PRK DUN Sungai Limau: TNB beri jaminan tiada 'blackout'
Oleh BORHAN ABU SAMAH
JERAI, SABTU, 02 November, 2013: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan tidak akan berlaku terputus bekalan elektrik atau 'blackout' di pusat mengundi dan pusat pengiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sistem suap balik akan disediakan di semua premis terbabit untuk memastikan tidak berlaku gangguan bekalan elektrik.
"Sistem suap balik ini melibatkan penyediaan alat janakuasa mudah alih dengan dua pegawai TNB bertugas memantau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain itu, kata beliau, pegawai TNB juga akan bertugas sehingga keseluruhan proses pengiraan undi dan pengumuman pemenang dibuat.
"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana kita telah bersiap sedia sepenuhnya, termasuk dengan pelan kecemasan jika bekalan elektrik terputus," katanya.
Setakat ini, kata beliau, bekalan elektrik di kawasan Sungai Limau adalah stabil dan sangat jarang mengalami gangguan. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment