My Add

Thursday, 28 July 2011

Pembangkang terburu-buru, bodoh sombong

SEMUA pihak, khususnya pembangkang jangan bersikap bodoh sombong terburu-buru membuat persepsi awal terhadap sistem biometrik selagi keberkesanan sistem itu belum diuji. Jangan tolak mentah-mentah kerana cadangan penggunaan sistem itu masih di peringkat kajian dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)akan mengundang pemimpin politik termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama mengujinya.

Sebab itu, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar meminta semua pihak bersikap positif terhadap pelaksanaan sistem biometrik bagi memudahkan SPR membuat semakan kesahihan data pengundi melalui imbasan ibu jari.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Wan Ahmad meminta semua pihak jangan terburu-buru buat penilaian. Uji dahulu. Ibu jari Tuhan cipta semuanya berlainan dan tidak akan berlaku imbasan biometrik yang sama. Kata Wan Ahmad, pembangkang, apa sahaja yang SPR nak buat, belum terima penjelasan dari SPR, belum uji, sudah buat penilaian. SPR pun masih dalam proses mengkaji sistem itu. Selepas kajian selesai dan SPR sendiri berpuas hati, semua akan dipanggil untuk mengujinya.

Wan Ahmad mengulus tindakan pembangkang menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang tanpa mendengar penjelasan SPR terlebih dahulu. Jika sistem itu dilaksanakan, Malaysia akan menjadi negara pertama yang menggunakan biometrik untuk tujuan pengundian pilihan raya.

Majoriti rakyat arif dan faham sikap pembangkang, dia sahaja yang betul.

No comments:

Post a Comment