APA sahaja tindakan dan amalan pemerintah, semuanya tidak kena dan tidak betul kepada Anwar Ibrahim. Tuduhan terbarunya, konon beberapa pihak cuba menabur fitnah mengaitkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil dengan gerakan sebversif.
Bagi Anwar, tindakan kerajaan menahan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar bersama lima yang lain sebagai suatu penghinaan terhadap amalan demokrasi dan institusi Parlimen yang sedia ada.
Barangkali apa yang betul kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Jeyakumar selaku ahli Parlimen yang dipilih rakyat berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya bersih dan adil.
Menurut laporan akhbar, Anwar tetap mengatakan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu 9 Julai adalah perhimpunan aman, malah Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihan raya dapat dilaksanakan.
Terpulang kepada rakyat membuat tafsiran sendiri.
No comments:
Post a Comment