My Add

Friday 29 November 2013

Perdagangan Intra-ASEAN rendah
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 November, 2013: Usaha pembentukan jaringan ekonomi pasaran bebas di kalangan anggota ASEAN, didapati lebih memberi faedah kepada syarikat multinasional yang bukan berasal dari rantau ini.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha ASEAN, Pushpanathan Sundram berkata, syarikat-syarikat ASEAN hanya menggunakan 20 peratus sahaja daripada manfaat ekonomi yang dibentuk melalui pelbagai usaha mewujudkan perdagangan bebas di kalangan negara rantau ini.

Katanya, syarikat dari Jepun dan Amerika Syarikat yang beroperasi di rantau ini didapati lebih banyak menggunakan sepenuhnya faedah yang telah dicipta itu.

"Sebenarnya, pembentukan pasaran bebas ini bertujuan membantu peniaga ASEAN bagi meluaskan pasaran mereka ke peringkat serantau, tetapi sebaliknya berlaku.

"Aktiviti peluasan pasaran oleh syarikat-syarikat dari ASEAN tetap berlaku tetapi ini agak perlahan," katanya semasa menjadi ahli panel semasa Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di sini hari ini.

Katanya lagi, ASEAN amat berharap syarikat-syarikat serantau perlu menggunakan manfaat sepenuhnya pembentukan pasaran bebas ini sebelum Matlamat penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun 2015 direalisasikan.

Jelasnya, sektor perkhidmatan dijangka menjadi aktiviti utama yang bakal berkembang melalui AEC.

Pada 2012, perdagangan Intra-ASEAN hanya menyumbang sehingga 25 peratus daripada perdagangan yang berlaku di rantau ini. Selebihnya berlaku dengan negara di luar Asia Tenggara.

Melalui pembentukan AEC, dijangka kadar itu mampu meningkat lebih 30 peratus dan bertumbuh lima hingga enam peratus setiap tahun. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment