Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, SABTU, 02 November, 2013: Dua lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Shah Alam, Selangor dan Sentul, di sini bagi membantu siastan berhubung kes rompakan kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, dekat Danau Kota, kelmarin.
Difahamkan, dalam serbuan pertama, seorang pengawal keselamatan berusia 32 tahun ditangkap di rumahnya di Shah Alam, manakala dalam serbuan kedua di Sentul, seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, kedua-dua mereka ditahan malam tadi.
Katanya, lelaki pertama yang ditahan adalah rakan kepada suspek, manakala lelaki kedua merupakan penyelia kepada lelaki yang bertanggungjawab melakukan rompakan berkenaan.
"Kita masih melakukan siasatan terperinci dalam kes ini dan kami menahan dua lelaki ini untuk membantu siasatan dan mengesan suspek utama," katanya.
Ditanya tentang status kewarganegaraan suspek yang dikenali sebagai Hikman Jacob itu, Khairi enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun menurut sumber, suspek yang dikatakan berasal dari Keningau, Sabah itu berkemungkinan warga asing yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dan menggunakan kad pengenalan palsu.
Malah kad pengenalan yang digunakan suspek untuk meminta kerja berkemungkinan milik individu lain kerana gambar pada kad itu merupakan gambar di zaman kanak-kanak.
"Kita syak suspek berkemungkinan besar warga asing dan memohon kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat keselamatan yang berpejabat di Shah Alam," kata sumber.
Kelmarin suspek yang menggunakan kad pengenalan bernama Hikman Jacob, 23, berasal dari Kampung Bingkor, Keningau, Sabah bertindak mengacu pistol digunakannya kepada pengurus kedai dan enam pekerja lain yang sedang menyusun barang kemas dalam cermin pameran. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment