RM117.89 bilion dagangan pada September, naik 4.2 peratus - PM
KUALA LUMPUR, SABTU, 09 November, 2013: Malaysia mencatat perdagangan bernilai RM117.89 bilion pada September tahun ini atau peningkatan 4.2 peratus berbanding tahun lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata demikian menerusi akaun Twitternya bagi mengulas tajuk berita artikel Bernama 'Jumlah Dagangan Malaysia Pada September Meningkat 4.2 Peratus Kepada RM117.89 Bilion'.
Jumlah dagangan Malaysia pada September 2013 berkembang 4.2 peratus kepada RM117.89 bilion berbanding bulan yang sama pada tahun lepas, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dalam kenyataan di sini semalam, MITI berkata, peningkatan dalam jumlah dagangan itu disumbangkan terutama oleh dagangan yang lebih tinggi dengan China, sebanyak RM1.88 bilion, ASEAN (RM1.85 bilion), Taiwan (RM766 juta), Jerman (RM573.8 juta) dan Amerika Syarikat (RM516 juta). - BERNAMA
No comments:
Post a Comment