My Add

Wednesday 30 April 2014

Pilihan raya umum Thailand pada 20 Julai

 BANGKOK, RABU, 30 April, 2014: Thailand akan mengadakan pilihan raya umumnya pada 20 Julai ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tarikh itu ditetapkan susulan pertemuan antara anggota SPR dengan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra serta beberapa anggota kanan Kabinetnya.

Pilihan raya umum itu adalah bagi menggantikan pilihan raya pada 2 Feb yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan bulan lepas.

Setiausaha Agung SPR Phuchong Nutrawong berkata tarikh itu dipersetujui pada pertemuan hari ini.

"Suasana mesyuarat amat baik. Anggota SPR Somchai Srisittiyakorn memberi taklimat mengenai masalah pada pilihan raya sebelum ini pada mesyuarat itu,” kata Phuchong dalam sidang media selepas mesyuarat lebih dua jam di Akademi Tentera Udara Diraja Thailand di sini, hari ini.

Beliau berkata jika perlu, kerajaan bersetuju mengeluarkan perintah diraja bagi menangguhkan pilihan raya umum itu jika timbul masalah untuk mengadakannya.

Menurutnya SPR akan bermesyuarat mengenai perkara itu pada 6 Mei ini dan akan membuat cadangan kepada kerajaan sementara, yang kemudian akan mengemukakan pula cadangan kepada Kabinet minggu depan.

Selepas itu, kerajaan akan mengeluarkan perintah diraja bagi mengadakan pilihan raya yang baharu, kata Phuchong. - BERNAMA
Kartina Dahari meninggal dunia

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Penyanyi veteran, Kartina Dahari, 73, yang popular dengan lagu Sayang Disayang meninggal dunia pada pukul 6 petang ini di Singapura.

Allahyarham sebelum ini menderita barah payu dara dan pernah menjalani pembedahan membuang payu daranya. - UTUSAN ONLINE
Program Peguam Perintis Muda tawar RM200,000 tubuh firma guaman

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Seramai 30 peserta dipilih menyertai program Peguam Perintis Muda yang menawarkan pembiayaan RM200,000 seorang bagi menubuhkan firma guaman sendiri.

Program itu, yang dianjurkan hasil kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Biro Profesional Muda Umno, Al Rajhi Bank dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), dilancarkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di sini, hari ini.

Turut hadir, pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Pengerusi Biro Profesional Muda UMNO Shahril Hamdan dan Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Bank Datuk Azrulnizam Abd. Aziz.

Dalam ucapannya, Khairy berkata, program berkenaan merupakan titik permulaan bagi memperkasa bidang profesional golongan muda yang bersikap mesra rakyat.

Ia juga untuk memupuk kerjasama antara penganjur dan perantis bagi melahirkan peguam muda yang bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berdepan cabaran dunia perundangan.

``Ia (program) juga sebahagian daripada usaha mendekatkan peguam muda dengan masyarakat awam dan membentuk deria kemasyarakatan yang lebih tinggi.

``Ini kerana rata-rata masyarakat mempunyai tanggapan bahawa golongan profesional ini sukar didekati dan juga terdapat jurang perbezaan taraf dan gaya hidup,'' katanya.

Menerusi program itu, para peserta akan diberi latihan selama tiga bulan bersama tokoh-tokoh perundangan, korporat, perbankan, pemasaran, jenama dan keusahawanan sosial sebelum membuka firma guaman masing-masing.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, program seumpama itu akan diperluas ke bidang lain menerusi inisiatif mentor dan mentee, bimbingan kerjaya serta peningkatan kualiti supaya lebih ramai golongan profesional muda maju dalam kerjaya masing-masing.

Menurutnya, program itu antara usaha Pemuda UMNO untuk mendekati golongan profesional muda kerana mereka adalah penggerak utama sektor ekonomi yang merupakan tunjang utama negara.

Pada pelancaran itu, Khairy turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SukaGuam, Biro Profesional Muda Umno dan Al Rajhi Bank. - BERNAMA
Pembenihan awan di kawasan tadahan air Selangor, Kuala Lumpur diteruskan

KUALA NERANG, RABU, 30 April, 2014: Operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air di Selangor dan Kuala Lumpur akan diteruskan setiap hari walaupun catuan air di Lembah Klang berakhir hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun paras air di empangan-empangan semakin meningkat, kerajaan mahu membuat persediaan menghadapi kemungkinan kemarau dari Jun hingga Ogos perlu diambil kira.

Katanya, usaha memulihkan bekalan air mentah perlu dilakukan secara berterusan supaya krisis bekalan air tidak meruncing nanti.

''Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi pada Jun, Julai dan Ogos nanti musim kering...kita cadangkan pembenihan awam mesti dibuat tiap-tiap hari di kawasan tadahan air,'' katanya kepada pemberita selepas taklimat bersama Syarikat Air Darul Aman (Sada) di Naka dekat sini, hari ini.

Mengenai catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur yang berakhir hari ini, Mahdzir berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada mesyuarat Jawatankuasa Krisis Bekalan Air peringkat kementerian itu pada Ahad lepas meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memansuhkan catuan air itu.

Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kasim mengumumkan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur akan pulih seperti sediakala esok apabila catuan lebih dua bulan itu ditamatkan hari ini.

Mahdzir berkata, mesyuarat Jawatankuasa Krisis Bekalan Air yang dipengerusikannya mendapati catuan air itu wajar ditamatkan.

Beliau juga menyatakan projek pembinaan Empangan Langat Dua bermula hari ini dan dijangka siap pada 30 April 2017 bagi membolehkan penyaluran air terawat dari Pahang ke Selangor.

''Ini menunjukkan kerajaan Persekutuan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu,'' katanya. - BERNAMA
Wujudkan persekitaran kerja yang dorongi kecemerlangan

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Dasar kebangsaan dan majikan di negara ini perlu mewujudkan persekitaran kerja yang tidak saja memupuk bakat pekerja tetapi juga menggalakkan mereka mencapai kecemerlangan dan mengetengah daya kreatif, kebolehan dan kemahiran mereka.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dalam masyarakat moden hari ini, modal bagi persaingan dalam kalangan negara-negara ialah bakat dan persekitaran kerja yang menggalak perkembangan dan kejayaan pekerja, yang juga membantu kejayaan majikan.

Dalam perutusan Hari Pekerja 2014, Liow menambah jika Hari Pekerja pada masa lepas merupakan kempen bagi perjuangan, Hari Pekerja hari ini bererti menambah baik diri, kemajuan diri dan meningkat daya saing bagi kedua-dua majikan dan pekerja.

``Oleh itu, perusahaan yang berjaya menghargai bakat.

``Sebuah kerajaan yang berpandangan jauh akan berusaha ke arah mewujudkan persekitaran terbuka, bebas dan bertambah baik demi menarik bakat.

``Dalam era kompetitif sedemikian, dasar kebangsaan kita mestilah tidak saja fokus kepada memupuk bakat pekerja tetapi juga menyediakan mereka platform untuk mengetengah keupayaan mereka, supaya negara dapat bergerak lebih pantas ke arah mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi,'' kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam hal ini, kata Liow, MCA akan terus membantu negara untuk mengasuh bakat. - BERNAMA
Laporan awal tentang MH370 dikeluarkan esok - Hishammuddin

SEPANG, RABU, 30 April, 2014: Laporan awal tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dikeluarkan esok, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, laporan itu adalah serupa seperti yang dikemukakan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

``Saya rasa tiada apa-apa masalah untuk mengeluarkan laporan itu. Tetapi kami telah memutuskan sebagai satu pasukan, bahawa ia akan dikeluarkan esok.

``Persetujuan itu saya minta dalam perbincangan saya dengan Australia dan pihak berkepentingan lain dalam misi pencarian, saya telah membentangkan dan melaporkannya kepada Kabinet pagi ini dan saya mendapat mandat yang perlu,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Express Rail Link (ERL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 11 (klia2) di sini, hari ini.

Komitmen kerajaan untuk mengeluarkan laporan itu disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas. - BERNAMA
Terminal klia2 beroperasi seperti dijadualkan Jumaat ini - Hishammuddin

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

SEPANG, RABU, 30 April, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin terminal baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang dibuka pada 2 Mei ini akan beroperasi dengan lancar seperti dijadualkan.

Terminal klia2 akan menerima pendaratan penerbangan pertama yang menggunakan fasiliti ikon terbaharu itu pada pukul 12.01 minit, Jumaat ini.

Menurut Hishammuddin, selepas melakukan lawatan beberapa kali ke klia2 sejak 12 bulan lalu, beliau amat optimis akan kemampuan terminal ini beroperasi seperti yang dijadualkan.

``Selepas saya melakukan beberapa siri lawatan ke klia2, termasuk ke menara kawalan udara di Tower West, saya amat yakin Jumaat ini, klia2 akan menerima penerbangan pertama mereka dengan lancar.

``Malah keyakinan saya lebih pasti selepas melihat lebih 80,000 pengunjung hadir melawat klia2 baru-baru ini dan ini menepis segala andaian serta tohmahan yang mengatakan klia2 tidak mampu beroperasi.

``Malah, klia2 turut menerima laporan positif daripada konsultan dalaman dan bebas yang mengatakan ia memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa.

``Namun, kita tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan di klia2 dan saya sudah memaklumkan kepada semua agensi terlibat untuk memastikan aspek keselamatan diambil berat sebagai perkara utama dalam operasi klia2," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ringkas melihat persiapan operasi klia2 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Kerja Raya, Datuk Fadhillah Yusof; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi; Ketua Pegawai Operasi, Malaysia Airport Berhad, Datuk Abd. Hamid Md. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn. Bhd., Noormah Mohd. Noor.

Terdahulu, Hishammuddin turut menaiki ERL, KLIA Transit dari Stesen Putrajaya/Cyberjaya menuju klia2 yang memakan masa selama 20 minit.

Trek baharu sambungan ERL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejauh 2.2 kilometer itu telah disiapkan pada Oktober 2013 dan akan memakan masa selama 33 minit dari KL Sentral menggunakan KLIA Ekspres.

Bagi pengguna antara terminal KLIA dan klia2, mereka akan dikenakan bayaran RM2, manakala tambang dari KL Sentral ke klia2 akan sama seperti tambang ke KLIA iaitu RM35 sehala. - UTUSAN ONLINE
Najib ucap tahniah pada Muhyiddin yang dianugerah pangkat

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepda timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

``Tahniah (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,'' katanya menerusi tweet di laman akaun Twitternya, di sini hari ini.

Muhyiddin menerima anugerah itu yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim, pada satu majlis di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Penganugerahan pangkat itu bagi menghargai sumbangan dan inisiatif Muhyiddin dalam membangunkan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi. - BERNAMA
Abdul Khalid bayang tak pertahan jawatan untuk penggal ketiga

SHAH ALAM, RABU, 30 April, 2014: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membayangkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga.

Abdul Khalid dalam catatan terbaru Twitternya berkata: ``Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua).

``Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat.''

Sebelum ini, beberapa pihak terutama melibatkan rakannya dalam partinya sendiri seperti timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu.

Ini termasuk isu penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan penamatan kontrak 20 petugas PKNS Holdings.

Terbaharu, Anggota Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi dilaporkan mendesak Abdul Khalid dipecat ekoran kegagalan beliau menangani isu air di negeri itu termasuk pelan catuan air yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan penamatan catuan air di semua kawasan terlibat mulai esok.

Abdul Khalid yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua pada Mei tahun lepas merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik ke jawatan itu.

Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Abdul Khalid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac.

Pada PRU13, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi. - BERNAMA
SPAD tiada kuasa ambil tindakan terhadap pemandu pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pemandu pengangkutan awam yang melakukan kesalahan jalan raya.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, SPAD hanya bertanggungjawab merancang dan membuat polisi serta mengawal selia pengangkutan awam darat, manakala penguatkuasaan kesalahan jalan raya di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik.

``Apa-apa isu yang berkaitan dengan kesalahan jalan raya adalah di bawah bidang kuasa JPJ dan polis.

``SPAD tidak mengeluarkan lesen (memandu), namun kami boleh menggantung atau membatalkan lesen pemandu, menyita kenderaan atau mengenakan penalti kepada pengusaha syarikat bas ekspres," katanya dalam sidang akhbar mengenai pertukaran teksi bandar kepada Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Hishammuddin ke Australia minggu depan bincang isu MH370

SEPANG, RABU, 30 April, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan ke Australia minggu depan untuk membincangkan misi mencari MH370.

Beliau berkata, soal mengenai perkongsian kos mencari pesawat tersebut yang hilang sejak 8 Mac lalu juga akan dibincangkan. - UTUSAN ONLINE
Tiada `Harta Karun' ditemui di Pulau Nangka setakat ini

MELAKA, RABU, 30 April, 2014: Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. syarikat, yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, gagal menemui harta itu setakat ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lepas yang diperoleh syarikat itu, akan tamat pada 12 tengah malam ini.

,Mulai esok, katanya, kerja pencarian itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat lain, yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain di pulau itu.

``Sebenarnya kerja pencarian harta karun di pulau itu telah dilakukan sejak lebih 25 tahun lepas oleh pelbagai pihak tetapi sehingga kini ia tidak ditemui,'' katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Isnin lepas, Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan yang dipercayai pintu tempat simpanan harta itu, sudah siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hari ini.

Idris berkata, kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Nangka sebagai pusat tarikan pelancong jika harta itu ditemui tetapi tidak dapat dikeluarkan dari pulau itu atas sebab tertentu. - BERNAMA
Lawatan tiga hari Obama luar biasa - Tun Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang berakhir Isnin, sebagai satu lawatan yang luar biasa.

Katanya, tindakan Obama meluangkan masa melawat Masjid Negara dan Makam Pahlawan dalam lawatannya telah menggambarkan Obama begitu diplomatik dan pandai mengambil hati.

``Dia (Obama) sangat diplomatik dan pandai ambil hati orang. Sebab itu dia menang (sebagai Presiden AS),'' kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan buku `A UN Chronicle' tulisan diplomat terkemuka Tan Sri Razali Ismail bersama Sharifah Shifa al-Attas di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini hari ini.

Dr. Mahathir menambah, selepas Presiden Lyndon B.Johnson melawat Malaysia hampir 50 tahun lalu tidak ada presiden AS yang melawat negara ini.

``Tetapi Obama pilih untuk buat lawatan. Lawatan ini dapat dedahkan kepada Obama tentang Malaysia. Mungkin Obama pun selama ini hanya banyak dengar tentang Malaysia namun tidak tahu apa-apa,'' katanya.

Obama, Presiden ke-44 AS mempunyai jadual kerja yang padat ketika berada di negara ini. Pada hari pertama tiba Obama diberikan sambutan rasmi permaidani merah di Dataran Parlimen.

Pemimpin kuasa besar dunia itu dirai dalam jamuan negara bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada Sabtu.

Pada hari kedua lawatan, Obama bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat dua hala di pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya.

Selain itu, Obama turut menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari Asia Tenggara yang berlangsung di Universiti Malaya.

Aturcara hari terakhir lawatan Obama adalah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai US$2 bilion (RM6.53 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans. - BERNAMA
Mohammad bidas gerakan pesong pemikiran masyarakat

TAWAU, RABU, 30 April, 2014: Peristiwa memasang atau mengibarkan bendera `Kesultanan Sulu' yang berlaku di Kampung Long Danau, Lahad Datu minggu lepas menunjukkan wujud cubaan pihak tertentu untuk memesongkan pemikiran masyarakat Suluk yang sudah lama menetap di negara ini daripada makna patriotisme yang sebenar.

Sambil membidas tindakan itu, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Mohammad Mentek berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sehubungan itu, beliau menggesa warganegara Malaysia dari suku kaum Suluk di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan provokasi kumpulan tertentu yang sengaja memasang bendera terbabit di rumah mereka.

``Mereka yang bertanggungjawab memasang atau mengibar bendera itu sememangnya bersikap tidak patriotik terhadap kedaulatan dan kepentingan negara Malaysia yang tercinta ini.

``Kita tidak benarkan mana-mana pihak yang cuba menghasut dengan sengaja memasangatau mengibarkan bendera Kesultanan Sulu di bumi Sabah tercinta ini, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),'' katanya dalam majlis dialog ESSCom bersama komuniti Suluk Sabah di sini, hari ini. - BERNAMA
Pelajar sekolah agama mati dalam pergaduhan

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

``Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri,'' katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital.

Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

``Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat,'' katanya.- BERNAMA
Muhyiddin dianugerah pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat

PUTRAJAYA, RABU, 30 April, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Majlis penganugerahan pangkat itu berlangsung di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Penganugerahan pangkat itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan inisiatif Muhyiddin dalam membangunkan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi.

Ia juga bagi menjadikan Muhyiddin sebagai ikon untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam bidang kebombaan.

Selain itu, idea dan inisiatif beliau juga akan menjadi inspirasi kepada warga jabatan bomba untuk terus memberikan perkhidmatan kebombaan yang cemerlang. - BERNAMA
Kerajaan wujud Skim Peniaga Pasar Malam

KUALA LUMPUR, RABU,30 April,  2014: Kerajaan mewujudkan Skim Peniaga Pasar Malam dengan dana sebanyak RM100 juta di bawah kendalian Bank Simpanan Nasional (BSN).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kewujudan skim itu bagi membantu peniaga pasar malam mendapatkan pembiayaan pinjaman dalam menampung bebanan kos perniagaan.

``Skim pinjaman mudah ini menggunakan sepenuhnya dana dalaman BSN dan mengenakan kadar faedah empat peratus dengan pinjaman antara RM5,000 dan RM30,000.

``Ia dijangka dilancarkan dua bulan lagi,'' katanya dalam sidang Dewan Negara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Dua pesawat Hercules C-130 TUDM terlibat operasi mencari MH370 tiba di Subang

SUBANG, RABU, 30 April, 2014: Dua pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lepas, tiba di Pergerakan Udara TUDM Subang hari ini.

Kedua-dua pesawat yang berlepas ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce 28 Mac lepas, membawa 54 kru terdiri daripada 35 anggota lain-lain pangkat dan 19 pegawai itu masing-masing tiba pukul 10.50 pagi dan 11 pagi, disambut anggota keluarga.

Sebuah lagi pesawat C-130 membawa baki 24 anggota TUDM dijadual tiba di Pangkalan Udara TUDM, pada Sabtu.

Panglima No 1 Divisyen Udara TUDM Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif Abdul Ghani berkata semua 78 anggota TUDM ditugaskan dalam 43 misi mencari dan menyelamat pesawat itu selama 382 jam di kawasan barat daya Lautan Hindi, iaitu lingkungan 1,600 kilometer dari barat Perth, Australia.

``Dalam tugasan ini, saya rasa anak-anak kapal kita telah dapat menimba pengalaman yang mendalam serta dan tidak terhingga dalam mengendalikan operasi sebegini,'' katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan 54 kru itu di sini, hari ini. - BERNAMA
Catuan air di Selangor ditamatkan

SHAH ALAM, RABU, 30 April, 2014: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengumumkan penamatan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan penamatan catuan air itu dibuat kerana kerajaan negeri yakin usaha mengepam air bekas lombong dan hujan yang berterusan akan meningkatkan paras air di empangan. - UTUSAN ONLINE
Felda menang kes saman

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Mahkamah Tinggi KL hari ini memerintahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah dan empat yang lain membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini selepas konglomerat perladangan itu menang tuntutan samannya terhadap mereka.

Felda memfailkan saman itu pada 7 Januari 2013 ekoran ucapan Mazlan dalam satu perhimpunan haram di hadapan pejabat Felda pada 23 November 2012 yang turut disiarkan dalam akaun laman sosial Facebook beliau bertajuk 'Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel'.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong bagaimanapun memutuskan kes Felda terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ditolak setelah defendan pertama itu berjaya membuktikan kenyataan pembelaannya bahawa kenyataan tersebut dibuat di bawah perlindungan dan suatu komen yang berpatutan. - UTUSAN ONLINE
Pemandu bas ekspres didapati guna syabu

SEREMBAN, RABU, 30 April, 2014: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan mengesan trend baharu pemandu bas khususnya bas ekspres yang mengubah pengambilan dadah jenis ganja kepada syabu berikutan kesan pengambilannya yang lebih lama.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Saiful Azzri Hamzah berkata, pemandu bas terbabit mengambil dadah tersebut bagi membolehkan mereka memandu bas lebih lama untuk mengejar trip perjalanan, selain ia senang disembunyikan.

"Itu adalah antara alasan utama yang diberikan pemandu bas apabila ditahan pihak berkuasa selepas didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Dadah sintetik atau pun syabu ini apabila diambil menyebabkan individu yang mengambilnya boleh tahan berjam-jam.

Seperti mana yang kita ketahui, sebahagian atau pun segelintir daripada pemandu bas ekspres ini mengejar trip. Itu sebabnya ada pemandu bas ekspres ini membawa laju untuk mengejar trip," katanya selepas operasi bersepadu 'Ops Bas Ekspres' oleh JPJ dan AADK di Terminal 1, di sini, malam tadi.

Katanya, gejala ini sangat membimbangkan dan perlu dibendung kerana apabila bas dipandu laju ia boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam nyawa penumpang.

Katanya, sepanjang operasi yang bermula 21 April lalu hingga malam tadi, sebanyak 114 bas dan 299 pemandu bas diperiksa dan daripada jumlah pemandu yang diperiksa, tiga daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu.

"Ketiga-tiga pemandu yang berumur 30 hingga 45 tahun itu telah ditahan dalam operasi di stesen bas Terminal 1 di sini. Tindakan tegas mengikut Seksyen 36 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikenakan terhadap mereka yang menggunakan bahan terlarang itu dengan membatalkan lesen pemanduan mereka," katanya. - BERNAMA
Kastam gagalkan penyeludupan dadah RM20.3 juta

SEPANG, RABU, 30 April , 2014:Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan tiga cubaan penyeludupan dadah terbesar jenis methamphetamine seberat 107.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM20.3 juta.

Pengarahnya, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, kejayaan ketiga-tiga kes itu adalah berdasarkan maklumat risikan dan pemantauan terhadap barangan kargo yang tiba di gudang MAS Kargo KLIA dari Lagos, Nigeria.

``Kkesemua dadah itu disorokkan dalam bungkusan makanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa,'' katanya dalam sidang akhbar di pejabat JKDM KLIA di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kerajaan negeri sedia tarik semula catuan air

KUALA LUMPUR, RABU, 30 April, 2014: Kerajaan Negeri Selangor bersedia menarik semula pelan catuan air berjadual berkuat kuasa 1 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua berkata, pengumuman penarikan semula catuan itu dibuat kerajaan negeri hari ini.

"Walaupun paras empangan Sungai Selangor masih belum mencapai 50 peratus namun berdasarkan pelan kontingensi disediakan dan terdapatnya lebihan air mentah di sungai berkenaan berikutan hujan pada beberapa hari ini, kerajaan negeri bersedia menarik pelan pengagihan air berjadual peringkat 1,2,3 dan 4," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kata sepakat itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Setiausaha Kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md. Khairi Selama pada 28 April lalu.

Yang turut terlibat pada mesyuarat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash), Konsortium Abass Sdn. Bhd. dan Puncak Niaga Holdings Berhad. - UTUSAN ONLINE
MH370: JACC tolak dakwaan kaitan objek di Teluk Benggala

SYDNEY, RABU, 30 April, 2014: Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu hari ini menolak dakwaan sebuah syarikat teknologi dari Adelaide bahawa objek yang ditemui di Teluk Benggala mungkin daripada pesawat yang hilang itu.

"Operasi mencari yang diketuai Australia bergantung kepada maklumat daripada satelit bagi menentukan lokasi pesawat yang hilang itu.

"Lokasi yang dinyatakan laporan GeoResonance itu bukan dalam lengkung pencarian yang dirumuskan daripada data berkenaan,'' kata agensi itu dalam satu kenyataan. - Agensi/UTUSAN
SPRM tahan pemilik bot karam di Belaga

KUCHING, RABU,30 April, 2014: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang seorang pemilik syarikat bot ekspres penumpang yang terbabit dalam tragedi karam menyebabkan tiga kematian di Sungai Rajang, Belaga, Sibu pada 28 Mei tahun lalu kerana disyaki menjalankan aktiviti penyelewangan diesel bersubsidi.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Bahri Mohamad Zin berkata, lelaki berusia 44 tahun itu mempunyai enam bot untuk membawa penumpang tetapi hanya dua digunakan bagi membolehkan diesel subsidi diperoleh dijual kepada syarikat industri termasuk kem pembalakan di sekitar Sibu, Kapit dan Belaga.

"Disebabkan mahu mengaut keuntungan, syarikat bot ekspres milik lelaki terbabit hanya menggunakan dua bot beroperasi dan sanggup membawa penumpang melebihi muatan mengakibatkan berlaku tragedi pada tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar di pejabat SPRM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Parlimen Libya diserang

TRIPOLI, RABU, 30 April, 2014: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk bangunan Parlimen Libya semalam serta melepaskan tembakan bagi memaksa ahli-ahli Parlimen membuang undi untuk memilih Perdana Menteri baharu.

Jurucakap Parlimen, Omar Hmeidan berkata, beberapa orang mengalami kecederaan dalam kejadian itu, selepas kumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan calon yang tewas dalam pemilihan jawatan Perdana Menteri negara berkenaan melepaskan tembakan.

Menurut saksi, ahli-ah/UTUSANli Parlimen berlari meninggalkan bangunan tersebut, sejurus sahaja kejadian itu berlaku. - REUTERS/UTUSAN
Parlimen Libya diserang

TRIPOLI, RABU, 30 April, 2014: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk bangunan Parlimen Libya semalam serta melepaskan tembakan bagi memaksa ahli-ahli Parlimen membuang undi untuk memilih Perdana Menteri baharu.

Jurucakap Parlimen, Omar Hmeidan berkata, beberapa orang mengalami kecederaan dalam kejadian itu, selepas kumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan calon yang tewas dalam pemilihan jawatan Perdana Menteri negara berkenaan melepaskan tembakan.

Menurut saksi, ahli-ah/UTUSANli Parlimen berlari meninggalkan bangunan tersebut, sejurus sahaja kejadian itu berlaku. - REUTERS/UTUSAN
Parlimen Libya diserang

TRIPOLI, RABU, 30 April, 2014: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk bangunan Parlimen Libya semalam serta melepaskan tembakan bagi memaksa ahli-ahli Parlimen membuang undi untuk memilih Perdana Menteri baharu.

Jurucakap Parlimen, Omar Hmeidan berkata, beberapa orang mengalami kecederaan dalam kejadian itu, selepas kumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan calon yang tewas dalam pemilihan jawatan Perdana Menteri negara berkenaan melepaskan tembakan.

Menurut saksi, ahli-ah/UTUSANli Parlimen berlari meninggalkan bangunan tersebut, sejurus sahaja kejadian itu berlaku. - REUTERS/UTUSAN
Lagi penyokong Mursi dipenjara

KAHERAH, RABU, 30 April, 2014: Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas 29 defenden yang digelar sebagai penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi, atas beberapa kesalahan termasuk membuat kekecohan.

Hukuman tersebut berhubung kait dengan tunjuk perasaan besar-besar yang diadakan selepas berlakunya penggulingkan terhadap Mursi oleh pihak tentera pada Julai tahun lalu.

Keputusan itu dibuat sehari selepas sebuah mahkamah di selatan negara ini mencadangkan supaya lebih 700 penyokong Mursi yang ditahan dikenakan hukuman mati. - AGENSI/UTUSAN
PM umum 13 pemenang Superb

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
 
 * NAJIB Tun Razak dan Muhyiddin Yassin bergambar bersama 13 pemenang geran Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) dalam majlis pengumuman pemenang skim berkenaan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam. Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (duduk, kanan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (duduk, dua dari kanan ) dan Ketua Eksekutif Teraju, Husni Salleh (duduk, empat dari kiri). - UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 13 peserta program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) yang berjaya memperoleh geran sebanyak RM500,000 setiap seorang.

Beliau berkata, kesemua pemenang berjaya mengalahkan 12 peserta lain di peringkat akhir dengan mengetengahkan idea perniagaan yang sangat berkualiti dan boleh memberi impak tinggi kepada pasaran.

“Sebanyak 13 pemenang program Superb ini sememangnya mempunyai idea, berpotensi dan mempunyai aplikasi yang sangat baik. Sehubungan itu, saya akan meminta supaya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) membantu mereka untuk terus mengembangkan perniagaan ini.

“Sekiranya boleh, perniagaan ini bukan sahaja dikomersialkan tetapi kalau produk ini boleh digunakan oleh kerajaan atau syarikat milik kerajaan (GLC) kita akan minta mereka gunakan produk berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman pemenang program Superb di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, sebanyak 13 peserta diumumkan sebagai pemenang iaitu Megat Farril Rizal; Syed Ahmad Fuqaha Syed Agil; Muhamad Shahril Shahbudin; Nur Hidayah Hassan; Nur Azini Mohamed Kamal; Ku Addy Fazly Ku Radin dan Mohd. Izmir Yamin.

Turut berjaya mendapat geran tersebut ialah Farid Hidayat Fadzil; Mohammad Razak Hamdan; Shahrizan Najib; Sharul Azmi Samsudin; Syahrizal Salleh dan Mohd. Khairul Naem Mokhtar.

Program Superb merupakan sebuah program yang diwujudkan khusus untuk membantu usahawan bumiputera dengan mengetengahkan idea perniagaan berkualiti tinggi bagi merebut geran sebanyak RM100 juta yang disediakan untuk tempoh tiga tahun ini.

Peserta yang terpilih menyertai program tersebut kemudiannya akan disenarai pendek oleh Teraju untuk ke peringkat seterusnya sebelum dipilih sebagai pemenang oleh juri profesional.

Menurut Perdana Menteri, kesemua pemenang tersebut dipilih oleh tokoh perniagaan terkemuka negara yang bertindak sebagai juri iaitu Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin; Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun; Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Sabah, Datuk Awang Buhtaman serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OMNI Petromaritime Sdn. Bhd., Dr. Jamal Yusuf.

Najib berkata, kesemua pemenang dipilih berdasarkan kebolehan masing-masing dan bukan disebabkan sistem kuota atau pengaruh sesiapa.

Sejak penyertaan dibuka selama tiga minggu bermula pada 2 Februari lalu, sebanyak 1,719 permohonan telah diterima dan selepas melalui proses tapisan sebanyak 25 peserta berjaya ke peringkat akhir sebelum 13 daripadanya diumumkan sebagai pemenang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, bagi membantu sebanyak 12 peserta akhir lain meneruskan bidang perniagaan masing-masing, pihaknya juga bersetuju memberikan hadiah saguhati sebanyak RM25,000 setiap seorang.

Beliau turut mengumumkan bahawa program Superb siri kedua akan bermula pada 2 Mei ini dan semua usahawan muda bumiputera termasuk dari Sabah dan Sarawak dipelawa untuk menyertai program tersebut.

“Bagi yang tidak berjaya dalam siri pertama, mereka juga boleh membuat permohonan semula dengan membuat penambahbaikan pada model perniagaan dan teknologi yang diketengahkan.

“Saya harap pemenang program Superb ini akan menjadi penanda aras kepada usahawan yang akan datang serta saya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga program ini memberi kesan yang cukup besar kepada semua," katanya. - UTUSAN
Gerakan, MCA tolak hudud

 Kiri Mah Siew Keong, Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Gerakan dan MCA menentang keras usaha Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, Jun ini bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Ketika menyatakan pendirian parti itu, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menegaskan, pihaknya menghormati agama Islam, tetapi merasakan hukuman itu tidak sesuai dilaksanakan di negara yang berbilang agama, budaya dan kaum seperti Malaysia.

Beliau mendakwa, pelaksanaan hukum hudud di negara ini bercanggah dengan prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah terbukti berjaya membawa kemakmuran di negara ini sejak lebih 56 tahun lalu.

“Bagi kami di Gerakan, ini sangat penting kerana jika Pas berjaya laksanakan hudud di Kelantan, mereka akan sebarkannya ke Terengganu, Kedah dan akhirnya Malaysia dan tidak akan berpatah balik.

“Saya tahu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari UMNO kata mereka mungkin sokong hudud, tetapi saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua Ahli Parlimen UMNO untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh Pas ini," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.

Bagi membincangkan lebih lanjut isu tersebut, Siew Keong berkata, beliau akan berjumpa dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pas yang akan bawa usul ini, kenapa tidak bercakap terus dengan Abdul Hadi. Kami mahu jumpa Abdul Hadi untuk menyatakan pandangan kenapa kami rasa hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

“Saya sedia berjumpa dengan Abdul Hadi di mana sahaja dan kalau perlu, kami akan pergi ke ibu pejabat Pas. Ia bukan satu masalah kerana masa depan negara ini lebih penting. Kami mahu selesaikan perkara ini kerana kesan kepada anak cucu kita dan sekarang bukan masa untuk berpolitik," katanya yang berharap dapat bertemu Abdul Hadi sebelum Parlimen bersidang Jun ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama Gerakan, Datuk Gooi Hoe Hin mendakwa, pelaksanaan hukum Islam itu mencabuli prinsip-prinsip utama dalam Perlembagaan Persekutuan dan asas-asas yang telah dibentuk selama ini.

“Kenapa hendak perkenalkan undang-undang yang akan memecahbelahkan rakyat negara ini kepada kelompok-kelompok keagamaan? Kenapa perlu ubah struktur asas negara seperti yang terkandung dalam Perlembagaan?

“Hudud tidak praktikal untuk dilaksanakan dan akan menimbulkan kekeliruan serta huru-hara kepada rakyat kerana ada dua sistem perundangan. Apa akan berlaku jika kesalahan jenayah melibatkan umat Islam dengan penganut agama lain? Adakah adil sekiranya hanya umat Islam dikenakan hukum hudud manakala bukan Islam pula undang-undang jenayah sivil," tambahnya.

Hoe Hin menegaskan, DAP dan PKR perlu bertanggungjawab daripada segi politik dan moral bagi menghalang sekutunya itu daripada membawa rang undang-undang persendirian tersebut ke Parlimen.

Menyuarakan nada sama, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pakatan pembangkang perlu menjelaskan mengenai pendirian mereka berhubung rancangan Pas itu kerana mereka kini dilihat terumbang-ambing dalam mencapai kata sepakat berhubung perkara itu.

“Abdul Hadi kata macam ini, Kit Siang dan Tian Chua pula berkata macam itu. Jadi mana satu yang mereka setuju? Ketidaksepakatan mereka ini menyebabkan rakyat yang keliru apakah pendirian mereka sebenarnya.

“Bagi MCA pula, kita menolak hudud oleh Pas ini kerana ia akan mewujudkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Bukan bermakna kita menentang Islam tetapi perkara ini perlu kata sepakat oleh semua pihak jika mahu dilaksanakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tiong Lai berkata, MCA akan membincangkan keputusan parti itu berhubung calon Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat. - UTUSAN
Hudud semakin hampir jadi kenyataan

 * NIK Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Asyraf Wajdi Dusuki di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid
KOTA BHARU, SELASA, 29 April, 2014: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini semakin hampir menjadi kenyataan.

Tanpa berselindung, beliau menaruh keyakinan tinggi hudud bakal dilaksanakan ekoran menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak mengenai undang-undang Islam itu sejak akhir-akhir ini.

“Dalam sehari dua ini, berita-berita baik sedang dirasai oleh jiwa saya.

“Masyarakat, insya-Allah akan terima (hudud) dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pertemuan selama sejam itu merupakan sebahagian daripada program lawatan Asyraf Wajdi untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim, termasuk Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama.

Kelmarin, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Pulau Melaka, di sini.

Mengulas mengenai cadangan Muhyiddin supaya sebuah jawatankuasa teknikal khas di peringkat kebangsaan diwujudkan bagi membincangkan hudud dengan terperinci, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau menyambut baik saranan itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak mahu terlibat dengan jawatankuasa tersebut dan menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada kepimpinan negeri yang baharu.

“Saya pandang baik (cadangan), saya berasa gembira sehari dua ini memandangkan hudud sebelum ini ditentang," katanya. - UTUSAN
Yadim: Ruang UMNO, Pas duduk semeja

KOTA BHARU, SELASA, 29 April, 2014: Cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal hudud di peringkat kebangsaan secara tidak langsung memberi ruang kepada UMNO dan Pas untuk duduk semeja bagi membincangkan perkara berkaitan masa depan serta hala tuju Islam di negara ini.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kedua-dua belah pihak yang dilaporkan memberi reaksi positif mengenai cada­ngan tersebut membuktikan Islam lebih di­utamakan manakala soal politik kepartian boleh ditolak ke tepi.

Malah, katanya, kese­diaan dua parti politik itu mengutamakan Islam melebihi perkara lain turut disambut baik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila Mursyidul Am Pas itu mengakui beliau menyokong cadangan tersebut.

“Ketika kami bertemu dan berbincang, beliau sebagai bekas Menteri Besar memberitahu men­yokong (cadangan) namun tidak mahu terlibat dan menyerahkan perkara tersebut kepada kepimpinan negeri.

“Ini perkara positif kerana buat pertama kali, satu isu membolehkan dua parti politik besar duduk bersama tanpa perlu meleburkan identiti parti bagi berbincang mengenai masa depan dan hala tuju Islam di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi Nik Abdul Aziz di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar diwujudkan jawatankuasa teknikal khas di pe­ringkat kebangsaan bagi membincangkan hudud membabitkan wakil daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan Pusat dan negeri.

Cadangan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO itu mendapat reaksi positif Dewan Ulama Pas Kelantan yang dilaporkan bersedia menghantar wakilnya bagi menyertai jawatankuasa berkenaan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, jika diberi kepercayaan pucuk pimpinan untuk mewakili parti dalam jawatankuasa itu, beliau sedia menggalas tugas terbabit.

“Perkara ini saya serah kepada pucuk pimpinan namun jika diamanahkan, saya tidak akan menolaknya," katanya.

Asyraf Wajdi dalam pada itu memberitahu, pertemuan dengan Nik Abdul Aziz merupakan sebahagian daripada program lawatan beliau untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim ketika yayasan berkenaan ditubuhkan 40 tahun lalu.

“Ketika Yadim ditubuhkan pada 1974, beliau (Nik Abdul Aziz) merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama," katanya. - UTUSAN
7.2 juta nyawa penumpang jadi taruhan

 * PEMANFU bas didapati melakukan kesalahan memotong di laluan kecemasan semasa memandu.
KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Nasib lebih 7.2 juta penumpang bas ekspres di seluruh negara saban tahun menjadi taruhan apabila seramai 1,793 pemandu kenderaan awam itu dikesan tidak mempunyai Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara sah, tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang merekodkan bilangan pemandu bas berkenaan atau 20 peratus daripada lebih 8,000 individu berusia 21 tahun dan ke atas yang berdaftar sebagai pemandu bas ekspres ketika ini.

Lebih membimbangkan ada antaranya langsung tidak memiliki lesen asas pemanduan kenderaan, Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang wajib dimiliki setiap pemandu di negara ini, apabila dalam tempoh sama, seramai 982 pemandu bas eks­pres direkodkan tidak memilikinya.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, kesemua statistik itu diperoleh pihaknya ketika menjalankan operasi jalan raya di seluruh negara.

“Pada 2012, JPJ menahan seramai 1,522 pemandu bas eks­pres yang tiada lesen PSV, pada 2013 (1,793) manakala tahun ini sehingga Mac lalu, 177 orang.

“Bagi kesalahan pemandu tidak memiliki CDL, pada 2012 seramai 887 orang ditahan, pada 2013 (982) dan sejak Januari hingga Mac lalu (115)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau seterusnya berkata, selain daripada kesalahan tidak memiliki PSV dan CDL, terdapat seramai 1,919 pemandu bas eks­pres ditahan kerana memiliki lesen tamat tempoh, sejak tiga tahun lalu.

Katanya, pada 2012, seramai 1,380 pemandu bas berkenaan ditahan atas kesalahan itu, pa­da 2013 (481) manakala sejak Janua­ri sehingga Mac lalu (58).

“Dalam tempoh sama, seramai 972 pemandu ditahan atas kesalahan CDL tamat tempoh," katanya. - UTUSAN
Polis berkas balu disyaki ahli militan

Oleh Ilah Hafiz Aziz
 
 * AHMAD Zahid Hamidi ceria ketika menerima jersi pasukan bola sepak Penjara FC sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff (tiga dari kiri) selepas melancarkan jersi Penjara FC di Maktab Penjara Malaysia, Kajang, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
HULU LANGAT, SELASA, 29 April, 2014: Seorang lagi suspek ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan mirip pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) yang diberkas polis dalam beberapa siri serbuan di Selangor dan Kedah, kelmarin.

Balu berusia 55 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan di kawasan Keramat, Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang semalam.

Berikutan penahanan wanita berkenaan, jumlah ahli kumpulan yang dipercayai membawa fahaman ‘Salafi Jihadi’ itu kini meningkat kepada 10 orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan penahanan itu berkata, pihaknya yakin ada saki-baki ahli kumpulan tersebut yang masih bebas.

Beliau turut mengesahkan kumpulan yang mirip rangkaian pengganas Al-Qaeda dan JI itu mempunyai perancangan untuk menyertai misi jihad di beberapa negara bergolak.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan mencari saki-baki mereka.

“Kita percaya ahli kumpulan itu mesti lebih daripada 10 orang yang ditahan ini. Kita akan pastikan tiada seorang pun terlepas dan mereka akan dibawa ke pangkal jalan.

“Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan kesederhanaan dan kita tidak menerima sebarang unsur militan atau mereka yang taksub dengan cara sebegini sehingga akhirnya memburukkan Islam dan negara ini sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Timed Based kepada 1,242 Koperal dan Sarjan Penjara Zon Tengah di Maktab Penjara Malaysia, di Kajang hari ini. - UTUSAN
Polis berkas balu disyaki ahli militan

Oleh Ilah Hafiz Aziz
 
 * AHMAD Zahid Hamidi ceria ketika menerima jersi pasukan bola sepak Penjara FC sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff (tiga dari kiri) selepas melancarkan jersi Penjara FC di Maktab Penjara Malaysia, Kajang, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
HULU LANGAT, SELASA, 29 April, 2014: Seorang lagi suspek ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan mirip pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) yang diberkas polis dalam beberapa siri serbuan di Selangor dan Kedah, kelmarin.

Balu berusia 55 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan di kawasan Keramat, Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang semalam.

Berikutan penahanan wanita berkenaan, jumlah ahli kumpulan yang dipercayai membawa fahaman ‘Salafi Jihadi’ itu kini meningkat kepada 10 orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan penahanan itu berkata, pihaknya yakin ada saki-baki ahli kumpulan tersebut yang masih bebas.

Beliau turut mengesahkan kumpulan yang mirip rangkaian pengganas Al-Qaeda dan JI itu mempunyai perancangan untuk menyertai misi jihad di beberapa negara bergolak.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan mencari saki-baki mereka.

“Kita percaya ahli kumpulan itu mesti lebih daripada 10 orang yang ditahan ini. Kita akan pastikan tiada seorang pun terlepas dan mereka akan dibawa ke pangkal jalan.

“Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan kesederhanaan dan kita tidak menerima sebarang unsur militan atau mereka yang taksub dengan cara sebegini sehingga akhirnya memburukkan Islam dan negara ini sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Timed Based kepada 1,242 Koperal dan Sarjan Penjara Zon Tengah di Maktab Penjara Malaysia, di Kajang hari ini. - UTUSAN
Polis berkas balu disyaki ahli militan

Oleh Ilah Hafiz Aziz
 
 * AHMAD Zahid Hamidi ceria ketika menerima jersi pasukan bola sepak Penjara FC sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff (tiga dari kiri) selepas melancarkan jersi Penjara FC di Maktab Penjara Malaysia, Kajang, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
HULU LANGAT, SELASA, 29 April, 2014: Seorang lagi suspek ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan mirip pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) yang diberkas polis dalam beberapa siri serbuan di Selangor dan Kedah, kelmarin.

Balu berusia 55 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan di kawasan Keramat, Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang semalam.

Berikutan penahanan wanita berkenaan, jumlah ahli kumpulan yang dipercayai membawa fahaman ‘Salafi Jihadi’ itu kini meningkat kepada 10 orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan penahanan itu berkata, pihaknya yakin ada saki-baki ahli kumpulan tersebut yang masih bebas.

Beliau turut mengesahkan kumpulan yang mirip rangkaian pengganas Al-Qaeda dan JI itu mempunyai perancangan untuk menyertai misi jihad di beberapa negara bergolak.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan mencari saki-baki mereka.

“Kita percaya ahli kumpulan itu mesti lebih daripada 10 orang yang ditahan ini. Kita akan pastikan tiada seorang pun terlepas dan mereka akan dibawa ke pangkal jalan.

“Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan kesederhanaan dan kita tidak menerima sebarang unsur militan atau mereka yang taksub dengan cara sebegini sehingga akhirnya memburukkan Islam dan negara ini sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Timed Based kepada 1,242 Koperal dan Sarjan Penjara Zon Tengah di Maktab Penjara Malaysia, di Kajang hari ini. - UTUSAN
'Saya penderma organ' nota terakhir wanita sebelum ditemui mati

 * BEBERAPA anggota polis dibantu anggota tentera membawa mayat J. Sarojini Devi untuk dihantar ke hospital selepas ditemui mati di tepi pantai Port Dickson, semalam. - UTUSAN/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
TELOK KEMANG, SELASA, 29 April, 2014: “Saya penderma organ". Itu adalah nota terakhir yang di­temui polis dalam bilik penginapan seorang wanita selepas mayatnya dijumpai seorang pekerja Syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd (SWM) terdampar di tepi pantai Cahaya Negeri, Batu 4, Port Dickson, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun mem­beritahu, wanita itu, J. Saroji­ni Devi, 54, telah ditemui seorang pekerja SWM ketika melakukan kerja pembersihan kawasan pantai pada pukul 7.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya.

“Sarojini telah menginap di sebuah resort berhampiran pantai dan hasil pemeriksaan dalam bilik mangsa, kita menemukan seke­ping nota yang tertulis, dia adalah penderma organ.

“Kami sedang mengenal pasti waris si mati dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, pekerja SWM, G. Yuvaneswaran, 28, berkata, dia menjalankan tugas membersihkan kawasan pantai berkenaan seperti biasa pukul 7.30 pagi.

“Tiba-tiba saya ternampak seseorang terbaring dalam keadaan terlentang di atas pasir kira-kira 30 meter dari tempat saya sedang menyapu sampah.

“Saya segera memaklumkan kepada salah seorang pegawai resort berhampiran dan meminta me­reka menghubungi pi­hak polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Yuvanes­wa­ran, dia tidak berani men­dekati mayat tersebut ke­rana bimbang ada kaitan dengan jenayah.

“Saya lihat mayat wanita itu lengkap berpakaian baju jalur putih coklat dan berseluar paras lutut serta berstoking dan berkasut," katanya. - UTUSAN
'Saya penderma organ' nota terakhir wanita sebelum ditemui mati

 * BEBERAPA anggota polis dibantu anggota tentera membawa mayat J. Sarojini Devi untuk dihantar ke hospital selepas ditemui mati di tepi pantai Port Dickson, semalam. - UTUSAN/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
TELOK KEMANG, SELASA, 29 April, 2014: “Saya penderma organ". Itu adalah nota terakhir yang di­temui polis dalam bilik penginapan seorang wanita selepas mayatnya dijumpai seorang pekerja Syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd (SWM) terdampar di tepi pantai Cahaya Negeri, Batu 4, Port Dickson, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun mem­beritahu, wanita itu, J. Saroji­ni Devi, 54, telah ditemui seorang pekerja SWM ketika melakukan kerja pembersihan kawasan pantai pada pukul 7.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya.

“Sarojini telah menginap di sebuah resort berhampiran pantai dan hasil pemeriksaan dalam bilik mangsa, kita menemukan seke­ping nota yang tertulis, dia adalah penderma organ.

“Kami sedang mengenal pasti waris si mati dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, pekerja SWM, G. Yuvaneswaran, 28, berkata, dia menjalankan tugas membersihkan kawasan pantai berkenaan seperti biasa pukul 7.30 pagi.

“Tiba-tiba saya ternampak seseorang terbaring dalam keadaan terlentang di atas pasir kira-kira 30 meter dari tempat saya sedang menyapu sampah.

“Saya segera memaklumkan kepada salah seorang pegawai resort berhampiran dan meminta me­reka menghubungi pi­hak polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Yuvanes­wa­ran, dia tidak berani men­dekati mayat tersebut ke­rana bimbang ada kaitan dengan jenayah.

“Saya lihat mayat wanita itu lengkap berpakaian baju jalur putih coklat dan berseluar paras lutut serta berstoking dan berkasut," katanya. - UTUSAN
Pendengaran alasan langgar perintah tuntutan RM4.4 juta, 19 Jun ini

 Kiri Rosman Ridzwan, Hayati Mohammad

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 19 Jun ini untuk mendengar alasan tunjuk sebab oleh tokoh korporat, Datuk Rosman Ridzwan berhubung permohonan bekas isterinya yang mendakwa beliau gagal membayar tuntutan nafkah RM4.404 juta.

Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab turut memerintahkan pihak-pihak yang terlibat agar memfailkan afidavit sekiranya ada sebarang isu baharu yang berbangkit sebelum tarikh pendengaran tersebut.

“Isu baharu yang dibangkitkan perlu disentuh oleh pihak-pihak di sesi soal balas pada tarikh yang ditetapkan," ujar hakim tersebut yang turut membatalkan waran tangkap terhadap Rosman kerana gagal hadir pada beberapa prosiding kes itu sebelum ini.

Terdahulu, peguam syarie, Siti Nor Aira Mat Johar yang mewakili plaintif, Hayati Mohammad, 55, membantah permohonan Rosman, 57, memfailkan afi­davit terbaharu atas alasan terdapat perkara berbangkit kerana ia hanya akan menyebabkan kes itu terus berlanjutan tanpa penyelesai­an.

“Responden telah diberi peluang yang mencukupi sebelum ini untuk membuat pembelaan. Saya percaya ini hanya helah daripada mematuhi perintah mahkamah untuk membayar nafkah," katanya.

Peguam syarie, Yusmawati Ab. Ilah yang mewakili Rosman sebelum itu memberitahu, anak guamnya tidak bersedia untuk memberikan alasan tunjuk sebab pada prosiding hari ini kerana masih belum meneliti jawapan balas Hayati terhadap pembelaannya kerana baru menerimanya Jumaat lalu.

Yusmawati turut memaklumkan terdapat isu baharu yang timbul namun tidak dapat memberitahunya secara terbuka di mahkamah hari ini.

Hayati memfailkan permohonan tunjuk sebab terhadap bekas suaminya itu pada 9 Disember 2013 selepas pengarah syarikat telekomunikasi itu gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah selepas pasangan itu bercerai secara taklik pada 1 Mac 2007.

Pada 22 Mac 2013, mahkamah mengeluarkan perintah supaya Rosman membayar sejumlah RM4.404 juta kepada Hayati me­rangkumi bayaran mutaah (RM2.82 juta), nafkah tertunggak (RM1.52 juta), edah (RM30,000) dan hutang membaiki rumah berjumlah RM28,393.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 27 Disember 1980 dan dikurniakan lima anak.

Rosman juga pernah berkahwin dengan dramatis Noniswara atau nama sebenarnya Monis Wara Baharuddin, 45, pada 31 Julai 2009 dan mereka bercerai secara taklik pada 18 Julai 2013.

Pada 28 September 2009, Rosman didenda sebanyak RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas beliau mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim pada 2005. - UTUSAN
UMMB dapat penangguhan sementara kes saman fitnah

PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) hari ini berjaya mendapat penangguhan sementara perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.

Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan rayuan syarikat akhbar ini.

UMMB merayu agar perbicaraan kes saman itu ditangguhkan sementara menunggu pelupusan rayuan syarikat itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menggugurkan hakim yang mendengar perbicaraan tersebut.

Kuorum berkenaan membenarkan penangguhan singkat selama kira-kira sebulan dan menetapkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didengar pada 28 Mei ini.

Pada 18 April lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop memutuskan untuk tetap mendengar perbicaraan itu selepas menolak permohonan UMMB supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman tersebut.

Hakim berkenaan berpuas hati bahawa kebimbangan dan dakwaan syarikat akhbar ini berhubung akan timbulnya unsur berat sebelah, adalah tidak berasas.

Rosilah menyatakan, tiada unsur berat sebelah mahupun prejudis ke atas UMMB mahupun Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

UMMB memfailkan permohonan itu setelah mendakwa Rosilah dalam penghakimannya berhubung satu kes saman lain pada 19 Februari lalu berpendapatAnwar merupakan pemimpin dan ahli politik yang terkenal di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa, berperwatakan dan reputasi baik namun telah difitnah oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Dalam kes saman Anwar, 67, terhadap Wan Muhamad Azri, 31, Rosilah memutuskan bahawa defendan itu adalah pemilik blog, www.papagomo.com dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Sebelum itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili UMMB merayu agar keputusan Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara atas alasan perbicaraan itu hanya akan membuang masa mahkamah.

Menurut peguam bela, jika Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan anak guamnya dan memerintahkan prosiding didengar di hadapan seorang hakim lain, ini bermakna keseluruhan perbicaraan yang telah dijalankan akan dipadam.

Sementara itu, J. Leela yang mewakili Anwar berhujah agar rayuan bagi penangguhan sementara itu ditolak atas alasan ia hanya akan memprejudiskan Ketua Pembangkang itu.

Dalam saman yang difailkan pada 8 Mac tahun lalu, selain UMMB dan Aziz, pihak plaintif turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd. Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar menyatakan, Utusan Malaysia bertarikh2 Mac 2013 di muka hadapannya, menyiarkan artikel bertajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan penceroboh­an? dan di muka surat sembilan pula bertajuk, Tiga kumpulan jadi dalang.

Ketua Pembangkang itu menyatakan, defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua. - UTUSAN
Hartanah di Kuala Lumpur termurah

Oleh AZMAN IBRAHIM
 
 Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Kadar harga hartanah di Kuala Lumpur sehingga hari ini masih termurah berbanding bandar-bandar utama di rantau ASEAN, menjadikannya destinasi paling berkemampuan untuk dimiliki.

Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Datuk Abdul Hamid Abu Bakar berkata, Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai hartanah paling murah, sebaliknya turut mempunyai infrastruktur yang lengkap dan pembangunan yang lebih pesat daripada bandar-bandar ASEAN yang lain.

“Walaupun ramai dalam kalangan rakyat yang merungut harga hartanah terlalu mahal dan tidak berkemampuan di Kuala Lumpur, namun, di sini adalah lebih baik berbanding bandar-bandar besar yang lain di ASEAN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Simposium Penyelidikan Hartanah Antarabangsa (IRERS) 2014 di sini hari ini.

Simposium itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengarah Institut Penilaian Negara (Inspen), Datin Faridah Mohammed.

Bagaimanapun, ketika ditanya perbezaan harga di antara bandar raya Kuala Lumpur dengan bandar-bandar raya di ASEAN, beliau memberitahu tidak mempunyai data mengenainya pada ketika itu.

Mengenai transaksi hartanah pada tahun ini, jelas Abdul Hamid, ia bakal menunjukkan penyusutan.

Katanya, situasi itu telah berlaku sejak 2012 berikutan gaya pembeli hartanah yang berjaga-jaga dalam pasaran.

“Situasi begitu amat baik kerana pembeli membeli hartanah masing-masing untuk disimpan atau digunakan, bukan untuk dijual semula.

“Hal ini akan mengurangkan aktiviti spekulator hartanah yang menyebabkan peningkatan harga hartanah secara mendadak," ujarnya. - UTUSAN
Presiden Korea minta maaf

 * PRESIDEN Park Geun-hye (kanan) mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga mangsa feri karam di Ansan, semalam. - REUTERS
SEOUL, SELASA, 29 April, 2014: Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memohon maaf kepada rakyat berhubung tragedi feri Sewol yang karam di kawasan perairan selatan negara ini, dalam satu kenyataan kepada Kabinet negara ini, yang disiarkan menerusi televisyen Korea, hari ini.

Geun-hye berkata, kerajaan gagal untuk mencegah bencana itu dan tidak cekap dalam melaksanakan tindak balas kecemasan.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf atas kegagalan untuk mencegah kemalangan itu daripada berlaku dan tindak balas kecemasan yang tidak mencukupi.

“Saya meminta maaf kepada rakyat dan sedih atas kehilangan banyak nyawa yang amat berharga,'' katanya, sebagaimana dilaporkan portal BBC.

Permohonan maaf Geun-hye dibuat di tengah-tengah kemarahan dan kritikan orang ramai berhubung kemalangan itu dengan kebanyakan mangsa merupakan pelajar dari sebuah sekolah tinggi di sini.

Dalam kejadian pada 16 April lalu, feri Sewol yang membawa 476 penumpang karam di perairan berhampiran Kepulauan Jindo dengan 174 orang berjaya diselamatkan, manakala hampir 200 mayat berjaya dikeluarkan dari feri itu setakat ini.

Geun-hye pada masa sama berkata, beliau bercadang untuk mewujudkan sebuah kementerian baharu bagi mengendalikan kemalangan pada skala besar pada masa depan, lapor agensi berita Korea, Yonhap. - AGENSI/UTUSAM
MH370: Objek baharu ditemui

Oleh MOHD HASRIQ AMIRUDDIN

PERTH, SELASA, 29 April, 2014: Sebuah syarikat penerokaan maritim Australia mendakwa menemui objek di dasar laut yang dipercayai mungkin sebahagian serpihan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian di Lautan Hindi.

Rangkaian televisyen Australia, Channel 7 melaporkan, syarikat GeoResonance yang beribu pejabat di Adelaide, melakukan pencarian pesawat berkenaan sejak 10 Mac lalu dan mengesan objek yang berkemungkinan serpihan pesawat MAS terbabit di Teluk Benggala, semalam.

Wakil syarikat itu, Pavel Kursa berkata, pihaknya menggunakan imej satelit dan pesawat untuk meninjau kawasan seluas lebih dua juta kilometer persegi yang dipercayai lokasi pesawat yang membawa 239 penumpang terbabit hilang.

“Objek yang ditemukan di dasar laut Teluk Benggala mirip bahan yang digunakan dalam pembuatan kapal terbang.

“Kami mengenal pasti elemen kimia dan bahan yang terdapat pada pesawat Boeing 777 termasuk aluminium, titanium, tembaga, besi aloi dan bahan-bahan lain," katanya.

Seorang lagi wakil syarikat, David Pope berkata, GeoResonance menggunakan teknologi khas untuk mengesan peledak nuklear dan kapal selam bagi mencari serpihan MH370.

Bagaimanapun, Pope berkata, pihaknya cuba menghubungi pegawai yang terlibat dalam operasi pencarian itu, tetapi gagal menerima sebarang maklum balas.

“Pasukan pencarian GeoResonance teruja apabila menemukan objek yang dipercayai serpihan sebuah pesawat komersial.

“Tetapi kami tidak mahu membuat andaian objek itu milik pesawat MH370 dan kami berharap penemuan ini dapat memberi petunjuk yang baik," katanya. - AGENSI/UTUSAN
Jepun masih sertai operasi mencari pesawat MAS

 * HISHAMMUDDIN Tun Hussein berbincang dengan Itsunori Onodera ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Jepun itu di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Jepun menyatakan komitmen untuk meneruskan penglibatannya dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijalankan di selatan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, komitmen itu disuarakan sendiri oleh Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera dalam pertemuan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, misi mencari pesawat MH370 kini memasuki fasa lautan dalam dan kebanyakan aset yang sesuai untuk tujuan tersebut dimiliki oleh pusat-pusat penyelidikan di Jepun.

“Mereka akan mengkaji ba­gaimana institusi-institusi tersebut boleh membantu kita dan menambah lagi aset-aset yang boleh dikongsi bersama," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Onodera di pejabatnya.

Terdahulu, Onodera memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di pekarangan Wisma Pertahanan.

Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Semalam, agensi berita Rusia, ITAR-TASS melaporkan, Jepun akan menarik diri daripada misi mencari pesawat MH370 yang disertai dua pesawat C-130 Hercules dan dua pesawat P-3C Orion milik negara itu.

Hishammuddin menambah, Jepun juga meminta pakar-pakar dari negara itu diberi ruang untuk menyertai panel pakar yang menjalankan penyiasatan tentang insiden kehilangan pesawat MH370.

“Saya mengalu-alukan hasrat mereka itu. Kita akan mempunyai panel pakar yang telus dan berkredibiliti serta melibatkan pelbagai negara," ujarnya.

Beliau dalam pada itu berkata, Malaysia telah memperluaskan skop kerjasama keselamatan maritim dengan Jepun dan turut mengambil kira pengaruh Amerika Syarikat (AS) dan China serta sensitiviti negara-negara di rantau ASEAN.

Beliau menambah, hubungan lampau antara Jepun dan beberapa negara di rantau ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada negara itu untuk memainkan peranan lebih besar dalam mengekalkan stabiliti serta keharmonian.

“Ia memerlukan persefahaman bukan sahaja di pihak Jepun malah oleh China, Korea Selatan dan Korea Utara," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Malaysia dan Australia sedang dalam proses meneliti data-data sedia ada dan aset-aset yang diperlukan untuk misi mencari pesawat MH370 di lautan dalam.

“Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sebelum ini pernah membayangkan, pencarian secara visual dari udara dan pencarian dari permukaan laut mungkin tidak sesuai.

“Pada masa ini, bilangan negara dan syarikat yang memiliki peralatan canggih bagi misi mencari di lautan dalam agak terhad," jelasnya.

Menurut Hishammuddin, Malaysia juga akan berbincang dengan Australia tentang kos misi mencari tersebut dan jumlahnya bergantung kepada kaedah yang digunakan.

Sementara itu katanya, aspek keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan selatan Filipina sentiasa diberi perhatian oleh banyak negara termasuk AS serta Jepun.

Hishammuddin memberitahu, terdapat kepentingan komersial melibatkan pelbagai negara di kawasan tersebut.

Menurut beliau, operasi kapal-kapal komersial di rantau ini akan terjejas sekiranya Esscom tidak stabil.

“Jadi, banyak negara tampil ke depan untuk membantu termasuk AS dan hari ini saya berbincang dengan Jepun," katanya. - UTUSAN
Jepun puji usaha kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Jepun hari ini menyampaikan penghargaannya kepada Malaysia atas bantuan logistik oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhadap Pasukan Mempertahankan Diri Jepun (JSDF) Unit Bantuan Bencana semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370.

Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera berkata, Malaysia telah melaksanakan tugas yang terbaik dalam aspek penyelarasan serta sokongan terhadap JSDF dan rata-rata anggota pasukan itu memuji sikap profesionalisme negara.

Katanya, dunia telah menyaksikan bagaimana Malaysia bertindak ketika dilanda sesuatu krisis dan beliau yakin, masyarakat antarabangsa mengiktiraf tinggi keupayaan negara.

Beliau secara peribadi juga bertekad akan melakukan yang terbaik dalam mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua negara baik dalam bidang pertahanan mahupun kemanusiaan.

“Seluruh masyarakat Jepun amat bersimpati dengan apa yang terjadi kepada pesawat berkenaan. Simpati ini benar-benar datang dari hati kami.

“Jepun melihat insiden seperti ini telah memperkasakan jalinan antara kerajaan dan pasukan pertahanan masing-masing," katanya dalam majlis Ucapan Penghargaan Kepada Kementerian Pertahanan di Pangkalan Udara Subang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Pada majlis itu, Onodera telah dibawa melawat Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU) dan Pusat Pergerakan Udara pangkalan berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, jalinan antara Malaysia dan Jepun dalam bidang politik, perdagangan, ekonomi, pertahanan serta pelaburan akan menyaksikan pertumbuhan yang pesat selepas ini.

“Kita juga amat yakin Malaysia dapat mempertingkatkan hubungan Jepun dengan negara-negara ASEAN lain ke satu tahap kerjasama yang lebih tinggi," kata beliau. - UTUSAN
Penjenamaan semula PMB galakkan aktiviti perniagaan

PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Penjenamaan semula identiti korporat Pelaburan Mara Bhd. (PMB) merupakan strategi untuk menggalakkan aktiviti perniagaan syarikat di samping memaksimumkan kecekapan rangkaian pemasaran.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, penjenamaan semula identiti pada hari ini merupakan usaha berterusan PMB untuk memantapkan jenama korporat dan jenama produk sebagai antara yang terbaik di negara ini.

Pada masa sama, kata beliau, penjenamaan semula identiti itu juga merupakan salah satu daripada usaha transformasi yang dilakukan kementerian agar PMB terus progresif dan dikenali.

“Selain daripada menjenamakan semula identiti korporat PMB secara keseluruhan, kita juga turut memperkenalkan identiti serta logo korporat untuk subsidiari milik penuh PMB yang lain iaitu PMB Investment Bhd., PMB Tijari Bhd., PMB Consulting Sdn. Bhd., dan PMB Assets Sdn. Bhd.

“Perancangan PMB untuk melebarkan kegiatan perniagaannya dalam pelaburan dan pengurusan dana adalah satu langkah positif kerana akan menambah lagi jumlah syarikat milikan kerajaan yang mencapai kejayaan kukuh di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penjenamaan semula identiti korporat PMB dan pelancaran PMB Tijari Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sekali gus turut melancarkan PMB Tijari Bhd.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ibrahim Muhamad, Pengerusi PMB, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Eksekutif Kumpulan PMB, Nazim Rahman.

Menurut Mohd. Shafie, PMB yang bakal berusia 47 tahun pada Jun ini telah merangka pelbagai agenda untuk mencapai sasaran optimum dalam tiga kegiatan utama iaitu pelaburan dalam pelbagai kelas aset, perkhidmatan kewangan dan juga pengurusan dana.

“Pada hari bersejarah ini, kita juga akan melihat penampilan logo baharu yang lebih segar bagi memaparkan bahawa PMB dan anak-anak syarikatnya terus mengorak langkah secara strategik untuk mempelbagaikan jaluran perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

“Daripada sebuah syarikat yang hanya melibatkan diri dalam pengurusan saham dan pengurusan dana, PMB kini menyusun strategi melebarkan sayap untuk menjadi konglomerat kewangan dan pelaburan berjaya di peringkat tempatan dan serantau," katanya.

Selain itu katanya, antara kejayaan terdahulu yang telah dicapai oleh PMB adalah melalui PMB Shariah Aggressive Fund yang memenangi anugerah di Edge Lipper Malaysia Fund 2014 bagi kategori dana ekuiti patuh syariah terbaik di Malaysia untuk tempoh tiga tahun.

“Bagi tempoh tiga tahun berakhir 31 Disember 2013, PMB Shariah Aggressive Fund mencatat jumlah pulangan sebanyak 62.7 peratus, dana ini mencatat pulangan 98 peratus untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada tarikh yang sama.

“Sebuah lagi dana yang cemerlang ialah PMB Shariah Growth Fund yang mencatat jumlah pulangan sebanyak 53 peratus bagi tempoh tiga tahun dan 128.1 peratus bagi tempoh lima tahun berakhir pada tarikh yang sama," katanya.

Selain kejayaan itu katanya, PMB sendiri telah menjana pulangan atas ekuiti sehingga 13.5 peratus lebih daripada pulangan yang dijana oleh syarikat pelaburan kerajaan yang lain.

“Ini membuktikan kemampuan PMB yang berpengalaman lebih daripada empat dekad dalam pengurusan saham amanah dan pelaburan berupaya memberi pulangan yang lumayan kepada pelaburnya.

“Bagi pihak kementerian, kami bangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh PMB dan akan menyokong usaha mereka dalam menyusun strategi bagi mengukuhkan kedudukan sebagai konglomerat yang disegani," katanya. - UTUSAN
PMB urus dana pendidikan RM1 bilion

PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Pelaburan Mara Berhad (PMB) telah diberi kepercayaan untuk menguruskan Dana Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM1 bilion yang bertujuan membiayai usaha mengupayakan modal insan bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM500 juta secara berperingkat dalam bentuk dana sepadan (matching fund) mengikut nisbah 1:1 di mana Mara juga akan menyediakan RM500 juta.

“Dana ini digunakan untuk membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi untuk mengupayakan modal insan bumiputera," katanya ketika berucap dalam majlis penjenamaan semula PMB di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Pengerusi PMB, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMB, Nazim Rahman.

Selari dengan penjenamaan semula tersebut, empat logo baharu untuk anak syarikat PMB iaitu PMB Investment Berhad, PMB Tijari Berhad, PMB Consulting Sendirian Berhad dan PMB Assets Sendirian Berhad turut dilancarkan.

Muhyiddin berkata, PMB atau nama terdahulunya Amanah Saham Mara Berhad ditubuhkan pada 1967 hasil daripada satu resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Kini dalam kerangka negara maju yang disasarkan menjelang 2020, kerajaan akan terus memastikan nasib semua golongan termasuk kaum bumiputera terbela," katanya.

Beliau berkata, negara akan menjadi kuat dan dipandang tinggi jika rakyatnya bersatu, maju dan makmur.

“Kerajaan akan terus istiqamah dalam melaksanakan strategi pembangunannya dengan memartabatkan Islam secara terancang dan menyeluruh di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Nazim berkata, dana pendidikan bernilai RM1 bilion yang diumumkan Muhyiddin akan disalurkan secara berperingkat selama tiga tahun.

Beliau berkata, kerajaan dan Mara masing-masing akan menyalurkan RM200 juta pada tahun ini dan diikuti RM150 juta setahun untuk dua tahun berikutnya.

“Ada beberapa bidang yang diberi tumpuan dan ia adalah lain daripada program tajaan yang biasa dilakukan Mara," katanya. - UTUSAN
Hari bersejarah PMB - Sohaimi

PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Penjenamaan semula Pelaburan Mara Bhd. (PMB) memberi nafas baharu kepada tiga kegiatan utama PMB iaitu pelaburan portfolio dan aset, perkhidmatan kewangan Islam dan khidmat nasihat korporat.

Pengerusi PMB, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, penjenamaan semula itu merangkumi pengenalan identiti korporat baharu PMB termasuk logo empat anak syarikat iaitu PMB Investment Bhd., PMB Tijari Bhd., PMB Consulting Sdn. Bhd., dan PMB Assets Sdn. Bhd.

Menurutnya, penjenamaan semula identiti korporat PMB ada­lah merupakan strategi untuk menggalakkan aktiviti perniagaan syarikat di samping me­maksimum­kan kecekapan rangkaian pemasaran di kesemua anak syarikat.

“Hari ini adalah hari yang bersejarah buat PMB kerana kami telah melaksanakan penjenamaan semula identiti korporat selain turut melancarkan penubuhan anak syarikat baharu iaitu PMB Tijari Bhd.

“Penjenamaan semula identiti korporat dan penubuhan PMB Tijari Bhd. pada hari ini merupakan usaha berterusan PMB untuk memantapkan jenama korporat dan jenama produk sebagai antara yang terbaik di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian penjenamaan semula identiti korporat PMB dan pelancaran PMB Tijari Bhd. di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang sekaligus turut melancarkan PMB Tijari Bhd.

Yang hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ibrahim Muhamad dan Ketua Eksekutif Kumpulan PMB, Nazim Rahman.

Pada majlis tersebut PMB yang diwakili oleh Nazim juga telah menandatangani perjanjian pemegang saham PMB Tijari Bhd. dengan Ketua Wilayah Islamic Corporation for the Development of the Private Sector (ICD), Ahmed Abdul Khalid.

Menurut Sohaimi, perjanjian yang ditandatangani itu menggariskan persetujuan di antara pemegang saham bagi pembentukan PMB Tijari Bhd., yang menumpukan kegiatan dalam perkhidmatan kewangan Islam yang mensasarkan sektor komersial.

“Dengan suntikan modal RM100 juta, PMB Tijari Bhd. akan menawarkan pembiayaan kewangan dengan menyasarkan sektor komersial. Penubuhannya adalah sebahagian agenda transformasi PMB untuk meningkatkan peranannya sebagai institusi pelaburan dan pengurusan dana serta perkhidmatan kewangan berwibawa.

“PMB Tijari Bhd. juga akan menawarkan perkhidmatan kewangan berunsur syariah sama ada di pasaran domestik dan global bagi memenuhi keperluan dan objektif kewangan pelanggan, PMB Tijari Bhd. turut menguruskan kegiatan pembiayaan kewangan PMB," katanya.

Dalam pada itu, Sohaimi turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang sentiasa membantu pembangunan PMB. - UTUSAN
Usaha komersialkan perisian pertahanan bakal terlaksana

PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Selepas lebih dua tahun mencuba akhirnya idea seorang pakar perisian tempatan untuk mengkomersialkan perisian pertahanan keselamatan ciptaannya sendiri ke peringkat global bakal terlaksana selepas terpilih sebagai salah seorang pemenang program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb).

Pengusaha perisian pertahanan keselamatan, Megat Farril Rizal, 37, yang mencipta sistem penyelesaian keselamatan untuk semua jenis keselamatan data berjaya mendapat geran sebanyak RM500,000 bagi mengembangkan perniagaannya itu.

Beliau berkata, sistem perisian yang diciptanya itu sangat istimewa kerana memberikan perlindungan data yang sangat optimum dan pertama dicipta di negara ini.

“Saya mendapat idea ini ketika bekerja di China sebagai jurutera perisian beberapa tahun lalu dan dari sana saya mendapat idea untuk mencipta perisian keselamatan pelbagai lapisan kerana sekarang hanya terdapat sistem satu lapisan sahaja di dunia.

“Sistem yang saya cipta ini yang dinamakan sebagai ENCR8TOR Xlayer adalah sistem penyelesaian keselamatan bagi semua jenis keselamatan data dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan yang menyukarkannya untuk digodam," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis pengumuman pemenang program Superb di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Seorang lagi pemenang, pemilik Impulse Studio Sdn. Bhd., Nur Azini Mohamed Kamal berkata, beliau tidak menjangka ideanya yang mengetengahkan sebuah alat gimnasium alternatif iaitu simulator elektrik otot (EMS) berjaya mengangkatnya sebagai salah seorang pemenang program itu.

Beliau berkata, alat senaman tersebut 18 kali lebih cekap daripada senaman secara konvensional dan dapat memberikan keputusan yang cemerlang dalam masa singkat.

“Selain itu, alat ini juga membantu dalam penjimatan kos seterusnya meningkatkan tahap kesejahteraan diri dalam jangka masa panjang," katanya. - UTUSAN
Perlu dialog, tubuh jawatankuasa khas sebelum laksana hudud

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Pemimpin-pemimpin Islam Barisan Nasional (BN) dan Pas perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai pelaksanaan hukum hudud yang berperanan memberikan kefahaman jelas kepada rakyat berhubung hukum berkenaan.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jawatankuasa itu perlu ditubuhkan segera sebelum rang undang-undang persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, penjelasan pelaksanaan hudud perlu dilakukan secara meluas termasuk kepada orang bukan Islam yang kini dilihat menentang secara terbuka rang undang-undang terbabit.

“Orang Islam sendiri pun, ramai yang kurang faham apa itu hudud. Ini perlu dijelaskan. Eloklah pemimpin-pemimpin Islam (BN dan Pas) duduk semeja, tubuhkan satu jawatankuasa khas, buat forum, dialog menerangkan kepada rakyat.

“Perkara ini perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum hendak dibawa ke Parlimen. Kalau nak menerangkannya di Parlimen, ini memakan masa dan kita pun ada banyak perkara lain nak dibawa ke Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mohd. Ali berkata, jawatankuasa khas itu juga perlu dianggotai para pemikir Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan pengamal undang-undang syariah bagi mendapatkan pandangan yang meluas mengenai hudud.

Dalam perkembangan lain, bekas Ketua Menteri Melaka itu memberitahu, beberapa isu melibatkan Melaka perlu diberikan perhatian khusus oleh Kerajaan Persekutuan, khususnya bekalan air yang dijangka mampu bertahan sehingga 2018 jika pembinaan Empangan Sungai Jerneh tidak dilaksanakan segera.

“Di bandar Melaka juga memerlukan sebuah hospital baharu memandangkan Hospital Melaka kini sudah sesak dan lama. Soal kesesakan juga perlu diberikan tumpuan kerana Melaka merupakan negeri tumpuan pelancong.

“Isu-isu lain membabitkan ke­perluan pembinaan insinerator dan masalah pembetungan berpusat serta perlunya pembinaan lebih banyak rumah mampu milik," tambahnya.

Menjawab isu berkaitan pinjaman keusahawanan, beliau yang kini Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menjelaskan, agensi itu berusaha mempercepatkan proses kelulusan pinjaman bagi membantu melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera.

“Sekarang ini kita fokus kepada bidang baharu iaitu perniagaan alat ganti kenderaan dan barangan perkakasan. Kita juga menggalakkan peminjam PUNB meningkatkan rangkaian perniagaan masing-ma­sing bagi mengukuhkan ekonomi bumiputera," ujarnya. - UTUSAN
Majlis Ulama Pemuda UMNO diwujudkan

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Pemuda UMNO hari ini mengumumkan kewujudan Majlis Ulama pergerakan itu yang akan menjadi platform dalam kalangan belia berkongsi idea dan pandangan terhadap isu berkaitan agama di negara ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, majlis itu berfungsi sebagai penasihat agama dengan pendekatan lebih terbuka bagi membolehkan graduan lulusan bidang agama atau ulama muda menjadi panel penasihat kepada barisan kepemimpinan Pemuda.

“Majlis Ulama Pemuda mengalu-alukan pembabitan graduan lulusan agama luar negara dan universiti tempatan kerana kita tahu mereka kekurangan saluran untuk menyumbang idea.

“Malah, ramai antara mereka tidak mahu terbabit secara langsung dalam politik, tapi menerusi Majlis Ulama Pemuda, mereka bebas melontarkan pandangan dan buah fikiran demi kemaslahatan umat khususnya belia," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, penubuhan majlis itu susulan lawatan Pemuda ke Asia Barat baru-baru ini dan supaya ia menjadi wadah kepada pelajar bidang agama di luar negara untuk menyumbang idea bersama UMNO selepas pulang ke tanah air.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, struktur majlis itu lebih longgar supaya bebas disertai oleh mana-mana golongan agama dan tidak terikat secara langsung dengan parti itu.

“Kita yakin menerusi pendekatan lebih terbuka seumpama ini kita dapat menarik lebih ramai ulama muda dan golongan ilmuan agama memberikan pandangan mereka sekali gus memastikan sesuatu isu agama yang dibangkitkan tidak hanya terhad kepada pandangan beberapa ulama sahaja.

“Apa salahnya kita dengar juga pandangan ulama muda, bidang agama ini luas, kalau dengar pendapat satu atau dua ulama saja, mereka bukan sempurna kerana manusia banyak kekhilafan. Kita nak pandangan yang majmuk, banyak dan dapat menghasilkan sesuatu keputusan yang baik," katanya.

Majlis Ulama Pemuda yang diwujudkan di bawah Akademi Pemuda diketuai Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya. - UTUSAN