Hadi kekal Presiden Pas, Mohd. Amar sah cabar Mat Sabu
KUALA LUMPUR, SABTU, 09 November, 2013: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah disahkan akan mencabar Mohamad Sabu dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti 22 November ini.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengekalkan jawatan Presiden Pas yang disandangnya sejak 2002 setelah diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Selain itu, tiga penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan dicabar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.
Bagi jawatan AJK Pas Pusat, sebanyak 61 calon disahkan akan bertanding bagi merebut 18 tempat.
Senarai calon yang bertanding dalam pemilihan pada Muktamar Pas Ke-59 di Shah Alam, Selangor diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi di Pejabat Agung Pas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment