My Add

Wednesday 29 February 2012

Lynas perlu kemuka pelan tapak pelupusan - AELB

KUANTAN, RABU, 29 Februari, 2012: Syarikat perlombongan nadir bumi, Lynas Sdn. Bhd. di Gebeng di sini tetap perlu mengemukakan kepada kerajaan pelan atau lokasi tapak pembuangan kekal (PDF) dalam masa 10 bulan walaupun ia mendakwa sisa atau buangan industrinya akan dikitar semula sepenuhnya.

Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, ia penting sebagai jaminan bahan buangan industri dari kilang itu tidak terdedah dan membahayakan kesihatan orang awam sekiranya Lynas tidak dapat mengitar semula bahan berkenaan.

"Selagi Lynas tidak kemukakan lokasi dan pelan PDF berkenaan dan mematuhi beberapa syarat yang lain, kerajaan tidak akan membenarkan Lynas beroperasi walaupun ia telah mendapat lesen operasi sementara (TOL) daripada AELB baru-baru ini.

"Ini kerana ada kerisauan di kalangan orang awam mengenai PDF dan pada masa sama kerajaan prihatin tentang kesihatan dan keselamatan orang awam serta mahukan Lynas bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya mereka gagal mengitar semula sisa industri kilang mereka,” katanya. - BERNAMA

Zaman Pemuda UMNO jadi pendesak sudah tamat - KJ

PETALING JAYA, RABU, 29 Februari, 2012: Pemuda UMNO tidak lagi wajar menjadi kumpulan pendesak kerana cara itu tidak sesuai untuk mendekati generasi muda sekarang, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

"Zaman menjadi pendesak sudah tamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Khairy berkata, walaupun masih ada suara yang mahu Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional kekal menjadi kumpulan pendesak tetapi cara lama itu harus dihentikan jika BN mahu mendapat sokongan golongan muda.

"Pemuda BN membawa pendekatan baru seperti karnival kerjaya dan program mencari bakat untuk mendekatkan BN kepada golongan muda,” katanya.

Khairy berkata, pendekatan baru Pemuda BN itu mendapat maklumat balas positif daripada generasi muda.

"Sokongan ini sememangnya belum diuji pada peringkat nasional, namun ia telah diuji pada pilihan raya kecil di mana kita lihat banyak undi diperoleh daripada golongan muda ini ke arah BN,” katanya. - BERNAMA

Iban: Asian Beacon mohon maaf dan lahir rasa kesal

KUALA LUMPUR, RABU, 29 FebRUARI, 2012: Majalah Kristian antara mazhab dari Kuala Lumpur, Asian Beacon yang mengeluarkan artikel dianggap mencemar nama baik kaum Iban, hari ini memohon maaf dan melahirkan rasa kesal berhubung penyiaran artikel tersebut, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Katanya, perkara itu dinyatakan kepada beliau oleh tiga wakil majalah dwibulanan itu, terdiri daripada Presiden, Editor dan Pentadbir yang hadir pada 3 petang ini di pejabatnya di sini dan pertemuan itu berlangsung selama setengah jam.

"Tiga wakil majalah tersebut telah datang berjumpa saya dan mereka meminta maaf dan berjanji kesilapan mereka dalam menerbitkan artikel tersebut, tidak berulang lagi.

"Mereka juga akan meminta penulis untuk turut sama meminta maaf bukan hanya kepada orang Iban tetapi juga pembaca yang terkeliru dengan artikel yang diterbitkan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Artikel bertajuk ”Of Skulls And Sago Worms”, yang ditulis seorang arkitek dari Petaling Jaya dan disiarkan dalam keluaran Februari-Mac 2012, telah menyentuh apa yang dikatakan tabiat makan kaum Iban dan moral mereka, yang telah menyinggung perasaan komuniti Iban serta pemimpinnya dan mendesak Asian Beacon memohon maaf.

Semalam, Gagasan Dayak Iban Bersatu (GAIU) Johor membuat laporan polis berhubung artikel tersebut dan dalam satu kenyataan dalam akaun Facebook Asian Beacon semalam, pihak tersebut telah memohon maaf dan amat kesal dengan kejadian tersebut. - BERNAMA

Erykah Badu: Wira Perkasa serah memorandum kepada KDN

PUTRAJAYA, RABU, 29 Februari, 2012: Wira Perkasa hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendesak supaya lesen akhbar The Star dibatalkan kerana tindakan kali kedua akhbar itu menyiarkan gambar yang didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, akhbar itu didapati tidak peka kepada sensitiviti umat Islam meskipun sedia maklum ramai pembacanya beragama Islam.

The Star baru-baru ini menyiarkan gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah Badu yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu bertulis “Allah”, dan sebelum ini akhbar itu juga pernah menyiarkan menu masakan babi pada Ramadan lepas.

"Kita minta mereka ada sensitiviti terhadap perkara ini. Jika mereka ada sensitiviti mereka tidak akan siarkan gambar seumpama itu,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum itu kepada KDN di sini. - BERNAMA

Ananda Krishnan rancang jual firma satelit: laporan

SINGAPURA, RABU, 29 Februari, 2012: Orang kedua paling kaya di Malaysia, Ananda Krishnan, merancang menjual kepentingannya dalam syarikat operator satelit, MEASAT Global Bhd., langkah yang diambil beberapa hari selepas beliau mula menjual aset tenaga bernilai AS$3 bilion (RM9.05 bilion).

Akhbar tempatan, The Straits Times (ST) melaporkan bahawa, aset tenaga dan satelit berkenaan bernilai hampir AS$3.5 bilion, yang menunjukkan MEASAT mungkin bernilai sekitar AS$500 juta.

Sambil memetik sumber perbankan, akhbar itu melaporkan cakap-cakap mengenai jualan itu bermula pada lewat 2011 dan firma satelit Arab Saudi, Arabsat, mungkin menjadi pemegang strategik atau kepentingan majoriti dalam firma satelit Malaysia itu.

Jutawan itu baru-baru ini menjual keseluruhan portfolionya dengan melantik Standard Chartered untuk mengurus transaksi, membabitkan kira-kira sedozen loji tenaga.

Beliau melakukan beberapa urus janji korporat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyenaraikan sebahagian daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis Bhd. yang merupakan tawaran awam permulaan terbesar di Asia Tenggara pada 2009.

Tahun lepas, pasukannya menyenaraikan semula syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas Malaysia Bumi Armada Bhd.

Beliau juga menjadikan syarikat monopoli TV berbayar Malaysia, Astro All Asia Networks Plc, sebagai syarikat persendirian, selepas peluasannya ke Indonesia dan India mencatat kerugian dan menjejaskan kewangan syarikat.

ST melaporkan pemilikan kawalan MEASAT oleh Arabsat mungkin sukar memandangkan Malaysia mengenakan sekatan penguasaan 40 peratus pemilikan asing ke atas aset strategik domestik. - BERNAMA

OIC kesal Islamophobia diguna instrumen politik pilihan raya

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Februari, 2012: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kesal dengan tindakan menggunakan Islamophobia sebagai instrumen politik pilihan raya, kata Setiausaha Agungnya Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu.

“Ini boleh menggugat dengan serius usaha masyarakat antarabangsa untuk keharmonian antara agama yang boleh menaja jamin keamanan dan keselamatan terutama dalam sebuah dunia yang berdepan dengan ancaman keganasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada segmen peringkat tinggi sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.

Ucapannya dikeluarkan di sini.

Sambil menyatakan bahawa Islamophobia merupakan satu manifestasi kontemporari perkauman, Ihsanoglu berkata, usaha memerangi Islamophobia merupakan satu keutamaan di OIC. - BERNAMA

Dapatkan maklumat tepat mengenai IPO Felda - Isa

LONDON, RABU, 29 Februari, 2012: Pihak berkepentingan yang terlibat dalam perdebatan berhubung rancangan tawaran awam permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings (FGVH) akan mencapai persetujuan bersama jika mereka mendapat semua fakta yang betul, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Dalam usaha penyenaraian FGVH, beliau menegaskan bahawa seseorang itu perlu dapat membezakan antara kepentingan politik dan ekonomi, bagi mencapai pandangan objektif dalam sesuatu perkara.

"Dalam persekitaran kebelakangan ini, gangguan politik telah membuat rakyat yang menjadi keutamaan dalam usaha ini keliru.

"Ini telah menjejaskan banyak kerja yang telah kita lakukan dalam usaha untuk menerangkan dengan jelas kepada peneroka bahawa dengan meneruskan IPO tersebut akan menarik lebih banyak faedah,” kata beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Yayasan Felda dan City and Guilds, United Kingdom, untuk menjalin kerjasama yang lebih erat untuk membangunkan Pusat Bahasa Inggeris (FELC) Felda baru-baru ini. - BERNAMA

Hanya gelatin dari China, Pakistan ada sijil halal JAKIM

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Februari, 2012: Hanya serbuk gelatin yang diimport dari China dan Pakistan yang mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penolong Pengarah Kanan JAKIM Mohd. Amri Abdullah berkata, pengiktirafan diberi kepada kedua-dua negara itu kerana ia mempunyai permit import untuk gelatin dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), badan yang bertanggungjawab terhadap pemeriksaan rumah sembelihan dan loji pemprosesan hasil haiwan.

"Bila kita terima permohonan daripada negara luar JPV dan JAKIM akan buat pemeriksaan ke loji dan rumah penyembelihan untuk memastikan pemohon menepati syarat serta peraturan yang ditetapkan antaranya mematuhi aspek kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Ubat-Ubatan 2012 anjuran Jabatan Farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Mohd. Amri berkata, selain menjalankan pemeriksaan terhadap loji dan rumah sembelihan, JPV serta Jakim juga akan memeriksa tulang dan kulit haiwan yang diguna untuk memastikan ia daripada sumber yang halal. - BERNAMA

Palestin: Yayasan Tuanku Syed Putra sumbang RM51,000

SEPANG, RABU, 29 FebRUARI, 2012: Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) hari ini menyumbangkan lebih RM51,000 kepada rakyat Palestin bagi meringankan beban kehidupan masyarakat yang tertindas itu.

Sumbangan disampaikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Pengerusi YTSP kepada Aman Palestin Berhad untuk disampaikan kepada rakyat Palestin.

Majlis penyampaian sumbangan hasil kutipan Tabung Palestin yang dilancarkan di Istana Arau pada tahun lalu itu berlangsung di Bilik Anggerik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Baginda berada di KLIA hari ini bagi mengetuai delegasi lawatan kerja Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Uzbekistan dan Kazakstan bermula esok sehingga 7 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad Awang Suffian Awang Piut menerima sumbangan itu yang akan dihantar ke Palestin tidak lama lagi. - BERNAMA

Kelantan gagal batal saman berhubung pengharaman loteri

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Februari, 2012: Kerajaan negeri Kelantan gagal untuk membatalkan saman pemula yang dibawa tiga ahli perniagaan berhubung pengharaman tiket loteri ”Big Sweep”.

Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim menolak permohonan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dengan kos RM4,000.

Keputusan itu dibuat dalam kamar.

Pada 6 Jun tahun lepas, Wong Meng Yit, 48, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 59, dan Gan Han Chuan, 45, memfailkan saman menamakan kerajaan negeri dan MPKB sebagai defendan.

Kerajaan negeri memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman itu atas alasan bahawa plaintif perlu memfailkan saman itu melalui semakan kehakiman mengikut Perintah 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukan melalui saman pemula.

Menjawab soalan pemberita, peguam defendan Datuk Sulaiman Abdullah berkata, hakim telah menolak permohonan itu memandangkan tiada keputusan dibuat kerajaan negeri berhubung pengharaman itu di mana ahli perniagaan terbabit boleh mencabar melalui semakan kehakiman di bawah Perintah 53. - BERNAMA

MAS catat kerugian bersih RM2.52 bilion tahun lalu

PETALING JAYA, RABU, 29 Februari, 2012: Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2011. 

Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya, berkata kerugian kumpulan bagi 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.

"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekakapan dan kawalan kos dan membuat kajian selanjutnya. 

"Kami juga melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Ahmad Jauhari berkata, prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion, berbanding RM13.41 bilion pada 2010. 

Beliau berkata, perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion. 

Peningkatan perbelanjaan bukan bahan api itu sebahagian besarnya disebabkan peruntukan berjumlah RM1.09 bilion yang dibuat pada suku keempat untuk pelupusan saham, penyerahan semula pesawat dan kekurangan pesawat kargo. 

Ahmad Jauhari berkata, akaun bagi tahun dalam kajian memperakui peruntukan dan kos operasi yang semakin meningkat dan walaupun sukar, ia memberikan pendekatan hoslitik organisasi dan pengetahuan penuh kedudukan sebenar syarikat. 

Bagi setahun penuh, Malaysia Airlines menyaksikan peningkatan kapasiti (tempat duduk setiap kilometer) sebanyak tujuh peratus, trafik penumpang meningkat lima peratus, namun faktor kerusi yang rendah berkurangan kepada 75 peratus. 

Beliau berkata, perolehan dan purata tambang bagi semua kelas menunjukkan peningkatan sepanjang tahun, terutama kabin depan. 

Bagaimanapun, katanya, terdapat penurunan keseluruhan faktor kerusi kerana syarikat penerbangan itu berusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik. 

"Mengikut asas prestasi serantau, perkhidmatan domestik dan jarak pendek, perkhidmatan sesama ASEAN menjadi pasaran utama syarikat itu, dengan segmen berkenaan melaporkan pertumbuhan positif mengikut sukuan selain mengikut asas setahun setakat ini," katanya. 

Sementara itu, bahagian kargo mengalami penurunan, selari dengan penurunan industri berkenaan di dunia. 

Perolehan susut 14 peratus, kapasiti susut sembilan peratus manakala hasil pulangan dua peratus. 

Ahmad Jauhari juga berkata MASkargo mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM19 juta pada 2011 berbanding keuntungan RM141 juta pada tahun sebelumnya berikutan kos bahan api yang tinggi dan kekurangan barisan pesawat A330. - BERNAMA

Kabel elektrik jatuh atas laluan Permas Jaya-Plentong

JOHOR BAHRU, RABU, 29 Februari, 2012: Laluan Permas Jaya ke arah Plentong, di sini, ditutup hampir tujuh jam hari ini apabila paip kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terjatuh ke atas jalan selepas kerangka besi yang menampung kabel berkenaan patah. 

Seorang pengguna laluan berkenaan, Mohd Rubaie Hayan, 55, berkata ketika kejadian pada 9.30 pagi itu, beliau dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Seri Alam untuk ke tempat kerja di Permas Jaya.

"Saya hanya berada kira-kira 100 meter dari paip kabel setinggi 45 meter yang merentangi jalan itu, sebelum ia tiba-tiba patah dan jatuh menghalang laluan jalan," katanya ketika ditemui, di sini.

Mohd Rubaie berkata, beliau terus memberhentikan kereta dan mengarahkan kenderaan lain supaya tidak melalui laluan itu. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permas, Datuk M Munusamy, berkata beliau pernah membuat aduan mengenai tahap keselamatan kabel itu setahun lalu. 

"Kita pernah mengutarakan mengenai tahap keselamatan kabel berusia 25 tahun itu kerana kita merasakan ia tidak diselenggara dengan baik. Tidak sangka, insiden yang dikhuatiri berlaku kini menjadi kenyataan. Namun, nasib baik ia tidak menghempap kenderaan yang lalu," katanya. 

Munusamy berkata, dianggar 10,000 kenderaan melalui laluan itu setiap hari dan laluan utama bagi pengguna dari arah Permas Jaya ke pusat bandar Johor Baharu itu sesak ketika waktu puncak. 

Sementara itu, Pengurus Kanan (Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran) TNB Johor Mohamed Noh Md Seth, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10 pagi dan mengarahkan pekerja supaya membaik pulih besi dan paip kabel itu serta-merta. 

"Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa kabel berkenaan pernah dilanggar lori yang menyebabkan strukturnya rosak. Jadi, kami bercadang untuk tidak lagi menggunakan kabel itu dan akan mencari laluan baru," katanya. - BERNAMA

Kerajaan siar tiga surat Dr Mahathir kepada Israel

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Februari, 2012: Kerajaan hari ini menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel. 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata surat berkenaan ialah; i) Surat daripada Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993;

ii) Surat daripada Dr Mahathir kepada Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan 

iii)Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999. 

Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, ketika melawat Melaka pada 24 Februari dan Sekinchan, Selangor pada 26 Februari menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel. 

"Saya ingin menyatakan bahawa sebagai satu dasar, Malaysia selama ini telah secara konsisten memberi sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai satu penyelesaian yang adil dan komprehensif terhadap konflik Palestin-Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. 

"Kandungan surat-surat tersebut jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang telah menggugat pelaksanaan proses damai, dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi obligasinya dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel," katanya. 

Anifah berkata, ini termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO. 

Katanya, sebagai Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan beliau kepada Israel, mahupun terhadap keselamatan negara tersebut, dan surat-surat beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. 

"Kesediaan Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan Israel adalah tertakluk kepada pelaksanaan sepenuhnya oleh Israel (terhadap) semua resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin. Ini adalah pendirian Malaysia selama ini," katanya. 

Anifah berkata, surat tersebut mencerminkan peranan dan usaha Mahathir dan Malaysia, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa dalam membantu mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik tersebut dalam mengembalikan martabat rakyat Palestin yang telah sekian lama ditindas. - BERNAMA

Polis yakin tahan bookie Piala Presiden dalam masa terdekat

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

JOHOR BAHRU, RABU, 29 Februari, 2012: Polis yakin akan menahan beberapa individu yang terlibat mengatur perlawanan bola sepak membabitkan enam pemain Piala Presiden Johor FC yang dipercayai mempunyai jaringan dengan bookie antarabangsa dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya telah menerima beberapa keterangan tambahan daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan sedang melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Kita percaya beberapa `jerung’ akan ditahan tidak lama lagi. `Ikan bilis’ banyak, tetapi jerung tidak banyak. Kita mensasarkan satu rangkaian sindiket besar melibatkan bookie bertaraf `jerung’,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Trafik Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. - UTUSAN

Bangkai ayam di pintu pagar pusat khidmat Anwar

BUTTERWORTH, RABU, 29 Februari, 2012: Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di sini hari ini.

Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata, beliau menemui bangkai berkenaan pada 10 pagi ini ketika baru sampai di pejabat.

"Bangkai ayam itu ada kesan darah dan sebelah kakinya dipotong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fathilullail berkata, bangkai ayam itu dipercayai diletakkan di situ antara 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat sehingga pukul 3 pagi tadi.

Beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah. - BERNAMA

Penyelia Petronas didakwa terima rasuah RM5,000

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Februari, 2012: Bekas penyelia Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah RM5,000 daripada seorang kontraktor, dua tahun lalu. 

Ahmad Zaki Kamaruddin, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Ahmad Zaki, yang sebelum ini bekerja di bahagian Perolehan & Logistik PETRONAS dituduh menerima wang RM5,000 daripada kontraktor Mohd Azam Mohamad melalui rakan tertuduh iaitu Herman Bakar sebagai dorongan bagi mempercepatkan pengeluaran sijil pendaftaran membekal peralatan dan memberi perkhidmatan kepada PETRONAS.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di stesen minyak Petronas, Jalan Genting Klang pada jam 9.30 malam, 8 Disember 2010. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000, atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi. 

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria daripada SPRM memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh kerana jumlah itu adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 

Peguam Abdul Razak Abu Bakar yang mewakili Ahmad Zaki memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan sejak tahun lalu. 

"Anak guam saya tidak pernah gagal untuk melaporkan diri kepada pihak SPRM pada 7 haribulan, pada setiap bulan dan ini menunjukkan dia memberi kerjasama kepada SPRM," katanya. 

Hakim Ahmad Zamzani membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mac untuk sebutan semula kes. Abang ipar tertuduh membayar wang jaminan itu.- BERNAMA

Bumiputera perlu agresif ceburi industri halal: Mukhriz

SUNGAI PETANI, RABU, 29 Februari, 2012: Lebih ramai pengusaha bumiputera disarankan menceburi industri halal yang kini mempunyai pasaran global yang semakin besar. 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata industri halal mengalami pertumbuhan pesat setiap tahun dan "siapa cepat dia dapat".

Mukhriz berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa menjadi pemangkin dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mendedahkan kepada golongan Bumiputera kepada industri halal yang ada.

"Kita sediakan kursus, latihan khidmat nasihat mengenai apa yang perlu mereka lakukan supaya produk keluaran mereka itu layak mendapat sijil halal tetapi akhirnya terpulang kepada usaha sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Keusahawanan Industri Halal Bersama Bekas Tentera Malaysia di sini, semalam. 

Mukhriz berkata, MITI juga mula mendekati badan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap kewujudan industri halal. 

"Secara amnya dalam usaha kita meningkatan kesedaran masyarakat di Malaysia dalam industri halal kita mula mendekati NGO yang ada keahlian ramai dan di kalangan ahli mereka belum menceburkan diri dalam perniagaan. Siri perbincangan HDC (Halal Industry Developement Corporation) bersama bekas tentera Malaysia mengatakan NGO paling sesuai," katanya. 

Terdahulu dalam ucapan perasmian, beliau berkata sebanyak 82 peratus yang terbabit dalam bidang industri halal adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan 30 peratus merupakan pengusaha bumiputera. 

Mukhriz berkata, kebanyakan syarikat yang terbabit dalam industri halal lebih tertumpu kepada pengeluaran makanan dan minuman sekaligus menjadikan pasaran terhad. 

Sehubungan itu beliau menyeru supaya usahawan industri halal berani meneroka bidang lain yang mempunyai permintaan tinggi seperti pengeluaran ramuan, kosmetik dan farmaseutikal halal. 

Sehingga tahun 2011, sebanyak 4,787 sijil halal dikeluarkan kepada pekilang, premis dan rumah sembelih di Malaysia dan 701 syarikat diluluskan Pensijilan Halal untuk mengeksport pengeluaran produk ke luar negara. - BERNAMA

Kerajaan belum bersedia tukar petrol kepada NGV

KOTA BHARU, RABU, 29 Februari, 2012: Kerajaan belum bersedia menukarkan penggunaan petrol kepada gas cecair asli (NGV) untuk kenderaan, terutama teksi di Kelantan. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kos untuk menyediakan peralatan bagi membolehkan bahan itu disalurkan di negeri ini lebih tinggi berbanding negeri lain, seperti di Pantai Barat, walaupun penggunaan bahan itu lebih menjimatkan untuk teksi.

"Sebab itu, kerajaan belum bersedia untuk menukarkan penggunaan bahan bakar dari minyak kepada gas seperti dicadangkan pemandu teksi di negeri ini," katanya dalam sesi dialog sempena Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, malam tadi. - BERNAMA

PERKASA Kedah anggap Kadir Sheikh Fadzir tiada integriti

ALOR SETAR, RABU, 29 Februari, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah mendakwa bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempunyai agenda politik kepentingan diri apabila mendedahkan pengundi Parlimen Kulim/Bandar Baharu mudah dibeli dengan wang. 

Yang DiPertuanya, Syed Osman Syed Mansor, berkata tindakan Abdul Kadir menghina integriti pengundi yang mengundi beliau untuk mewakili mereka sebagai Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu selama beberapa penggal.

"PERKASA Kedah ingin bertanya mengapa baru sekarang Abdul Kadir mendedahkan perkara ini. Adakah Zulkifli Noordin (Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu sekarang) juga menang dengan cara sama (membeli undi)?

"Sekiranya beliau seorang yang berkewibawaan dan boleh dipercayai adalah wajar beliau membuat laporan polis," kata Syed Mansor kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa wang digunakan bagi membeli undi pada kempen pilihan raya lalu ketika berucap pada satu forum baru-baru ini. 

Syed Mansor turut mempersoalkan perbuatan Abdul Kadir sebagai balasannya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberikan beliau segala keistimewaan dan kedudukan selama dia bergiat cergas dalam politik. 

"Pengundi sekarang bertambah cerdik. Perbuatan Abdul Kadir boleh memberi kesan ke atas adiknya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang sekarang Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu sekiranya terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya. 

Dalam suasana politik sekarang, beliau berkata bekas menteri daripada UMNO seharusnya lebih bijak mengeluarkan kenyataan kecuali mereka menyertai pembangkang untuk meraih kepentingan peribadi. - BERNAMA

Ramai nelayan gagal terima elaun sara hidup

SANDAKAN, RABU, 29 Februai, 2012: Kegagalan nelayan memperbaharui lesen kapal dan perkakasan menjadi faktor ramai antara mereka tidak dapat menerima elaun sara hidup daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). 

Timbalan Pengarah LKIM negeri, Mohd Jamil Abdullah, berkata menjadi syarat utama bahawa hanya nelayan yang memiliki lesen tidak tamat tempoh layak menerima elaun sara hidup RM200 itu setiap bulan.

Katanya, di daerah ini saja, terdapat 1,500 nelayan memohon untuk mendapatkan elaun itu pada bulan ini.

"Hanya 601 daripada mereka layak menerima bantuan itu dan selebihnya terpaksa ditolak kerana lesen vesel (kapal) dan perkakasan mereka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan tamat tempoh," katanya pada majlis penyampaian elaun itu kepada nelayan kawasan Sandakan yang disempurnakan oleh Pengerusi Ko-Nelayan negeri, Datuk Samsuddin Yahya di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, Mohd Jamil mahu golongan itu memperbaharui lesen itu sebelum ia tamat tempoh dan persatuan nelayan di negeri ini juga perlu memainkan peranan mengingatkan ahli mereka. 

Katanya, kerajaan tidak mahu nelayan terpinggir daripada menerima bantuan yang layak dan permohonan elaun itu diketatkan bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasar. - BERNAMA

`Pengurusan baru' parti KITA hantar laporan kepada ROS

PUTRAJAYA, RABU, 29 Februari, 2012: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim, yang mengisytihar dirinya sebagai presiden baru parti berkenaan, hari ini menghantar `laporan rasmi' kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini. 

Beliau berkata, laporan itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai peristiwa dalam parti itu sejak bulan lepas, yang menurutnya sehingga membawa kepada pemilihan beliau untuk menerajui parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Kita di Kota Baharu Sabtu lalu.

Katanya, laporan itu turut memberi penjelasan mengenai penolakan keputusan parti sebelum ini yang memecat beberapa pemimpin parti termasuk beliau sendiri selaku Pengerusi Parti Kita Kedah, selepas keputusan itu dilihat tidak mematuhi perlembagaan parti. - BERNAMA

Bekas setiausaha koperasi didakwa terima wang tanpa kelulusan

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2012: Bekas setiausaha Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap enam pertuduhan menerima wang koperasi berjumlah lebih RM280,000 tanpa kelulusan mesyuarat agung koperasi itu, tiga tahun lalu.

Wan Ahmad Nasir Wan Hassan, 73, turut didakwa atas tiga pertuduhan lain iaitu dengan tidak berhemat dan bertekun menerima beberapa elaun yang menyebabkan koperasi itu mengalami kerugian hampir RM150,000.

Bagi pertuduhan pertama hingga keenam, Wan Ahmad Nasir didakwa menerima wang koperasi berjumlah RM281,676.14 sebagai pembayaran untuk beberapa elaun termasuk Elaun Tetap Tertunggak dan Elaun Kehadiran Mesyuarat, sedangkan pembayaran elaun tersebut tidak dibentangkan untuk kelulusan dalam mesyuarat agung koperasi berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No 37D, Jalan Datuk Haji Eusoff, Kompleks Damai Off Jalan Ipoh, di sini, pada 9 dan 16 Januari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502), dan boleh dihukum di bawah seksyen 91(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000.

Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, pesara itu didakwa dengan tidak berhemat menerima elaun kehadiran Mesyuarat Lembaga Tertunggak dan elaun kehadiran Mesyuarat Exco Tertunggak yang menyebabkan koperasi berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM54,000.

Manakala bagi pertuduhan kesembilan, Wan Ahmad Nasir didakwa dengan tidak berhemat menerima RM125,952 sebagai Elaun Tetap Tertunggak Setiausaha sedangkan dalam Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 30 September 2008 menyatakan jumlah Elaun Tetap Belum Bayar Teraku adalah RM33,600 yang menyebabkan koperasi itu mengalami kerugian RM92,352. 

Kesemua perbuatan itu dilakukan di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 45 (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang boleh dihukum di bawah seksyen 45(4) akta yang sama, yang boleh dikenakan denda maksimum RM200,000.

Hakim S M Komathy Suppiah membenarkan Wan Ahmad Nasir diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 hingga 6 April ini untuk perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kamarulzaman Mohamad Buhari manakala tertuduh diwakili peguam V Jeya Kumar. - BERNAMA

Pihak swasta disaran bekal buku ke sekolah luar bandar

PUTRAJAYA, RABU, 29 Februari, 2012: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menyeru pihak swasta, syarikat korporat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membekalkan buku-buku bacaan di pusat sumber sekolah-sekolah luar bandar seluruh negara.

Beliau berkata, tanggung jawab sosial seumpama itu boleh membantu agenda pendidikan negara sekaligus dapat memastikan anak-anak di luar bandar memperoleh bahan bacaan yang bermutu dan pelbagai.

"Saya dimaklumkan di kebanyakan sekolah luar bandar, nisbah buku dengan bilangan murid masih tidak mencukupi untuk membolehkan setiap murid mempunyai peluang meminjam buku pada kadar yang maksimum.

"Sehubungan itu saya berharap agar mereka dapat mengikut langkah Yayasan Minda Kebangsaan yang memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi membekalkan bahan bacaan kepada 500 pusat sumber sekolah-sekolah luar bandar seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Program Sosial Korporat Pendidikan(PROSKOP): Sumbangan Bahan Bacaan Tambahan Untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah Luar Bandar di sini hari ini. - BERNAMA

Dr Mahathir setuju menteri isytihar aset kepada SPRM

PUTRAJAYA, RABU, 29 Februari, 2012:: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak memberikan kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan keluarga mereka. 

Beliau berkata, perkara itu sememangnya wajar dilakukan oleh semua menteri kabinet.

"Baguslah. Dulu ahli kabinet isytihar aset dekat saya, dulu semua orang kena.

"Jadi tak tahulah dulu barangkali semua miskin belaka kerana tidak ada yang memiliki aset berlebihan, melainkan Tun Daim Zainuddin, semasa dia sertai kabinet dia sudah jadi jutawan, jadi banyaklah duit dia," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. - BERNAMA

Kedudukan 2 EXCO Kedah enggan dilantik semula samar

ALOR SETAR, RABU, 29 Februari, 2012: Kedudukan dua anggota Exco Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh, yang menolak dilantik semula ke jawatan mereka, masih samar.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata sebarang rundingan untuk menyelesaikan kemelut itu secara bersyarat, mestilah dengan syarat yang sah.

"Saya bersikap terbuka bagi menyelesaikan kemelut ini... tiada masalah tidak boleh diselesaikan. Nak runding dengan sesiapapun, bila-bilapun boleh.

"Jika diletakkan syarat untuk bincang, mesti syarat yang sah. Syarat tidak sah, tidak boleh pakai," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak memberi jawapan jelas terhadap pertanyaan wartawan mengenai Phahrolrazi yang meletak syarat untuk berunding dan menerima kembali jawatannya. - BERNAMA

Mengundi itu wajib: Mufti Pahang

KUANTAN, RABU, 29 Februari, 2012: Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman. 

Beliau berkata, mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Beliau berkata, mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain. 

Beliau berkata, Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengundi orang bukan Islam dalam pilihan raya sekiranya tidak menimbulkan larangan dan pelanggaran terhadap ajaran agama itu sendiri. 

"Diharuskan pula mengundi orang bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa yang sama boleh menjaga umat Islam itu sendiri. 
"Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan orang yang bukan Islam," katanya. 

Mengenai bai'ah, Abdul Rahman berkata, ia adalah satu pengakuan taat setia yang dibuat dan sekiranya seseorang itu melanggar perjanjian tersebut maka orang berkenaan kelak akan menerima balasan atau musibah. 

"Pengakuan bai'ah juga tidak boleh timbul dalam bentuk paksaan dan sekiranya berlaku perjanjian yang berbentuk paksaan maka perjanjian taat setia atau bai'ah itu terbatal," katanya. - BERNAMA

Keputusan batal konsert Erykah disokong kabinet: Rais

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Februari, 2012:: Tindakan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membatalkan konsert penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah Badu, yang sepatutnya berlangsungnya malam ini, mendapat sokongan Jemaah Menteri. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata beliau sudah membentangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini berhubung pembatalan konsert daripada segi keselamatan dan kepentingan untuk menghormati agama, bangsa dan budaya sosial yang wujud di Malaysia.

"Sekiranya konsert ini diadakan juga, menurut Polis Diraja Malaysia, berkemungkinan berlaku pelbagai perkembangan yang boleh mencetuskan keghairahan sosial dan perkelahian mungkin berlaku disebabkan hal yang berhubung dengan agama seperti di tempat lain di dunia yang mencetuskan keghairahan di luar dugaan atau tidak dapat dikawal.

"Alasan yang teguh dari segi maruah agama, bangsa dan maruah kerajaan sendiri terpaksa diambil kira selain daripada perkara yang berkaitan dengan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Semalam, Rais mengumumkan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) membatalkan konsert Erykah yang didapati telah melanggar garis panduan Puspal dan syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia. 

“Perbuatan artis itu yang meletakkan kalimah ‘Allah’ di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan ia adalah kesalahan yang serius,” katanya. - BERNAMA

Tuntutan palsu: Ahli Parlimen Sabak Bernam didapati bersalah

SHAH ALAM, RABU, 29 Febuari, 2012: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lalu. 

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Abdul Rahman, 47, diperintah bela diri pada akhir Jun tahun lalu atas tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas. Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM80,000. 

Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008. 

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama. 

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 
Sementara itu, pada prosiding sama, pembantu kepada Abdul Rahman, Rosli Busro, 44, didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu. 

Hakim turut membenarkan permohonan peguam bela kedua-dua tertuduh, Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guam mereka sehingga esok pagi di mahkamah sama. 

Kedua-dua peguam itu berkata, mereka perlukan masa untuk persediaan mitigasi. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa. 

Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu. - BERNAMA

UMNO Kelantan jamin pilih calon terbaik bertanding PRU13

KOTA BHARU, RABU, 29 Februari, 2012: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan akan memilih calon terbaik untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau berkata, tidak semestinya calon yang dipilih itu boleh memuaskan hati semua pihak kerana setiap orang tidak sempurna, bagaimanapun pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan muktamad.

"Yang pastinya saya boleh beri jaminan sedaya upaya supaya calon yang akan bertanding adalah dipilih daripada yang terbaik,” katanya ketika sesi soal jawab pada majlis Malam Mesra bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, malam tadi.

Terdahulu, seorang anggota veteran UMNO dari Pasir Mas, Ariffin Hussein, membayangkan wujud puak-puak dalam UMNO yang telah “menayangkan” calon masing-masing untuk diketengahkan dalam pilihan raya umum kali ini walaupun pucuk pimpinan parti belum membuat keputusan.

Mustapa mengingatkan anggota UMNO supaya memberi sokongan padu terhadap mana-mana calon yang dipilih bagi memastikan kemenangan BN. - BERNAMA

Muhyiddin ke Terengganu esok

KUALA TERENGGANU, RABU, 29 Februari, 201: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu esok.

Menurut Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Razali Bidin, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Rombongan akan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Timbalan Perdana Menteri dan rombongan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri perjumpaan khas bersama penjawat awam negeri dan persekutuan di Stadium Tertutup Negeri pada tengah hari.

Pada pukul 3 petang, beliau akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.

Pada majlis itu, Muhyiddin akan menyampaikan bantuan kepada golongan pesara, persekolahan, nelayan serta elaun untuk imam, bilal dan guru-guru Kelas Fardu Ain (Kafa).

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, kemudiannya akan menghadiri perjumpaan tertutup bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahmad Said di Hotel Primula pada 5.40 petang.

Pada sebelah malam, beliau akan menghadiri majlis jamuan di hotel yang sama.

Kemudian, beliau akan mengadakan perjumpaan tertutup bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri dan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin BN Negeri.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri dijadual pulang ke ibu negara selepas majlis perjumpaan itu. - BERNAMA

Teck Lee diperintah bayar RM1 juta kepada Harris Salleh

KOTA KINABALU, RABU, 29 Februari, 2012; Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah beliau berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri ketika itu, Tun Mohd. Fuad Stephens dan 10 yang lain.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, Teck Lee bertindak di luar batasan dengan menyatakan bahawa “terdapat darah” di tangan Harris walaupun tidak salah bagi Teck Lee meminta supaya satu siasatan semula diadakan berhubung tragedi itu.

Katanya, beliau mendapati perkataan “jenayah” dan “pembunuhan” yang digunakan oleh Teck Lee adalah satu fitnah terhadap Harris, yang mencetuskan spekulasi kononnya Harris tahu lebih awal bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa pesawat jenis Nomad itu dan beliau (Harris) membiarkan Tun Fuad mati agar beliau dapat menjadi Ketua Menteri Sabah.— BERNAMA

RM1.4 juta setahun elaun sara hidup nelayan di Sandakan

SANDAKAN, RABU, 29 Februari, 2012:: Kerajaan memperuntukkan RM1.4 juta setahun untuk membayar elaun sara hidup kepada golongan nelayan di daerah ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. 

Beliau berkata, ia membabitkan peruntukan RM120,200 sebulan yang membuktikan pengiktirafan tinggi dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan nelayan dalam industri perikanan ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.

"Inilah bukti keprihatinan dan kesungguhan kita untuk membela nasib rakyat di semua peringkat khususnya golongan nelayan," katanya dalam teks ucapan pada majlis pembayaran elaun kepada 601 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Ko-Nelayan Sabah Datuk Samsuddin Yahya. 

Musa berkata, golongan nelayan juga menerima banyak insentif lain termasuk bantuan subsidi minyak petrol dan diesel untuk membantu meringankan kos operasi nelayan ke laut serta dibayar wang insentif tangkapan iaitu RM0.10 sen bagi setiap sekilo ikan yang ditangkap. 

"Saya percaya ia akan menguatkan lagi azam golongan itu untuk meningkatkan produktiviti seterusnya merealisasikan objektif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam memajukan industri perikanan di negeri ini," katanya. 

Beliau berkata, kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan semua program peningkatan taraf hidup rakyat demi keharmonian dan kemakmuran rakyat. - BERNAMA

Pas meludah ke langit: Dr Mahathir

PUTRAJAYA, RABU, 29 Februari, 2012:: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkannya tindakan Pas mahu melantik pemimpin bukan Islam sebagai timbalan presiden parti itu umpama meludah ke langit. 

Dr Mahathir berkata, ini kerana sebelum ini Pas menyifatkannya UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan parti mewakili bukan muslim seperti MCA dan MIC.

Pati Delima Pekat Penuh Khasiat Dari Turki




Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..


Antara khasiat delima yg dikenalpasti dan teruji ialah:-


[01] Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja2 mengepam darah utk keperluan sel2 badan.

[02] Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit.

[03] Melancarkan peredaran darah

[04] Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus).


[05] Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan bada.

[06] Menyingkirkan lemak berlebihan, melangsing badan.

[07] Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.


[08] Membuang asid urik dlm sendi utk meredakan penyakit gout.


[09] Mengelak rasa mual (semasa hamil), melega masalah pening kepala dan meningkatkan kecergasan tubuh.
[10] Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).


[11] Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yg lebih kemas.


[12] Dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (utk suami-isteri).


[13] Merapatkan rahim, menyuburkan rahim = kembali dara. I tell you.. memang ketat! di samping memelihara kesimbangan cairan pd vagina (mencegah kekeringan vagina pada era menopos).
[14] Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.


[15] Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.


[16] Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk.


[17] Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua ~ jangan lupa hadiahkan pati delima ini utk bonda dan ayahanda kesayangan anda (dapat mengurangkan risiko penyakit jantung).

[18] Anda hamil? Ambil lah pati delima ini utk menambah-cantik-gebu kulit bayi anda, di samping membantu proses tumbesaran janin dan perkembangan otak.


[19] Awet muda.. amal dari sekarang.. tengok lah dlm 10 tahun lagi (kalau umur panjang), anda pasti menghargai dan bersyukur.. InsyaAllah..


[20] Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.


[21] Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yg tinggi mampu melindungi sel2 tubuh drpd rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf. 22] Lain2 khasiat delima ialah mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas badan dan demam, membunuh cacing dlm usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.  @(yatt-lateef.blogspot.com)

Jika anda berminat sila berhubung melalui email shafienor2011@gmail.com

'Hanya akur kepada Presiden'

Oleh SAHBULAH DARWI dan SAFINA RAMLI

ALOR SETAR, SELASA, 28 Februari, 2012: Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini sekali lagi memberi tamparan hebat kepada kumpulan Anwarinas dalam Pas apabila menegaskan, beliau sama sekali tidak akan akur kepada arahan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya tegas Menteri Besar Kedah tersebut, beliau hanya perlu akur kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sambil menegaskan bahawa beliau dilantik oleh Pas pusat untuk mentadbir Kedah, Azizan berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Abdul Hadi dan pemimpin tertinggi parti agar keputusan dibuat berdasarkan sistem syura tanpa campur tangan pihak luar.

"Kita pakatan pembangkang bukan Barisan Nasional (BN), walaupun kita berpakat memerintah tetapi ketua kita adalah ketua parti masing-masing... ketua Pas ialah Haji (Abdul) Hadi.

"Ketiga-tiga Presiden ini (Pas, PKR dan DAP) akan duduk sekali dalam Majlis Presiden, contohnya kalau kita hendak pilihan raya, yang tandatangan borang adalah ketua parti, bukan ketua Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah lapan Exco pada Majlis Pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah bermula apabila dikatakan terdapat golongan 'Anwarinas' cuba menggugat kepimpinan Azizan selepas Exco kanan, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan penyandang Exco, Datuk Dr. Ismail Salleh menghantar surat untuk menolak cadangan pelantikan semula sebagai Exco.

Walaupun nama Exco, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Siti Ashah Ghazali dan Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib turut dikaitkan untuk turut mengikuti jejak langkah Phahrolrazi dan Ismail bagi menggugat kepimpinan Azizan, namun ketiga-tiga mereka kemudiannya menafikannya.

Azizan berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan mengenai pelantikan lapan Exco tersebut kepada Abdul Hadi dan Setiausaha Agung, Mustafa Ali selain mengadakan perjumpaan dengan pimpinan tertinggi Pas pusat.

"Saya mesti lapor kepada pihak tertinggi saya (Pas), itu bezanya kami dengan orang lain," katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menegaskan, semua pihak berhak memberi pandangan masing-masing berhubung kemelut yang berlaku.

"Itu hak depa, saya buat tugas saya, mereka beri pandangan, kita bincang demi kekuatan parti, kerajaan kita akan pilih mana terbaik, itu konsep syura dalam Pas," katanya.

Mengenai kenyataan Mustafa yang menyatakan Phahrolrazi dan Dr. Ismail perlu dilantik semula sebagai Exco, Azizan berkata;

"Itu kenyataan Pas pusat atau atas kapasiti dia seorang? Kita kena bezakan sebab Pas pusat tak buat mesyuarat lagi.

"Saya masih tertakluk kepada sistem dan arahan parti, apa juga arahan yang diberikan saya akan ikut kerana yang penting kerajaan pentadbiran saya akan terus kekal di Kedah."

Sementara itu, Azizan berkata, walaupun kedua-dua Exco itu tiada dalam senarai Exco mengangkat sumpah hari ini namun kedudukan mereka dalam Pas Kedah adalah perkara berasingan. - UTUSAN

Hanya pegawai punyai kes diakses harta

PUTRAJAYA, SELASA, 28 Februari, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan kuasa mengakses dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan hanya dikuatkuasakan jika terdapat kes membabitkan pegawai tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, suruhanjaya tersebut hanya akan memberi fokus kepada dokumen-dokumen yang disabitkan kesalahan dan memerlukan siasatan lanjut.

“Sekarang dokumen-dokumen tersebut disimpan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya. Apabila Ketua SPRM diberi kuasa untuk akses dokumen itu, ia bermaksud mempunyai akses kepada pegawai yang mempunyai kes dalam tempoh berkaitan sahaja.

“Kita bukan nak tengok aset yang dimiliki oleh pegawai itu sebelum dilantik atau ahli yang berhormat yang dipilih cuma hendak melihat hartanya yang telah bertambah apabila dapat jawatan.

‘‘Jika harta itu dikumpul dengan cara halal tiada masalah walaupun ketika memegang jawatan tetapi jika ada yang meragukan dan ada elemen rasuah, itu yang kita akan fokuskan,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya, di sini, hari ini.

Semalam kerajaan bersetuju membenarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka kepada umum.

Dalam pada itu, ditanya persetujuan kerajaan menambah kakitangan SPRM, katanya, langkah tersebut perlu kerana pada masa ini SPRM hanya mempunyai seramai 450 pegawai penyiasat.

Menurutnya, jumlah tersebut terlalu kecil berbanding bilangan kes yang semakin bertambah dan memerlukan pegawai berkelayakan untuk menyiasat.

“Sebelum SPRM ditukar kepada suruhanjaya kita mempunyai jumlah keseluruhan pegawai sebanyak 1,840, bagaimanapun pada setiap tahun jumlah itu berkurangan hingga sekarang jumlah pegawai kita ialah 1,760 orang.

“Pengurangan pegawai SPRM pada setiap tahun disebabkan sistem perjawatan yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam melantik pegawai,” katanya.

Sementara itu, ditanya serangan sesetengah pihak kononnya SPRM masih di takuk lama walaupun menambah kakitangan, katanya, dakwaan tersebut tidak berasas kerana SPRM setiap tahun berjaya membantu kerajaan menambah pendapatan dengan menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi.

“Pada tahun lepas sahaja kita telah berjaya menyelamatkan kerajaan daripada kerugian RM3 bilion akibat penyelewengan tafsiran cukai pihak-pihak tertentu yang disyaki bersubahat dengan pegawai kerajaan dalam Operasi 3B.

“Justeru, kita merancang menambah pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, forensik, kejuruteraan dan sebagainya supaya hasil siasatan berada pada tahap tertinggi,” katanya. - UTUSAN

Setuju cadangan SPRM langkah berani PM

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Februari, 2012: Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya sumbangan dana politik wajib dibuat terus ke akaun rasmi parti dilihat sebagai tindakan berani dan tegas.

Pengasas Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, tidak semua pemimpin berani untuk mengambil pendekatan seperti itu dalam mengekang gejala rasuah.

Katanya, keputusan tersebut jelas membuktikan sikap Najib yang serius untuk memerangi gejala itu khususnya rasuah politik.

“Gerak menyambut baik langkah itu kerana ia adalah antara langkah berani diambil Perdana Menteri sejak memegang tampuk pemerintahan negara.

“Ia bukan satu keputusan yang mudah dan sebab itu tidak ramai pemimpin berani untuk melakukan transformasi sebegini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas langkah Perdana Menteri yang bersetuju dengan cadangan SPRM berkenaan sumbangan dana politik wajib dibuat terus ke akaun rasmi parti yang diumumkan di Putrajaya, semalam,

Mohamad Ezam yang juga Ahli Dewan Negara, menambah, Gerak turut mengalu-alukan persetujuan Perdana Menteri agar kuasa diberikan kepada SPRM untuk mengakses dokumen aset anggota-anggota pentadbiran Persekutuan.

“Perkara ini akan memberi kuasa kepada SPRM untuk melakukan siasat dan mendakwa sesiapa sahaja yang terbabit dalam gejala rasuah,” tegasnya.

Selain itu, beliau juga menyeru masyarakat agar memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri di atas komitmen jujur yang ditonjolkan. - UTUSAN

Bukan Islam boleh pegang jawatan tertinggi Pas?

SHAH ALAM, SELASA, 28 Februari, 2012: Pas sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden, jika ada keperluan, kata Anggota Majlis Tertinggi Pas, Dzulkefly Ahmad.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu percaya perkara itu tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.

"Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar Pas.

"Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti," katanya pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk Mengapa Undi Melayu Pecah di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.

Pada forum itu, perantara Dr. Maszlee Malik, seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), bertanyakan Dzulkefly sama ada PAS bersedia menuruti jejak Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Mesir, iaitu sayap politik Muslim Brotherhood, yang melantik intelek Coptic Christian Rafiq Habib sebagai Naib Presidennya.

Pada forum itu juga, bekas Presiden MCA yang juga Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berpandangan bahawa kaum lain tidak akan mengambil kesempatan walaupun berlakunya pecahan undi di kalangan Melayu.

"Kita kena lihat perkara ini dari sudut keMalaysiaan di mana bila undi sesebuah masyarakat itu pecah, tidak bermaksud kaum lain akan ambil kesempatan," katanya. - BERNAMA

Jati: Hasan Ali cabar Pas buat kenyataan terbuka

LUMUT, SELASA, 28 Februari, 2012: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mencabar mana-mana pemimpin pakatan pembangkang supaya mengeluarkan kenyataan terbuka sekiranya mempunyai bukti bahawa pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang digerakkannya ditaja oleh UMNO.

Hasan yang juga Presiden Jati berkata, beliau pelik dengan sikap pemimpin pembangkang terutamanya Pas yang seolah-olah rasa tergugat dengan penubuhan Jati sehingga sanggup memburuk-burukkan perjuangan pertubuhan itu.

''Saya beri masa tiga hari terutamanya kepada pemimpin-pemimpin Pas yang nampaknya sangat tidak senang dengan Jati. Sila keluarkan kenyataan di Harakah, sila tampil dengan bukti yang mengaitkan Jati ini mendapat apa-apa tajaan dari UMNO walau satu sen sekalipun.

''Kalau perjuangan Jati ini untuk tegakkan agama Islam dan bela nasib Melayu, apa masalahnya? Apa yang hendak takut sangat kalau perkara-perkara yang menyentuh soal agama dan bangsa mahu ditegakkan?

''Jadi kita minta janganlah buat tuduhan tanpa bukti. Saya juga hendak tanya, kalau asas perjuangan Jati iaitu IMR (Islam, Melayu dan institusi Raja) dah hampir mirip dengan perjuangan UMNO, apa masalahnya?," katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Stadium Perbandaran Manjung di sini semalam.

Hujan lebat hampir tiga jam sejak pukul 8.30 tidak menghalang kira-kira 2,000 hadirin terus berada di ruang tempat duduk serta pekarangan stadium walaupun terpaksa berpayung malah ada yang basah kuyup.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, beliau juga hairan dengan sikap pemimpin Pas yang bermati-matian memburuk-burukkan Jati sedangkan pertubuhan itu berjuang untuk menegakkan kedaulatan Islam dan membela nasib orang Melayu serta institusi Raja.

''Sebelum ini, saya percaya semua ini boleh diperjuangkan dalam Pas tetapi jika parti sudah diperkudakan oleh DAP sehingga asas-asas perjuangan diketepikan dan dikesampingkan, kenapa saya perlu duduk diam?

''Dan sekarang, platform Jati ini saya hendak jadikan asas kepada semua perjuangan ini. Kalau mereka sudah tidak mampu hendak lakukan semua ini, kenapa puak-puak parasit Pas ini begitu marah?," katanya. - UTUSAN

Abdul Kadir perlu jelaskan dakwaan jumpa Anwar

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Februari, 2012: Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir perlu memberi penjelasan mengenai desas-desus yang mendakwa beliau ada berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi melemahkan UMNO dari dalam.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan itu penting bagi membuktikan dakwaan bahawa Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin beliau bukan pertubuhan yang mengikut telunjuk Anwar.

‘‘Di dalam Pas, kumpulan Anwarinas telah digunakan untuk membaca skrip yang disediakan Anwar.

‘‘Adakah dalam UMNO sekarang, Amanah pula akan menjadi pembaca skrip yang ditulis oleh Anwar?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindak-tanduk Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Amanah kebelakangan ini dilihat cenderung kepada pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan.

Abdul Kadir juga pernah dilaporkan berkata akan berada di barisan hadapan sekiranya perhimpunan Bersih 3 diadakan serta mengerahkan semua ahli Amanah untuk menyertai perhimpunan tersebut. - UTUSAN

Phahrolrazi akui hubungan dengan MB kritikal

ALOR SETAR, SELASA, 28 Februari, 2012: Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui hubungan beliau dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mencapai tahap kritikal.

Berikutan itu Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerana mempunyai perbezaan pendapat dengan Menteri Besar itu berhubung soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Hal berkaitan khilaf atau berbeza pendapat tidak boleh dielak dalam mana-mana kepimpinan organisasi. Kadangkala dalam 10 perkara mungkin empat lima perkara tidak sependapat, tidak apa lagi tetapi kalau enam tujuh perkara tidak sependapat tidak wajarlah kita duduk dalam organisasi ini.

"Kenapa sekarang? Saya melihat tahun pertama Pas Kedah mula mentadbir parti masih terumbang-ambing lagipun tentulah tidak banyak keputusan kita buat, tetapi sekarang banyak perkara dan keputusan dibuat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Phahrolrazi mengadakan sidang akhbar tersebut tepat pada pukul 4 petang selepas lapan anggota Exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di Istana Anak Bukit.

Phahrolrazi antara dua Exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah termasuk Datuk Dr. Ismail Salleh.

Mengulas lanjut, Phahrolrazi yang mengakui sudah lama 'tidak sebulu' dengan Azizan berkata, ia melibatkan hal berkaitan pentadbiran kerajaan negeri yang meliputi isu kecekapan dan dalam perkara membuat sesuatu keputusan.

Bagaimanapun, katanya, beliau belum memikirkan berkaitan kedudukan dalam parti sama ada mahu melepaskan jawatan yang disandang atau sebaliknya.

Menyentuh kemungkinan beliau akan menerima semula tawaran sekiranya dilantik sebagai Exco, Phahrolrazi memberitahu, beliau sedia berbuat demikian, namun dengan beberapa syarat.

"Saya tidak boleh dedahkan syarat itu, biar ia jadi rahsia dulu," katanya.

Phahrolrazi juga mengakui bahawa Dr. Ismail sependapat dengan beliau dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Selepas empat tahun mentadbir kita boleh menilai keberkesanan kerajaan negeri, jadi saya memilih untuk tidak lagi bersama barisan kepimpinan negeri," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beliau bercita-cita mahu menjadi menteri besar, Phahrolrazi berkata, perkara tersebut tidak benar kerana beliau sepatutnya perlu terus berada dalam kerajaan negeri jika mahu memegang jawatan itu.

Phahrolrazi juga menafikan keengganan beliau dilantik semula sebagai Exco mempunyai kaitan dengan golongan 'Anwarinas.'

Beliau berkata, corak politik di Kedah berbeza dengan politik nasional yang dikaitkan dengan golongan tertentu.

Katanya, dakwaan tersebut sekadar spekulasi liar daripada pemerhati politik sahaja yang didakwanya telah tersasar.

"Saya tidak ada hubungan dengan dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Malah tidak ada sebab untuk kami berhubungan kerana beliau pemimpin pusat, saya peringkat negeri sahaja.

"Apabila wartawan tulis, banyak spekulasi yang tersasar daripada apa sebenarnya berlaku dan dikaitkan dengan isu Anwarinas ini.

"Sebenarnya ia tidak berbangkit soal itu dalam politik Kedah ini cuma andaian pengamal politik sahaja. Kedah di bawah pimpinan Pas yang menggabungkan profesional dan ulama. Saya boleh bekerja dengan kedua-dua golongan ini dan tiada masalah," katanya.

Phahrolrazi turut menafikan sebarang komplot untuk menjatuhkan Azizan.

"Perkara itu tidak berbangkit kerana saya hendak berhenti jadi Exco kalau saya nak jatuhkan Azizan saya tidak akan berhenti jadi Exco. Tentulah saya terus jadi Exco lagi," katanya lagi. - UTUSAN

100 penghuni Pangsapuri Lili cemas benteng runtuh

PENGHUNI melihat benteng yang runtuh di belakang blok Pangsapuri Lili, Taman Bukit Subang, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, SELASA, 28 Februari, 2012: Kira-kira 100 penghuni Pangsapuri Lili, Taman Bukit Subang di sini cemas apabila benteng batu di belakang blok perumahan mereka runtuh ketika hujan lebat malam tadi.

Kejadian pukul 8.30 malam itu yang dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah turut merosakkan empat buah kereta apabila dihempap runtuhan konkrit.

Menurut penduduk, Najib Mohd. Yatim, 40, benteng yang terletak kira-kira dua meter dari rumahnya itu senget sejak enam bulan lalu.

"Namun tidak sangka pula ia runtuh akibat hujan lebat semalam. Saya baru pulang dari kerja pukul 9 malam dan hairan melihat tempat letak kenderaan dipenuhi penduduk.

"Sebagai penduduk yang paling hampir dengan lokasi, saya bimbang jika hakisan lebih teruk dan berharap pihak berkuasa dapat menanganinya segera," katanya di sini.

Penduduk lain, Rozi Ismail, 38, berkata, dia berada di rumah dan tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman di luar.

"Apabila melihat ke luar, saya dapati benteng itu telah runtuh dan menghempap empat buah kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian.

"Semua kenderaan tersebut telah dialihkan pemiliknya ke tempat lebih selamat," ujarnya.

Pegawai Unit Geoteknikal Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Murat Hadani berkata, kejadian disebabkan benteng penampan di belakang Blok 33 pangsapuri itu tidak mempunyai lubang alir bagi membolehkan air bawah tanah keluar dengan sempurna.

"Kami akan meminta pihak pemaju melihat sendiri kawasan yang terjejas dan memulihkan benteng yang runtuh itu," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati pasukan polis telah memasang tali keselamatan bagi mengelak orang ramai mendekati kawasan runtuhan kerana terdapat kabel elektrik bawah tanah yang terdedah.

Semua penghuni pangsapuri yang bergegas turun sejurus kejadian itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah MBSA mengesahkan struktur tanah di kawasan runtuhan terkawal dan tiada runtuhan susulan. - UTUSAN

1.5j botol air mineral ke Gaza


SAMSUDIN Hitam (kiri) menyerahkan botol air minuman kepada Raja Nong Chik Raja Zainal sambil diperhatikan Datuk Ahmad Phesal Talib (kanan) pada Majlis Pelancaran Jelajah Keamanan dan Wakaf ‘Water4Gaza’ peringkat Wilayah Persekutuan di Putrajaya, semalam.


Oleh HAKIMI ISMAIL
KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Februari, 2012: Perdana Global Peace Foundation (PGPF) akan menghantar 1.5 juta botol air mineral kepada penduduk Gaza dalam masa terdekat.

Sukarelawannya, Shamsul Azhar berkata, bantuan itu dilaksanakan berikutan kesukaran penduduk di negara tersebut mendapatkan sumber bekalan air bersih.

“Kita semua sudah sedia maklum bahawa air kumbahan yang mengalir ke Laut Mediterranean telah mencemarkan perairan serta bekalan air bersih di kawasan sekitarnya.

“Kira-kira 95 peratus air di sana tidak boleh diminum akibat dicemari kuman berbahaya. Bukan manusia sahaja tidak minum, malah binatang pun tidak minum sumber air yang ada di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan simbolik botol air mineral Wakaf Water 4 Gaza kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Tambahnya, setakat ini sudah tiga negeri dijelajah oleh kumpulan Konvoi Jelajah Keamanan Wilayah Persekutuan bagi mengumpul dana untuk tujuan tersebut.

“Sebelum ini kita cuba menghantar paip pvc ke sana, namun disekat oleh Israel. Kita harap penghantaran air mineral ini dapat diterima atas dasar hak asasi manusia,” katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, diharapkan dengan siri konvoi jelajah itu nanti dapat menyedarkan rakyat negara ini bahawa pentingnya keamanan dalam sesebuah negara.

“Situasi di Gaza harus menjadi pengajaran kepada semua pihak. Janganlah kita membuat onar yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan dalam negara,’’ tambahnya.

Di Putrajaya, Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) yakin mampu menjual 1.5 juta botol air minuman untuk mengumpul dana bagi membantu penduduk Gaza.

Pemegang Amanah PGPF, Tan Sri Dr. Samsudin Hitam berkata, sehingga kini PGPF berjaya menjual kira-kira 400,000 botol air minuman melalui program jelajah keamanan dan wakaf ‘Water4Gaza’ yang dilancarkan di Melaka dan Perak pada tahun lalu.

Katanya, inisiatif itu bertujuan menunjukkan keprihatinan rakyat negara ini terhadap kekejaman dan kezaliman akibat peperangan dan pencerobohan tanpa provokasi ke atas negara lain.

“Hasil jualan akan digunakan untuk membeli air di Mesir sebelum diagihkan ke Gaza, kita mempunyai masalah untuk membawa 1.5 juta botol air ke Gaza oleh itu jika pendekatan ini digunakan ia lebih menyenangkan.

“Kita akan melaksanakan projek ini sebaik sahaja dana yang diinginkan berjaya dikumpul, jika masyarakat prihatin yang ingin memberi lebih kita tidak akan menolak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Keamanan dan Wakaf ‘Water4Gaza’ peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Menurut Samsudin, program yang memberi fokus kepada penuntut universiti dan belia itu bermatlamat melahirkan kesedaran serta mendorong golongan muda supaya mengubah persepsi tentang peperangan dan keamanan. - UTUSAN

Rondaan 1Malaysia diperluas

Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA, SELASA, 28 Februari, 2012: Program Rondaan 1Malaysia yang menumpukan kepada kawasan bukan kategori hot spot akan diperluaskan kepada 80 kawasan berbanding 10 sebelum ini mulai bulan depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam (gambar) berkata, perluasan kawasan itu perlu sebagai satu menyahut sasaran kerajaan yang mahu mewujudkan 10,000 anggota penguat kuasa tambahan pencegahan jenayah.

‘‘Kita sudah pilih kawasan rondaan yang baru itu dan ia kini dalam peringkat akhir penilaian dan penelitian jabatan yang bertanggungjawab.

‘‘Ia akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula 1 Mac ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Briged Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim.

Seramai 511 kakitangan KDN daripada 27 agensi di bawah KDN menyertai Briged Rela KDN itu.

Sebanyak 10 kawasan luar ‘hot spot’ itu adalah Sungai Pelek, Semenyih, Johor Bahru, Semberong, Kluang, Pagoh, Pekan, Kampar, Masjid Tanah dan Taman Tun Dr. Ismail.

Rondaan itu disertai semua agensi di bawah KDN termasuk polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Serentak dengan pertambahan kawasan rondaan baru itu, Mahmood berkata, pihaknya telah memecahkan pasukan rondaan kepada kumpulan yang lebih kecil.

Langkah tersebut, katanya, perlu supaya rondaan bukan saja merangkumi kawasan lebih luas malah membolehkan lebih ramai anggota masyarakat setempat menyertainya.

‘‘Mereka juga akan diberikan kursus yang bukan hanya bertujuan memantapkan kemahiran rondaan tetapi juga merapatkan hubungan sesama sendiri,” katanya. - UTUSAN

Agensi Pembantu Rumah digesa patuh akujanji

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Februari, 2012: Kesemua 281 agensi pembantu rumah yang telah menandatangani akujanji digesa mematuhi syarat untuk menawarkan perkhidmatan pembantu rumah Indonesia dengan kos RM4,511.

Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Sh. Yahya Sh. Mohamed berkata, syarat itu jelas dan telah dipersetujui bersama apabila agensi berkenaan menurunkan tandatangan.

Justeru, katanya, beliau kecewa dengan permainan beberapa agensi yang dilihat cuba menawarkan perkhidmatan pembantu rumah dengan kos yang tinggi iaitu bermula dari RM6,000 hingga RM13,000.

"Kerajaan tidak akan berganjak daripada persetujuan bahawa kos menyediakan khidmat pembantu Indonesia ini mestilah sebanyak RM4,511.

"Kita beri mereka (agensi pembantu rumah) tempoh sehingga esok untuk menyatakan persetujuan ke atas kos ini dan sekiranya mereka ingkar, kita akan mengeluarkan nama agensi mereka daripada senarai agensi yang dibenarkan membawa masuk pembantu rumah Indonesia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) Ke-17 dan melancarkan sistem permohonan pendaftaran majikan pembantu rumah Indonesia, di sini hari ini.

Hadir sama Direktor Jeneral Bina Penta, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Reyna Usman serta Presiden PAPA, Jeffrey Foo.

Sistem berkenaan adalah inisiatif terbaru PAPA untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan majikan yang memerlukan pembantu rumah dengan hanya mendaftar pada talian 1800-222-000.

Tambahnya, sehingga kini hanya dua buah agensi sahaja yang bersetuju untuk mematuhi kos berkenaan dan kerajaan tidak akan teragak-agak mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Sekiranya perkara ini tidak diselesaikan oleh agensi, kerajaan mungkin menimbang untuk mengambil alih fungsi mereka bagi menyedia dan membawa masuk pembantu ke negara ini.

"Apa guna di hadapan menyatakan persetujuan tetapi di belakang bertindak sebaliknya. Kita mahu agensi ini patuh dan mengikuti apa yang telah mereka persetujui termasuklah berkenaan kos yang ditetapkan," tegasnya.

Sementara itu, Reyna berkata, pihaknya turut berharap agar masalah yang ditimbulkan oleh agensi dapat diselesaikan dengan segera, tidak kira sama ada melibatkan agensi di Indonesia mahupun Malaysia.

"Kita di Indonesia juga telah mengambil beberapa langkah dalam memastikan isu ini dapat diselesaikan seperti mewajibkan mereka yang ingin bekerja di Malaysia mendaftar di laman web serta menyediakan pekerja mahir," ujarnya. - UTUSAN