My Add

Monday, 4 November 2013

2 maut, 7 parah nahas bas dan dua kenderaan lain

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

MUAR, ISNIN, 04 November, 2013: Dua maut manakala tujuh lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan kereta Proton Pesona, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dan bas di Sungai Balang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pasangan suami isteri, Tan Chia Soon, 55, dan isterinya, How Siew Boon, 54, terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan tersebut yang berlaku di kilometer 25, Jalan Muar-Batu Pahat.

Sementara pemandu dan 20 penumpang bas berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan walaupun terbabas masuk ke dalam parit di tepi jalan tersebut.

Kereta Proton Pesona dan MPV berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke Batu Pahat dan bas tersebut pula dari arah bertentangan menuju ke Sungai Sudah.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk menerima rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment