My Add

Thursday 28 November 2013

Wanita UMNO Gopeng diarah mesyuarat semula Sabtu ini

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH, RABU, 27 November, 2013: Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng diarah bermesyuarat dan mengadakan pemilihan semula Sabtu ini oleh Ibu Pejabat UMNO selepas keputusan pemilihan sayap parti itu pada 12 Oktober lalu diragui dan dipertikai oleh seorang calon yang tewas dalam pertandingan tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, pemilihan tersebut melibatkan semua jawatan dalam sayap parti itu termasuk Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian.

Katanya, arahan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Saya akan memanggil satu mesyuarat tergempar melibatkan Wanita UMNO negeri dan Wanita UMNO Bahagian Gopeng serta calon-calon yang bertanding bagi membincangkan mengenai pemilihan semula itu dalam sehari dua ini," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Pada pemilihan sayap parti 12 Oktober lalu, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng apabila tewas kepada bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian itu, Juliliyana Mohd. Junid dengan majoriti 20 undi.

Hamidah yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kemudian membuat bantahan kepada Ibu Pejabat UMNO dengan alasan terdapat beberapa insiden yang boleh menyebabkan keputusan pemilihan tersebut diragui dan dipersoalkan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment