My Add

Friday 30 November 2012

'UMNO sudah pulih, tapi jangan alpa'': Tengku Razaleigh

*PERWKILAN Puteri UMNOsebak, menitisan air mata ketika wakil Kelab UMNO luar negara, Ariff Yasir Zulkafli menyanyikan lagu "Anak Kecil Bermain Api" ketika membahaskan ucapan dasar presiden parti.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun UNNO telah pulih selepas kejutan pilihan raya umum (PRU) 2008, transformasi parti perlu diteruskan bagi memastikan Umno kekal relevan sepanjang zaman.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata. dalam sebuah parti politik seperti Umno, transformasi adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara konsisten bagi memastikan kesinambungan yang berterusan.

"Melihat semangat dan kepimpinan UMNO kini yang rajin turun padang mendekati serta menyelami jiwa rakyat, tidak lupa sokongan generasi muda meningkat, jadi betul kita sudah pulih.

"Tetapi kita jangan alpa, kita kena terus lakukan transformasi seperti melatih pemimpin muda menggantikan kita bagi menjadikan UMNO kekal kukuh pada masa depan," katanya kepada Bernama di luar Persidangan Agung Umno 2012, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno telah pulih selepas kejutan PRU 2008, dan kini cukup bersedia menghadapi PRU ke-13.

Mengulas mengenai sokongan generasi muda, Tengku Razaleigh berkata, walaupun ada generasi muda pada masa ini dilihat berada atas pagar, perkara itu perlu diambil secara positif oleh UMNO.

"Ini berbeza dengan PRU lepas yang banyak pendapat mengatakan orang muda ini banyak sokong pembangkang, jadi sekarang bila banyak orang muda atas pagar maknanya sokongan itu sudah mula condong ke arah kita.

"Ia suatu perkara positif, namun kita jangan mendabik dada sekarang. Usaha perlu dilakukan bagi menarik terus golongan ini ke arah kita, di sini jentera Umno terutamanya Pemuda dan Puteri memainkan peranan penting," katanya.

Beliau berkata, kekangan terhadap kebebasan generasi muda, terutamanya untuk berpolitik merupakan satu masalah yang perlu ditangani secara halus oleh kepimpinan UMNO.

"Generasi muda ini bila mereka dikongkong akan memberontak, jadi kita kena beri kebebasan pada mereka. Tetapi bila terlalu banyak kebebasan dikhuatiri perkara lain terjadi, maka suatu mekanisme yang 'berjalan di tengah' perlu dicari, kebebasan tapi masih ada nilai murni orang kita," katanya.

Tengku Razaleigh yang mengakui perlu ada lebih ramai pemimpin muda dalam UMNO, menekankan pada masa yang sama harus ada keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan yang berpengalaman.

"Perlu ada satu sistem seperti 'check and balance'...bila orang muda mahu lakukan ini orang berpengalaman mesti tengok apa kesannya, bila orang berpengalaman buat ini orang muda kena tengok selari atau tidak dengan aspirasi mereka," katanya. - BERNAMA
Sungai di Selangor, Johor dan NS lebihi paras amaran, bahaya

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Hulu Selangor di Selangor, Gemas di Negeri Sembilan dan Batu Pahat di Johor agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran dan bahaya.

Menurut portal JPS, setakat 3.45 petang tadi, bacaan Sungai Bernam di Jambatan SKC di Hulu Selangor mencatat 18.61 meter, Sungai Sembrong di Parit Karjo, Batu Pahat, 2.11 meter iaitu melebihi aras amaran manakala Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas mencatat 36.43 meter, iaitu melebihi aras bahaya.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor mencatat seramai 66 orang manakala jalan ke Sungai Lalang dari Semenyih ke Hulu Langat pula ditutup kepada semua kenderaan.

Dua buah pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Kampung Laksamana, Gombak dan Dewan Genting Sanyen, di Kuala Langat. - BERNAMA
Najib, Muhyiddin bersama lebih 7,000 jemaah solat Jumaat di PWTC

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 nOVEMBER, 2012: Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama lebih 7,000 jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Khutbah dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang kemudian mengimamkan solat sunat hajat sebaik selesai solat Jumaat.

Dalam khutbahnya, Jamil Khir mengimbau peristiwa Hijrah yang disifatkan sebagai peristiwa penting di dalam kalendar Islam dan adalah titik permulaan kepada terbentuknya empayar Islam yang kuat.

"Namun begitu peristiwa hijrah ini tidak akan berlaku tanpa dukungan daripada semua pihak, remaja saidina Ali (bin Abi Talib) yang menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW, Asma (binti Abi Bakar), sahabat setia, Abu Bakar (Saidina Abu Bakar As-Siddiq) dan Abdullah (bin Abi Bakar) yang menjadi penunjuk jalan mereka ini adalah himpunan kejayaan hijrah.

"Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran besar untuk kita melihat keadaan umat Islam pada hari ini. Semangat perpaduan umat Islam dalam peristiwa itu sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa perlu dihayati dalam membentuk sebuah negara yang utuh," katanya.

Dengan memberi penekanan utama kepada konsep perpaduan ummah, Jamil Khir berharap peristiwa hijrah itu akan memberi pengajaran kepada orang Melayu dalam membentuk negara ke arah kejayaan.

Jemaah menjadi sebak sehingga ada yang menitiskan air mata ketika Jamil Khir membacakan doa selepas solat hajat yang memohon kepada Allah supaya menyatupadukan umat Islam di seluruh negara. - BERNAMA
Disiplin organisasi amalan penting dalam urus tadbir parti: Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:: Ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengikat diri mereka dengan disiplin organisasi supaya setiap tindakan tersusun dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Rata-rata pemimpin UMNO yang ditemui bersetuju pelanggaran disiplin mungkin menyebabkan matlamat perjuangan parti untuk terus mengemudi negara ini tidak kesampaian.

Bagi Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, pematuhan kepada disiplin organisasi serta rantaian arahan merupakan amalan penting dalam mengurus tadbir sesebuah parti.

"Ia juga adalah tunjang utama kepada kekuatan parti itu sendiri untuk membentuk satu pasukan tentera yang sedia bertempur pada bila-bila masa sahaja," kata Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan di sini, hari ini.

Beliau berkata, untuk itu, semangat disiplin perlu dipupuk dalam kalangan ahli UMNO dan BN bagi memastikan perjuangan parti sentiasa di landasan yang betul.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 semalam, menekankan pentingnya displin organisasi parti yang merupakan antara faktor yang akan menentukan sama ada UMNO dan BN menang atau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim berkata, konsep itu amat penting bagi menterjemahkan nilai perpaduan, taat setia kepada pemimpin serta gerak kerja yang tersusun dalam kalangan anggota parti, terutama ahli Pemuda.

"Dalam konteks generasi muda UMNO, nilai disiplin perlu difahami dan dipraktikkan sebaiknya bagi mengelakkan mereka tersasar dari perjuangan parti yang sebenar," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

Bagi Exco Wanita, Datuk Jamelah Abdul Bakar berkata, disiplin berorganisasi boleh menjamin keutuhan dan perpaduan dalam kalangan ahli parti selain memudahkan kerjasama antara pemimpin atasan dan akar umbi.

"Dengan adanya disiplin berorganisasi ini, sebarang perasaan negatif dan sebagainya boleh dirujuk kepada pihak atasan bagi mencari jalan penyelesaian yang berkesan dan dipersetujui bersama," katanya.

Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar pula menegaskan dengan penekanan kepada disiplin berorganisasi, rakyat tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan malah perlu memberi mandat yang besar kepada UMNO dan BN untuk terus memerintah.

"Ia amanat terbaik yang pernah diberikan oleh seorang presiden di ambang pilihan raya termasuk bercakap tentang disiplin berorganisasi yang harus diberi perhatian oleh ahli UMNO seluruhnya," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee pula yakin hanya kesepaduan serta disiplin yang tinggi dapat memastikan BN menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Pendapat itu dikongsi oleh Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang turut berkata tanpa disiplin, ahli parti lebih cenderung untuk mengingkari arahan ketua, seterusnya menyebabkan parti lemah serta mudah diserang anasir kotor yang dibawa pembangkang.

Naib Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun pula berkata, jika anggota parti berpegang kepada konsep ini, masalah sabotaj dan memberi kepentingan kepada agenda peribadi dapat diatasi.

Beliau percaya semua ahli UMNO sedar akan pentingnya untuk menghayati konsep ini dan pentingnya parti memenangi PRU-13. - BERNAMA
PM tinjau operasi pengamal media di PWTC

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa hampir satu jam meninjau dan beramah mesra bersama pengamal media yang membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Dalam lawatan berkenaan, Perdana Menteri turut melihat operasi pengamal media di Laman Media yang meliputi stesen televisyen, akhbar, blogger, portal berita dan agensi berita nasional, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Pengamal media turut mengambil kesempatan bergambar dan mendapatkan autograf Presiden UMNO itu.

Semasa lawatan ke Laman Media itu, Perdana Menteri turut mendapat sorakan '1Malaysia' 'Hidup UMNO! Hidup PM!' daripada kalangan pengamal media dan orang ramai. - BERNAMA
KKLW serah sumbangan RM12,504 untuk bantu rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM12,504 kepada Perdana Global Peace Foundation (PGPF) sempena Tabung Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin.

Shafie berkata, sumbangan itu adalah hasil kutipan anjuran kementeriannya bertujuan meringankan beban dialami rakyat negara berkenaan.

"Walaupun jumlah itu tidak banyak, tetapi ia diharap mampu mengurangkan beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin akibat peperangan yang dihadapi.

"Kita sedih dengan nasib yang menimpa rakyat negara itu. Kita harapkan badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terus memandang serius isu yang masih tiada nokhtah itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH Online selepas menyampaikan sumbangan kepada Penasihat PGPF, Datuk Mukhriz Mahathir pada majlis ringkas sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. - BH
Urut sambil beramal semasa Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang mengalami sengal badan setelah seharian duduk mendengar ucapan berapi-rapi para pembahas boleh berehat sebentar dan 'memanjakan diri' menerusi sesi urut sambil beramal yang ditawarkan di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Menurut Tengku Muslim Ab Karim, 60, pengusaha Pusat Rawatan Amal yang menawarkan khidmat itu, satu pertiga daripada kutipan akan disumbangkan kepada tabung operasi Pusat Tahfiz Amal (PTA) serta pembinaan Kompleks Pendidikan PTA di Kuala Kedah.

Beliau memberitahu Bernama hari ini, antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah berbekam dan urut tapak kaki dengan bayaran RM20 hingga RM30 setiap sesi yang mengambil masa setengah jam.

Tengku Muslim berkata, PTA beroperasi sejak 2005 bagi memberi peluang kepada anak-anak yatim dan miskin mendapatkan pendidikan agama.

"Kami berpegang kepada konsep tidak mengambil keuntungan daripada pendidikan agama dan memerlukan sumbangan masyarakat terutamanya umat Islam bagi menentukan sekolah tahfiz ini dapat terus membantu anak-anak yatim dan miskin mendapatkan pendidikan agama," katanya.

Beliau berkata mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi pihak sekolah di talian 04-7647640. - BERNAMA
Mukhriz akui populariti bapanya bantu buka pintu karier politik

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mengakui populariti bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu membuka pintu karier politiknya.

Beliau berkata, pendekatan yang digunapakainya sebagai ahli politik adalah dengan cuba bergerak sendiri untuk memahami masalah yang dihadapi setiap lapisan masyarakat.

Kemudian, katanya, masalah itu akan diselesaikan dan disusuli dengan merangka strategi serta pendekatan baru bagi menjamin masa depan rakyat khususnya golongan muda.

"Sebagai anak bukan tempat saya untuk menidakkan kejayaan ayahanda. Saya akui 'bin' membantu membuka pintu dalam politik.

"Tapi, akhirnya rakyat tetap mahu lihat adakah saya mampu memenuhi aspirasi mereka," katanya di Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi tadi.

Beliau berkata demikian selepas hadir sebagai tetamu menerusi program sembang di dalam talian anjuran New Straits Times, NST Live. - BH
Najib lancar rapidKuantan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:: Rakyat Kuantan bakal menikmati perkhidmatan bas henti-henti di bandar raya berkenaan apabila rapidKuantan yang diuruskan oleh Syarikat Prasarana mula beroperasi Isnin depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, perkhidmatan itu adalah satu kejayaan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana ia dilancarkan dalam tempoh dua bulan selepas projek itu diumumkan.

"Inilah antara produk 1Malaysia hasil kejayaan BN untuk rakyat negara ini. Inilah juga yang dikatakan janji ditepati. Bila kita janji, kita tunaikan," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran rapidKuantan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, bagi menghargai sokongan rakyat kepada transformasi kerajaan, rakyat Kuantan bakal menikmati perkhidmatan bas henti-henti berkenaan secara percuma selama sebulan.

"Oleh itu, jika BN mendapat mandat yang baru pada pilihan raya akan datang, banyak lagi yang akan kita lakukan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, perkhidmatan bas henti-henti yang bakal memberi kemudahan kepada lebih 500,000 pengguna itu akan membabitkan operasi 32 bas.

Syed Hamid berkata, skim tambang di laluan sekitar bandar Kuantan akan dikelaskan kepada dua iaitu laluan di bawah 20 kilometer (km) akan dikenakan tambang RM2 manakala perjalanan dari 21km hingga 41km pula sebanyak RM4.
Katanya, operasi itu tidak akan mengganggu operator bas tempatan yang lain kerana operator sedia ada hanya menyediakan laluan dari bandar ke luar bandar dan bukan dalam bandar.

"Perkhidmatan bas ini juga tidak akan mengganggu laluan teksi dan bas sedia ada ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan kerana ia tidak ke sana," katanya. - BH
Pengundi muda Sabah perlu berfikiran terbuka dan tidak emosional

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Pengundi muda di Sabah perlu berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu perkara dengan melihat dari segi jangka panjang dan tidak terlalu mengikut emosi, kata Ketua UMNO Bahagian Ranau, Sabah Datuk Masidi Manjun.

"Justeru saya berharap semua pengundi muda di Sabah dapat berfikiran terbuka dalam memilih pemimpin yang boleh memberi jaminan kepada masa depan mereka dan bukannya mempertaruhkan sokongan kepada pihak yang boleh merosakkan bangsa dan negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO di sini, hari ini.

Masidi, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, pemimpin di negeri itu tidak mempunyai masalah dengan pengundi muda berikutan sikap keterbukaan yang diamalkan selama ini.

"Sikap keterbukaan adalah kunci utama pemimpin untuk mendekati golongan muda dan sikap seperti itu sudah tertanam dalam diri semua pemimpin di Sabah sejak dulu. Kita seringkali menganjurkan acara melibatkan semua golongan muda," katanya.

Masidi berkata, pengundi muda Sabah seharusnya tidak mempunyai masalah menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 kerana kerajaan yang ada sentiasa menjaga hak mereka dengan baik.

Mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak semalam mengenai penglibatan golongan muda dalam pilihan raya umum ke-13, Masidi berkata golongan muda perlu diberi peluang menonjolkan bakat untuk menjadi pemimpin kerana ia adalah proses meremajakan parti.

"Perkara itu perlu dilakukan kerana golongan muda merupakan pelapis untuk masa depan parti," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, parti perlu mendidik pemimpin muda secara sistematik dan memilih golongan muda yang mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin.

"Kita perlu melihat apa yang dilakukan di beberapa negara, contohnya China.
Mereka mendidik pemimpin muda secara sistematik untuk dijadikan pengganti pemimpin yang sudah berumur...oleh itu proses untuk menggantikan pemimpin yang sudah tua dapat dijalankan dengan senang," katanya. - BERNAMA
Keputusan Peter Chin tidak bertanding bergantung kepada pandangan PM

PUTRAJAYA, JUMAAT, 30 November, 2012: Ahli Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini berkata, walaupun beliau memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, beliau akan mempertimbangkan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, adalah lebih baik perkara itu tidak dibincangkan secra terbuka.

"Saya berharap untuk tidak bertanding, tetapi pada akhirnya sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) saya juga perlu mengambil kira pandangan Perdana Menteri yang mengetuai pasukan untuk mendapatkan mandat daripada rakyat untuk membentuk kerajaan.

"Semuanya terpulang kepada PM. Dan Perdana Menteri saya berpendapat beliau akan mengambil kira semua aspek," katanya.

Ogos lalu, Chin yang menjadi Anggota Parlimen sejak 1990, mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 tetapi akan kekal sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sehingga 2014. - BERNAMA
Bapa selamatkan anak dalam kebakaran tiga rumah kedai

KOTA BHARU, JUMAAT, 30 November, 2012: Seorang bapa bertindak nekad menyelamatkan anak perempuannya dengan meredah api kebakaran di tingkat atas sebuah rumah kedai tiga sederet di Kampung Pasir Tumboh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Rozman Mahmud, 44, bergegas ke tingkat atas rumah kedainya setelah diberitahu seorang pengawal keselamatan yang melihat asap daripada tingkat atas rumah kedai terbabit.

"Saya sedang membantu isteri menguruskan kedai makan di tingkat bawah apabila diberitahu mengenai asap berkepul-kepul keluar daripada tingkap di bahagian atas rumah.

"Saya terus ke tingkat atas dan menendang pintu bilik tidur anak kedua, Nusyafikah, 14, walaupun ketika itu api sedang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kebakaran itu menyebabkan dua buah rumah kedai berdekatan kedai makan terbabit turut hangus dan menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir dua kilometer di tempat kejadian.

Rozman berkata, beliau bersyukur kerana dua lagi anaknya tidak berada di kedai kerana yang sulung sedang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah, manakala anak bongsunya ke pasar tani berdekatan rumah.

Isteri Rozman, Izaifah Ismail, 42, berkata beliau sedang melayan pelanggan dan diberitahu oleh mereka mengenai kebakaran itu yang berlaku begitu cepat.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.30 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian mendapati kira-kira 50 peratus rumah kedai tersebut sudah terbakar.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat. - BERNAMA
Senat Australia lulus undang-undang perdagangan bebas Australia-Malaysia

MELBOURNE, JUMAAT, 30 November, 2012:: Senat Australia meluluskan rang undang-undang untuk mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih kukuh dengan Malaysia melalui perjanjian perdagangan bebas baru.

Anggota Senat meluluskan undang-undang untuk melaksanakan perjanjian itu pada Khamis, yang akan membawa kepada hampir semua barang Australia dapat memasuki Malaysia tanpa duti import, demikian menurut laporan Australian Associated Press.

Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia akan menjamin kemasukan bebas tarif bagi 97.6 peratus barang-barang yang dieksport dari Australia selepas ia mula berkuat kuasa.

Ia akan meningkat kepada 99 peratus menjelang 2017.

Pengeksport Malaysia akan menikmati kemasukan bebas cukai ke pasaran Australia.

Senator George Brandis berkata, rundingan mengenainya bermula pada 2005 lagi apabila kerajaan bekas Perdana Menteri John Howard melancarkannya.

Brandis berkata, Malaysia adalah rakan dagangan ketiga terbesar Australia dalam Asean dan rakan ke-10 terbesar keseluruhan dengan eksport yang sebanyak A$5 bilion dan import A$9.1 bilion pada 2011-2012. 

"Industri Australia bakal mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan baru ini dengan Malaysia, termasuk industri tenusu Australia," kata kepada Senat.

Brandis berkata, industri lain Australia bersedia untuk mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan itu termasuk sektor automotif tempatan, wain, pertanian termasuk gula, gandum dan beras, plastik, makanan diproses, kimia dan pelbagai barang pembuatan.

Senat meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Kastam (Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia dan Langkah-langkah Lain) 2012 dan Rang Undang-undang Tarif Kastam Pindaan (Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia) 2012. - BERNAMA

Ahli UMNO ada amanah penting menangkan kerajaan sedia ada

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Ahli UMNO hari ini diingat bahawa mereka adalah kelompok yang terpilih untuk memikul amanah dalam mempertahankan konsep kesederhanaan yang dipraktikkan Barisan Nasional (BN) untuk membawa kejayaan dan kemakmuran berterusan kepada negara.

Oleh itu, Ketua UMNO bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, setiap ahli UMNO perlu menghayati betapa pentingnya tanggungjawab bersama itu untuk memenangkan parti pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau kita tidak boleh memuji, janganlah kita mengeji, kalau tidak boleh menambah janganlah kita mengurangkan, kalau tidak boleh membawa kebaikan jangan pula membawa keburukan.

"Yang penting jangan kita menjadi liabiliti kepada parti dalam urusan kita memenangkan kerajaan sedia ada," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC di sini hari ini.
Beliau berkata, konsep kesederhanaan yang dipraktikkan BN yang ditunjangi UMNO dalam memimpin negara adalah resepi kejayaan dalam mentadbir dan membawa kemakmuran berterusan kepada negara.

Konsep itu diterjemah dalam ideologi, dasar serta amalannya yang berpaksi kepada toleransi, muafakat dan konsep musyawarah, dengan mengambil kira pandangan semua pihak, katanya.

Beliau berkata, keadaan ini amat berbeza dangan amalan parti pembangkang yang menampakkan perbezaan ketara dalam ideologi masing-masing, dengan PAS lebih bersifat ekstremis, PKR yang terlalu liberal, dan DAP dengan kesamarataan mengikut acuan sendiri.

Samsol Bari berkata, ekstremis agama yang membawa perpecahan dan liberalisme melampau akan membawa porak peranda kepada negara.

"Realitinya hanya kerajaan BN yang menjamin kehidupan selesa pelbagai kaum dalam satu kerangka kesederhanaan yang menjamin kemakmuran dan sejahteraan. Inilah yang akan kita pertahankan," katanya. - BERNAMA
Lagu Warisan sentuh perasaan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Lagu "Warisan" yang dinyanyikan ahli Kelab UMNO Tokyo, Ariff Yasir Zulkafli menyentuh perasaan perwakilan ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, pagi tadi.

Ia menyentuh perasaan perwakilan sehinggakan ada yang menitiskan air mata apabila terkenangkan perjuangan UMNO ketika membela nasib orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan.

Ariff Yasir yang juga wakil tunggal Kelab UMNO Luar Negara ketika memulakan perbahasan melontarkan ucapan tahniah kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang prihatin terhadap nasib umat Islam di Palestin.

"Ini membuktikan Malaysia sudah mencapai ciri negara maju iaitu sebuah negara yang banyak memberi bantuan dan sentiasa menghargai nyawa rakyatnya.

"Kerajaan juga turut mengecam keras serangan rejim Zionis ke atas Gaza malah sejak sekian lama kita tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara," katanya sambil membacakan peringatan yang terdapat pada halaman kedua pasport Malaysia: "Pasport ini sah digunakan kecuali Israel".

Ariff Yasir juga berharap, Majlis Tertinggi UMNO memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mengikuti perhimpunan berkenaan pada masa akan datang. - BH
NS tidak akan ditawan pembangkang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:: Dakyah pembangkang bahawa Negeri Sembilan bakal ditawan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dibidas perwakilan negeri itu yang tegas menyatakan ia akan terus dipayungi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, UMNO Negeri Sembilan mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang bersedia berjuang untuk membawa kemenangan besar kepada kerajaan sedia ada.

Beliau menamakan beberapa 'orang kuat' seperti Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan yang akan memacu jentera parti negeri menghadapi pilihan raya.

"Tunggu dan lihat, bila semua pemimpin dan nama besar ini bergerak, sudah pasti Negeri Sembilan akan kita kuasai dengan majoriti besar pada PRU-13," katanya lantang ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.

Jalaluddin turut yakin anak muda di negeri itu sentiasa bersama UMNO dan BN walaupun sering dihasut pembangkang yang menuntut perubahan berbekalkan contoh-contoh yang tidak boleh dipakai di Malaysia seperti kebangkitan rakyat di Mesir.

Seperti pembahas-pembahas terdahulu, Jalaluddin tidak ketinggalan 'membelasah' pembangkang terutama PAS yang sebangsa dan seagama tetapi enggan bersatu dengan UMNO demi kepentingan ummah.

"PAS kata UMNO murtad kerana zalim kepada rakyat. Zalim ke buat pembangunan, bagi pekerjaan dan bantuan kepada rakyat? PAS pula sekadar bercakap dan berceramah. Kalau UMNO macam Israel yang bunuh, rogol dan samun lebih 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza, bolehlah dikata zalim," katanya. - BERNAMA
Pemimpin AK Party dari Turki kunjungi Muhyiddin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan delegasi dari Turki diketuai Naib Pengerusi Hubungan Luar AK Party, Ahmet Berat Çonkar.

Pertemuan itu berlangsung di luar Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Çonkar, diiringi Anggota Parlimen Turki Metin Kulunk, sedang melakukan kunjungan tiga hari ke Malaysia sempena perhimpunan agung itu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan kemudian menghadiri majlis makan tengah hari bersama perwakilan UMNO dari Wilayah Persekutuan di Dewan Chempaka di PWTC.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
- BERNAMA
Najib beri jaminan kerajaan prihatin keselamatan pelajar luar negara

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:,: Kelab UMNO Luar Negara hari ini diberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap keselamatan pelajar di luar negara, terutama di negara-negara bergolak atau menghadapi bencana alam.

Timbalan Badan Perhubungan Negara Kelab UMNO Mesir, Habib Bakri Mamat berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan demikian pada pertemuan dengan 64 anggota perwakilan Kelab UMNO Luar Negara di luar Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.

Najib, katanya, bagaimanapun mengingatkan mereka supaya menyalurkan maklumat dengan segera kepada pihak kedutaan atau Wisma Putra apabila berhadapan dengan perkara yang menggugat keselamatan pelajar.

Beliau berkata, Najib turut menegaskan bahawa soal kestabilan politik dan keamanan sesebuah negara amat penting demi kesejahteraan rakyat.

"Apa yang ingin disampaikan presiden UMNO ialah rakyat tidak seharusnya berani mengambil risiko untuk mengubah kerajaan sewenang-wenangnya yang akhirnya mencetuskan suasana tidak aman," katanya.

"Pergolakan politik yang berlaku di negara luar seharusnya dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita tidak boleh berkompromi dengan perkara-perkara yang boleh memudaratkan negara," kata Habib, pelajar perubatan tahun empat Universiti Mansourah.

Penolong Bendahari Kelab UMNO Australia, A Al Haqq Mohammad Mubin yang turut hadir pada pertemuan itu berkata sebagai pelajar di luar negara, mereka sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan makmur, jauh daripada mala petaka seperti gempa bumi atau musibah besar.

"Bagi kami yang berada di negara luar, Malaysia adalah sebuah negara yang cukup makmur dan tenteram," katanya.

Presiden Kelab UMNO Queensland, Australia, Fatin Sajeeda Abdul Shakor mengajak rakyat Malaysia agar jangan sesekali menjadikan pilihan raya umum ke-13 nanti sebagai ujikaji dan memperjudi nasib negara.

"Kita tidak boleh mengambil risiko sebegini sedangkan kita masih ada matlamat yang mahu dicapai iaitu wawasan 2020," katanya.

Presiden Kelab UMNO Auckland, New Zealand, Noor Liyana Nouxman pula berkata dalam pertemuan itu perdana menteri turut menegaskan bahawa pelajar Malaysia di luar negara adalah aset kepada negara dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - BERNAMA
Gesaan Najib jangan jadikan PRU uji kaji dapat perhatian akhbar Cina

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:: Akhbar harian utama berbahasa Mandarin hari ini menonjolkan mesej Perdana Menteri bahawa pilihan raya umum (PRU) bukanlah medan uji kaji untuk menentukan masa depan negara.

Selain itu mereka juga menekankan pesanan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO semalam supaya rakyat membuat pilihan tepat pada PRU kerana keputusan tersebut memberi kesan jangka panjang kepada masa depan mereka serta generasi akan datang.

Akhbar Sin Chew Daily merumuskan mesej Najib itu melalui tajuk muka depan akhbar berbunyi "Najib: Jangan Jadikan PRU Akan Datang Sebagai Eksperimen" dan "Najib: Tukar Kerajaan, Akan Musnahkan Negara".

"Najib: Salah Buat Keputusan Akan Musnahkan Negara" pula menghiasi muka depan Oriental Daily.

Akhbar terbabit turut memuatkan kenyataan Najib yang juga Presiden Umno mengenai strategi parti itu untuk memenangi hati rakyat, terutama pengundi muda yang merupakan pengundi baharu dalam PRU akan datang.

Rata-rata kolumnis akhbar terbabit turut memuji tindakan Perdana Menteri yang meminta maaf atas segala kesalahan parti sebelum ini.

Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily Tay Tian Yan dalam kolumnya, berkata adalah penting bagi seorang pemimpin mengakui segala kesalahan yang dilakukan sebelum ini, bagi meminta restu rakyat serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pimpinan kerajaan. 

Beliau turut mencadangkan Najib sebagai Presiden Umno harus terus berusaha melakukan transformasi terhadap partinya jika beliau ingin mengekalkan kejayaan Barisan Nasional (BN).

Katanya amat jarang pemimpin parti politik yang berani mengakui kesalahan dan Perdana Menteri sudah berjaya melakukannya dan mendapat restu daripada rakyat.

Akhbar terbabit turut memaparkan gambar Najib berbaju Melayu biru sambil mengangkat bendera BN. - BERNAMA
Jangan terpengaruh propaganda pembangkang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Rakyat Sabah dinasihatkan jangan terpengaruh dengan propaganda pakatan pembangkang kononnya mereka mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan propaganda yang sering dicanangkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu sebagai taktik murahan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kelemahan mereka.

“Berdasarkan pemerhatian saya, kedudukan UMNO Sabah ketika ini adalah mantap, perpaduan ahli-ahlinya dalam keadaan baik dan mereka tahu cabaran yang dihadapi.

“Walau apa pun yang diumumkan pembangkang, insya-Allah, saya percaya BN akan mencapai kejayaan cemerlang di Sabah," kata Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika melawat bilik operasi media pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN
Panji "Gelombang Merah" selubungi kekuatan, jasa UMNO

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012:. Panji dan poster "Gelombang Merah" yang memenuhi segenap ruang Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bukan sahaja

“meniupkan" semangat UMNO kepada perwakilan, tetapi juga pengunjung ke Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Paparan gelombang merah itu yang membawa pelbagai mesej, mengingatkan kembali perwakilan dan pengunjung akan jasa dan sumbangan pemimpin UMNO dahulu dan sekarang dalam membangunkan negara.

Perwakilan dari Perak, Zaiton Shafri, 54, berkata beliau dapat merasai betapa gagah serta hebatnya UMNO, setiap kali melangkah masuk ke ruang legar PWTC.

"Perasaan inilah yang kita mahu bila nak hadapi pilihan raya umum ke-13 nanti...kita bersatu rasa kuat dan berani hadapi apa sahaja yang pembangkang nak bagi pada kita," katanya yang lebih 20 tahun menyertai UMNO.

Zaiton berkata poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di hadapan ribuan anggota UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil, Mei lepas, ketika sambutan ulang tahun ke-66 parti, paling memikat hatinya kerana memaparkan kegagahan pemimpin nombor satu negara itu.

Pelajar universiti swasta, Muhammad Asrief Shafaad, 20 berkata PWTC kelihatan begitu meriah dengan paparan poster dan panji berwarna merah di sepanjang laluan masuk bangunan itu.

"'Bunting' yang ada gambar anggota UMNO berbaju merah berarak yang digantung menghiasi di dinding laluan masuk membuatkan kita rasa hendak berarak bersama mereka. Ini menaikkan semangat orang muda macam saya nak pergi perhimpunan ini.

"Ada juga gambar menunjukkan ramai orang muda bersama menyertai aktiviti UMNO ini seperti perarakan menaiki basikal dan motosikal ramai-ramai ini tunjukkan kekuatan sokongan orang muda pada UMNO," kata anak muda dari Petaling Jaya itu.

Seorang peniaga perhiasan rumah Abdul Zuhid Asmawi, 35, pula berkata poster pemimpin terdahulu bekerja membela nasib rakyat memberikan pengajaran kepada generasi muda tentang pengorbanan mereka bagi membolehkan rakyat hari ini mengecap kesenangan.

"Saya amat tertarik dengan poster Tun Razak (Tun Abdul Razak Hussein) yang diletakkan di kawasan eskalator kerana menunjukkan betapa gigihnya usaha beliau memajukan negara.

"Digabung dengan poster anaknya (Najib) yang turut bekerja segigih ayahnya nampak kesinambungan dan kegagahan usaha UMNO membela nasib rakyat di negara ini," katanya yang menganggotai UMNO lebih 10 tahun. - BERNAMA
Tubuh jawatankuasa khas selamatkan kampung Melayu

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 NovEMBER, 2012:.Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi menyelamatkan kampung Melayu di Pulau Pinang yang kian 'dihapuskan' oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

Wakil Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, terdapat kumpulan yang turut melibatkan golongan peguam mengadakan gerakan terancang bagi menghapuskan kampung Melayu khususnya di kawasan pesisiran pantai negeri itu.

"Kini orang Melayu di pesisiran pantai begitu tertekan dan terhimpit, habis tanah digadai. Saya mohon kalau boleh tubuh satu jawatankuasa khas bagi selamatkan kampung Melayu di Pulau Pinang," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO, di sini hari ini. - UTUSAN
Pembahas usul perlu kemukakan idea - Rais

KUALA LUMPUR, JUMAAT, JUMAAT, 30 November, 2012: Pembahas usul di Perhimpunan Agung UMNO 2012 disaran supaya menjana lebih banyak idea serta cadangan bagaimana untuk membina dan memperkasa UMNO.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, melahirkan kebimbangannya jika ada pembahas yang lebih menekankan kepada aspek melahirkan rasa tidak puas hati daripada membantu memberikan pandangan dalam memperkasa parti.

Para pembahas perlu menterjemah intipati ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbahasan mereka dengan mengemukakan analisis, cadangan serta program yang patut dilaksanakan terutama dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, katanya kepada pemberita di luar perhimpunan itu di sini hari ini.

"Tidak ramai anggota perwakilan yang menyusuri ucapan presiden parti dan menterjemahkannya kepada idea pembaharuan, tindakan atau langkah bagi memperbaiki keadaan di bawah.

"Saya zahirkan kebimbangan terhadap terlampau banyak ucapan yang menyatakan masalah atau rungutan iaitu sentimen tidak puas hati," katanya.

Rais memberi contoh pembahas dari negeri di bawah pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor, sewajarnya tampil dengan idea serta cadangan bagaimana untuk menguasai semula kedua-dua negeri itu pada PRU ke-13 nanti dan bukannya sekadar membangkitkan masalah yang ditimbulkan pakatan pembangkang.

“Mungkin ramai pihak tak setuju dengan padangan ini, tapi kiranya UMNO hendak kembali menjadi parti yang perkasa, isu-isu inilah yang harus diterjemahkan dalam bentuk cadangan," katanya.

Selain itu Rais berkata pembahas juga perlu memberi tumpuan kepada usaha yang perlu dilakukan untuk mendekati golongan muda yang menurutnya merupakan 60 peratus daripada jumlah pengundi di seluruh negara.

"Apa program yang sewajarnya diketengahkan, bagaimana bertindak terhadap pengundi yang kini berjumlah 13 juta lebih. Apa harus kita buat kepada pertambahan pengundi seramai 2.9 juta orang...semuanya tidak dijawab oleh pembahas," jelas Rais.

Menyentuh ucapan presiden UMNO supaya PRU ke-13 tidak dijadikan uji kaji, Rais berkata adalah sangat berbahaya jika rakyat membuat percubaan untuk menukar kerajaan kerana ia ibarat menjual negara kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, Rais menyifatkan percubaan "alih-alih rasa" itu bukan sahaja tindakan tidak berjasa, malah perbuatan yang tidak memberi asas kepada tamadun bangsa.

"Percubaan transformasi yang kita perlu tanam ialah kerajaan buat perubahan, bukan gantikan kerajaan, sebab sudah banyak sumbangan kita pada agama, bangsa dan negara," katanya. - BERNAMA
UMNO dicadang wujudkan institut kepimpinan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: UMNO dicadang mewujudkan satu institut untuk memperkasa generasi muda dari segi kepimpinan bagi melahirkan lebih ramai pelapis berwibawa untuk masa depan.

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkaflli berkata, melalui kaedah ini UMNO boleh mengenal pasti bakat-bakat dan kebolehan generasi muda untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

"Ramai yang tidak menyedari bahawa di Amerika Syarikat, mereka mempunyai White House Intership bagi melatih generasi muda mereka. Ia patut dicontohi oleh UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ariff Yasir yang juga Pengerusi Kelab UMNO Tokyo berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu daripada 11 resolusi yang diputuskan pada Konvensyen Mahasiswa Nasional baru-baru ini. - UTUSAN 
UMNO jangan panik dengan label pembangkang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Kepimpinan UMNO di seluruh negara diminta tidak panik dengan sebarang tindakan pembangkang yang melabelkan parti itu dengan pelbagai tuduhan negatif yang tidak berasas.

Wakil UMNO Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, tindakan pembangkang itu sebenarnya tidak akan melemahkan parti kerana label mereka berikan kononnya UMNO kumpulan rasuah, tidak demokratik, toghut dan kafir sebenarnya tidak benar sama sekali.

"Saya bagi pihak UMNO Terengganu, saya minta kita jangan panik. Kita tahu bahawa Pas sebagai contoh, adalah parti tipu, Mereka hanya mempamerkan luaran sahaja tetapi kemampuan tidak ada. Pembangkang tidak hebat mana pun.

"Justeru, kalau kita semua ketua UMNO di peringkat bahagian dan sayap wanita, pemuda dan puteri dan seluruh ahli peringkat akar umbi bersemangat dan bekerja dengan baik, insya-Allah pilihan raya umum akan datang kita menang besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

Perhimpunan Agung UMNO masuk hari kedua

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Nov. - Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang masuk hari kedua hari ini diteruskan sambungan sesi perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lapan pembahas dijadual membentangkan hujah masing-masing termasuk wakil Puteri dan Kelab UMNO Luar Negara.

Sesi perbahasan akan disusuli dengan pembentangan usul ekonomi serta agama dan pendidikan. Dua usul ini akan dibahaskan oleh 28 wakil negeri-negeri dan pergerakan.

Sesi perbahasan pada perhimpunan agung kali ini, yang merupakan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, didominasi kata-kata dorongan dan semangat untuk seluruh jentera UMNO berdepan ujian getir pilihan raya yang bakal menentukan kelangsungan parti terbesar Melayu ini. - UTUSAN
Palestin diiktiraf negara pemerhati bukan anggota PBB

NEW YORK, JUMAAT, 30 November, 2012: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.

Dalam kekalahan besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan kemenangan tersebut sebagai ‘sijil lahir’ untuk negara Palestin.

Hanya sembilan daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu, termasuklah AS, Israel dan Kanada, manakala Australia dan Jerman antara 41 negara yang mengambil pendirian berkecuali. - AFP
NGO Islam tuntut Israel patuhi gencatan senjata

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Sebanyak 30 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi menuntut Israel berpegang kepada arahan gencatan senjata di Semenanjung Gaza, Palestin.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat, Syed Sheikh Al-Attas menyerahkan memorandum itu kepada wakil kedutaan pada 2 petang di Kedutaan Amerika Syarikat, di sini.

Sebelum itu, kira-kira 100 anggota NGO berhimpun dan berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak, dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Awas Muslimin Jerat Zionis Sentiasa Menanti Bersatulah Ummah Elakkan Berpecah".

Syed Sheikh berkata antara isu yang dinyatakan dalam memorandum itu ialah mengenai bagaimana Zionis Israel mematuhi arahan yang ditetapkan supaya melakukan gencatan senjata terhadap Gaza.

"Sebelum ini, telah banyak arahan gencatan senjata dikeluarkan kepada Israel tetapi mereka tidak mengenal erti kemanusiaan, tetap terus membedil Gaza, jadi kita tidak mempercayai mereka (Israel)," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu.

Beliau juga berpendapat pemberian status "negara pemerhati bukan anggota" kepada Palestin oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga hanya sebagai retorik kerana kuasa PBB dipegang oleh Amerika Syarikat. - BERNAMA
Bas RapidKuantan percuma selama sebulan - PM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Bas RapidKuantan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bakal menawarkan perkhidmatan secara percuma selama sebulan bermula esok.

Berucap pada majlis pelancaran itu yang dilakukan di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib berkata, RapidKuantan adalah sebuah lagi produk 1Malaysia Rakyat Didahulukan serta membuktikan `Janji Ditepati’.

Beliau berkata, perkhidmatannya kelak bakal memberi manfaat kepada kira-kira setengah juta penduduk daerah Kuantan dan kawasan sekitarnya.

"Saya mengucap terima kasih kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) kerana dalam tempoh dua bulan selepas diumumkan, bas RapidKuantan berjaya direalisasikan dengan 32 buah bas.

"Insya-Allah kalau kita dapat mandat baru daripada rakyat, banyak lagi yang dapat kita lakukan,’’ katanya. - UTUSAN
Speaker berat sebelah: ADUN BN Selangor keluar dewan

SHAH ALAM, JUMAAT, 30 November, 2012: Seramai 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) keluar dewan hari ini kerana membantah tindakan Speaker Datuk Teng Chang Kim, yang mereka anggap sebagai berat sebelah.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Mohd Satim (BN-Batang Kali) berkata Teng meluluskan usul mengikut Peraturan Tetap 27 (3) yang mengambil ketetapan untuk mendenda Datuk Mohd Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sopan.

"Speaker telah meluluskan supaya Adun Batang Kali didenda RM1,000 selepas dikurangkan dari RM5,000, yang akan dipotong dari Elaun Khas Anggota Dewan Undangan Negeri.

"Denda ini dikenakan ke atas Datuk Mohd Isa berikutan beliau telah mengeluarkan kenyataan seksis terhadap Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong semasa sesi penggulungan pada sidang DUN 22 Nov lepas yang berbunyi "jangan sampai terlupa jaga hutan kita sendiri,"" katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kenyataan Mohd Isa itu telah disalah tafsir oleh Adun Pakatan Rakyat.

"Jaga hutan kita sendiri itu merujuk kepada "jagalah hutan simpan negara kita"... saya tidak tahu di mana salahnya kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Batang Kali tersebut.

"Jika benar ADUN berkenaan mengeluarkan kenyataan tidak sopan, Dewan tidak perlu mengurangkan denda dari RM5,000 kepada RM1,000 yang mana diusulkan oleh Gan Pei Nie (PKR-Rawang)," katanya. - BERNAMA
Perdana Menteri lancar akhbar digital Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Langkah proaktif Utusan Melayu (M) Berhad yang memperkenalkan akhbar digital Utusan Malaysia sebagai salah satu produk baru mendapat pujian daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, pendekatan yang diambil Utusan itu merupakan langkah tepat kerana pembaca sekarang banyak menggunakan gajet sebagai medium untuk mendapat akses kepada informasi.

“Saya kagum dengan langkah Utusan. Ia satu usaha bagus serta wajar dipuji kerana kelebihan e-paper ia lebih interaktif dan mudah untuk diakses sesuai dengan perkembangan semasa dunia teknologi.

“Saya percaya usaha sebegini membolehkan Utusan menyampaikan dasar-dasar kerajaan secara lebih baik kepada rakyat," katanya semasa melancarkan akhbar digital itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Akhbar digital Utusan Malaysia menampilkan lima nilai tambah iaitu multimedia interaktif, galeri foto dan video, carian pantas, capaian keluaran lepas serta sokongan pelbagai platform dengan harga langganan serendah RM20 sebulan.

Ia merupakan pakej harga langganan akhbar digital termurah di pasaran dengan pelanggan boleh melayari akses berita melalui web, telefon bimbit pintar, adroid serta iPad.

Sempena majlis pelancaran itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat pameran Kumpulan Utusan mengenai liputan perjuangan UMNO dan pemimpin negara bermula pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang. - UTUSAN
Perdana Menteri lancar akhbar digital Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Langkah proaktif Utusan Melayu (M) Berhad yang memperkenalkan akhbar digital Utusan Malaysia sebagai salah satu produk baru mendapat pujian daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, pendekatan yang diambil Utusan itu merupakan langkah tepat kerana pembaca sekarang banyak menggunakan gajet sebagai medium untuk mendapat akses kepada informasi.

“Saya kagum dengan langkah Utusan. Ia satu usaha bagus serta wajar dipuji kerana kelebihan e-paper ia lebih interaktif dan mudah untuk diakses sesuai dengan perkembangan semasa dunia teknologi.

“Saya percaya usaha sebegini membolehkan Utusan menyampaikan dasar-dasar kerajaan secara lebih baik kepada rakyat," katanya semasa melancarkan akhbar digital itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Akhbar digital Utusan Malaysia menampilkan lima nilai tambah iaitu multimedia interaktif, galeri foto dan video, carian pantas, capaian keluaran lepas serta sokongan pelbagai platform dengan harga langganan serendah RM20 sebulan.

Ia merupakan pakej harga langganan akhbar digital termurah di pasaran dengan pelanggan boleh melayari akses berita melalui web, telefon bimbit pintar, adroid serta iPad.

Sempena majlis pelancaran itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat pameran Kumpulan Utusan mengenai liputan perjuangan UMNO dan pemimpin negara bermula pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang. - UTUSAN
Rogol gadis bawah umur, kemaluan disimbah asid

GEORGETOWN, JUMAAT, 30 November, 2012: Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Felda teliti tindakan saman akhbar pembangkang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut ekoran laporan berita muka hadapan Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' pada 27 November 2012 dan laporan Harakah bertajuk 'Minyak Sawit Jual ke Israel' bagi edisi 26 hingga 29 November 2012.

Beliau memberitahu, kedua-dua akhbar itu telah memfitnah Felda apabila mendakwa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.

"Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel, ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat, iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSA
Dua anggota polis bebas tuduhan guna kekerasan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Dua anggota polis hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Magistret daripada pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jurugambar semasa perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lepas.

Majistret Nurulain Abdul Rahim dalam penghakimannya berkata setelah menimbangkan secara maksimum keterangan daripada saksi-saksi yang dipanggil, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga gagal memenuhi segala kehendak Seksyen 352 Kanun Keseksaan untuk mahkamah memanggil kedua-dua tertuduh membela diri masing-masing.

Majistret Nurulain menegaskan mahkamah terpaksa melepaskan dan membebaskan tertuduh kerana saksi-saksi dalam kes ini gagal mengecam orang yang dikatakan telah melakukan jenayah kekerasan terhadap pengadu, jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King.

Selain Wong, pihak pendakwaan telah memanggil empat saksi yang lain, termasuk dua jurugambar lain yang dikatakan telah menyaksikan kejadian tersebut.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Wong, 33, di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja antara pukul 5.20 petang dan 5.30 petang.

Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi, didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh manakala Mohd Khairul dan Shahrul Niza diwakili Salim Bashir. ) - UTUSAN
Dua beranak maut digilis lori pasir

GEORGETOWN, JUMAAT, 30 November, 2012: Dua beranak maut setelah motosikal yang dinaiki hilang kawalan sebelum digilis sebuah lori pasir di Jalan Masjid Negeri di sini, pagi tadi.

Abdul Rahim Ismail, 67, dan anaknya Noor Rashid Abdul Rahim, 38, mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, motosikal yang dinaiki dua beranak itu telah hilang kawalan sebelum kedua-duanya terjatuh di bahu jalan dan digilis lori pasir tersebut.

Dua beranak itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Tun Sardon, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - UTUSAN
Tukang kebun mengaku tidak bersalah tuduhan rogol

JOHOR BAHARU, JUMAAT, 30 November, 2012: Seorang tukang kebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita di Benut, Pontian, Sabtu lepas.

Mohd Radzuan Abd Karim, 63, dituduh melakukan perbuatan terhadap mangsa berumur 27 tahun itu di ruang tamu di sebuah rumah di Benut, Pontian pada 10 pagi.

Dia yang berasal dari Taman Murni, Benut didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Nu'aman Mahmud Zuhdi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA 
Perompak pelajar Malaysia di London dibebaskan

LONDON, JUMAAT, 30 Novdmbdr, 2012: Dua lelaki yang dipenjarakan kerana merompak pelajar perakaunan Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, dalam rusuhan di London pada tahun lepas, dibebaskan selepas rayuan terhadap hukuman tersebut diterima oleh mahkamah di sini.

John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex dibebaskan selepas perbicaraan rayuan mereka dijalankan secara tertutup oleh Mahkamah Wood Green Crown.

Kafunda sebelum ini dikenakan penjara selama empat tahun dan tiga bulan manakala Donovan dikenakan penjara selama lima tahun kerana merompak dan berkelakuan ganas. - Agensi
Malaysia ke separuh akhir Cabaran Juara-juara 1

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Skuad hoki negara berjaya menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Cabaran Juara-juara 1 di Argentina selepas menewaskan Afrika Selatan di peringkat suku akhir awal pagi ini.

Dua jaringan Faizal Saari dan dua lagi masing-masing sumbangan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Tengku Tajudin Abdul Jalil sudah cukup untuk meletakkan juara Kumpulan A itu ke kelompak empat besar kejohanan.

Gol tunggal Afrika Selatan dijaringkan oleh ketua pasukan, Austin Smith.

Malaysia akan berhadapan Korea Selatan di separuh akhir selepas skuad yang ditewaskan pasukan negara di peringkat kumpulan itu, menewaskan Jepun 3-2.

Satu lagi saingan separuh akhir menyaksikan pertembungan antara tuan rumah, Argentina dan Ireland. - UTUSAN
Messi dijangka kekal pemain terbaik dunia

LONDON, JUMAAT, 30 Nov. - Pemain antarabangsa Argentina, Lionel Messi disebut-sebut bakal memenangi anugerah pemain terbaik FIFA, sekali gus menjadi pemain pertama memenangi anugerah itu sebanyak empat kali.

Messi yang kini bermain untuk Barcelona bakal dicabar oleh seterunya di La Liga, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid dan seorang lagi bintang Barcelona, Anreas Iniesta.

Ketiga-ketiga mereka terpilih sebagai finalis bagi merebut Anugerah FIFA itu yang dipilih daripada 32 calon yang disenaraikan.

Pengumuman pemenang akan dibuat di Switzerland 7 Januari depan.

Setakat ini dua pemain yang memenangi anugerah itu sebanyak tiga kali ialah Ronaldo dan bekas bintang Perancis, Zinedine Zidane, selain Messi. - AGENSI
Empat warga China didakwa hasut mogok di Singapura

SINGAPURA, JUMAAT, 30 November, 2012: Sebanyak empat pemandu bas warga China didakwa di sini semalam atas dakwaan menghasut mogok oleh puluhan pemandu yang melakukan demonstrasi secara haram, Isnin lalu.

Mogok secara besar-besaran itu merupakan yang pertama berlaku di Singapura dalam tempoh lebih 25 tahun yang berakhir, kelmarin.

Kesemua lelaki China itu ditahan dalam tempoh dua hari sejak kelmarin dan perbicaraan hanya dilakukan semalam atas kesalahan menghasut mogok secara haram, kata polis dalam satu kenyataan.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda maksimum S$2,000 (RM4,985) atau penjara setahun. - REUTERS
PDRM lancar sistem CSS melalui SMS

Oleh Ilah Hafiz Aziz
 
*ISMAIL Omar (dua dari kiri) merasmikan majlis pelancaran Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan melalui SMS di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam. Turut hadir Mortadza Nazarene (kiri).

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Selepas memperkenalkan Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan (CSS) di Selangor sejak setahun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memperluas dan menambah baik perkhidmatan itu ke seluruh negara bagi mengukur prestasi pasukan tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sistem itu yang membolehkan orang ramai membuat penilaian dengan memberi salah satu dari empat kategori skor penilaian yang telah ditetapkan itu merupakan salah satu daripada inisiatif baharu PDRM dalam menawarkan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sistem CSS di Selangor telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutamanya daripada mereka yang telah membuat laporan polis untuk menuntut siasatan.

Katanya, menerusi CSS secara SMS pula, langkah itu akan lebih menyenangkan orang ramai kerana mereka boleh membuat penilaian sendiri terhadap setiap anggota atau pegawai polis yang berurusan dengan mereka.

"Mereka hanya perlu menghantar nombor laporan polis bersama satu daripada empat kategori skor penilaian perkhidmatan iaitu 'sangat memuaskan', 'memuaskan, 'kurang memuaskan' atau 'sangat tidak memuaskan' ke talian 59888.

"Sebagai contoh, anggota yang mengambil laporan harus melayan (pelanggan) dengan mesra, tidak kasar dan bersimpati dengan orang ramai. Jadi, jika masyarakat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan itu, mereka boleh menilai dan pihak polis akan memperbaiki," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan CSS melalui SMS di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, penilaian jujur oleh orang ramai mampu membantu PDRM membaiki setiap kelemahan yang ada.

"Kami mahu tahu setiap maklum-balas dan penilaian orang ramai selepas berurusan dengan pihak polis. Adakah polis memberikan kerjasama yang terbaik ataupun tidak.

"Saya sendiri mahu nilai kerja setiap pegawai-pegawai saya berdasarkan ulasan yang diberikan oleh orang ramai yang telah berurusan dengan polis," katanya.

Kata Ismail, PDRM juga sedia menerima teguran daripada orang ramai kerana menerusi cara itu, pasukan berkenaan mampu untuk mengoptimumkan perkhidmatan yang diberikan.

"Kini, PDRM telah membuka banyak saluran kepada orang ramai untuk membuat penilaian serta ulasan selepas berurusan dengan polis dan satu cara yang mudah ialah menerusi SMS.

"Setiap tindakan yang diambil akan didedahkan kepada orang ramai di media-media tertentu malah saya sendiri akan pastikan, setiap minggu akan memperolehi penilaian berhubung maklum-balas orang ramai ini," katanya. - UTUSAN
Timbalan KPN nafi buat kenyataan akhbar palsu

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan beliau pernah membuat kenyataan akhbar palsu berhubung kematian tahanan, A. Kugan di dalam lokap, kononnya bagi mengelirukan orang ramai.

Khalid ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, beliau dikatakan telah membuat kenyataan tersebut sebanyak dua kali.

Namun begitu menurut beliau, pihaknya tidak dapat memastikan kedua-dua kenyataan tersebut memandangkan tiada sebarang dokumen dirujuk kepadanya untuk mengesahkan isi kandungannya.

Sungguhpun begitu, kata Khalid, ibu Kugan, N. Indra mendakwa, beliau membuat pernyataan itu pada 21 November 2009.

Khalid, 55, menyatakan demikian dalam kenyataan saksinya dalam kes saman RM100 juta oleh Indra terhadap beliau dan empat yang lain atas dakwaan cuai serta melanggar kewajipan statutori di hadapan Hakim Datuk V.T. Singham. - UTUSAN
Petronas sudah lunaskan royalti

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

*SHAMSUL Azhar Abbas mengumumkan keputusan prestasi kewangan kumpulan Petronas suku ketiga sambil diperhatikan oleh Mohd. Sidek Hassan (kanan) di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR, KHAMIS,29 November, 2012: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan syarikat minyak nasional itu pernah berhutang dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dalam pembayaran royalti minyak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, semua pembayaran royalti itu telah dibuat melalui Kerajaan Persekutuan.

"Petronas sedia maklum bahawa syarikat ini tidak pernah berhutang dan telah melunaskan pembayaran royalti kepada semua negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kepada Kerajaan Persekutuan. - UTUSAN
Kenaikan kos haji belum diputuskan

SEPANG, KHAMIS, 29 November, 2012: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menegaskan masih terlalu awal untuk mengandaikan kos tambang haji akan mengalami kenaikan di masa hadapan, ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram di Mekah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paduka Ismee Ismail berkata, sehingga kini, pihak TH tidak dimaklumkan sama ada kerja-kerja pembesaran itu akan membabitkan kerja merobohkan bangunan yang menjadi tempat penginapan jemaah haji Malaysia.

“Jika ada kita perlu lihat berapa banyak bangunan TH yang akan terlibat kerana kesannya sudah pasti kepada kos penginapan jemaah haji Malaysia.

“Kita tidak nafikan bila jumlah bilik berkurangan, maka harga penginapan akan meningkat, sekali gus memberikan kesan kepada tambang haji," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kepulangan 351 jemaah haji Malaysia dan petugas TH yang merupakan kumpulan terakhir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di KLIA

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 351 orang termasuk 30 petugas Lembaga Tabung Haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini menerusi pesawat MH821.

Mereka yang tiba pada pukul 2 petang disambut Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.

Abi Musa Asa'ari berkata kepulangan kumpulan terakhir itu menandakan tamatnya operasi haji tahun ini yang secara keseluruhannya berjalan lancar.

Bagaimanapun tujuh jemaah masih dirawat di hospital di Mekah dan Madinah akibat pelbagai masalah kesihatan dan hanya akan dibawa pulang setelah dibenarkan pihak hospital, katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan para jemaah di sini hari ini.

Menurutnya pada musim haji kali ini seramai 54 jemaah meninggal dunia di Tanah Suci berbanding lebih 70 orang tahun lepas. - UTUSAN
 
Kenaikan kos haji belum diputuskan

SEPANG, KHAMIS, 29 November, 2012: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menegaskan masih terlalu awal untuk mengandaikan kos tambang haji akan mengalami kenaikan di masa hadapan, ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram di Mekah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paduka Ismee Ismail berkata, sehingga kini, pihak TH tidak dimaklumkan sama ada kerja-kerja pembesaran itu akan membabitkan kerja merobohkan bangunan yang menjadi tempat penginapan jemaah haji Malaysia.

“Jika ada kita perlu lihat berapa banyak bangunan TH yang akan terlibat kerana kesannya sudah pasti kepada kos penginapan jemaah haji Malaysia.

“Kita tidak nafikan bila jumlah bilik berkurangan, maka harga penginapan akan meningkat, sekali gus memberikan kesan kepada tambang haji," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kepulangan 351 jemaah haji Malaysia dan petugas TH yang merupakan kumpulan terakhir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pas Kelantan bincang isu kedai gunting rambut

KOTA BHARU, KHAMIS, 29 November, 2012: Kerajaan Pas Kelantan hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan 10 wakil Gabungan Persatuan Tiong Hwa (GPTH) Kelantan dan Dewan Perniagaan Cina Kelantan (DPCK) bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu saman Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKBBRI) terhadap sebuah kedai gunting rambut di negeri ini.

Dalam perbincangan selama kira-kira satu jam itu, kerajaan negeri diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan manakala GPTH dan DPCK masing-masing diwakili oleh Oie Poh Choon dan Goh Tee Chew serta ahli kedua-dua persatuan.

Takiyuddin ketika ditemui selepas itu berkata, kedua-dua persatuan telah memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan.

"Kami menerima beberapa cadangan daripada kedua-dua pertubuhan ini yang akan dibawa ke Mesyuarat Exco minggu depan untuk dibincangkan di peringkat kerajaan. - UTUSAN
Sasar jualan durian sejuk beku RM27j tahun depan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Negara menyasarkan eksport durian sejuk beku sebanyak 350 tan metrik atau RM24.5 juta tahun depan.

Pengarah Kanan Promosi dan Antarabangsa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Nazipah Jamaluddin berkata, durian sejuk beku adalah antara produk pertanian masa kini yang bernilai tinggi dan mendapat permintaan menggalakkan di pasaran antarabangsa.

"Ini juga kerana Malaysia telah mendapat akses pasaran eksport isi durian sejuk beku ke China," katanya dalam Seminar Pengeksportan Durian Sejuk Beku sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) di Serdang, hari ini.

Tambahnya, Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin di China (AQSIQ) telah bersetuju bekerjasama dengan Pusat Pemprosesan FAMA di Batu Karau, Perak untuk memproses durian sejuk beku bagi tujuan eksport ke negara itu sejak Mei tahun lalu. - UTUSAN
Sasar jualan durian sejuk beku RM27j tahun depan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Negara menyasarkan eksport durian sejuk beku sebanyak 350 tan metrik atau RM24.5 juta tahun depan.

Pengarah Kanan Promosi dan Antarabangsa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Nazipah Jamaluddin berkata, durian sejuk beku adalah antara produk pertanian masa kini yang bernilai tinggi dan mendapat permintaan menggalakkan di pasaran antarabangsa.

"Ini juga kerana Malaysia telah mendapat akses pasaran eksport isi durian sejuk beku ke China," katanya dalam Seminar Pengeksportan Durian Sejuk Beku sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) di Serdang, hari ini.

Tambahnya, Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin di China (AQSIQ) telah bersetuju bekerjasama dengan Pusat Pemprosesan FAMA di Batu Karau, Perak untuk memproses durian sejuk beku bagi tujuan eksport ke negara itu sejak Mei tahun lalu. - UTUSAN
MARDI perluas pasaran ayam kampung

*JOHARI Baharum (tengah) dan Abd. Shukor Abd. Rahman (kiri) melihat baka ayam kampung MARDI selepas melancarkan baka itu sempena MAHA 2012 di Serdang, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyasarkan penjualan sebanyak RM5.025 bilion baka ayam kampung bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global sekali gus menjana pendapatan lumayan kepada penternak.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan permintaan yang semakin meningkat berbanding tahun lalu.

MARDI, katanya, begitu komited dalam usaha membiakkan baka ayam kampung di dalam negara serta untuk pasaran Brunei dan Singapura.

"Pembiakan ini adalah untuk menghasilkan stok induk biak baka ayam kampung yang lebih seragam dari segi sifat fizikal dan prestasi serta mampu menghasilkan ayam kampung berkualiti bagi memenuhi cita rasa pengguna," katanya....

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah - UTUSAN
MARDI perluas pasaran ayam kampung

*JOHARI Baharum (tengah) dan Abd. Shukor Abd. Rahman (kiri) melihat baka ayam kampung MARDI selepas melancarkan baka itu sempena MAHA 2012 di Serdang, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyasarkan penjualan sebanyak RM5.025 bilion baka ayam kampung bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global sekali gus menjana pendapatan lumayan kepada penternak.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan permintaan yang semakin meningkat berbanding tahun lalu.

MARDI, katanya, begitu komited dalam usaha membiakkan baka ayam kampung di dalam negara serta untuk pasaran Brunei dan Singapura.

"Pembiakan ini adalah untuk menghasilkan stok induk biak baka ayam kampung yang lebih seragam dari segi sifat fizikal dan prestasi serta mampu menghasilkan ayam kampung berkualiti bagi memenuhi cita rasa pengguna," katanya....

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah - UTUSAN
Wujudkan Askar Wataniah Perhilitan

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
 JERANTUT, KHAMIS, 29 November, 2012: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan pengusaha resort pelancongan disaran agar menubuhkan pasukan Askar Wataniah sebagai serampang dua mata membantu mengawal keselamatan hutan di negara ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, langkah itu selaras dengan program transformasi bidang pertahanan selain boleh menjadi mekanisme pertahanan kedua.

“Usahasama ini (kerjasama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Perhilitan) penting untuk mengawal hutan khususnya di kawasan sempadan yang pada masa ini turut menjadi lokasi pusat pelancongan dan resort penginapan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Makan Malam Meraikan Kehadiran Panglima TDM oleh Mutiara Resort dan Hotel di Restoran Seri Mutiara di Kuala Tahan di sini semalam. - UTUSAN
Ensiklopedia Nabi Muhammad versi bahasa Melayu kini di pasaran

*NORLIZA Zainuddin menunjukkan Ensiklopedia Nabi Muhammad versi bahasa Melayu di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU, KHAMI,  29 November, 2012: Syarikat pengedar buku ilmiah, Proaktif Jaya Enterprise hari ini mula memasarkan buku Ensiklopedia Nabi Muhammad versi bahasa Melayu.

Pengarahnya, Norliza Zainuddin berkata, sebagai permulaan, pihaknya akan memasarkan sejumlah 2,000 naskah ke seluruh negara dan jumlah itu akan ditambah mengikut permintaan pasaran.

Beliau berkata, ensiklopedia serba lengkap itu ditulis oleh penulis Indonesia, Ichwan Fauzi dan diterjemahkan sepenuhnya ke dalam bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan pasaran semasa.

"Kita melihat ensiklopedia ini mendapat sambutan yang menggalakkan sejak dilancarkan di Indonesia pada tahun lalu dengan lebih lima kali dicetak dalam tempoh kurang setahun. - UTUSAN
Selipar adik jatuh parit, nyawa abang melayang


*BEBERAPA penduduk menunjukkan tempat Mohd. Shamirul (gambar kecil) lemas di parit di Kampung Parit Ulu, Bakri, Muar, semalam.

MUAR 29 Nov. - Kegembiraan tiga beradik dan sepupu mereka menghabiskan cuti sekolah dengan memancing berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas di parit Kampung Parit Ulu, Bakri di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa, Mohd. Shamirul Mohd. Rashid, 10, pergi ke parit itu untuk memancing tetapi setibanya di jambatan, selipar adiknya, Mohd. Shalihin, 6, terjatuh ke dalam air.

Anak kedua daripada enam beradik yang belajar dalam tahun empat di Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Batu itu cuba turun ke tebing tetapi tergelincir lalu jatuh ke dalam parit berkenaan.

Berikutan itu, adik-beradik mangsa dan sepupunya meminta bantuan penduduk kampung dan usaha mencari dijalankan tetapi gagal mengesannya sebelum meminta bantuan pihak bomba. - UTUSAN
GiatMara siapkan 50 peratus rumah baru

*SHAHIRUDDIN Ab. Moin menyerahkan replika kunci rumah kepada Rosnah Mat Isa di Kampung Jenut, Mukim Gali, Raub, Pahang, kelmarin. - Utusan/Ali Mahmood
RAUB, KHAMIS, 29 November, 2012: GiatMara berjaya menyiapkan 50 peratus rumah baru untuk penduduk miskin dan 70 peratus membaik pulih rumah lama golongan itu di seluruh negara bagi membantu mereka mempunyai kediaman yang lebih baik.

Pengerusinya, Datu2k Shahiruddin Ab. Moin berkata, agensi itu diberikan tanggungjawab oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membina 339 rumah baharu dan membaik pulih 1,404 rumah usang penduduk miskin dengan peruntukan RM35.5 juta sepanjang tahun ini.

Tambahnya, daripada jumlah itu GiatMara menyiapkan 167 rumah baru dan membaik pulih 1,074 rumah usang di seluruh Semenanjung sepanjang tahun ini melibatkan perbelanjaan RM21 juta. - UTUSAN
RISDA sasar kumpul 240 tan biji getah

 .*KHALID Awang Said (kanan) dan Nasaruddin Malek (kiri) mengumpulkan biji getah sambil diperhatikan oleh Awiskarni Zukarnaini (tengah) dalam majlis Penyerahan Biji Getah RISDA Melaka di Kesang Pajak, Jasin, Melaka, semalam.

JASIN, KHAMIS, 29 November, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyasarkan dapat mengumpul sebanyak 240 tan metrik biji getah pada tahun hadapan dari tujuh tapak semaian seluruh negara.

Pengarah Bahagian Bekalan dan Input Pertanian RISDA, Khalid Awang Said berkata, program kutipan biji getah yang bermula pada 2011 itu dilaksana bagi memastikan bekalan bijinya mencukupi untuk penghasilan benih untuk penanaman semula.

Menurutnya, sehingga November tahun ini, sebanyak 260 tan metrik biji getah berjaya dikumpul, jumlah ini melebihi sasaran awal iaitu 240 tan metrik dan dijangka meningkat sehingga akhir tahun ini. - UTUSAN
Asma Naib Canselor USIM

 
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan Prof. Dr. Asma Ismail (gambar) sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru.

Pelantikan Asma, 54, menggantikan Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda yang tamat tempoh perkhidmatannya esok.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pelantikan itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2012 hingga 30 November 2015.

"Pemilihan Asma berasaskan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) di samping kepakaran beliau dalam bidang sains dan inovasi," katanya. - UTUSAN.
Jumlah kadar biasiswa luar negara dikaji - Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan kadar biasiswa dan pinjaman kepada pelajar Malaysia di luar negara berikutan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini terutama melibatkan penuntut doktor falsafah (Ph.D) di Australia dan beberapa negara Scandinavia seperti Denmark.

''Perjumpaan saya dengan pemimpin Kelab UMNO Luar Negara hari ini turut menyentuh perkara itu dan untuk yang menuntut di Australia, memang kajian sedang dilakukan.

''Namun kajian ini akan dilakukan secara menyeluruh. Oleh itu perbincangan dengan agensi terlibat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedang dilakukan.

''Ini kerana kenaikan yang diberi oleh kementerian harus diikuti JPA dan Mara. Mereka ada cadangkan jumlahnya tapi biarlah kita kaji berapa banyak yang sesuai,'' katanya pada sidang akhbar selepas bertemu pemimpin Kelab UMNO Luar Negara di PWTC di sini hari ini. - UTUSAN
Badan koordinasi selaras bantuan ke selatan Filipina

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Satu badan koordinasi akan diwujudkan untuk menyelaras bantuan dari Malaysia ke selatan Filipina, antaranya dalam aspek kemanusiaan, kewangan, pelaburan dan kebajikan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata badan koordinasi itu juga akan membantu melaksanakan secepat mungkin program-program seperti pembangunan yang dirangka ekoran perjanjian damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang ditandatangani bulan lepas.

"Masyarakat Bangsamoro mahu tindakan segera dilakukan secepat-cepatnya tiga bulan selepas perjanjian dibuat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi MILF yang diketuai pengerusinya Al-Haj Murad Ebrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau juga telah berbincang dengan Menteri Pertahanan Filipina mengenai beberapa perkara yang dipersetujui oleh kedua pihak supaya kemajuan dan pembangunan dapat dilaksanakan di Mindanao.

"Ada kemungkinan seseorang akan dilantik untuk menjadi koordinator dalam aspek yang saya sebutkan tadi, tetapi biarlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum secara rasmi," katanya. - UTUSAN
Hamas sambut baik "kedutaan pertama di Palestin"

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Hamas memberi respons positif kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Malaysia berhasrat menjadi negara pertama membuka sebuah kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.

Menyifatkan langkah itu sebagai sangat bermakna, Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas Usamah Hamdan turut mengambil maklum bahawa ia menggambarkan pendirian positif kerajaan Malaysia dan kepimpinan UMNO terhadap Palestin serta rakyatnya.

"Kami berharap ini akan memberi inspirasi kepada kerajaan Arab dan Islam serta komuniti antarabangsa untuk mengambil pendirian serupa menyokong Palestin," katanya di luar Persidangan Agung UMNO 2012 yang dirasmikan oleh Najib, selaku presiden UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib menyatakan tentang kemungkinan Malaysia menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak, semasa menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian perhimpunan agung UMNO itu.

Dalam ucapan itu, Najib berkata Malaysia komited untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin.

Perkara itu disentuh ketika beliau menghuraikan tentang pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara Islam, membolehkannya melaksanakan peranan penting di persada antarabangsa, termasuk menghantar pasukan pengaman ke negara berkonflik seperti Bosnia, Somalia, Lubnan dan Afghanistan, serta menjadi perantara dalam perjanjian damai di selatan Filipina.

Usamah, yang dijemput menghadiri beberapa acara anjuran UMNO yang diadakan sempena perhimpunan agung itu, menyuarakan harapan agar kedutaan yang bakal dibuka kelak akan membantu dalam pembinaan semula Palestin. - BERNAMA
Jersi tiruan Harimau Malaya, Garuda dirampas

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Sindiket jersi tiruan pasukan Harimau Malaya dan Garuda tidak sempat mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka dibanteras Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur di sebuah premis, di Gombak dekat sini, semalam.

Difahamkan 3,480 helai jersi itu yang dianggarkan bernilai RM73,080, akan dijual semasa perlawanan antara pasukan Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jersi itu akan dijual dengan harga RM35 sehelai berbanding jersi tulen yang berharga RM140 sehelai.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Abu Samah Shabudin berkata jersi itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dijual dalam pasaran tempatan.

"Saya ingin mengingatkan semua penyokong Harimau Malaya supaya tidak membeli barang-barang tiruan kerana ini boleh merugikan industri tekstil," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Abu Samah berkata dalam serbuan kira-kira tiga jam mulai 1.45 petang itu, tiga pegawai penguatkuasa KPDNKK dan seorang wakil syarikat jenama Nike menyerbu premis itu yang ditutup dan tiada pekerja di dalamnya.

"Kami akan mencari pemilik perniagaan ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi sehelai jersi atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi kesalahan individu," katanya.

Syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM15,000 untuk setiap helai jersi, katanya. - BERNAMA
Kedaulatan ekonomi hilang jika Buku Jingga dilaksana

KUALA LUMPUR, KHAMIS 29 November, 2012: Negara akan hilang kedaulatan ekonomi seperti Greece jika manifesto pembangkang yang digariskan melalui 59 janji dalam Buku Jingga dilaksanakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pelaksanaannya akan menjurus kepada defisit bajet kerajaan pusat melonjak kepada hampir 30 peratus pada tahun pertama, dan kadar nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melambung 140 peratus menjelang 2015.

"Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti Greece.

"Waktu itu pengurusan iktisad negara tidak lagi berada dalam tangan kerajaan yang dipilih rakyat tetapi beralih ke tangan institusi antarabangsa. Adakah itu yang kita inginkan?" soal Najib yang juga Presiden UMNO dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.

Inilah tahap kualiti dan ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan yang tidak langsung mengejutkan, katanya. - UTUSAN
MRT: Jalan sebelah Plaza Bukit Bintang ditutup

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Laluan kenderaan di Jalan Bulan bersebelahan Plaza Bukit Bintang, akan ditutup selama empat tahun untuk projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) mulai Sabtu ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corporation Sdn Bhd Amir Mahmood Razak berkata berikutan itu orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Bulan 1, Lorong Bintang atau melalui Jalan Imbi.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan stesen itu adalah sebahagian daripada laluan bawah tanah di kawasan bandar raya yang sibuk.

"Oleh itu, kawasan kerja yang sesuai adalah terhad. Kawasan kerja perlu berada dekat dengan tapak stesen atas sebab-sebab logistik dan keselamatan binaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Amir Mahmood berkata pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan penutupan laluan itu dan papan tanda trafik akan diletakkan untuk membantu pengguna jalan raya.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengaktifkan pelan komunikasi dan notis awam bagi memaklumkan kepada semua penyewa pusat membeli-belah, hotel, tempat letak kereta, kedai runcit dan outlet berhampiran tentang laluan alternatif untuk ke tempat letak kereta.

"Kami bekerja rapat dengan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta pihak berkuasa lain untuk menyebarkan maklumat trafik melalui Sistem Pesanan Maklumat Berubah (VMS)," katanya.

Amir Mahmood turut menasihatkan para pemandu supaya berjaga-jaga dengan kerja-kerja yang dijalankan di kawasan tersebut dan mengikut arahan papan tanda untuk melalui Jalan Bulan.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumt trafik MRT terkini boleh melayari laman web MRT di www.mymrt.com.my atau maklumat kerja-kerja bawah tanah di www.mymrt-underground.com.my serta twitter di @MRTMalaysia atau @MyMRT Undergroud atau terus menghubungi Hotline MRT di 1-800-82-6868. - BERNAMA
Ibu, dua anak perempuan rentung dalam kebakaran

BELURAN, KHAMIS, 29 November, 2012: Seorang ibu bersama dua anak perempuannya rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai peralatan dan perkakasan di bandar ini, malam tadi.

Mayat Siti Jainah Ajak, 39, bersama dua anak perempuannya Siti Aznizah Hussin, sembilan tahun, dan Siti Azikah Hussin, tiga tahun, ditemui dalam keadaan berpelukan di bilik mandi tingkat atas kedai itu, tempat keluarga itu tinggal, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jemishin Ujin.

Mereka terperangkap di rumah kedai itu yang dipasang dengan jeriji besi dan api yang bermula dari tingkat bawah merebak dengan cepat dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu.

Suami mangsa yang juga pemilik kedai itu, Hussin Ismail bersama seorang lagi anak mangsa, Mohd Aznizam, 11, tidak berada di rumah semasa kebakaran. - BERNAMA

Jangan gadai bangsa dan negara

*Najib Tun Razak menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa sambil diiringi nyanyian lagu parti Bersatu, Bersetia, Berkhidmat sebagai tanda bermulanya Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Ab. Rauf Yusoh. - UTUSAN/Noor Asrekuzairey Salim

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan satu pilihan raya biasa kerana akan menjadi titik penentu kepada destini rakyat yang mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok.

Menegaskan perkara itu dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO hari ini, Perdana Menteri berkata, kerana itu sebarang uji kaji untuk menukar kerajaan tanpa dibuat penilaian yang betul, teliti dan kritikal ibarat mengamanahkan ‘tikus membaiki labu’ atau mempercayai ‘serigala menjaga biri-biri’.

Beliau turut menarik perhatian mengenai pendapat yang mengatakan tidak ada salah memberi peluang kepada pembangkang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat.

“Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji.

“Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

“Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau dalam ucapan lebih sejam bertemakan Kepemimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengingatkan bahawa kejayaan calon dalam pilihan raya kontemporari itu akan bergantung kepada penerimaan mereka yang hendak diwakili.

“Jika dahulu, siapa pun yang diketengahkan oleh parti, merupakan calon boleh menang. Hakikatnya tidak lagi begitu.

“Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi.

“Lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani kerana merekalah sebetulnya para pengundi," kata beliau.

Justeru, kata Najib, beliau selaku Presiden UMNO bersama Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh saf kepimpinan parti berikrar untuk terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat rumpun Melayu, menjadi benteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

Kata beliau: “Walau apa pun rintangan yang melanda, biar apa pun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan.

“UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam.

“Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia." - UTUSAN