My Add

Saturday 30 July 2011

Harapan tinggi Najib BN pilihan utama rakyat

MESKIPUN entah bila pilihan raya umum akan diadakan. namun Najib Razak mula melontar harapan tinggi kepada komponen Barisan Nasional (BN) supaya jangan tergelincir daripada landasan perjuangan utamanya. Landasan perjuangan utama BN ialah membantu serta menyelesaikan masalah rakyat.



Menurut laporan akhbar, Pengerusi BN itu dipetik sebagai berkata, BN tidak boleh tergelincir daripada landasan perjuangan utamanya jika mahu parti menjadi pilihan utama rakyat. Katanya dalam persekitaran politik baru, BN perlu menjadi parti yang diyakini mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah rakyat supaya dapat menutup peluang pihak lain melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat.



Perdana Menteri berikrar, walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutama daripada pihak pembangkang, BN adalah sebuah parti yang tetap utuh dan tidak goyah dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat. Pembangkang boleh buat apa saja tapi BN tidak akan lari daripada tanggungjawab membela nasib rakyat Malaysia. Apa yang penting BN amat serius dan komited.



Mengikut Najib, daripada isu rumah, harga ayam dan keperluan lain, kerajaan akan tetap memperjuangkannya demi kepentingan rakyat. Sebab itu BN, kalau tidak tergelincir daripada landasan ini, BN akan tetap menjadi pilihan rakyat.

Kerajaan Pas akui rumah urut berambah di Kedah

KERAJAAN Pas Kedah mengakui pusat-pusat hiburan dan rumah urut memang bertambah sejak mengambil alih pentadbiran di negeri itu.


Menurut Exco kerajaan negeri, Dr. Ismail Salleh, pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram kerana tiada lesen baru dikeluarkan, malah sukar dibendung kerana penguatkuasaan yang lemah atas faktor-faktor tertentu.


Dr. Ismail tidak pula menjelaskan faktor-faktor tersebut.


Akhbar Utusan Malaysia melaporkan penduduk di bandar Sungai Petani kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.


Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.


Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.


“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.


“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.


Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.


“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.


Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.


“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.


Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.


Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Thursday 28 July 2011

Pembangkang terburu-buru, bodoh sombong

SEMUA pihak, khususnya pembangkang jangan bersikap bodoh sombong terburu-buru membuat persepsi awal terhadap sistem biometrik selagi keberkesanan sistem itu belum diuji. Jangan tolak mentah-mentah kerana cadangan penggunaan sistem itu masih di peringkat kajian dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)akan mengundang pemimpin politik termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama mengujinya.

Sebab itu, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar meminta semua pihak bersikap positif terhadap pelaksanaan sistem biometrik bagi memudahkan SPR membuat semakan kesahihan data pengundi melalui imbasan ibu jari.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Wan Ahmad meminta semua pihak jangan terburu-buru buat penilaian. Uji dahulu. Ibu jari Tuhan cipta semuanya berlainan dan tidak akan berlaku imbasan biometrik yang sama. Kata Wan Ahmad, pembangkang, apa sahaja yang SPR nak buat, belum terima penjelasan dari SPR, belum uji, sudah buat penilaian. SPR pun masih dalam proses mengkaji sistem itu. Selepas kajian selesai dan SPR sendiri berpuas hati, semua akan dipanggil untuk mengujinya.

Wan Ahmad mengulus tindakan pembangkang menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang tanpa mendengar penjelasan SPR terlebih dahulu. Jika sistem itu dilaksanakan, Malaysia akan menjadi negara pertama yang menggunakan biometrik untuk tujuan pengundian pilihan raya.

Majoriti rakyat arif dan faham sikap pembangkang, dia sahaja yang betul.

Wednesday 27 July 2011

Sokongan Nik Aziz diketepi, disanggah

NAMPAKNYA pucuk pimpinan Pas tidak sepekat berhubung cadangan penggunaan sistem biometrik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum akan datang.


Murysidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat bukan sahaja menyokong penggunaan sistem itu, malah, menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem tersebut.


Tetapi belum pun sempat perjumpaan berlangsung, Jawatakuasa Pas Pusat membuat keputusan menolaknya mentah-mentah berdasarkan kepada dua hujah bahawa sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.


Menurut Naib Presiden Pas, Husam Musa, Pas tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.


Hakikatnya pendirian Nik Aziz diketepi dan disanggah oleh Jawatakuasa Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan profesional.

.

Friday 22 July 2011

Pendirian, tindakan Pas tidak setegas dahulu

SEJAK kebelakangan ini, setelah terperangkap dalam kancah pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR, Pas dilihat tidak sekadar merubah haluan perjuangan, malah sanggup menukar pendirian dan tindakannya.

Semakin jelas pula perjuagan parti tersebut bukan lagi berjuang untuk kepentingan bangsa, negara dan agama. tetapi mengidam untuk berkongsi kuasa bersama DAP dan PKR memeritah negara. Sebab itu nampak benar kahadiran Pas dalam pakatan rakyat umpama ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR dan hanya selaku kuda tunggangan mereka sahaja.

Contoh Pas tidak setegas dahulu apabila kerajaan Pas Kedah terpaksa tunduk dan akur mengikut telunjuk DAP hingga sanggup membatalkan larangan operasi 13 jenis pusat hiburan di negeri tersebut sepanjang Ramadan. Walau apa pun alasan diberi, rakyat sedang memerhati tindak tanduk dan keputusan kurang bijak parti itu sekarang.

Sambil itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib mengakui hubungan Pas dan DAP bukan satu ikatan yang kuat meskipun ada pihak mendakwa parti itu terpaksa tunduk kepada DAP berhubung isu larangan premis hiburan di Kedah.

Menurut Harun, hakikatnya Pas dan DAP sekadar bergabung dalam satu pakatan pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara, walaupun dalam pakatan yang sama, Pas dan DAP adalah dua parti yang berbeza dan Pas tidak sekali-kali tunduk kepada DAP berhubung isu itu, sebaliknya pendirian itu berubah setelah mengambil kira aspek Perlembagaan.

Apa lagi tohmahan pembangkang terhadap polis?

APA lagi tohmahan dan putar belit pembangkang setelah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur 9 Julai lalu bagi menangkis tohmahan terhadap pasukan tersebut.


Menurut laporan media, dalam rakaman selama 1 jam 30 minit itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Salleh Mat Rasid memberi taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian yang diputar belitkan oleh pihak tertentu dengan tujuan mencemarkan imej PDRM.


Antaranya mengenai tohmahan membabitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan peristiwa tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.


Turut ditayangkan situasi membabitkan peserta perhimpunan, Allahyarham Baharudin Ahmad, 59, yang didakwa meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman mengenai peserta perhimpunan Bersih, Shuhardi Md. Isa yang didakwa sebagai Baharudin.


Dalam kes membbitkan Mohamad Sabu, rakaman video menunjukkan peta perjalanan pemimpin nombor dua Pas itu yang membonceng sebuah motosikal bersama seorang lelaki menggunakan Jalan Maharajalela dari Mandarin Court ke lokasi kejadian di kawasan perumahan Sri Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.


Motosikal yang dinaiki Mohamad Sabu tidak dilanggar oleh kenderaan polis seperti yang didakwanya, sebaliknya dia terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U di kawasan tersebut.


Salleh berkata, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan. Hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan tiada kecederaan serius disebabkan kemalangan dan beliau hanya mendapat rawatan pesakit luar.


Menurut Salleh, pihaknya sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai Shuhardi Md. Isa dipercayai peserta utama yang bertindak membangkitkan provokasi terhadap polis ketika perhimpunan haram itu.


Salleh berkata, terdapat empat tindakan provokasi Shuhardi yang berjaya dirakam pihak polis iaitu mengadakan solat di tengah Jalan Pudu, mengarahkan peserta-peserta perhimpunan supaya duduk dengan dialog "polis tidak datang kita gagal, jika tidak datang kita gagal", mara ke arah polis ketika diarahkan bersurai dan berlakon sesak nafas yang telah dimanipulasi pihak tertentu sebagai Baharudin.


Tohmahan berhubung kematian Baharudin pula jelas ditunjukkan menerusi rakaman video di bangunan Avenue-K ketika Allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.


Rakaman itu turut menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa Allahyarham ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), selepas pihak kecemasan menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Menurut Salleh, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Allahyarham meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.


Katanya, hasil bedah siasat menunjukkan Allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung. Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan Allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata.


Dalam kejadian sebenar di Hospital Tung Shin, Salleh berkata, pihaknya mengakui gas pemedih mata dilepaskan bagaimanapun ia dilakukan di lorong tengah antara sebuah bangunan kosong dan hospital berkenaan.


Mengenai situasi di Stesen KL Sentral yang menbabitkan Tian Chua, Salleh berkata, polis telah mengeluarkan sembilan kali amaran supaya penunjuk perasaan bersurai tetapi mereka berdegil dan terus melakukan provokasi. Rakaman video menunjukkan aksi-aksi provokasi Tian Chua terhadap pihak polis.


Secara keseluruhan, Salleh menegaskan, tiada sebarang kecederaan serius atau kematian yang dikaitkan secara langsung pada hari perhimpunan haram.


Rakaman itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin Bersih termasuk Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkifli Ahmad dan Pengerusi Bersih, S. Ambiga.


Sehubungan itu, Salleh menasihat mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan haram berkenaan.


Pihak polis, katanya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak
yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu. Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, Salleh meminta mereka tampil membuat laporan polis dan akan disiasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Tuesday 12 July 2011

Hadi puji layanan baik PDRM

YANG mana satu benar antara dua kenyataan pemimpin pembangkang ini? Di Pulau Pinang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim terang-terangan menuduh Polis Diraja Malyasia (PDRM) berkasar kepada Haji Hadi semasa ditahan, ketika demonstrasi haram di Kuala Lumpur Sabtu lalu. Di Kuala Trengganu pula, Presiden Pas itu secara terbuka memuji PDRM di atas layanan baik yang diberi kepada dirinya bersama yang lain selama ditahan di Pulapol.

Hadi memberitahu penyokong-penyokong Pas semasa menyambut kepulangannya, dia sendiri tidak menyangka PDRM bukan sahaja memberi layanan baik, malah  menyediakan makanan memuaskan kepada semua yang ditahan. Hadi mengaku dia memang tidak sangka akan menerima layanan begitu rupa sambil mengucpkan terima kasih kepada PDRM kerana sanggup pula menghantarnya pulang hingga ke rumah. Mustahil Hadi berbohong. Jadi, siapa yang bercakap bohong?

Ikan senehung ikan duri, bercakap bohong, lama-lama makan diri!

Friday 8 July 2011

Beri betis nak paha, beri muka nak kepala

HAIRAN lagi ajaib sikap penganjur perhimpunan Bersih 2.0. Jelas mereka macam tak reti bahasa. Degil dan keras kepaala. Kerajaan dah beri muka. Setuju sajalah berhimpun di stadium lain. Bukan di Stadium Merdeka. Mereka tetap berkeras nak dok berhimpun di Stadium Merdeka juga.

Apa ni? Orang beri betis awak nak paha. Orang beri muka awak nak kepala. Walhal  Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim  dah menyediakan Stadium Shah Alam. Ayuh ke sana sajalah.Tak payah dok fikiak panajng lagi.

Nak tanya satu fasai lagi. Dulu dok kata tujuan perhimpunanan kerana nak serah memorendum kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung? Tapi awat Ambiga tak serah masa dia diberi peluang mengadap Seri  Paduka baru-baru ini. Kalau dah serah memoredum tu habis cerita, tak payah nak dok berhimpun lagi.

Nak dok putak juga?























 .                                                                                                                                                                                               

Monday 4 July 2011

Berani Mat Sabu cabar kerajaan

BUKAN main berani lagi Mohamad Sabu (Mat Sabu) mencabar kerajaan. apabila dia berkata, jika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekalipun, pemimpin Pas tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Menurut laporan akhbar, semasa berucap di Kota Bharu baru-baru ini, pemimpin nombor 2 Pas itu dipetik sebagai berkata, dia dan pemimpin Pas yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Katanya, dia tetap bertekad menyertai perhimpunan itu walaupun ada kenyataan daripada pihak berkuasa untuk menahan mereka yang terbabit sebelum perhimpunan berlangsung.

Katanya lagi, Pas akan sokong Bersih. Setakat ini Pas akan teruskan perhimpunan. Pas tetap sertainya kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya, bukan untuk menggugat kestabilan negara.

Jangan lancang sangat Mat Sabu, nanti kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merasa.

Semua tak kena, tak betul pada Anwar

APA sahaja tindakan dan amalan pemerintah, semuanya tidak kena dan tidak betul kepada Anwar Ibrahim.  Tuduhan terbarunya, konon beberapa pihak cuba menabur fitnah mengaitkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil dengan gerakan sebversif.

Bagi Anwar, tindakan kerajaan menahan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar bersama lima yang lain sebagai suatu penghinaan terhadap amalan demokrasi dan institusi Parlimen yang sedia ada.

Barangkali apa yang betul kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Jeyakumar selaku ahli Parlimen yang dipilih rakyat berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya bersih dan adil.

Menurut laporan akhbar, Anwar tetap mengatakan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu 9 Julai adalah perhimpunan aman, malah Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihan raya dapat dilaksanakan.

Terpulang kepada rakyat membuat tafsiran sendiri.


Saturday 2 July 2011

Rumah urut haram berlambak di Selangor


KERAJAAN Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh berdolak-dalik lagi mengenai lambakan pusat-pusat urut (rumah urrut) haram di negeri itu.

Menurut kenyataan kerajaan negeri tempoh hari, hanya 60 lesen dikeluarkan di seluruh negeri itu, bererti pusat-pusat urut yang lain wujud secara haram tanpa tindakan diambil oleh pihak berwajib.

Oleh kerana tiada tindakan pembersihan, beberapa pertuhuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor bersuara sambil mendakwa ratusan pusat tersebut bukan sahaja bertumpu di bandar-bandar, malah di penempatan setinggan.

Menurutnya, terdapat juga pusat-pusat yang menawarkan khidmat seks dan mula menjadi tumpuan anak-anak muda belasan rahun.  

Akhbar Utusan Malaysia, memetik Presiden Persatuan Terapi kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee sebagai berkata, di kawasan Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80, di Klang 200 dan berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama. Damansara dan Ampang Jaya.

Kita tunggu komen Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.