Polis buru suspek culik bayi Britain
Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR, SABTU, 09 November, 2013: Polis sedang memburu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes penculikan seorang bayi warga Britain, Freddie Joseph yang ditemui selamat hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datukl Ku Chin Wah, suspek yang berkulit cerah dipercayai terlibat melarikan bayi berusia 20 bulan itu yang ditemui selamat di Taman Tasik Titiwangsa pada pukul 1.20 petang ini.
Beliau berkata, Freddie ditemui oleh orang awam tanpa mengalami kecederaan yang kemudiannya melaporkan kepada polis.
"Polis percaya lelaki tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab melarikan bayi itu," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Pantai petang ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment