SEJAK kebelakangan ini, setelah terperangkap dalam kancah pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR, Pas dilihat tidak sekadar merubah haluan perjuangan, malah sanggup menukar pendirian dan tindakannya.
Semakin jelas pula perjuagan parti tersebut bukan lagi berjuang untuk kepentingan bangsa, negara dan agama. tetapi mengidam untuk berkongsi kuasa bersama DAP dan PKR memeritah negara. Sebab itu nampak benar kahadiran Pas dalam pakatan rakyat umpama ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR dan hanya selaku kuda tunggangan mereka sahaja.
Contoh Pas tidak setegas dahulu apabila kerajaan Pas Kedah terpaksa tunduk dan akur mengikut telunjuk DAP hingga sanggup membatalkan larangan operasi 13 jenis pusat hiburan di negeri tersebut sepanjang Ramadan. Walau apa pun alasan diberi, rakyat sedang memerhati tindak tanduk dan keputusan kurang bijak parti itu sekarang.
Sambil itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib mengakui hubungan Pas dan DAP bukan satu ikatan yang kuat meskipun ada pihak mendakwa parti itu terpaksa tunduk kepada DAP berhubung isu larangan premis hiburan di Kedah.
Menurut Harun, hakikatnya Pas dan DAP sekadar bergabung dalam satu pakatan pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara, walaupun dalam pakatan yang sama, Pas dan DAP adalah dua parti yang berbeza dan Pas tidak sekali-kali tunduk kepada DAP berhubung isu itu, sebaliknya pendirian itu berubah setelah mengambil kira aspek Perlembagaan.
No comments:
Post a Comment