My Add

Saturday, 9 November 2013

Kereta ADUN Ayer Keroh disimbah cat

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA, SABTU, 09 November, 2013: Kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Phoay Tiong disimbah cat merah di rumahnya di Bukit Beruang awal pagi ini.

Ini merupakan kejadian kedua menimpa ADUN dari DAP itu apabila Jun lalu, kereta dan rumahnya pernah disimbah cat.

Dalam kejadian pukul 5 pagi ini, beliau tiada di rumah kerana menghadiri program anjuran parti manakala kereta Honda CRV diletakkan di rumahnya.

Phoay Tiong berkata, beliau hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut selepas dihubungi jirannya kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Saya terkejut apabila jiran memaklumkan kereta Honda CRV saya disimbah cat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Susulan kejadian itu saya membuat laporan polis untuk menyiasat kejadian ini," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment