My Add

Sunday, 10 November 2013

Thai tunggu keputusan Senat

BANGKOK, SABTU, 09 November, 2013: Parti pemerintah, Parti Pheu Thai bersetuju untuk tidak meneruskan usaha melaksanakan rang undang-undang pengampunan jika ditolak oleh Dewan Senat.

Keputusan tersebut dicapai selepas pertemuan dengan parti-parti komponen dalam kerajaan perikatan diketuai Parti Pheu Thai untuk membincangkan situasi politik di negara ini, di sini, hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh pemimpin Parti Pheu Thai, Charupong Ruangsuwan itu turut dihadiri pemimpin Parti Chartthaipattana, Theera Wongsamut; pemimpin Parti Chart Pattana, Wannarat Charnukul; dan pemimpin Parti Palang Chon, Sonthaya Khunplume.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Somchai Wongsawat; Timbalan Perdana Menteri, Pongthep Thepkanchana; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Warathep Rattanakorn, Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Rang Undang-undang Pengampunan, Samart Kaewmeechai dan Setiausaha Agung Pheu Thai, Phumtham Vejjayachai.

Pertemuan itu dilaporkan mencapai persetujuan bersama bahawa jika rang undang-undang ditolak oleh Dewan Senat dan dibentangkan semula di Dewan Perwakilan, kerajaan perikatan tidak akan mengusulkannya semula.

Dalam pertemuan tersebut, Samart berkata, rektor-rektor pelbagai universiti meminta Dewan Perwakilan meminta maaf kepada rakyat kerana menyokong rang undang- undang pengampunan itu.

''Jadi saya akan menemui Speaker Dewan Perwakilan, Somsak Kiatsuranont untuk memenuhi permintaan tersebut,'' katanya.

Beliau menegaskan bahawa anggota-anggota Dewan Perwakilan sebelum ini menyokong rang undang- undang berkenaan bertujuan mewujudkan perpaduan nasional. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment