My Add

Thursday 28 November 2013

Bekas pimpinan PKR Sabah sedar Anwar berbohong

KUALA LUMPUR, RABU, 27 November, 2013: Pemimpin 11 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah meninggalkan parti itu kerana mereka dikatakan tidak mahu terus bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membohongi rakyat.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Rakyat Malaysia (Perkemas), N. Gobalakrishnan berkata, mereka kini memahami perjuangan PKR hanya berteraskan kepada pembohongan yang dicetuskan Anwar.

Menurut beliau, Anwar yang juga Penasihat PKR hanya ingin memperkudakan dan mempergunakan rakyat dalam kerakusannya mengejar angan-angan menjadi Perdana Menteri.

"Kesemua pemimpin PKR itu akhirnya sedar segala tindak-tanduk Anwar tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.

"Saya berharap lebih ramai lagi pemimpin PKR mengikut jejak langkah mereka dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) demi kebaikan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobalakrishnan yang juga bekas pemimpin PKR mengulas tindakan pemimpin 11 cabang PKR keluar dari parti itu seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Pemimpin yang terlibat ialah Akhmain Sabtu (Kudat), Anthony Mandiau (Kota Marudu), Juhani Abd. Halim (Silam), Mohd. Jun (Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Kinabatangan) dan Lokman Ureh (Semporna).

Turut keluar parti ialah Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu), Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud), Timothy Lim (Sepanggar), Apandy Sipin (Pensiangan) dan Aris Remigius (Batu Sapi).

Menurut Gobalakrishnan, perkembangan terbaharu melibatkan PKR itu dilihat sebagai hasil kejayaan proses transformasi nasional yang dicetuskan oleh Najib.

Beliau memberitahu, pemimpin PKR terbabit menyaksikan sendiri kesungguhan Perdana Menteri dan BN yang bertungkus-lumus untuk membawa kejayaan kepada negara.

"Saya menyeru rakan-rakan dalam PKR yang masih khayal dalam genggaman Anwar supaya keluar parti itu dan menyokong BN," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment