'tidak boleh pakai'.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, tindakan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka adalah keterlaluan.

"Mat Sabu (Mohamad) masih lagi 'dijajah' ideologi komunis. Dia terlupa bahawa hero sebenar dalam tragedi tersebut adalah anggota keselamatan yang terbunuh mempertahankan negara kerana sayangkan keamanan dan tanah air.

"Agaknya, kalau tiada anggota keselamatan yang sanggup bertarung nyawa untuk mempertahankan negara daripada PKM, mungkin Malaysia kini dijajah oleh mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Tambah Muhammad, Timbalan Presiden Pas itu seperti tidak bersyukur dengan keamanan yang dicapai negara hingga sanggup cuba memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Dia (Mohamad) tidak menghayati perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pejuang negara yang sanggup berjihad mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.

"Saya sangat kesal dan dukacita dengan tindakan pengkhianat bangsa seperti Mat Sabu. Dia harus menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada semua waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong," katanya.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom pula mendesak supaya Mohamad tampil memberi penjelasan mengenai tujuan beliau mengeluarkan kenyataan biadab itu.

"Dia (Mohamad) harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan dan jangan cuba mengelak daripada memberi kenyataan maaf," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPMM), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta Mat Sabu berhenti menjadi 'robot' DAP dan terus menghina jasa bakti para pejuang yang telah memerdekakan negara.

"Jika komunis berjaya menawan negara, Pas tidak akan wujud kerana komunis tidak benarkan warga dalam tanah jajahannya menganuti sebarang agama dan Mat Sabu tidak akan dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas.

"Jangan sekali-kali menukarkan sejarah negara kerana ia adalah warisan nenek moyang kita. Jika cuba menukarkannya ditakuti pertumpahan darah akan berlaku dan jika itu berlaku Pas bertanggungjawab," ujarnya.

Beliau yang juga bekas Komander Rejimen Askar Wataniah berkata, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, Mohamad disaran berdebat di hadapan 200,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara.

Sementara itu di Alor Setar, Yang Dipertua Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad), Abdul Ghani Mehat menggesa polis menyiasat Timbalan Presiden Pas itu di bawah akta yang relevan kerana secara terang-terangan menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong.

Katanya, dakwaan Timbalan Presiden Pas itu seolah-olah menunjukkan beliau mengiktiraf tindakan komunis yang diketahui membawa kesengsaraan kepada rakyat.

"Polis perlu menyiasat sejauh mana penglibatan Mat Sabu dalam perkara ini. Kita tidak perlu mendesak manusia seperti ini memohon maaf berhubung kenyataan itu, tetapi mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bukti," katanya.- Utusan.


























Monday 29 August 2011

Mat Sabu terlupa...video ucapannya tersebar

MOHAMAD Sabu mudah lupa. Dia tidak ingat pernah berkata Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

“Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana,” katanya.

Menurut laporan Harakahdaily, Mat Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar UMNO, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadapnya dan PAS.

Katanya, dia telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

Inilah kenyataan pertama seumpamanya pernah dibuat oleh Mat Sabu ‘membela’ diri kerana dalam mana-mana kes kontroversinya sebelum ini, pemidato hebat Pas itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terlupa mengenai apa yang pernah dituturkan.

Apa yang mengejutkan, dakwaan terlupa itu dibuatnya ketika video yang memaparkan ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu mula tersebar di Internet terutamanya di laman-laman blog dan laman sosial Facebook.

Timbalan Presiden Pas itu dilaporkan pernah berkata, Muhammad Indera, iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis tersebut.

Dalam ceramahnya itu juga, Utusan Malaysia melaporkan, dia mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British selain turut berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara.

Ekoran kontroversi itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa ‘penyembelihan’ Bukit Kepong menyelar Mat Sabu dan menuntut orang nombor dua Pas itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuk perbuatan biadab itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menganggap Mat Sabu sebagai pemimpin yang buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pemimpin No. 2 Pas itu juga telah membuka ruang kepada rakyat untuk menilai sifat sebenar pemimpin itu.

Menurutnya, kenyataannya itu bukan sahaja mencetus kemarahan rakyat pelbagai kaum tetapi mereka juga mulai menyedari corak permainan politik Mat Sabu selama ini"Sekarang siapa yang rugi? Semua orang dah tahu siapa sebenar dia. Sebelum ini dia tidak pernah menyebut perkataan komunis," katanya.

Sambil nmelabelkan Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara, bekas Ketua Polis Negara,Musa Hassa nmelabelkan Mat Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

Tindakannya mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara akhirnya membuktikan mainan politik kotor yang dilakukannya selama ini telah memakan diri sendiri.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan dia mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan dia menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.

“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Noh Omar menyifatkan Mat Sabu sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian kerana sanggup mengeluarkan apa sahaja kenyataan demi menjaga kedudukan politiknya.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, Mat Sabu juga tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak tahu menghargai jasa serta pengorbanan orang lain dan telah mengguris hati banyak pihak terutama para pejuang zaman komunis yang masih hidup dan ahli keluarga pejuang yang telah terkorban ketika itu.

"Saya tidak tahu bagaimana orang seperti Mat Sabu yang tidak tahu menghormati dan menghargai perjuangan orang lain boleh dipilih menjadi Timbalan Presiden Pas," kata Noh.






Mat Sabu hilang pertimbangan kewarasan

ANGKARA kenyataan liar berhubung sejarah Bukit Kepong, Mohamad Sabu ditempelak dan dikecaman hebat oleh berbagai pihak termasuk pemimpin tertinggi UMNO, persatuan bekas tentera dan polis serta waris mangsa tragedi berdarah itu.

Timbalan Presiden Pas itu juga dituduh cuba membohongi masyaakat Malysia dan memboktikan dia pemimpin yang kuat berbohong.

Akhbar Mingguan Malaysia menyiarkan secara meluas kecaman dan bantahan terhadap Mat Sabu yang dianggap kurang ajar, biadap, sebagai penyokong komunis dan sebagai pembesar suara DAP.

Mengikut fakta sejarah, tragedi berdarah Bukit Kepong bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, Mat Sabu menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi itu sebagai hero sebenar.

Menurut Mat Sabu, Muhamad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mat Sabu berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar, selain hanya memihak kepada UMNO.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO kesal sekali kenyataan itu, malah, Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan hujah Mat Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.

“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air. Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya.
Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan itu menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.

‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Mat Sabu bahawa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sebagai satu penghinaan kepada rakyat negara ini.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu dan menganggap bahawa beliau merupakan pemimpin yang tidak berkualiti langsung,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, pendapat bahawa anggota polis yang diserang dalam tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk penjajah tidak benar kerana mereka berjuang mempertahankan sebuah wilayah dalam sebuah negeri yang mempunyai sultan.
Katanya, PKM pula tidak pernah ikhlas memperjuangkan kemerdekaan negara kerana matlamat sebenar mereka adalah menyingkirkan raja-raja Melayu dengan cara menubuhkan sebuah republik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Mat Sabu itu termasuk mahu mengubah fakta sejarah menunjukkan pemimpin Pas kini semakin jahil terutamanya sejak menjadi ‘boneka’ DAP.

‘‘Faktor itu juga dipercayai menjadi punca apabila mereka menukar konsep perjuangan mereka kepada negara berkebajikan dan dikhuatiri mereka juga akan mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala raja-raja Melayu dipinggirkan,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed berkata, Mat Sabu disifatkannya sudah hilang pedoman.

Sehubungan itu, katanya, Mustapa meminta rakyat menolak pemimpin terbabit yang mengagung-agungkan pengganas komunis kerana gerakan itu telah banyak membawa kemusnahan kepada negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Razali Ibrahim berkata, tindakan pemimpin pembangkang itu menyifatkan anggota polis yang terkorban dalam tragedi itu sebagai pegawai British dan bukannya hero sebenar adalah satu penghinaan kepada keluarga mangsa tragedi itu.
Katanya, melihat kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan Mohamad Sabu kini mengikut telunjuk DAP dan menjadi 'pembesar suara' kepada parti itu yang selama ini cenderung menunjukkan simpati kepada perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Dalam erti kata lain, DAP kini sudah berjaya berada di dalam barisan kepimpinan Pas dan saya tidak terkejut jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng banyak membantu Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini, teganya.

Tindakan Mat Sabu mendewa-dewakan komunis dengan menganggap kumpulan pengganas itu hero sebenar tragedi Bukit Kepong mesti ditentang habis-habisan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Rais Yatim

Menurutnya, Mat Sabu seolah-olah tidak dapat membezakan antara fahaman komunis dan pengganas komunis yang memusnahkan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia antara 1948 hingga 1960.

Bagi Rais, kalau inilah jenis pimpinan Pas akan datang, yang memuja gerombolan pengganas sebagai hero Pas, negara ini akan huru-hara.

Apakah ini bab pertama kepada Mat Sabu sebelum Parti Komunis Malaya hendak dihalalkan bagi dia dan pengikutnya? Kalau benar, Pas hendaklah membuat pendirian mulai kini supaya kita mengenal siapa sebenarnya dalang teroris di negara ini, tegasnya.

Sambil menyalar Mat Sabu, bekas tentera di negara ini juga menyifatkan kenyataannya sebagai biadab dan kurang ajar

Kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas sebagai hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong menunjukkan dia jahil dalam soal sejarah negara ini.

Khalid berkata, kenyataan Mat Sabu itu juga boleh menimbulkan kemarahan waris-waris pasukan keselamatan, terutamanya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis ketika tragedi berdarah itu.

Menurutnya, Mat Sabu perlu memohon maaf kerana kenyataan dangkalnya itu akan menyinggung perasaan waris-waris anggota polis maut dalam tragedi berdarah itu.

Pengerusi Felda, Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sebelum ini, May Sabu cuba memutar belit insiden ‘dilanggar’ kenderaan polis ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu dan cuba lagi mengelirukan fakta sejarah berhubung Bukit Kepong.

Menurutnya, Mat Sabu sudah tidak ada pertimbangan kewarasan dalam hidup dan perkara itu seharusnya dibimbangi oleh semua pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang.

Kita semua sudah kenal dengan karakternya, dia memang percaya tindakan berbohong itu boleh membawa kejayaan kepada dirinya. Mat Sabu tidak kekok untuk menipu kerana ia telah jadi sebahagian daripada darah dagingnya, katanya.

Isa percaya dia memang teringin untuk ubah semua fakta sejarah tanah air kerana dia mahu orang ramai mengenali dirinya, dia suka popular,” katanya kepada Mingguan Malaysia dekat sini, hari ini.

Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mat Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Kanang menitiskan air mata apabila membaca laporan mengenai kenyataan prokomunis pemimpin nombua Pas itu berkata, Mat Sabu juga adalah watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kanang yang tidak dapat mengawal perasaan apabila membaca laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini, menegaskan pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana tergamak membuat kenyataan sedemikian menjelang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara Rabu ini.

Ketua Penerangan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Jurit Ramli menegaskan, ia jelas satu penghinaan besar terhadap seluruh bekas anggota pasukan keselamatan negara serta keluarga arwah yang terkorban melawan komunis pada era darurat.

Bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam pasukan Malbatt Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyeru semua bekas tentera dan polis bersatu untuk 'menyerang hendap' Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen yang Pagoh membuat laporan polis meminta polis menyiasat kenyataan Mat Sabu itu mengikut Akta Hasutan dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Kenyataan itu menunjukkan Mat Sabu tidak sensitif dan ketandusan idea demi kesinambungan politik murahan pakatan pembangkang sehingga menidakkan kebenaran.

Persatuan Bekas Anggota Polis Negeri Terengganu yang mempunyai 4,500 anggota juga membuat laporan polis berhubung kenyataan tersebut yang dianggap keterlaluan hingga sanggup menghina polis demi mencari populariti.

Pengerusinya, Hussin Awang Ngah berkata, tindakan Mat Sabu menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan amat dikesali, sekali gus menunjukkan beliau telah terpengaruh dengan ideologi komunis.

"Saya hairan kenapa sekarang orang kuat nombor dua Pas itu baru menimbulkan perkara tersebut dan tidak membangkitkannya selama ini,” katanya.

Waris mangsa yang terkorban dalam tragedi itu kecewa dan terguris dengan kenyataan Mat Sabu itu.

Ismail Yahya, 80, adik kepada polis bantuan (AP) Othman Yahya yang terbunuh dalam tragedi berdarah tersebut, mengakui amat terkilan dengan kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas itu.

Tegasnya, abangnya berjuang bersama-sama anggota polis Balai Bukit Kepong waktu itu secara sukarela kerana sayangkan keamanan dan tanah air.

"Mengapa jasa dan pengorbanan abang saya tidak dikenang Mat Sabu? Walaupun kami daripada keluarga miskin tetapi abang saya mengetepikan semua itu semata-mata untuk berjuang demi tanah air tanpa dibayar satu sen pun.

"Sedih apabila mengenangkan pengorbanan abang saya tidak dihargai walaupun kami tidak minta disanjung. Kenapa pula kenyataan jahat dan bodoh seperti ini diluahkan," soalnya.

Ismail berkata, Mat Sabu tidak pernah merasai saat-saat pilu seperti dilaluinya apabila memangku mayat abangnya dan mengambil tangan, kaki dan kepala mereka yang terkorban untuk disemadikan selepas itu.

"Semua ini tidak berlaku terhadap keluarga atau saudara-mara dia, sebab itu dia bercakap apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia ini Melayu ke apa? Kalau nak ambil hati DAP pun berpada-padalah," katanya.

Sehubungan itu, Ismail mahu Mat Sabu berhenti daripada memutar belit kenyataan dan jangan memperalatkan Islam atau menggadaikan maruah bangsa Melayu hanya untuk cita-cita politiknya.

Sementara itu, Penghulu Bukit Kepong, Mohd. Azhari Bidin, 40, menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai jahat dan mempunyai agenda tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Azlan meminta pemimpin Pas itu insaf, bertaubat dan berpada-pada dalam berpolitik kerana tidak semua perkara boleh dipertaruhkan termasuk agama.

"Inikah pejuang Islam? Orang seperti ini tidak layak jadi pemimpin dan dia pun bukan daripada golongan ulama atau profesional. Rugi bagi Pas kerana memiliki orang seperti ini apatah lagi bertaraf pemimpin," katanya.

Saturday 27 August 2011

Mat Sabu hina pejuang negara

UNTUK tatapan umum, berikut disiarkan laporan Utusan Malaysia mengenan kenyataan Mat Sabu yang dikataakan menghina pejuang negara.

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Mat Sabu melalut, 'nyanyok' sejarah

SAHABAT saya Ruhanie Hhmad kata dia kagum membaca kenyataan Timbalam Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang membela Mat Indera, kononnya wira negara.

Mat Sabu bukan buta sejarah. Sebenarnya dia nyanok sejarah. Dia sengaja membangkitkan sesuatu yang kontraversi untuk menangguk reaksi umum.

Pemimpin nombor dua Pas itu juga sudah kering modal untuk berceramah. Jadi, dia cari helah untuk menarik perhatian rakyat.

Siapa tak kenal Mat Sabu?

Berikut komen Ruhanie Ahmad bertajuk...PAS: Mat Sabu dan Mat Indera

Saya cukup kagum membaca kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang membela Mat Indera --- komunis Melayu --- kononnya sebagai wira negara.

Inilah buktinya beliau seorang yang buta sejarah. Oleh kerana beliau pemimpin nombor dua dalam PAS, inilah juga dalilnya bahawa PAS kini dipimpin oleh salah seorang yang buta sejarah.

Maka, saya silakan Mat Sabu datang ke kampung-kampung pendalaman di Muar dan Batu Pahat untuk menjalankan kajian bagi menyokong kenyataan ini.

Di Muar, saya cadangkan Mat Sabu menjelajah kampung-kampung di kawasan Parlimen Pagoh, Ledang dan Bakri. Di Batu Pahat, jelajahilah kawasan Parlimen Parit Sulong, Air Hitam, Seri Gading dan Batu Pahat.

Lebih spesifik lagi, kalau Mat Sabu ke Parlimen Parit Sulong, jelajahilah kampung-kampung di Dewan Undangan Negeri Seri Medan dan Semerah – Sejagong, Parit Warijo, Air Putih, Parit Sulong, Parit Maimon, Separap, Parit Sidek dan Lubok Darat.

Selaku bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, saya arif dengan kampung-kampung ini. Lebih-lebih lagi, saya dari Kampung Separap bersebelahan dengan Parit Maimon, kampung Panglima Salleh Selindang Merah yang memimpin sekumpulan pahlawan Melayu bagi menumpaskan kezaliman gerila Komunis Bintang Tiga pada tahun 1945.

Di Kampung Air Putih, temuilah Haji Sharif Peto. Pastinya beliau akan menghuraikan bagaimana seluruh penduduk Melayu di kampung itu melarikan diri dan meninggalkan kampung halaman mereka selama berpuluh-puluh tahun akibat serangan gerila PKM.

Lawatilah Kampung Lubok Darat. Di sana ada sebuah surau. Tanya penduduk sekitar, khusus Wak Sumito. Tanya kepada mereka apa jadi di surau berkenaan sewaktu gerila Bintang Tiga bermaharalela pada zaman itu.

Pastinya Wak Ito dan lain-lain warga emas di kawasan itu akan menyatakan bahawa di surau itulah gerombolan PKM berpesat arak dan menyembelih babi di zaman itu.

Datanglah ke Parit Maimon. Temuilah Haji Yusof Mohd Salleh --- anak Panglima Salleh. Beliau boleh temukan Mat Sabu dengan beberapa warga emas yang pernah menjadi Pahlawan Parang Panjang bersama-sama ayahandanya.

Temuilah orang tua-tua di Parit Sidek. Mat Sabu pasti akan mendengar kisah bagaimana gerila PKM merebus orang Melayu dalam kawah besar yang berisi minyak kelapa panas menggelegak.

Kalau sudi singgah ke Separap --- kampung saya sendiri --- temuilah Haji Samad Yunos. Pastinya beliau boleh tunjukkan kepada Mat Sabu kawasan serumpun buluh yang rimbun yang menjadi pusara kepada sekeluarga Melayu yang ditanam hidup-hidup oleh gerila PKM. Inilah tugu peringatan mangsa gerila PKM di kampung saya.

Haji Samad juga boleh bawa Mat Sabu melawat tapak bekas Rumah Pasong (balai polis) Kampung Separap di pinggir Sungai Simpang Kiri di mana Mat Indera pernah di lokap di balai itu buat beberapa hari supaya orang kampung melihat sendiri wajah komunis Melayu.

Kalau sudi lagi, jumpai ibu saya, Hajah Rukiah Haji Suleiman, 87 tahun, Tanya beliau tentang kisah keganasan gerila PKM. Pastinya ibu saya akan ceritakan bagaimana satu keluarga --- adik kepada ayahanda beliau – mati dibedil gerila PKM di depan mata keluarganya. Ibu saya juga pasti akan bercerita kisah berpuluh-puluh rumah di bakar sampaikan penduduknya jadi sehelai sepinggang.

Jika Mat Sabu masih belum yakin lagi, kunjungilah Perpustakaan Awam di Bandar Penggaram, Batu Pahat. Di sama tersimpan dokumen dan data mengenai keganasan gerila PKM di daerah tersebut.

Jika beliau masih tidak puas hati, telefon saya, kerana dalam simpanan saya ada satu tesis sejarah mengenai kepengganasan gerila PKM di Batu Bahat tulisan seorang rakan sekolah saya di Muar --- anak Bukit Pasir Batu Pahat --- bernama Salmah Brix. Atau pun hubungi Hajah Zaharah Nawawi --- seorang penulis --- yang pernah menjalankan kajian untuk bukunya mengenai Panglima Salleh.

Saya mencabar Mat Sabu melakukan kajian ini kerana saya mahu buktikan kepadanya bahawa beliau adalah buta sejarah dalam konteks kenyataannya mengenai Mat Indera, sekali gus buta sejarah mengenai siapa yang perlu dikategorikan sebagai pejuang bangsa atau pengkhianat bangsa di Malaysia.

Syabas JAIM mampu kesan ajaran Syiah

KEUPAYAAN Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesan penyebaran fahaman Syiah di Melaka adalah satu kejayaan yang terpuji.

Sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang diserbu JAIM dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman itu.

Laporan akhbar menyebut, sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.

Turut ditahan dalam serbuan itu seorang remaja berusia 18 tahun yang mengaku bekerja di situ serta lima remaja berusia antara 14 dan 15 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.

Satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui.

Menurut siasatan awal, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara.

Antara ajaran kumpulan tersebut menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.

Kumpulan itu dikesan mula mengedarkan buku-buku terbabit di seluruh masjid dan surau di Melaka sejak Julai lalu tetapi berjaya dipintas oleh JAIM melalui surat yang diedarkan.

Friday 26 August 2011

Pakatan Pembangkang tidak hormat kepada raja

SAYA tertarik membaca komen Dr. Mahathir Mohamad mengenai Pakatan pembangkang, PKR, DAP dan Pas yang dilihatnya semakin tidak menghormati institusi diraja sebagai payung perlembagaan negara.

Bekas Perdana Menteri memberitahu Utusan Malaysia, tindak-tanduk pakatan pembangkang jelas membelakangi entiti tersebut.

Menurutnya, ini terbukti apabila kerajaan PKR Selangor berbohong dengan mendakwa Sultan Selangor berkenan meluluskan penubuhan sebuah majlis syura berikutan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

“Saya fikir kita patut mencari kebenaran isu ini, tetapi saya percaya Sultan Selangor kalau baginda kata baginda tidak bagi (luluskan penubuhan), itu yang patut kita percaya dan tentang orang politik ini, dia politiklah.

“Saya dapati parti pembangkang tidak menghormati institusi beraja, mereka lihat raja sebagai penghalang juga,” katanya lagi.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengakui Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meluluskan penubuhan Majlis Penasihat Syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam.

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan akhbar membetulkan keadaan bahawa baginda tidak pernah menitahkan atau menasihatkan penubuhan majlis sebegitu kepada kerajaan negeri.

Selain insiden terbaru itu, pembangkang sebelum ini turut menyokong kenyataan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan badan haram itu menganjurkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengulas perkara itu, Dr. Mahathir memberitahu, pihak pembangkang jelas gemar memanipulasi pertemuan mereka dengan sultan dan raja-raja Melayu yang menjadi simbol perpaduan negara.

“Mereka kalau boleh hendak gunakan raja untuk kepentingan mereka dan ini nampak jelas sekali,” tegasnya.

Thursday 25 August 2011

Apa lagi parti pembangkang mahu?

APA lagi yang parti pembangkang mahu?

Mereka sepatutnya bersikap terbuka seperti yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung cadangan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) bagi menyelesaikan isu-isu pilihan raya.

Jika benar dakwaan senarai daftar pemilih tidak bersih bawa perkara itu kepada JPT, beri pandangan sejauh mana daftar pemilih yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih.

Pemimpin pembangakng sewajanya menrima cadangan kerajaan itu dan JPT menjadi platform terbaik kepada mereka untuk mengkaji semula perjalanan pilihan raya di negara kita.

Nik Aziz menunjukkan sikap yang positif dan seharusnya diikuti oleh pemimpin pembangkang yang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berharap, penubuhan JPT merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.

JTP dibentuk bagi memperkukuhkan lagi sistem pilihan raya dianggotai sembilan wakil rakyat - lima mewakili Barisan Nasional (BN), tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.


Tuesday 16 August 2011

Semuanya tidak betul kepada Pakatan Rakyat

APA nak jadi dengan Pakatan Rakyat? Semuanya tidak kena dan tidak betul tindakan kerajaan. Ada saja salah dan cacat celanya. Keputusan Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dianggap sebagai tergesa-gesa dan dikatakan umtuk melarikan diri daripada desakannya berhubung isu rakyat asing dijadikan warganegara.

Tindakan menjadikan rakyat asing sebagai warganegara dituduh pula sebagai satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno/BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tindakan Najib Razak menubuhkan jawatankuasa itu amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkannya yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen pada 8 Ogos lalu.

Katanya, surat itu telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri untuk diberikan respon segera dalam tempoh seminggu. Tempoh seminggu itu dah berakhir 15 Ogos.

Penubuhan jawatankuasa itu, menurut Salahuddin, penuh dengan keraguan dan tanda tanya kerana ia tidak didahulukan dengan cadangan penubuhannya pada persidangan Parlimen oleh seorang menteri seperti yang lazim dilakukan, bagi membolehkan ia dibincangkan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Sepatutnya, untuk menubuhkan jawatankuasa itu, Perdana Menteri mestilah memanggil persidangan Parlimen untuk membincangkannya. Bukan ambil tindakan terus menubuhkannya seperti yang dilakukan itu.

Katanya, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat) tidak pun dihubungi, tidak dipanggil untuk membincangkannya. Jadi, mereka sendiri pun tidak tahu apa maknanya penubuhan jawatankuasa itu. Apa bentuk jawatankuasa yang hendak ditubuhkan dan siapakah yang akan menjadi ketuanya?


Semua menunggu janji baru Khalid Ibrahim

PERCAYALAH Abdul Khalid Ibrahim tidak akan tunaikan janjinya seperti yang terbukti selama ini. Menteeri Besar Selangor itu mudah benar menabur janji, tetapi dilihat payah pula untuk menunaikannya.

Tunggulah janji baru Khalid berhubung status Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.

Menurut Khalid, Kerajaan Selangor setakat ini tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap gereja itu, walaupun kewujudannya didakwa melanggar syarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, ini memandangkan kerajaan negeri menerusi Pejabat Menteri Besar sedang menjalankan kajian mengenai status gereja tersebut.

Kajian tersebut termasuk mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan yang dilakukan ke atas gereja tersebut 3 Ogos lalu setelah didakwa mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam.

"Kita sedang buat kajian tentang itu (status gereja berkenan). Saya tidak kata gereja itu langgar syarat pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi kita akan teliti perkara itu dalam laporan yang sedang dibuat ini.

"Buat masa ini, kajian itu sedang dijalankan. Kajian dibuat oleh Pejabat Menteri Besar sendiri dibantu oleh pihak perundangan sebelum laporan itu (status gereja dan pemeriksaan JAIS) akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor," katanya lagi.

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa DUMC sebagai 'gereja haram' kerana dibina tanpa kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Laporan itu menyebut MBPJ menyatakan pentadbiran DUMC telah menyalahgunakan permohonan yang diberikan yang hanya membenarkan untuk membina pusat komuniti, bukannya sebuah gereja.

Monday 15 August 2011

Larangan mengikut hukum syarak, bukan fatwa

LARANGAN terhadap masjid atau surau di Pulau Pinang menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh berlandaskan hukum syarak dan nas-nas yang sahih, bukanlah satu fatwa.

Berdasarkan penjelasan Mufti Pulau Pinanh, Hasan Ahmad, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

Hasan menyatakan kekesalannya atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni dan larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri, tegasnya.

Menurutnya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004, tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka baginda.

Pas tidak berkompromi sama sekali soal akidah

PAS tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak dalam soal akidah umat Islam di negera ini, kata Setiausaha Agungnnya, Mustafa Ali.

Menurutnya, Pas juga tidak akan bertolak ansur atau melindungi sesiapa pun yang berusaha untuk memurtadkan orang Islam.

Ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan prinsip Islam, malah Perlembagaan Malaysia pun tak mengizinkan, katanya.

Mustafa meminta pemimpin dan anggota Pas jangan terjebak dengan isu Gereja Methodist Dzmznsara Utama yang diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa menganjurkan satu majlis jamuan untuk sekumpulan orang Islam 3 Ogos lalu.

Thursday 11 August 2011

JAIS hanya buat pemeriksaan, bukan serbuan

MENURUt Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pegawai penguat kuasanya bersama anggota polis hanya menjalankan pemeriksaan, bukannya serbuan di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lepas.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin menjelaskan, pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis “Thanksgiving Dinner” di sebuah gereja.

Marzuki dipetik Bernama sebagai berkata, bertindak atas maklumat itu satu operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam.

Semasa operasi itu, kata Marzuki, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata.

Marzuki berkata, bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam.

Seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Wednesday 10 August 2011

Mufti Selangor pertahan tindakan JAIS

SELURUH umat Islam di negara ini diajak bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.

Mufti Selangor, Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.

Menurut laporan Utusan Maalaysia, pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.

Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.

“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.

“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.

“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya.

Mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat.

Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.

Baca jangan tak baca cerita ini...

BACA jangan tak baca cerita ini. Banar atau tak benar kita tak tahu. Tetapi kata Pas Kelantan hampir 20,000 rakyat Thailand, Kemboja dan Vietnam dibawa masuk ke Kelantan sejak enam bulan lalu.

Menurut laporan sebuah akhbar, kegiatan itu disebut untuk tujuan politik pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, dikatakan aktif setiap hari di Rantau Panjang.

Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof yang membuat dakwaan itu berkata, Pas Pusat mendapat maklumat rakyat negara jiran itu dibawa masuk dengan bas ke negara ini sebelum dipecahkan melalui pengangkutan awam ke negeri lain.

Mereka itu, menurut yang ampunya cerita akan ditawarkan kerakyatan Malaysia dengan syarat mereka mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan rayak kelak.


Ini menunjukkan kerajaan terdesak untuk meningkatkan bilangan undi menyokong BN sehingga sanggup membenarkan rakyat berstatus penduduk tetap (PR) mendapat kerakyatan segera, kata Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.


Sunday 7 August 2011

Pas Selangor tunggu penjelasan Hasan Ali

PAS Selangor belum mahu mengulas isu serbuan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS} terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini sehingga mendapat penjelasan Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Hasan Ali.


Kata Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Khalid Abdul Samad, ada kebijaksanaan dalam isu seperti itu. Simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Dr Hasan untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.


Menurutnya, Pas Selangor hendak tengok apa bukti yang Dr. Hasan dakwa wujud itu setelah JAIS sebelum ini, memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.


“Kita ingin mengetahui adakah cara risikan yang dilakukan oleh Jais, betul dan tepat, sekiranya isu (murtad) ini benar, ia adalah satu perkara yang serius. Namun, setakat ini, kecuali satu pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam,” katanya.

Khalid Ibrahim tertekan, Hasan Ali rela dipecat

KHABARNYA Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menerima tekanan hebat daripada beberapa exco bukan Islam supaya beliau meminta maaf dan mengambil tindakan tegas ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tekanan mula dibuat semasa mesyuarat tergempar beberapa hari lalu, sebaik sahaja kontroversi pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, dipercayai cuba menyebar agama Kristian kepada orang Islam dilapor oleh media.

Dalam mesyuarat itu hanya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Dr. Hasan Mohd. Ali sahaja yang mempertahan tindakan JAIS, manakala exco Melayu lain pilih jalan selamat.

Beberapa exco bukan Islam mahu Abdul Khalid bertindak segera mengarahkan JAIS memberi penjelasan mengapa mereka memeriksa gereja berkenaan. Mereka memberi tekanan hebat kepada Menteri Besar supaya bertindak tegas ke atas JAIS.

Meskipun Hasan mempertahan tindakan JAIS tetapi suara beliau tenggelam berbanding tekanan exco berkenaan kerana hanya beliau seorang sahaja yang mempertahan tindakan itu walaupun ramai exco Melayu dalam kerajaan negeri.

Akhbar Mingguan Malaysia melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehw Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas entri terbaru blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (http://zul4kulim.blogspot.com) bertajuk Genggam Bara Api!

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membidas Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat esok dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Difahamkan Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional setelah memenangi 36 daripada 56 kerusi. DAP mendapat 13 kerusi, PKR 15 dan Pas lapan kerusi.

Isu akidah: Pemimpin Melayu perlu bersatu

MEMANG sepatutnya pemimpin Melayu bersatu dalam isu akidah, bukannya melatah sehingga menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan ke atas Gereja Methodit Damansara Utama, jika benar tindakan itu dibuat demi menyelamatkan akidah orang Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.

Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

Menurut laporan Mingguan Malaysia, Nik Abduh dipetik sebagaii berkata, kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal akidah. Jadi wajib ke atas semua Muslim termasuk JAIS untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," katanya.

Nik Abduh membuat kenyataan tegas itu ketika sebahagian besar pemimpin Pas lain dilihat ragu-ragu untuk mempertahankan tindakan JAIS atau berdiri di belakang Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sebaliknya ada antara mereka secara terbuka mempertikai tindakan jabatan berkenaan.

Meskipun tidak menyatakan secara tepat siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.

Ini kerana, Abdul Khalid kesal dengan tindakan JAIS dan memberitahu, niat serta tujuan baik jabatan itu tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan, manakala Khalid pula berkata, JAIS perlu ada 'kawalan diri'.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, walaupun umat Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi ia tidak memberi apa-apa kelebihan, jika pemimpin Melayu tidak bersatu dalam hal yang sepatutnya mereka bersatu, terutamanya isu membabitkan agama.

Dalam pada itu, beliau menambah sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkasakan undang-undang sedia ada dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan agar tiada ruang untuk mana-mana pihak mencabar kesucian agama Islam di mahkamah sivil.

"Cara terbaik pinda atau perkasakan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan akidah. Memang Islam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak ruang untuk bukan Islam mencabar kesucian agama kita dan dalam beberapa kes mereka menang," katanya.

Mufti Perak tegur banyak umat Islam murtad

MUFTI Perak, Harussani Zakaria menegur walau banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.


Menurutnya, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.


“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.


“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya kepada akhbar Berita Minggu.


Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.


“Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tetapi jawapannya, kami nak buat macam mana," katanya.


Beliau kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Friday 5 August 2011

Nik Aziz sangkal jumpa Tengku Razaleigh

AKHIRNYA Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal dakwaan wujudnya pertemuan antara beliau dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pengganti Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim jika didapati bersalah dalam kes liwat.


Menurut laporan Bernama, sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah, Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata tiada perkara yang perlu disembunyikan dari umum


"Mari dari mana (berjumpa dengan Tengku Razaleigh), kalau ada, buat apa
saya rahsia, dalam sejarah hidup saya tidak ada rahsia dan tuan-tuan semua tahu
sendiri, tidak ada (pertemuan), mengarut," katanya.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim
mendakwa pertemuan antara Nik Abdul Aziz dengan Tengku Razaleigh bagi
membincangkan pelawaan pembangkang supaya Ahli Parlimen Gua Musang itu
menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Bila sidang tergempar Parlimen perlu diadakan

SIDANG tergempar Parlimen hanya perlu diadakan jika ada isu keselamatan negara yang perlu diselesaikan segera.


Pakar Undang-undang Perlembagaan Persekutuan, Penolong Profesor Dr Shamrahayu A Aziz berkata, bukan semua isu boleh membawa kepada sidang tergempar itu dan kuasa untuk memanggilnya ada di tangan Perdana Menteri.


Katanya, di dalam Perkara 14, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Parlimen menyebut, Perdana Menteri sahaja yang boleh panggil sidang tergempar parlimen jika ketika itu di luar waktu bersidang.


Menurutnya. perkara ini berbeza pula jika Parlimen sedang bersidang kerana mana-mana ahli Parlimen boleh buat usul kepada speaker dewan untuk adakan sidang tergempar dan semua keputusan di tangan speaker dewan untuk meluluskan atau tidak.


Akhbar Sinar Harian memetik Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu sebagai berkata Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet ketika ini yang juga ahli dewan boleh memanggil ahli-ahli Parlimen untuk sidang tergempar itu. Bagaimanapun, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut.


Pembangkang menuntut Perdana Menteri adakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) diluluskan sebagai warganegara yang didakwa dilakukan dalam waktu singkat.

Yang tersirat di sebalik jamuan malam di gereja

MENTERI Besar, Abdul Khalid Ibrahim arah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kemuka laporan penuh berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.


Kesal terhadap insiden itu, Abdul Khalid menyatakan kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan telah menghubungi paderi kanan gereja berkenaan, Pastor Daniel. Ho bagi menyampaikan pendirian kerajaan negeri mengenai serbuan itu.


Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka dan kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.


Menurut laporan Utusan Malaysia, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan maklumat yang diterima.


Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.


Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.


Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.


Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguat kuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahanbukti.


Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguat kuasa JAIS.


Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan.


Mereka diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Sungguh malang nasib 463 pelajar Yayasan Selangor

SUNGGUH malang nasib nasib mu wahai 463 orang pelajar asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan Kuala Lumpur yang hendak dirobohkan pada 31 Disember ini.


Menurut beberapa pihak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor merancang untuk merobohkan asrama itu kerana mahu menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan.


Apa yang membimbangkan, pelajar-pelajar terbabit, hingga kini mereka belum diberikan jaminan penempatan lain sekiranya asrama yang menampung pelajar luar bandar di Selangor itu dirobohkan.


Akhbar Utusan Malaysia difahamkan, tiada perancangan alternatif atau asrama baru yang akan dibina untuk menempatkan kumpulan pelajar berkenaan.


Wakil Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin berkata, tindakan tergesa-gesa yayasan membuktikan kerajaan Selangor mempunyai agenda tertentu di sebalik tindakan mahu merobohkan asrama berkenaan.


Lebih mengecewakan, katanya, kerajaan negeri serta pihak Yayasan Selangor seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dalam hal itu.


"Mereka hanya memaklumkan perkara ini kepada kami bulan lalu. Mereka memberitahu kami bahawa asrama tersebut yang telah melahirkan ramai golongan pelajar berjaya akan dirobohkan pada 31 Disember ini.


"Apabila kami bertanyakan nasib pelajar yang masih menetap di asrama itu, mereka tidak memberi sebarang jaminan penempatan lain. Malah ada juga cadangan supaya pelajar tersebut dihantar pulang dan bersekolah di kampung halaman masing-masing," katanya ketika ditemui di pintu masuk asrama itu.

Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang.


Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki manakala Asrama Toh Puan Norashikin menempatkan pelajar perempuan.


Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist.


Sementara itu, menurut seorang lagi wakil alumni, Mohammad Khairul Abd. Samad, alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri serta pihak yayasan bahawa asrama perlu dirobohkan kerana kawasan persekitaran yang tidak selamat serta mengganggu lalu lintas adalah tidak munasabah.


Seorang lagi wakil, Mohd. Raslan Mahmud berkata, pihaknya telah menghantar surat menerusi e-mel kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin lalu bagi membantah langkah itu tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

Gerakan terancang singkir Dr. Rosti dari Unisel

AKHBAR Utusan Malaysia dalam laporan terbaunya menyebut meskipun peletakan jawatan Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) hanya berkuat kuasa Khamis (4 Ogos 201, namun, hakikatnya usaha untuk menyingkirkan beliau dari jawatan itu telah digerakkan secara terancang sejak Januari lalu.


Gerakan tersebut dipercayai bermula selepas beberapa pegawai kanan Unisel tidak berpuas hati kerana tidak dilantik untuk mengetuai pentadbiran universiti milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu.


Kesemua pegawai kanan universiti yang menggerakkan usaha menjatuhkan Dr. Rosti itu, dipercayai dipengaruhi oleh beberapa pemimpin pembangkang yang bimbang sekiranya ‘orang’ mereka tidak dilantik ke jawatan tertinggi itu, program untuk mempromosikan parti mereka akan terencat.


Menurut sumber dalaman Unisel, semuanya bermula apabila calon yang mendapat sokongan salah sebuah parti komponen pembangkang untuk menjadi proksi mereka di dalam universiti tersebut tidak diangkat ke jawatan tertinggi itu.


Pada Januari lalu, pegawai kanan tersebut, ada menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memfitnah Dr. Rosti dengan pelbagai tuduhan termasuk kegagalan beliau terlibat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang.


‘‘Antara perkara yang disebut dalam memorandum itu adalah kegagalan Dr. Rosti untuk hadir membantu jentera pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tahun lalu kerana beliau memberi alasan tidak mahu memihak kepada mana-mana parti.


‘‘Selain itu, Dr. Rosti juga diselar hanya kerana beliau tidak ‘tunjuk muka’ ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke kampus Unisel di Bestari Jaya selepas beberapa bulan beliau dilantik ke jawatan itu,” kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Memorandum itu juga menyelar tindakan Dr. Rosti yang tetap bertegas tidak mahu mempolitikkan institusi pendidikan selepas beliau menolak cadangan untuk menjemput Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas berceramah di kampus Unisel.


Bagaimanapun, menurut sumber itu, Dr. Rosti berjaya mendapat sokongan lima daripada tujuh dekan di Unisel, walaupun beliau teruk difitnah dengan pelbagai tuduhan oleh pihak atasan di universiti tersebut.


‘‘Dengan bukti dan hujah yang disebutkan itu jelas menunjukkan bahawa Dr. Rosti menerima tekanan politik daripada pihak pembangkang sepanjang beliau menjawat jawatan tertinggi di universiti tersebut hanya kerana ketegasannya tidak mahu institusi pendidikan diperalatkan oleh mana-mana parti politik,” kata sumber itu.

Pas tak pernah bincang ganti ketua pembangkang

PAS tidak pernah mengadakan perbincangan untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang menggantikan Anwar Ibarahim. Isu itu dianggap hanya sekadar serkap jarang oleh pihak tetentu sahaja


Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali mengesahkan dia sudah melakukan pemeriksaan dan dapati tidak ada pertemuan seperti yang diperkatakan. Mungkin ia hanya serkap jarang. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuat penafian tetapi ia masih ditimbulkan.


Kata Mustafa, Anwar tetap berperanan sebagai Ketua Pembangkang. Mahkamah sehingga kini belum membuat sebarang keputusan dan dari sudut itu, isu ini tidak seharusnya berbangkit.


Isu tersebut mula tercetus selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim membuat pendedahan pada 28 Julai lalu menyebut Tengku Razaleigh telah dipelawa oleh pemimpin pembangkang untuk memegang jawatan berkaitan sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.


Antara individu yang dikaitkan ialah Nik Aziz tetapi Menteri Besar Kelantan itu dengan keras menafikannya, malah dia menyifatkan Zahrain sebagai sampah kerana mengaitkannya dalam isu tersebut.

Thursday 4 August 2011

Nik Aziz terus dicabar

AKHBAR Utusan Malaysia melaporkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar supaya membuat penafian dengan al-Quran bagi membuktikan beliau atau mana-mana ejennya tidak pernah mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pakatan pembangkang pada masa depan.

Pengarah Hal Ehwal Agama, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar berkata, ini kerana penafian Nik Aziz mengenai perkara itu melalui laman facebooknya merupakan satu penafian tidak serius dan janggal.

Pada masa yang sama, katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tidak layak membuat penafian bagi pihak pembangkang berhubung perkara itu kerana tawaran kepada Tengku Razaleigh memang dibuat tanpa pengetahuan beliau.

Selain itu, katanya, para pemimpin pembangkang lain juga mahu menyingkirkan Anwar berikutan dakwaan keterlibatannya dalam isu rakaman video seks yang tidak berkesudahan serta kes liwat yang dihadapinya di mahkamah.

“Nik Aziz tidak pun membuat penafian secara serius dan tidak ubah seperti seorang hipokrit yang akan bertukar lidah mengikut keperluan politik.

“Anwar pula ibarat ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ sebab pakatan pembangkang serta rakyat Malaysia sudah muak dengan skandal seks peribadi beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengemukakan cabaran itu kepada Nik Aziz selepas Menteri Besar Kelantan tersebut menyifatkan pelawaan pembangkang ke atas Tengku Razaleigh atau Ku Li bagi mengetuai mereka sebagai satu lawak jenaka.

Nik Khairul turut menempelak Anwar kerana menafikan perkara tersebut seperti dipetik daripada laporan portal propembangkang Malaysiakini, semalam.

Isu pelawaan pembangkang ke atas Ku Li yang merupakan pemimpin senior UMNO timbul selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkannya kepada media pada 28 Julai lalu melalui maklumat yang diterimanya daripada rakan-rakannya dalam PKR.

Mimpi indah, janji baru Anwar Ibrahim

SEMALAM Anwar Ibrahim bermimpi. Mimpinya syok sekali penuh dengan khayalan yang indah apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menjadi kerajaan dalam pilihan raya umum kelak.


Huraian mimpinya, PR kini sedang menilai kaedah pemberian subsidi yang lebih efisien dan melaksanakan system pemberian subsidi terus kepada rakyat. Program subsidi dalam Belanjawan 2011 PR, akan dinikmati terus oleh rakyat dengan tidak melalui orang tengah.


Jika dilihat dalam pentadbiran kerajaan BN, menurut Ketua Pembangkang itu, subsidi kerajaan tidak sampai terus kepada rakyat dan golongan sasaran tetapi dinikmati oleh golongan tertentu atau kroni.

Wednesday 3 August 2011

Rakyat Melayu jangan terperangkap politik DAP

WAHAI rakyat Melayu jangan terpadaya hingga terjebak masuk perangkap politik DAP. Strategi parti itu sekarang mahu meluaskan pengaruhnya di kalangan kita orang Melayu. DAP dilihat mula kurang yakin kepada sokongan anggota pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.


DAP juga sedang melakukan sesuatu untuk menonjolkan calon Melayu daripada parti itu sendiri bagi memenuhi keperluan pelantikan orang Melayu sebagai pemimpin boneka. Ini berdasarkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini.


Menurut Kit Siang sudah tiba masanya bagi DAP meluaskan pengaruhnya ke seluruh negera tanpa mengira bangsa dan agama. Katanya,ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat keputusan yang sukar.


Adakah kita orang Melayu sanggup menjadi alat atau tunggangan bagi memuaskan nafsu DAP memerintah negara ini?

Anwar beban masa depan politik DAP dan Pas

MENURUT UMNO Selangor, penolakan terhadap Anwar Ibrahim oleh DAP dan Pas membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dianggap sebagai beban kepada masa depan politik mereka.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, keadaan itu dapat dilihat apabila Pas dan DAP melaksanakan pelbagai langkah untuk mengekalkan kedudukan masing-masing sehingga mengetepikan peranan PKR termasuklah Anwar sebagai ketua pembangkang.

Menurutnya, keadaan yang boleh ditakrifkan sebagai 'penolakan Anwar dan PKR' ini adalah petanda bahawa Anwar tidak lagi diperlukan oleh pembangkang untuk mendapatkan sokongan politik dan Anwar sebenarnya sudah tidak lagi relevan kepada masa depan pakatan pembangkang.

Abdul Shukor memberitahu Utusan Malaysia, pimpinan Pas mungkin melihat Anwar sebagai liabiliti kepada parti ekoran terpalit dengan pelbagai dakwaan salah laku moral ketika ini dan DAP juga dilihat seolah-olah sedikit demi sedikit meninggalkan PKR dan Anwar apabila dilaporkan bersedia untuk meletakkan calon-calonnya bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Katanya, langkah tersebut dilihat sebagai satu isyarat bahawa DAP juga tidak memerlukan sokongan PKR dan Pas untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Jika sebelum ini DAP bergantung kepada undi dan sokongan Pas serta PKR, kini parti itu seolah-olah yakin akan mendapat sokongan orang Melayu secara bersendirian.

Sumbangan peneroka Felda dihargai

SEBAGAI menghargai sumbangan mereka, kesemua 112,635 warga peneroka Felda akan mendapa duit raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta. Daripada jumlah itu, seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang iaitu melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.

Bakinya iaitu seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta. Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, Najib Razak, pemberian itu adalah untuk menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang hari raya dan berharap pemberian wang itu akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal.

Sambil itu, Najib mengajak peneroka yang tidak bersama Felda supaya kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan.

Yang mana satu kenyataan yang benar

YANG mana satu kenyataan yang benar berkaitan isu pengganti ketua pembangkang. Kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim; Mursidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat atau penjelasan Anwar Ibrahim sendiri.

Menurut Zahrain pelawaan pembangkang kepada Tengku Razaleigh dikatakan memang benar-benar berlaku. Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkannya dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu lawak jenaka.

Anwar pula berkata dia tidak pernah mendengar cadangan daripada mana-mana pemimpin pakatan pembangkang untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru. Perkara itu, mengikut Anwar hanya ditimbulkan oleh Zahrain, bukan oleh pemimpin Pas, DAP atau PKR.


Sebelum ini, akhbar arus perdana melaporkan, parti pembangkang didakwa mempelawa Tengku Razaleigh sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan kes liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlaan.


Semsa mendedahkan perkara itu, Zahrain mendakwa, tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.


Selain itu, Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim menyatakan dia menerima maklumat daripada rakannya dalam PKR Selangor menyebut Anwar berang dan tersinggung dengan pendedahan terbabit. Berikutan itu, Anwar dilaporkan berusaha mengesan dan menjejaki pemimpin PAS serta DAP yang bertanggungjawab membuat pelawaan berkenaan tanpa merujuk kepadanya.


Sebaik-baiknya Tengku Razaleigh sendiri memberi jawapan yang sebenarnya.