My Add

Thursday 28 November 2013

Hati kami bagai dihiris - Kakitangan MPPP

PULAU PINANG, RABU, 27 November, 2013: Diherdik dengan gelaran 'kucing kurap' oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi ketika melawat Pasar Awam Jelutong di sini pada 16 November lalu merupakan pengalaman paling pahit bagi See Seng Bee, 58, sepanjang 37 tahun berkhidmat bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Awam Kanan itu, hatinya seperti dihiris-hiris apabila dipanggil sedemikian dan dia berasa cukup tertekan sehingga tidak dapat tidur nyenyak sejak kejadian tersebut.

Katanya, dia tidak pernah berdepan situasi sedemikian sebelum ini apatah lagi perkataan hina itu keluar daripada mulut seorang wakil rakyat.

"Keluarga saya juga bertanya mengenai perkara itu selain rakan-rakan yang menghubungi saya bagi mengetahui cerita lanjut berkaitan insiden tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Lawatan Jeff pada 16 November lalu adalah yang kedua diikutinya.

Bercerita lanjut, Seng Bee berkata, pada hari kejadian, dia bersama lapan kakitangan lain mengikuti operasi Bahagian Pelesenan MPPP bersama Unit Penguatkuasaan ke pasar berkenaan.

Jelasnya, Jeff yang tiba pada pukul 9.40 pagi bertanya siapa yang mengetuai operasi itu dan apabila dimaklumkan dua pegawai turut hadir, wakil rakyat DAP itu berkata: "Saya nak ketua jabatan yang hadir, saya tak mahu jumpa you (kamu) semua 'kucing kurap'. You semua boleh berambus."  - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment