My Add

Saturday, 2 November 2013

Genting Gaza bergelap akibat kehabisan minyak

BANDAR GAZA, SABTU, 02 November, 201 Masalah kekurangan bekalan minyak menyebabkan bekalan elektrik terputus di seluruh Genting Gaza terputus, semalam.
Timbalan Pengerusi Jabatan Tenaga, Fathi el-Sheikh Khalil berkata, pihaknya terpaksa menghentikan operasi loji tenaga kira-kira pukul 6 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia semalam) kerana kehabisan minyak.

Seorang wartawan AFP berkata, bekalan elektrik terputus di hampir kesemua kawasan di wilayah yang ditadbir oleh pergerakan Hamas itu.

Fathi el-Sheikh menyalahkan kerajaan sementara Mesir kerana memusnahkan terowong yang digunakan penduduk Gaza untuk membawa masuk minyak.

"Kurang 50 peratus keperluan di Genting Gaza bergantung kepada bekalan elektrik dari Israel dan kami tidak boleh mendapatkan minyak dari rakyat Mesir ekoran tindakan Kaherah memusnahkan terowong.

"Kami cuba mendapatkan minyak dari Israel melalui Pihak Berkuasa Palestin yang pro-Barat, namun mereka mengenakan cukai yang terlalu tinggi," katanya. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment