* IRWAN Kamaruddin (kiri) menerima sumbangan Kumpulan AmBank daripada Azman Hashim sambil diperhatikan Syed Anuar Syed Ali selepas majlis tahlil untuk Allahyarham Norazita Abu Talib di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA |
Menurut kenyataan Kumpulan AmBank, suami Norazita, Irwan Kamarudin menerima sumbangan sebanyak RM100,000 manakala RM352,188 pula merupakan wang polisi insurans Norazita.
"Sumbangan RM100,000 kepada suami Allahyarham terdiri daripada RM45,599.02 kutipan wang derma Kelab AmBank Group; RM2,000 (Kelab AmBank Group), RM10,000 (AmIslamic Bank) dan sumbangan individu daripada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim sebanyak RM42,400.98.
"Wang yang diterima di bawah polisi insurans kumpulan berjumlah RM352,188 iaitu RM149,652 daripada Insurans Hayat Tempoh Kumpulan atau Group Term Life dan RM202,536 daripada Insurans Kemalangan Peribadi Kumpulan," kata kenyataan itu.
Sementara itu, pihak AmBank cawangan USJ Sentral di sini mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham dan doa selamat.
Majlis turut dihadiri Azman, pihak pengurusan kanan, kakitangan bank dan rakan Allahyarham.
Yang turut hadir Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pemasaran dan Komunikasi Korporat AmBank, Syed Anuar Syed Ali. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment